Bab 15
Hari ni, aku memang terlebih rajin. Atas bawah aku bersihkan. Dari ground floor sampailah ke tingkat tiga. Entah kenapalah, aku boleh terajin macam ni. Tak tahulah.
Bukan setakat sapu sampah, siap package mop lantai lagi itu. Ahaha.. Kan bagus kalau aku kekalkan kerajinan aku ni tiap hari. Confirm, rumah villa Tan Sri Jaafar ni akan bersih berkilat tanpa debu, hama dan kotoran walaupun mungkin kejahatan Puan Saripah dan Aina akan mencacat celakan keindahan rumah ni.
Sejak dua menjak ni, aku asyik dengar saja mereka berbincang. Banyak betul benda yang diorang gosipkan. Betullah orang kata, perempuab ni tak pernah lepas daripada bergosip. Sehari tak gosip memang tak sah. Macam aku.. Hahaha!!
Tingkat satu terdapat bilik Aina dan juga bilik peribadi Puan Saripah. Memang bilik itu ditempah khas untuknya. Bilik peribadinya terdapat semua benda. Gym dan juga kolam renang mini yang kecil. Dia yang minta jadi papa buatkan.
Ketika aku mahu membersihkan bilik Aina, tak semena-mena telingaku menangkap bisikan suara Aina dan Puan Saripah. Dahiku sudah berkerut.
Nampaknya suara itu datang daripada bilik Puan Saripah. Perlahan-lahan aku merapati bilik peribadi wanita itu. Betul tebakanku. Mereka buat mesyuarat tingkap lagi. Haih, tak habis-habis. Aku tak semena-mena mencuri-curi dengar.
"Gambar ni boleh putuskan Qurratun dengan Fikh. Biar padan dengan muka Qurratun tu. Dia perlu sedar yang dia memang tak layak untuk Fikh!" sebal Aina sambil ketawa jahatnya dihamburkan.
Puan Saripah tak semena-mena merampas gambar tersebut daripada tangan Aina. Kemudian, ketawa mengejeknya keluar. Aina terus berkerut dahi.
"Kenapa mama gelakkan gambar itu? Ada yang salah ke?"soal Aina apabila merasakan ketawa mamanya itu ibarat satu perlian.
Puan Saripah terus menerus ketawa. Kelakar ke gambar dia berpegangan tangan dengan Fikh tu?
"Ini cara lapok lah, Aina. Orang zaman sekarang pun boleh edit benda ni." ujar Puan Saripah menghamburkan pendapatnya.
Aina tak semena-mena buat wajah cemberut. Dia terus merampas gambar tersebut daripada tangan mamanya. Gambar tersebut dibeleknya semula. Rasanya gambar itu dah kira okey untuk menunjukkan salah faham antara Qurratun dengan Fikh.
"Tak real ke, ma?"soal Aina cuba memastikan.
Puan Saripah berpeluk tubuh sambil menggelengkan kepala. " Bukan tak real. For me, benda tu biasa. Setakat pegang tangan itu.. orang dah biasa buat." tutur Puan Saripah.
Aku yang sedari tadi memasang telinga sekadar menggelengkan kepala. Ibu jenis apalah Puan Saripah ni. Anak buat jahat pun sokong. Ini kalau jadi mak aku ni, confirm aku akan jahat sepertinya. Dia menghalalkan yang haram. Huh?!
"Habis itu, mama nak Aina buat macam mana?"soal Aina masih tak faham.
Puan Saripah sudah tersengih penuh makna. "Buat macam mana mama buat pada ibu Zyara."berinya.
Walaupun perlahan namun telingaku dapat menangkap patah katanya. Dahiku sudah berkerut. A..apa maksud dia?
"Mama buat apa?"
"Fitnah dia."ujar Puan Saripah.
Aku tergamam apabila mendengar Puan Saripah berbicara begitu. Jadi, semua yang terjadi dalam keluarga aku berpunca daripada dia?
Dahi Aina sudah berkerut. "Mama fitnah ibu Zyara itu macam mana?" soal Aina ingin tahu. Pelik juga bila dia dengar mama kesayanganny cakap macam itu.
"Ibu Zyara tu bodoh orangnya jadi senanglah mama nak kenakan dia. Mama yang suruh Encik Rashid itu tambah ubat tidur dalam minuman dia dan rogol dia. Mama ingat nak suruh encik Rashid tu musnahkan terus hidup perempuan itu tapi Tan Sri Jaafar pulang pula malam itu.. Hmm, lagi senanglah kerja mama lepas itu. Benda jadi depan mata papa kamu itu. Haha... tak payah pena-penat nak hantar gambar." jelas dan terang cerita Puan Saripah.
Hampir terpana aku bila mendengar cerita Puan Saripah. Tak semena-mena aku menggenggam penumbukku. Rasa amarahku kian membakar. Tak guna punya betina! Jadi dialah penyebab semua benda ni jadi?! Arrghhhh!!!!! Kenapa kejam sangat dia ni?!
Rentak nafasku mulai laju. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku bunuh anak beranak itu. Biar puas hati aku. Disebabkan perangai binatang diorang, ibu yang kena akibatnya. Hidup ibu yang terseksa kerana mereka! Aku tak boleh maafkan diorang.
Aku cuba untuk tahan diri. Buat sementara aku perlu bersabar! Jangan ikutkan hati. Walaupun sekarang ni, amarahku makin meluap-luap.
"Pandainya mama. Kenapalah Aina tak dapat otak bijak macam mama?"watdehek?!! Itu yang kau katakan bijak?
Orang yang berfikir tanpa akal itu kau sanjung dan puji? Aku menggerutu geram. Nampaknya Puan Saripah dan Aina memang tak waras. Yang kejam dikatakan bijak?! Zaman kegelapan kah asal mereka?
Puan Saripah ketawa berdekah. " Aina kenakan Fikh dan buatkan Qurratun percayakan semua itu. Dengan cara itu aje, Aina boleh dapatkan Fikh." Puan Saripah sudah mencanang idea.
Aina menganggukkan kepala. Walau apapun, dia kena gunakan idea bernas mamanya itu. Kalau Tan Sri Jaafar pun boleh percaya.. inikan lagi Qurratun yang lembab tu kan?
...
Huhhh!!!
Aku memang tak boleh nak terima! Apa yang Puan Saripah dan Aina katakan tadi emamng betul-betul tak boleh diterima akal. Aku tak sangka masih wujud lagi manusia berhati iblis macam itu.
Kenapa Tuhan perlu wujudkan manusia bertopengkan syaitan seperti mereka berdua itu? Langsung tak berhati perut. Kerana ulah mereka, keluarga aku porak perandam Memang tak boleh dimaafkan!
Air mataku tak semena-mena berlinangan. Kakiku aku langkah laju menuju ke pekan. Jauh. Memang jauh tapi aku nak tenangkan hati dengan berjalan.
Angkara anak beranak itu, ibu terpaksa diseksa pagi petang siang malam. Setiap hari ibu menangis dan merintih kesakitan. Aku langaung tak dapat bayangkan. Ibu merintih sakit sedangkan Puan Saripah bergembira sakan menikmati harta yang bukannya boleh bawa ke liang lahad itu.
Demi harta, sanggup dia menghalalkan dosanya? Kebal betul hatinya itu pada dosa. Aku menggerutu geram. Ikutkan hati aku tadi, memang aku nak belasah sorang-sorang. Kejam! Tak berperikemanusiaan!
Pon! pon!
Hampir tercopot jantungku apabila dihon begitu. Air mataku segera aku kesat lalu aku memusingkan kepala ke belakang. Aku lihat kereta BMW berwarna biru membuntuti langkahku dari belakang.
Aku sudah berkerut dahi. Siapakah gerangan yang tiba-tiba ikut aku ni?
"Cik Zya!"seru Raziq sambil melambai-lambaikan tangan dari jendela kereta.
Tak semena-mena senyumanku melirik. Raziq rupanya. Aku berdiri sementara Raziq keluar dari kereta lalu mendapatkan aku.
"Sorang-sorang ni nak pergi mana?"soalnya menanggalkan kaca mata hitamnya.
"Nak ke pekan."jawabku pendek. Sebingkis senyuman nipis aku berikan kepadanya.
Raziq berkerut dahi. Wajahku dipandangnya lama. Tak selesa aku dibuatnya. Tangannya berura-ura mahu menyentuh wajahku namun tak semena-mena aku mengelak.
"Sorry. Erm.. awak nangis ke?" soal Raziq.
Cepat-cepat aku menyeka air mata yang bersisa. Aku gelengkan kepala. "Tak adalah, abang Raziq. Mata masuk habuk tadi." dalihku.
Raziq tak semena-mena ketawa kecil. "Haha.. saya ni tahu beza orang menangis dengan orang masuk habuk. Awak nangis pasal apa ni? Siapa buat awak?" punya perhatian lelaki itu berikan pada aku.
Serba sedikit aku rasa tersentuh. Belum pernah ada lagi lelaki yang ambil berat fasal aku. Raziqlah yang pertama. Aku pun memang dah cukup selesa bersama dia. Hmm..
"Abang Raziq tak perlu tahu." balasku dalam nada sesopan yang mungkin.
Raziq sekadar anggukkan kepala. Dia fahamlah agaknya apa yang aku maksudkan. Terus dia memakai kaca matanya.
"Kalau macam itu, apa kata saya bawa Zya makan aiskrim. Bolehlah hilangkan kesedihan itu." ujar Raziq.
Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Seganlah. Lagipun, tak manis dipandang orang.
"Tak apalah, abang Raziq. Saya pun tak boleh lama-lama keluar." ujarku
Raziq sudah buat muka bebek itik. Boleh tahan comellah muka dia.
"Awak jangan risau. Saya takkan apa-apa kan awak." pinta Raziq sambil mengangkat sumpah.
Aku sudah mengetap bibir. Hmm.. memang sekarang ni aku perlukan aiskrim. Aiskrim supaya dapat meredakan amarahku buat sementara waktu..
Terus aku anggukkan kepala. "Baiklah kalau macam itu." putusku.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro