Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Fairy Sumin - Hajat Hyunwoo


Choi Hyunwoo.

Remaja belasan tahun yang masih meratapi pemergian satu-satunya adik yang sangat rapat dengannya.

Mereka berlatih vokal, bermain piano serta belajar skuba bersama.

Mereka sering disalah anggap sebagai kembar kerana keakraban mereka.

Kejadian tragis yang merenggut nyawa adiknya setahun lalu masih segar dalam ingatan Hyunwoo.

Dia tidak akan dapat lupakan.
Dia tidak akan maafkan.

Perompak yang memecah masuk rumah mereka bertindak melulu dengan mencederakan Hanwoo yang ingin melindungi Hyunwoo.

Malam itu juga, Hanwoo pergi meninggalkan Hyunwoo.

Rasa serba salah masih ada dalam dirinya.

Kata eomma, jika Hyunwoo di tempat Hanwoo ketika itu, mesti Hyunwoo juga melakukan perkara yang sama.

Firasat serta sikap mithalinya sebagai seorang abang pasti akan mendahului dalam apa jua situasi.

" Hyunwoo, jangan salahkan diri kamu.

Kami terima kehilangan Hanwoo..

.. dan eomma appa juga harap kamu boleh relakan pemergian Hanwoo.

Hyunwoo abang yang baik.
Selalu lindungi Hanwoo sehingga Hanwoo sendiri terlalu sayangkan kamu.

Pengorbanan dia tak sia-sia kerana jika kamu yang pergi malam itu, mungkin Hanwoo tak akan sekuat kamu sekarang.

Mungkin dia tetap akan tekad untuk lawan penjenayah tu, menyusul kamu juga pada akhirnya. ", pujuk ibunya.

Hyunwoo kekal diam.

Dia tidak tahu mengapa, walau setelah 12 kali purnama mengelilingi bumi, dia masih tidak dapat merelakan semua itu.

Dia terima adiknya sudah tidak ada.

Dia cuma tidak boleh melupakan kejadian di malam itu.

Penjenayah celaka !

.

.

.

.

Dengan kepakan sayap nan terasa begitu berat kerana perlu meninggalkan dan berpisah dengan cinta pertamanya, di sinilah Sumin.

Di perkarangan rumah Hyunwoo.

Rumahnya kelihatan sangat cantik.
Dengan adanya lampu-lampu sepanjang laluan hadapan menuju ke rumah.

Tampak sungguh selesa.
Tipikal rumah idaman semua orang.

Sumin tersenyum sebaik sahaja dia terlihat Hyunwoo. Dia sedang duduk di bawah kanopi di rumahnya.

Sumin mula terbang rendah.

Mulanya dia mahu berehat seketika namun hasratnya itu dibantutkan sebaik sahaja dia terdengar isi hati Hyunwoo.

' Macam mana kalau aku susuli adik ? '

" Dan tinggalkan eomma appa yang sangat sayangkan engkau ?! ", jerkah Sumin refleks.

Hyunwoo terlonjak kecil.

Dia terus berdiri serta mengalihkan pandangan, mencari sumber suara tersebut.

" Siapa ?
Berhambus, atau aku belasah kau.

Setahun lepas, tarikh hari ini kami dua beradik dirompak dan adik aku pergi akibat cedera parah.

Kali ni, aku tak kisah siapa pun engkau.

Kalau kau datang dengan niat yang buruk, aku tak akan teragak-agak belasah kau pula sampai mati ! ", amuknya.

Jeritannya begitu kuat sehingga ayahnya keluar dari balkoni lalu memanggilnya.

" Hyunwoo ?
Ke mari. Masuk.

Dah lewat sangat ni.
Kamu mesti penat tu.

Tiada apa-apa di bawah tu !
Paranoid kamu saja !

Sistem pengesan di depan rumah pun tidak detect apa-apa pergerakan asing.

Masuk tidur, naik . ", arahnya.

Hyunwoo masih kekal mematung.

Penumbuknya dikepalkan sejak tadi.

Badannya menggeletar kecil.

Lantas ayah Hyunwoo menghampirinya serta mengusap belakang tubuhnya perlahan. Dia pimpin anaknya masuk ke dalam.

Dari luar, dapat Sumin lihat Hyunwoo   terus mendakap ibunya erat serta terduduk di lantai sambil menangis.

' Maafkan Hyunu eomma appa,
Hyunwoo tak akan berfikir untuk tinggalkan eomma dan appa lagi.

Keluarga Hyunu, syurga Hyunu. '

.

.

.

" Kau cuma sunyi sajakan, Hyunwoo ?

Kau dah terima pemergian adik kau, cuma kau hanya bencikan fakta bahawa perompak dua orang tu masih tidak dijumpai, bukan ?

Lagipun, keluarga kau dah berpindah ke sini. Kes adik kau juga telah ditutup kerana entah mana pergi penyamun dua ekor itu.

Betulkan, Hyuwnoo ? "

Monolog Hyunwoo.

Atau lebih tepat, itu sebenarnya bisikan Sumin.

Dia sedang membantu Hyunwoo untuk memujuk dirinya sendiri.

" ... lebih tepatnya,

kau terkilan kerana engkau tak boleh jumpa adik sebaik Hanwoo.

Kau berharap akan ada orang yang boleh ganti tempat Hanwoo.

Engkau impikan seseorang yang boleh kau layan seperti adik, yang boleh kau manjakan serta dimanjakan sekali.

Betul tak, Hyunwoo ? "

Kali ini kedengaran suara Sumin.

Hyunwoo terdiam.

Ada benar juga apa yang dikatakan oleh  suara itu.

" Hanwoo mesti mahu lihat engkau meneruskan kehidupan mendatang dengan baik.

Hanwoo mesti ingin engkau berjaya dan teruskan kehidupan tanpa dia.

Buktikan pada dia bahawa pengorbanan dia tak sia-sia.

Dia sayangkan engkau, abang terbaik yang pernah dia ada. ", kata Sumin lagi.

" Ya, betul kata kau.

Tapi kau siapa ?

Di mana ? "

" Sini. ", balas Sumin sambil terbang perlahan ke arah Hyunwoo.

" Serangga ? "

" Aku punya cantik macam ni, kau panggil serangga !

Ish, manusia betul. "

" Hahaha. Aku bergurau saja.

Engkaulah yang kacau aku malam semalam kan ?

Hyunwoo. ", katanya sambil menghulurkan tangan.

" Sumin. ", balas Sumin sambil terbang mengelilingi tangan Hyunwoo yang terhulur ke hadapan itu.

" Aku ke mari kerana dapat aku rasakan ada hati yang sedang sedih.

Ada jiwa yang inginkan peneman serta pengganti adiknya.

Ada keinginan dia untuk teruskan kehidupan tanpa adiknya yang telah tiada, tapi dia tak tahu mahu mula dari mana. ", kata Sumin sambil bergerak ke atas meja belajar Hyunwoo.

" Keinginan tak pasti yang cukup kuat kau. Ia yang membawa aku ke sini. ", sambung Sumin lagi.

" Kau akan tolong aku ? ", soal Hyunwoo.

" Terpulang.

Kalau kau beri aku makanan dan jaga aku, aku akan tunaikan satu hajat engkau.

Tapi jika ada sedikit pun niat jahat dalam diri kau, aku tak dapat bantu tunaikan hasrat kau.

Atau...

Kau izinkan aku untuk bantu kau.

Jadi peneman dan pemberi motivasi sementara, buat menaikkan semangat kau semula. "

" Baik, aku alu-alukan engkau di sini.

Selamat datang, Sumin. "

.

.

.

.

Dua minggu berlalu, Sumin dilayani persis seorang sahabat baik.

Hyunwoo sering menghidangkan hirisan buah berbagai bentuk serta motif yang diukir sendiri olehnya. Sugoiii ! Waku wakku ^^

Setiap malam, Sumin didodoikan dengan lullaby indah milik Hyunwoo.

Sumin turut disediakan katil kecil di atas katil Hyunwoo.

Sumin suka.

Hyunwoo sangat baik kepadanya.

Hyunwoo memang merupakan kawan yang sangat berperilaku mulia.

" Hyunie, kau sudi bertemankan aku.

Kau sangat mengalu-alukan aku di sini.

Tujukan aku hasrat kau. "

Hyunwoo terdiam seketika.

" Aku tiada apa-apa hajat. Tak bolehkah jika engkau tinggal saja di sini dan berkawan dengan aku ? "

" Tidak. Ada banyak hati terluka dan kelopongan dalam jiwa orang lain yang perlu aku ambil tahu. "

" Baik. Jika begitu.

Hajat aku ..

Aku ingin eomma dan appa kekal bahagia dengan adanya aku di sisi mereka. "

" Akan aku tunaikan.

Terus maju jaya, Hyunie.

Selamat tinggal. "

.

.

.

.

Cuba, walaupun sukar.
Perlahan-lahan cuba terima serta redha dengan apa yang sudah terjadi.

Pasti, kau boleh lakukan yang lebih baik daripada ini.

Engkau kuat kerana sudah sampai sini.

Kau sudah sejauh ini, pasti kau boleh terus melangkah lebih jauh lagi.

Fighting !

Jangan lupa syurga hakikimu, ibu dan ayahmu yang banyak berkorban dan berharap kepadamu.

Mereka sangat menyayangimu.

Fighting! <3

Aku pergi dulu ya, Hyunwoo !

From your fairy, Sumin

.

.

Sumin the Fairy, Hyunwoo part -end-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro