seketul aku.
SEDAR tak sedar, aku dah siapkan sepuluh Skena. Semuanya ditulis dalam waktu yang tidak singkat. Aku pun tak sangka yang Skena ni boleh jadi hobi aku.
Baiklah, bersempena dengan itu aku akan ceritakan tentang Skena.
Jadi, apa itu Skena?
Skena ialah satu karangan imaginatif yang aku tulis berdasarkan kreativiti aku. Ia boleh jadi sebuah cerita pendek seperti Skena 1 dan cerita yang panjang seperti Skena 6. Setakat aku tulis ni, Skena dah ada lebih kurang 34 847 patah perkataan. Wah, banyak tu!
*Tepukan untuk diri sendiri*
Sebenarnya, idea Skena ni terhasil semasa aku duduk dekat asrama. Masa tu, Skena first aku tentang perlawanan antara Haqiem dengan Ikyuu Mal, yang mana ceritanya berkait dengan Skena 1 sebenarnya.
Baiklah, jadi daripada mana sebenarnya asal nama Skena ni?
Macam ni sebenarnya:
Skena berasal daripada perkataan Inggeris; scene yang membawa maksud adegan, suasana, tempat dan sebagainya.
Jadi, perkataan ini di-Melayukan mengikut kreativiti aku (Hahaha) dan terhasillah perkataaan Skena.
Kalau kau perasan, gaya penulisan untuk Skena agak urban sebab aku suka gaya yang ringan. Tapi, penaipan Skena masih mementingkan tatabahasa ringkas yang aku tahu. Sebab tulah, perkataan Inggeris ditulis itallic. Kalau kau perasanlah...
Aku masih menggunakan perkataan yang betul melainkan pada sinkope macam ‘ini’ → ‘ni’, ‘itu’ → ‘tu’ dan ‘tidak’ → ‘tak’. Ada jugak perkataan yang dieja dengan gaya percakapan sekarang macam ‘juga’ → ‘jugak’, ‘sahaja’ → ‘aje’ dan ‘bagi’ → ‘bak’.
Okey, itulah serba-sedikit tentang Skena ni. Aku ada terfikir jugak untuk publish benda ni dekat mana-mana, tapi aku ni pemalu. Hahahaha, mungkin lain kali ajelah kut...
====
So, merujuk kepada nota ni, maka aku putuskan untuk publish juga tulisan-tulisan picisan ni.
And so, here we are.
Ya, aku tahu. Memang cerita-cerita dalam ni 'pelik' dan 'mengarut'. Tapi, itulah benda yang dia pernah tulis. So, aku hargai apa yang 'dia' buat.
Terima kasih sudi baca benda ni. Mesti budak ni happy gila kalau dia tahu ada orang baca benda-benda yang dia tulis selama ni. Hahaha.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro