Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sisi Gelap Akademi Elit | Junminjae

• 4k+ words

» Junmin dan Minjae ialah ketua pelajar elit akademi masing-masing.

Namun dalam keunggulan mereka itu, gelanggang Tricky House menjadi saksi kelicikan serta tipu helah mereka.

Apa pun caranya, tidak kira benar ataupun kotor, perlu mereka lakukan demi kekal menuntut di institusi masing-masing.

.

.

.

.

" Hyung, budak kita dibelasah teruk oleh budak-budak kolej sebelah. "

" Xikey Academy ? Berani lagi ya mereka cari fasal. "

" Ya, hyung. "

" Update me about our boy condition, hope he heals well.

Berkenaan anjing-anjing kolej sebelah tu, leave it to me. ", kata Junmin sebelum berlalu pergi.

Intistusi Red Sun dan Akademi Xikey.

Dua buah institut yang sangat mementingkan reputasi dan keunggulan pelajar.

Bezanya, Akademi Xikey lebih ke arah akademik manakala Red Sun Institute pula lebih berfokus kepada sukan.

Namun di sebalik elitnya dua buah sekolah itu ada...

_

   Tricky House
                               _

Gelanggang usang di hujung selekoh akhir,
jauh dari hiruk-pikuk bandar,
hampir menuju ke arah hutan larangan.

Itulah tempat mereka bertarung dan beradu tenaga.

Satu-satunya tempat yang menyaksikan pertembungan maut serta pertaruhan darah mereka.

Siapa yang berjaya merangkul Geek League: Crown of Fighter, pelajar-pelajar ini akan mendapat pelbagai kelebihan.

Golongan ini jugalah yang dapat memanfaatkan gelaran mereka itu dalam meluluskan diri dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Antaranya ialah manfaat soalan bocor, kredit serta merit tambahan dalam kelas dan kelancaran lulusnya ujian fizikal dan markah sukan mereka.

Ada beberapa pihak tersembunyi yang bertaruh dalam gelanggang itu, namun yang perlu bertarung tenaga dan nyawa ialah mereka, para murid yang terdesak untuk lulus dengan cemerlang.  Tak lupa juga mereka yang perlu mengekalkan posisi di sekolah tersebut.

Namun akhir-akhir ini, murid-murid sialan akademi seberang amat keji dan melanggar peraturan.

Ramai budaknya telah dipukul dan dibelasah di kawasan luar gelanggang, bertentangan dari peraturan yang telah ditetapkan.

Junmin berjalan keluar dari perkarangan sekolah, melintasi semua pelajar yang menyapanya dengan menundukkan kepala mahupun tersenyum terhadapnya.

Park Junmin.

Presiden Institusi Sukan Red Sun.

Kapten Kelab Bola Sepak.

Banyak pertandingan yang mereka juarai di bawah pimpinannya. (Lebih tepatnya, atas kebolehan yang dia raih daripada memenangi liga, serta disebabkan perbuatan kasar dan penderaannya terhadap ahli pasukan)

Dia sangat disegani ramai di situ.

Sembari menelusuri jalan berhampiran akademi bertentangan, Junmin ternampak seorang pelajar Akademi Xikey.

" Jinsik-nim, selamat petang . ", sapanya ramah.

" Oh,  Kapten Junmin !
Presiden Red Sun Institute ? "

" Iya. Panggil hyung saja. "

" Baik. Ya, Junmin hyung ada perkara yang mahu diuruskan dengan saya ? "

Junmin tersenyum ramah.

Dia sememangnya amat ramah dan tak lekang dengan senyuman manis nan kacaknya itu.

Setiap pelajar di kedua-dua akademi amat menyanjunginya kerana kehebatan serta personaliti indahnya.

Namun siapa sangka bahawa Junmin inilah sebenarnya The Best Fighter of Tricky House. Sudah dua tahun lebih dia memegang gelaran itu.

Andai saja mereka tahu berkenaan sisi gelapnya di Geek League juga, tiada siapa yang akan menyukainya.

Satu lagi fakta menarik berkenaan Gelanggang Geek, setiap fighter perlu memakai topeng getah khas bagi merahsiakan identiti mereka.

Hanya beberapa pengendali senior sahaja yang dikenali dan diketahui.

     Kerana itulah, selain daripada pelajar Red Sun yang menyertai liga itu, tiada siapa dapat mengagak bahawa Junmin sebenarnya terlibat dalam gelanggang ganas tersebut.

" Oh, mind to stop by at a food store first, makan jom ? Hyung belanja. ", soal Junmin.

Jinsik mengembangkan senyumannya seraya mengangguk.

" Mari. "

.

.

Apa yang dialami oleh Jinsik kini amat berbeza dengan dugaannya.

Liurnya yang sempat terkecur tadi diperdaya.

Dia diikat dan diugut di sebuah tempat.

" Geek League. ", katanya sepatah.

Pipi Jinsik yang dicengkam kuat itu ditekan lebih dalam oleh Junmin . Kali ini dia menggunakan kukunya untuk menyakiti Jinsik.

" Apa tu ? ", soal Jinsik hairan.

" Aku yakin benar pelajar bijak serta sopan macam kau ni tak terlibat dengan liga tu.

Kerja gelanggang ni, tiada siapa sepatutnya tahu.

Lebih-lebih lagi pelajar yang baik dan tangan bersih macam kau ni.

Jadi .. kalau benda ni tersebar, aku tahu siapa yang yang perlu aku lenyapkan.

Ya, engkau. ", ugut Junmin lagi.

Jinsik menggeleng laju kemudian mengangguk. Menandakan bahawa dia tidak rela untuk mati dan bersedia untuk menutup mulutnya rapat berkaitan liga pelik itu.

" Penurut. Bagus.
Dengar sini.

Budak kau, belasah budak aku teruk.

Seorang budak aku kena bantai habis-habis dengan hampir 20 orang budak akademi kau.

Lagi buruk, diorang langgar peraturan. ", kata Junmin.

Melihat Jinsik yang berlinangan air mata itu, Junmin tidak sampai hati.

Anak ini bukan pesalahnya.

Junmin kemudiannya membuka ikatan di tangan Jinsik dan medudukkannya dengan selesa di atas sofa berdekatan.

" Kau keunggulan akademi sana, bukan ?

Berdasarkan pemerhatian aku, kau memang tak ada kena-mengena dengan sisi gelap akademi kau.

Jadi mudah saja, apapun caranya, sampaikan dekat samseng sana, ketua sini nak jumpa ketua kau.

Mereka akan percaya bahawa hal ini penting sebab..

Benda ni dah bocor pada 'orang luar'.

Atau tak, kau tak akan pernah dapat pulang.

Jangan kata hidup-hidup, jasad kau pun belum tentu orang lain jumpa dah lepas tu."

Jinsik meringis perlahan.

Air matanya tidak henti-henti mengalir.

Dia menangkup wajahnya ke dalam kedua-dua  telapak tangannya.

" Ta-- tapi.. saya tak tahu siapa samsengnya ?

Saya tak pernah tahu pula, akademi kami ada pelajar begitu. ", jawab Jinsik teresak ringan.

Sekali lagi Junmin berasa kasihan.

Hatinya berdegup protes melihat Jinsik menangis lagi.

" Choi Sumin. ", Junmin berkata.

  Siapa tu ?
Ada orang bernama Choi Suminkah ?

Tidak mahu diapa-apakan, Jinsik lekas menjawab.

" Bb-- bbaik. Nanti saya sampaikan.

Tolong, jangan apa-apakan saya.
Saya masuk akademi pun, bukan pakai kabel.

Keluarga saya miskin.
Saya dapat biasiswa saja. "

" Duduk situ. ", arah Junmin.

Junmin kemudiannya kembali membawa bungkusan makanan serta air.

" Makan dengan aku.
Maaf, selera kau terbantut sebab aku-- "

Tidak sempat Junmin menghabiskan katanya, Jinsik makan dengan lahap .

" Twerima hahehh, saya mahhan. ", katanya dengan mulut penuh.

Junmin tersenyum.

.

.

.

.

.

Keesokannya, sesampainya Jinsik di akademi, dia segera mencari bayang Sumin.

Mujur pagi tadi dia teringat.

Ya, ada pelajar di sini bernama Sumin.

Pelajar satu batchnya.

" Choi Sumin-nim. ", panggilnya.

Sumin menoleh.

Bukannya menjawab sebaliknya dia memaparkan riak risau.

" Jinsik-nim ?
Kenapa dengan muka kamu ?

Kamu dibelasah ? ", ujarnya khawatir.

" Tricky House. ", kata Jinsik.

Mata Sumin membulat.

" Saya tak faham apa-apa. Tapi..
Institut sana minta ketua sini, bertemu empat mata dengan dia.

Kalau tak..
Saya yang akan dibelasahnya lagi.

.. Balasan sebab kumpulan kamu semua langgar peraturan arena. "

Sumin mengetap bibirnya rapat.

" Ridiculous!
Kamu tak ada kaitan langsung. "

" Peraturan nombor satu dan tujuh. ", ujar Jinsik lagi.

Sekali lagi, pergerakan Sumin kaku.

" Bawa isu arena luar dari gelanggang.

Dan..

Orang luar yang tahu tentang perkara ini perlu ikut serta secara paksa.

Jika tidak..

.. mati . "

Tubuh Jinsik menggigil perlahan.

" Sa.. saya.. Saya masih ada ahli keluarga yang bergantung kepada saya. Tolong.. "

Sumin memegang kedua-dua belah bahu Jinsik. Cuba untuk menenangkannya.

" Kalau orang 'sana' ganggu kamu lagi, segera maklumkan kepada saya.

I'll go get my leader soon.

Jinsik, tolong keep your mouth shut about this matter. I'll try to fix everything for you. ", janji Sumin.

Sumin kemudiannya membantu memapah Jinsik yang lemah lututnya itu sehingga sampai di hadapan pintu hostel pemuda tersebut.

" I'll help you.
So sorry about all the shit that you need to go through. "

Jinsik hanya mengangguk lemah.

Setelah pintu hostel tertutup rapat, barulah Sumin beredar dari situ.

Sumin dan Jinsik, tidak saling mengenali namun apa yang pastinya kejadian ini bakal menjadi penyebab pertemuan mereka berdua lagi setelah ini.

.

.

.

.

.

.

Di lokasi sulit mereka, beberapa hari kemudian.

Hanya ada Junmin yang memakai topeng getah tipis berwarna hitam.

Tak lupa juga tiga orang pelajar akademi sana.

Ada yang bertopeng merah, hijau dan putih.

Yang berselindung di balik topeng putih itulah orang yang Junmin ingin temui.

" 17 orang budak kau belasah seorang budak aku sampai koma.

Khabarnya 10 pelajar tu dah dibuang akademi.

Lagi tujuh, dikerah paksa tenaganya bekerja dalam dunia gelap.

Cepat benar orang atasan sulit sana buat kerja, ya ? ", kata Junmin.

Sumin yang di balik topeng hijau meringis kecil.

Ini merupakan kali pertama mereka bertiga mendengar secara langsung suara ketua liga dua tahun berturut-turut ini.

Kebiasaannya, suaranya terdengar amat garau ekoran sound speaker yang digunakan.

Sumin dan si Merah hanya berdiam diri.
Memerhati dan menjaga ketua mereka dari belakang.

" Ya, 17 orang itu semua bergerak sendiri.

Tiada sebarang arahan dari pihak atas
mahupun saya sendiri. "

" Itu saja yang boleh kau katakan ? "

Yang diajukan soalan hanya terdiam.

Dia tidak mahu untuk memulakan pergaduhan ataupun menambah masalah.

Tiba-tiba, Junmin membuka topeng getahnya.

Memaparkan dengan jelas wajah tampannya.

Park Junmin , Presiden tahun akhir Red Sun Institute yang amat disegani, yang sungguh tampan, digilai ramai serta amat cemerlang dalam akademik itu rupa-rupanya terlibat dalam sisi gelap Tricky House.

Segala gambaran seorang Junmin yang hebat tadi punah semuanya sebaik sahaja pemuda itu memandang mereka bertiga dengan tatapan yang tajam.

Mereka bertiga yang masih terkejut itu kekal diam berdiri di hadapan Junmin.

" Aku datang seorang diri, sebab aku percayakan pihak kau. ", katanya menepuk dada si lawan bicara.

" .. dan aku harap aku lakukan perkara yang benar dengan meletakkan kepercayaan itu kepada kau bertiga. "

Katanya bergerak menepuk bahu Sumin pula kali ini.

" Lima tahun aku di sini.

Aku tak pernah jumpa fighter yang tak begitu pandai sorokkan identiti.

Si Hijau, Choi Sumin.
Berapa lama dah kau dalam gelanggang ? "

Sumin beriak terkejut.

" Baru dua tahun, Brother Jeomm. "

" Skil pertarungan kau, mantap.
Jarang aku beri pujian pada orang.

Tapi sayang, tolong tingkatkan lagi kemahiran penyamaran dan berselindung kau, Sumin. "

Katanya lagi. Namun kali ini Junmin membisikkan sesuatu ke telinganya.

" Ada baik juga aku tahu kau salah seorang dari ahli Xikey Warrior. Kalau tak, mungkin mati dah Jinsik tu dalam proses mencari sendiri salah seorang fighter korang. "

" Maaf mencelah Brother Jeomm, tapi kami ke sini untuk bincang berkaitan hal Tricky House. Bukannya untuk Brother mendedahkan identiti orang kami. ", balas Si Topeng Merah.

" The same applies to you, Kim Junghoon.

Teknik selindung kau amat mantap.
Kebolehan bertarung kau juga sungguh padu. Aku amat suka melihatnya.

Malangnya, setelah insiden patah kaki tahun lepas, kau tak boleh ikut serta liga tahun ni.

Namun..
Suara dan riak datar kau itu begitu mudah untuk dikenali. "

Inilah kelebihan Junmin.

Selain daripada hebat bertarung, dia juga amat bijak merahsiakan identitinya serta amat mahir memanipulasi dan memainkan psikologi setiap orang.

"Enough with the talk.", tegas si topeng putih.

" Tapi kita memang di sini untuk berbincang , Kim Minjae. "

Kali ini giliran Minjae pula untuk terkedu.

" How .. " refleksnya bersuara.

Junmin memegang kedua-dua belah tangan Minjae, menariknya sedikit ke hadapan — menjauhi Sumin dan Junghoon.

Dia mendekatkan belahan bibirnya di samping telinga kanan Minjae sebelum berbisik;

" Because you have my heart, dear.
I adore you a lot, the love of my life. "

Minjae refleks menepis Junmin lantas menggosok telinganya tanda geli.

" Tak sangka, Presiden tahun akhir Akademi Xikey pun terlibat dengan gelanggang haram kita ni. Haha. ", katanya lagi, ingin memarakkan lagi bara nan hangat.

" Kami ke mari bukan untuk dipersenda dan diketawakan, Brother Jeomm. ", kata Junghoon lagi.

" Ya, Junghoonie.
Baiklah. ", balas Junmin sekali lagi dengan nada mengejeknya.

" Aku dengar khabar yang pihak pengurusan rasmi akademi kau hampir campur tangan urusan gelap kita ni.

Kami ada pihak atasan sulit yang lebih berkuasa, mahuku tolong ? ", katanya.

Minjae dan Sumin saling bertukar tatap.

" Kami boleh tangani hal ini sendiri. ", balas Junghoon.

" Ya, betul ?
Tak risau kalau Jinsik tiba-tiba hilang tanpa khabar berita ?

Tak risau kalau kami berjaya paksa dia untuk bermain di gelanggang ini tapi berada di pihak kami ? ", soal Junmin.

" Jangan ganggu dia.
Berhenti sakiti orang yang tak ada kaitan langsung dengan perihal ni. ", balas Minjae.

" Sayangnya.. peraturan nombor tujuh..
Peraturan yang paling ketat setakat ni. "

" Jika benar pun, kau sendiri yang akan terbunuh, Junmin.

Kerana engkau sendirilah yang membongkarkan hal ini kepada Jinsik. "

" Jangan lupa bahawa pihak atasan dunia gelap pihak aku yang lebih kuat, Minjae.

Mereka tak akan berani usik aku walau seinci pun. "

Minjae kekal diam kerana dia cukup tahu apa yang Junmin katakan sebentar tadi memang benar belaka.

" Tawaran tadi, bantu kami atasi masalah pihak atasan rasmi akademi..

Masih available ?

Jika ya, apa pula bayarannya ? ", ujar Sumin.

" See, Minjae.
Orang kanan kau ni bijak betul sebab dia acknowledge my offer.

Sikit saja pihak pengurusan tahu tentang gelanggang ini, segala usaha korang di akademi bakal hancur menjadi debu.

Tiada lagi merit point yang perfect semacam sebelum ini dan lain-lain. ", balas Junmin.

" You talked too much, Junmin.
Just drop it. ", letus Minjae.

" You need to be called as the Golden Geek first,
    Kau tahukan, apa itu Golden Geek ?

Fighter yang dapat kalahkan Tricky House League Geek dalam tiga perlawanan.

Once you get that title, I'll consider what can I do. "

" Nonsense. ", balas Minjae.

" Okay, baik.
Jangan pelik kalau Jinsik hilang. "

" Dia tiada kena mengena dengan hal gelanggang ! ", marah Minjae.

" Dan kau orang bertiga ada kena mengena dengan arena.

Jadi, do your work. ", katanya akhir.

Junmin mengambil semula topengnya lantas memakainya sebelum terus keluar dari gudang tanpa sebarang kata lagi.

Tanpa berfikir panjang, Minjae turut mengejar.

Masih banyak perkara yang belum jelas buatnya.

" Sekejap, Bro Jeomm. "

" Ya ?
You've changed your mind ? "

" Saya.. ", kata Minjae tergantung.

Junmin membalikkan badannya semula— berura-ura untuk meninggalkan kawasan itu.

" Beri saya dua hari untuk buat keputusan. ", sambung Minjae.

"As you wish, my love. ", katanya singkat.

Junmin kemudian pergi.
Meninggalkan Minjae dengan fikirannya yang ligat berputar sendiri.

Ini akan jadi amat sukar buat Minjae kerana nasib para fighter Xikey Academy ada di tangannya.

.

.

.

.

.

Minjae akur.

Malam ini dia akan bertarung dengan Junmin.

Masing-masing masih mengenakan topeng plastik yang melekat di muka mereka.

Para fighter serta ahli gelanggang gelap ini telah berkumpul.

Majoriti masih tidak mengenali antara satu sama lain, lebih-lebih lagi para fighters institusi lawan mereka.

Brother Jeomm yang hanya mengenakan baju tanpa lengan berwarna putih itu naik ke pentas gelanggang.

Tak lupa juga Minjae yang kini memakai topeng berwarna putih serta berbaju T hitam.

" Pertarungan malam ini akan mempertaruhkan kedudukan Golden Geek.

Atas permintaan Brother Jeomm, dua pusingan perlawanan akan diubah menjadi tiga pusingan perlawanan.

Dan jika Xeroll dapat mengalahkan Brother Jeomm dengan 12 mata maksimum setiap pusingan, dia akan meraih gelaran .... Golden Geek !

Dan semestinya, para fighters Xikey Academy akan mendapat pelbagai kelebihan dengan kemenangan ini.

Jika Brother Jeomm pula yang kalah,

sebarang aktiviti arena Tricky House akan digantung selama tiga minggu.

Perlawanan akan bermula 10 minit sahaja lagi. "

.

.

.

Xeroll (Minjae) kekal tenang.

Tidak ada secebis rasa gemuruh mahupun takut dalam dirinya ketika ini

Dia yakin bahawa dia akan kembali dengan membela nasib para fighter Akademi Xikey.

Dia amat percaya akan dirinya.

.

.

.

.

.

Perlawanan dimulakan.

Disebabkan ini gelanggang berhaluan kiri, setiap peraturan dan syarat dikuasai sepenuhnya oleh pihak atasan tersembunyi .

Merekalah yang memaktubkan syarat-syarat dan cara bertarung di gelanggang.

Tumbukan di muka, -2 mata

Sebarang serangan yang meninggalkan kesan di bahagian tubuh yang boleh dilihat,
-3 mata

Serangan di bahagian torso,
+2 mata

Menerbalikkan tubuh lawan,
+3 mata

Memingsankan lawan
+5 mata

Dan lain-lain.

Kebiasaannya, para fighter akan mengumpul markah sebanyak yang mungkin di peringkat awal terlebih dahulu sebelum akhirnya merelakan sedikit demi sedikit markah mereka ditolak.

Yang penting, mata akhirnya lebih banyak berbanding pihak lawan.

Junmin masuk ke gelanggang diiringi sorakan yang kuat.

Dua tahun lebih dia menjadi 'raja' di arena ini.

Jika dilihat secara menyeluruh, setiap fighter di sini amat menyukainya.

Termasuk fighters Akademi Xikey .

Lebih lima penggal akademi, dia menjaga kebajikan setiap peserta di sini.

Mana fighter yang melampaui batas dan amat ganas, semuanya dialah yang uruskan.

Dia amat kuat.

Setakat ini, tiada siapa yang mampu mengganggu takhtanya.

Arena Golden Geek terakhir pula adalah pada setahun lima bulan lepas.

Junghoon tewas ketika cuba merebut gelaran itu, mengakibatkan dirinya patah kaki dan tidak lagi beraksi di gelanggang.

Namun, Brother Jeomm amat baik.

Dia sendiri mengarahkan doktor khas Institut Sukan Red Sun untuk merawat Junghoon dengan kerap.

Sepanjang tujuh bulan, Junghoon dirawat di hospital yang menjadi penaja Institusi Sukan itu .

.

.

.

.

Perlawanan baru sahaja bermula empat minit yang lalu namun Brother Jeomm telah mengumpul 10 mata, berbeza dengan Minjae yang baru sahaja mengumpul tiga mata.

Benarlah rumor yang dikatakan oleh para fighter, Brother Jeomm amat tangkas, amat fokus orangnya serta ..

.. Gelanggang ini sememangnya miliknya.

Sekali lagi, perut Minjae ditendang kasar oleh Junmin menyebabkan Minjae terbaring .

Dia tidak berputus asa, dia bangkit namun kali ini bahagian pelipat lututnya pula yang dihentam hebat.

Arghhhh

Jeritannya menahan sakit.

Minjae tertiarap di atas lantai gelanggang, matanya menangkap Sumin yang bertopeng hijau— yang menggelengkan kepalanya berisyarat supaya Minjae menyerah kalah sahaja.

Minjae kembali mengatur nafasnya.

Peluh nan menitik memedihi matanya diabaikan.

Junmin bodoh.

Sengaja ingin mencalarkan maruahnya.

Mata akhir sebenar ialah 25 mata, ianya dirombak menjadi 12 mata buat pertarungan hari ini.

  Menandakan bahawa Junmin sedang menghinanya.

Mana mungkin Minjae dapat bertarung dan mendapatkan gelaran Golden Geek.

Dia tidak akan kalah begini, dia terus bangun dan tanpa berfikir panjang, amarahnya dilepaskan dengan tumbukan keras ke rahang Junmin.

" Minus 2 mata ! ", laung pengadil.

Tidak.

Minjae melakukan kesilapan.

Setelah 15 minit bertarung, dia hanya berjaya mengekalkan 1 mata sahaja.

Entah buat berapa kalinya, Minjae tersungkur lagi setelah dadanya disiku oleh Junmin.

Minjae mencengkam dadanya.

Terasa sesak dan sakit memenuhi abdomennya.

Tidak seperti sebelum ini, kali ini Minjae tidak bangun kerana dia akhirnya pengsan.

Rebah dan tidak berkutik sama sekali dalam cercaan dan sendaan Red Sun Institute.

Dengan terpengsannya Minjae tadi, lima mata lagi berjaya direbut oleh Brother Jeomm.

Brother Jeomm memenangi pertandingan dengan 15 mata berbalas 1.

Tidak pernah dalam sejarah Tricky House mencatatkan fighter yang mengakhiri persaingan dengan hanya satu mata.

  Xerolllah fighter yang pertama.

    Dan semoga bukan dia jugalah yang terakhir.

Xeroll unexpectedly ends up being called a loser, which brings further embarrassment to the Xikey Warrior team, rather than restoring their pride.

.

.

.

.

.

" Pertarungan semalam, hyung dah buat yang terbaik.

Terima kasih, Minjae hyung. ", ujar Junghoon.

Kini dia berada di hostel akademi.

Duduk di samping Minjae.

Minjae kekal meneguk air mineralnya.

" Saya banyak kali tegah hyung, tak perlu setuju dengan keinginan Bro Jeomm yang mahu kita jatuh !

Tengok, apa jadi pada hyung ?

Nasib baik tak mati saja tau ! ", marah Sumin.

Mendengarkan oktaf tinggi itu, Minjae mengernyit. Terasa bisa tubuhnya.

"Sudahlah, Sumin hyung.
Benda dah jadi.

Lagipun sekarang, ada perkara yang lebih penting untuk kita fikirkan. ", kata Junghoon.

Minjae dan Sumin menoleh ke arah Junghoon hairan.

" Berkaitan apa tu ? ", Sumin memecahkan hening.

" Jinsik hyung. "

Ppang

Minjae terasa tertampar.

Apakah budak itu akan baik-baik sahaja ?

Tanpa berlengah, Sumin memecut keluar dari bilik Minjae berlari ke beberapa blok hostel sebelah.

" Jinsik ! ", jerit Sumin lantang sebaik sahaja berhenti tepat di hadapan pintu hostel Jinsik.

" Ham Jinsik ! Buka pintu ! ", cubanya lagi.

Sumin kemudiannya mengetuk-ngetuk kuat pintu tersebut sehingga bergoncang-goncang tetingkap berdekatan.

Pintu terbuka, memperlihatkan Jinsik.

Beberapa saat Sumin gunakan untuk mengimbas sebarang luka atau kecederaan terhadap Jinsik.

Kemudian, Sumin merempuh Jinsik dengan dakapan yang sungguh erat.

" Mujurlah, kamu baik-baik saja. "

" Huh ? Kenapa ni ? ", soal Jinsik hairan.

Jinsik menarik tangan Sumin, mendudukkannya di atas katil hostelnya..

" Bertenang. Saya ada saja di sini.
Saya tak apa-apalah ! ", katanya sambil menghulurkan sebotol mineral kecil.

" Minum. ", arahnya.

Setelah dirasakan Sumin kembali tenang, Jinsik kembali bersuara.

" Berkenaan ? Erm.. apa namanya tu ya ?
Padang haram ? "

" Ya, Minjae hyung kalah pertempuran semalam.

Saya takut kalau pihak belah sana ganggu kamu lagi. "

Mata Jinsik membesar.

Tangannya refleks disatukan dengan tangan Sumin.

Genggamannya erat.

" Tolong, lindungi saya. "

" Ya, kamu ambil jurusan Ekonomi kan ?
Kelas 2 ?

Saya cuba minta tukar ke kelas kamu.

Lagipun, jadual kelab bola keranjang saya asyik clash saja dengan kelas Ekonomi 1. Saya cuba usahakan.

Untuk selalu ada dengan kamu, Jinsik. "

.

.

.

If you listen closely, you can hear me scream AAAAAA to this Susik moment 😭🤣😭

Okay, sambung kisah Junminjae jom.

.

.

.

.

.

.

" Puas hati Bro Jeomm, malukan saya ? "

" Minjae-ah, kau terlalu comel bila bersaya-saya dengan aku. Aww. ", usik Junmin lagi.

" Lagi satu, kita bukannya dalam gelanggang.

Jangan sesekali panggil aku dengan gelaran tu. ", peringat Junmin.

" Apa kau nak ?
Tak pernah-pernah nampak kau berdiri betul-betul bertentangan gerbang masuk  Red Sun.

Cari aku ? Motif ? ", usiknya lagi.

" Saya nak adakan pertarungan kedua. "

" Huh, dan biarkan aku bunuh kau ?

Kau terlalu percayakan diri kau yang lemah itu, Minjae.

Kau sendiri tahu bahawa jangankan setanding, hampir sekuat aku pun sebenarnya kau tidak. ", cemuhnya lagi.

" Saya akan hantar wakil lain dari Xikey Warrior. ", balas Minjae yakin.

" Oh, ya ? Siapa ? Sumin ? "

" Pardon you, his nickname is Rowland. "

" Hmm, so you want me to have a battle with him ? "

Minjae mengangguk.

Junmin bergerak menghampiri Minjae, telunjuknya diletakkan di bawah dagu Minjae kemudian didongakkan kepala pemuda itu.

Menyebabkan Minjae terpaksa bertentangan mata dengan Junmin.

" You have no shame, baby.
Kau baru saja kena belasah dengan aku semalam.

Kalah teruk pula tu.
What make you think yang aku akan beri muka kepada warriors lapuk macam kamu semua ? "

Junmin mendekat.

Memaksa Minjae mengundur ke belakang lebih jauh mengakibatkan belakang badannya tersandar di dinding belakangnya.

Junmin mencengkam bahu Minjae kecil.

Kemudian mencekiknya perlahan.

Disebabkan dia baru sahaja lunyai teruk semalam, Minjae meringis.

" You sound beautiful, sweetheart. "

Minjae cuba menepis tangan Junmin yang masih berada di lehernya namun hampa.

Junmin semakin menguatkan lagi cengkaman tangannya.

" See, you can't even get rid of my hands.

Dan kalau kau lupa, aku ingatkan ya.

Junghoon ialah fighter Xikey Warrior yang paling kuat.

Even Rowland ranking is three ranks lower than him.

Junghoon can't even beat me last year.
He ended up being almost disabled because of me.

Dan sekarang...

Kau masih lagi mahu jatuhkan nama baik Xikey Warrior dengan membuat keputusan melulu ?

Oh, my poor lil' cupcake.

You're not as smart as I thought."

Junmin kemudiannya menarik ID lanyard yang tergantung di leher Minjae kemudian menariknya kuat sehingga besi penyambungnya terputus.

Tubuh Minjae turut terjatuh impak daripada rentapan itu.

Dia kini terlutut di hadapan Junmin.

Minjae sedaya-upaya mengatur semula nafasnya.

Minjae mengangkat wajahnya kembali menatap Junmin.

Sememangnya, renungan mereka berdua kini amat intens.

Dua orang ketua kumpulan samseng dan pertarungan gelap yang perlu menjatuhkan pihak lawan demi mengekalkan kedudukan mereka di tempat pengajian elit masing-masing.

Minjae masih terlutut di situ, kakinya sedang tidak berupaya untuk berdiri.

Junmin kembali mencengkam rahang Minjae dan kembali mendongakkannya kemudian berkata;

" Someone has to obey,
and it is supposed to be you, pretty. "

Ibu jarinya mengoles pipi kiri Minjae sambil tersengih mengejek.

.

.

.

.

Empat hari, Minjae masih belum sembuh sepenuhnya. Demamnya juga sering singgah-kebah.

Junghoon keluar dari bilik Minjae setelah Minjae sendiri yang mengatakan bahawa dia sudah boleh mengurus dirinya sendiri.

Kini Minjae sendiri.

  Kembali terbaring lemah di atas katilnya.

Sedaya-upaya dia cuba untuk melelapkan matanya semula setelah beberapa biji pil dan ubatan telah ditelannya tadi.

Dia bergerak ingin keluar dari biliknya kerana tandas hostel berada di hujung koridor.

Perlahan-lahan dia bangkit dan berjalan keluar sambil memegang tembok di sampingnya.

Kakinya masih longlai terasa namun tetap dia kuatkan juga.

Lagi beberapa tapak mendekati tandas, dia terduduk di lantai.

Tubuhnya kemudian melemas sendiri.

Tidak lagi mampu dia berdiri.

Entah apa malangnya, kini dia hanya berseorangan di kaki lima panjang ini.

Entah mana semua orang.

Sudah tidur, mungkin?

Minjae mencuba lagi dan lagi untuk berdiri namun hampa.

Perut dan luka-luka tempoh hari masih pedih terasa.

Dia mengengsot, bersandar di dinding berdekatan sembari meluruskan kakinya ke hadapan.

Tiba-tiba tubuhnya terasa diangkat kemas oleh seseorang.

Membawanya masuk ke dalam tandas.

Minjae diletakkan di sinki , wajahnya dibasahkan seterusnya dicuci bersih sebelum Minjae tersedar dan akhirnya memberontak.

" Lepas ! ", marahnya sambil menepis tangan yang telah menolongnya itu.

" Diam. Atau kau, aku cekik. ", kata suara itu tegas.

" Brother Jeomm ? ", terkejutnya.

" Bodoh !
Kita bukan di gelanggang, aku Junmin ! "

" But you're not even a student here !
How come you can just enter our hostel without-- "

" Diam atau aku cium kau . "

Kata-kata itu saja sudah cukup menggerunkan Minjae.

Minjae kemudian kekal diam sebaik sahaja menyedari bahawa Junmin hanya ingin membantunya.

" Maafkan aku.
Aku tak berniat nak sakiti kau seteruk ini.

Aku rendahkan mata pertarungan sebab nak kurangkan kecederaan kau, tak sangka pula.. Sebegini teruknya sengal-sengal dan lebam-lebam kau. ", ujar Junmin.

Setiap butir kata Junmin itu tadi kedengaran begitu ikhlas dan memujuk bunyinya.

Dahi Minjae terusap ketika Junmin menyeka rambutnya ke belakang.

Telapak tangan Junmin terasa begitu kasar namun amat .. _menyenangkan._

" Maaf. Ini saja yang mampu aku lakukan. "

Ujar Junmin sambil membuka paket first aid kecil.

Junmin membasuh sedikit luka di dahi Minjae dengan air sebelum mengelapnya kemudian disapukan minyak pelega.

Dahi Minjae kemudiannya ditampali  bandage.

Walaupun setiap sentuhannya terasa amat kasar, ianya dilakukan dengan begitu halus dan penuh ...

    .. kasih sayang

Minjae kekal diam tidak berkutik.

Junmin kemudian membasahkan sapu tangan bersaiz besar lalu disapukan item itu ke permukaan wajah, belakang leher, belikat serta kedua belah lengan Minjae.

Junmin kembali menatap Minjae sayu.

Hatinya remuk akibat ulahnya terhadap Minjae sendiri.

Junmin kemudiannya menyalinkan baju T lengan pendek Minjae dengan bajunya yang memang dibawa dalam begnya sedari tadi setelah dia turut membantu mengelap bahagian atasan Minjae.

" Saya nak ke tandas. "

Junmin tidak berkata apa-apa, dia terus kembali menggendong Minjae dan diletakkannya di dalam sebuah kubikal.

Junmin menunggu Minjae di luar dengan sabar.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Minjae nyaris sahaja terjatuh jika dia tidak disambut oleh Junmin.

Junmin kembali mendudukkannya bersandar di sinki.

Junmin kemudiannya mengeluarkan berus gigi dan menggosokkan gigi Minjae.

Minjae kekal menurut kerana sekujur tubuhnya terasa semakin melemah setelah Junmin melayaninya dengan sungguh lembut.

" Jam dua pagi. Aku tengah tolong persiapkan kau untuk masuk tidur. "

Minjae hanya mengangguk lemah.

Dia masih tidak tahu bagaimana Junmin boleh berada di sini.

Namun jauh dalam lubuk hatinya, dia amat bersyukur dan gembira kerana kehadiran sosok ini amat mendamaikannya.

Setelah selesai semuanya, Junmin menarik lengan Minjae merangkuli lehernya supaya Junmin kembali dapat menggendongnya.

Tidak sempat digendong, Minjae kembali mendudukkan dirinya.

Tanpa sedar, sebelah tangannya menangkup rahang kanan Junmin manakala tangan kanannya mengusap rahang kiri Junmin.

Bekas lebam.

Tumbukan Minjae di rahang Junmin, tempoh hari.

" Eittss... Perit. "

" Maaf. ", ucap Minjae.

" Tumbukan kau, masih segar terasa.
Sakit sangat.

Selama aku di gelanggang, ini kali pertama aku rasa sesakit ini-- ", kata-kata Junmin tersekat setelah Minjae tiba-tiba

.. Mencium bibirnya.

Semestinya, awalnya dia amat terkejut namun kerana orang yang sedang menciumnya ini ialah Minjae jadi dia membalasnya.

Hanya sekadar tempel-menempel namun  ianya cukup memberi impak rama-rama berterbangan bebas di dalam perut mereka.

" Saya .. ", Minjae cuba membuka topik namun terhenti kerana Junmin kembali mengucupnya.

" Cepat sihat.

Aku dah settle semuanya dengan pihak atasan. Gelanggang akan berehat selama tiga minggu.

Sebab ...Pihak atasan rasmi akademi kau sudah mula hidu kerja gelap kita.

Jangan risau, hati dan kepercayaan pihak penaja dan pertaruh atasan Tricky House ada pada aku. ", katanya.

Kemudian Junmin kembali menggendong Minjae, menghantarnya ke bilik hostelnya sendiri.

Junmin membaringkan Minjae di katilnya.

Dia duduk di atas kerusi di samping katil Minjae .

" Aku lepas masuk sebab aku guna ID card kau.

— yang aku rentap hari tu.

Ubah sikit style rambut macam kau, pakai mask dan cermin mata tebal hodoh dan boom ! Aku lepas masuk.

Baik, sekarang tidur.

Aku balik dulu. "

" Junmin-ah, jangan tinggalkan saya.
Lagipun awak tak akan dapat balik sebab sepatutnya seawal jam 11 malam memang pagar dah ditutup.

Hairan juga macam mana guard tak marah awak 'pulang lewat ke hostel' . "

" Hehe, itulah masalahnya...

Bukan setakat pernah mencalarkan maruah seorang Xeroll, aku turut tak sengaja terrrrcemarkan rekod baik Kim Minjae.

Kau diberi satu peringatan sebab 'balik lewat' . "

" I hate you. "

" Dude, you don't randomly just give some kisses to people that you hate . ", usiknya.

Minjae hanya diam dan membalikkan tubuhnya menghadap dinding.

Dapat dia rasakan bahawa tubuhnya sedang diselimutkan.

Sakit kepala serta lemah Minjae kembali menyerang.

Dia memejamkan matanya rapat, bersedia untuk memasuki alam lena.

" Siapa roommate kau ? "

" Sumin.. kat Jinsik... ", balasnya penuh kantuk.

" Aku tumpang tidur katil dia sebelah ni ya. "

Tiada balasan.
Rupa-rupanya Minjae telah tertidur.

" Comel.  ", monolog Junmin sendiri.

.

.

.

.

.

Mereka berdua menjalankan peranan sebagai Brother Jeomm dan Xeroll dengan baik. Tanpa ada sesiapa yang mengganggu.

Masing-masing memimpin kumpulan masing-masing dengan penuh jayanya.

Setelah kekalahan teruk Ketua fighters Xikey dua bulan lalu, gelanggang terpaksa digantung aktivitinya selama tiga minggu

Hal ini kerana pihak atasan rasmi Akademi Xikey mula menaruh curiga dengan aktiviti-aktiviti sesetengah pelajar mereka.

Bangunan usang yang menempatkan Gelanggang Tricky House itu dipagar dengan rantai besi yang besar, panjang dan berwarna merah — Memberi maksud tersirat kepada para fighters bahawa gelanggang akan 'terkunci' sehingga suatu tempoh.

Rantai merah memberi maksud status arena adalah dalam bahaya. Ada pihak yang mula curiga.

Mereka hanya akan mengetahui bahawa gelanggang kembali dibuka semula hanya setelah rantai besar itu diturunkan.

Ketika itu, Minjae buntu.

Dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Dalam keadaannya yang masih sakit kerana dibelasah teruk tempoh hari.

Jadi, dia hanya berdiam diri.

Sehinggalah suatu hari, Junmin kembali menemuinya di perkarangan akademi, memaklumkan bahawa, dia akan cuba pertahankan gelanggang.

Namun hanya setakat hingga ke hujung tahun ini.

Kerana hujung tahun ini, Junmin akan graduasi, dia tidak akan lagi beraksi di gelanggang.

Dia akan menyambung pengajiannya yang lebih tinggi di Bittersweet International University— tawaran yang dia peroleh bulan lepas.

Junmin tidak akan lagi terlibat dengan dunia gelap dan khianat.

Akan tetapi, tawaran itu bukanlah percuma.

Junmin meletakkan syarat.

Iaitu, Minjae perlulah menerima dirinya.

Bersetuju untuk menjadi kekasih Junmin.

Minjae juga perlu menyetujui tawaran menyambung lagi tahap pengajian tingginya di Bittersweet International University.

Sebagai seorang Minjae yang mempunyai harga diri yang tinggi, awalnya, dia tidak menerima tawaran itu.

Namun setelah mengetahui bahawa Jinsik masih lagi dalam bahaya, berpotensi besar diugut dan diganggu oleh para fighters Institusi Red Sun, Minjae mengalah.

Hubungannya yang awalnya terpaksa ditempuhi lama-kelamaan menjadi keasyikan buatnya.

Dia mula jatuh hati terhadap kekasih semata wayangnya itu.

Dia .. sayangkan Junmin.

Junmin amat mahir dalam mencuri hatinya.

Dia juga amat menyayangi Minjae.

Dia tahu bagaimana untuk menyeru sisi manja dan kasih Minjae.

Serta yang paling penting...

Dia tahu bagaimana untuk menundukkan seorang Kim Minjae.

.

.

.

.

TAMAT

.

.

.

Inspirasi tema; Bittersweet concept photos

.

.

.

2 September 2024
(Isnin)

.

Published on:
10th November 2024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro