Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

mimpi.


GERAM. Itu sahaja yang mampu menerangkan perasaannya buat masa ini. DIA mengetap bibir. Perasaan marah menjalar di seluruh tubuhnya. DIA merenung tajam rakannya itu. 

“Alah, rilekslah. Gurau aje pun,” tutur rakannya penuh bersahaja tanpa sebarang rasa bersalah. DIA pula hanya mendiamkan diri. Sabarnya masih panjang. Namun, terasa seperti sedang di hujungnya. Bila-bila masa sahaja dia boleh ‘meletus’.

“Dah lah, aku gurau aje pun. Jom, pergi duduk dekat sana,” ajak rakannya itu. DIA hanya menuruti. Malas hendak memanjangkan perbalahannya. Mereka menuju ke Taman Herba. Di atas sebuah tangga kecil yang menghadap sebatang sungai kecil. Atau parit mungkin.

DIA melabuhkan diri di sebelah temannya itu. Acap kali juga mereka berbalah. Namun, setiap kali itu jugalah DIA akan beralah. Tetapi, sabarnya itu ada batasnya juga.

Mereka berdua hanya membatukan diri. DIA pula memilih untuk menikmati pemandangan di hadapannya. DIA hendak menenangkan fikirannya yag bercelaru. Pelbagai masalah yang menimpa dirinya selama ini telah membebankan fikirannya. Ketika DIA memerlukan seorang teman, rakannya itu telah membuatkannya semakin kecewa.

“Hoi, bak semula cermin mata aku!” tegur DIA apabila temannya itu mengambil cermin matanya dan menggoyangkannya di udara. Sekali-sekala temannya mengacah untuk melemparkan cermin mata itu ke dalam sungai kecil itu. DIA naik angin apabila diperlakukan sedemikian.

“Hoi, kau memang tak ada kerja lain ke, hah?!! Asyik nak menyusahkan orang aje!! Ingat orang suka sangat ke??!!” jerkah DIA. Temannya menarik muka dan tanpa sebarang perasaan bersalah telah melemparkan cermin mata tersebut ke dalam sungai.

DIA mencerlung garang. Setelah itu, dengan penuh geram DIA meninggalkan temannya.

“Kau tunggulah malam ni!!” ugut DIA.

====

DIA bangun dari tidurnya. Suasana sekeliling gelap-gelita. Pasti sudah tengah malam. DIA bangun dan menuju ke bilik study. Asrama putera senyap sunyi. Semua penghuninya pasti sedang lena diulit mimpi.

Sementara DIA, masih segar-bugar. Nafsu amarahnya telah memacu pergerakan tubuhnya. Jarinya memetik suis lampu. Suasana di dalam bilik itu terang-benderang. DIA menuju ke bahagian rak buku. DIA mencapai sesuatu. Pisau lipatnya.  

Kakinya dibawa menuju ke arah dorm rakannya yang telah menguji kesabarannya tadi. Mukanya penuh dengan amarah. DIA menghayunkan pisau lipat yang diambilnya tadi. 

Pintu dikuak perlahan sambil pisau diangkatkan melepasi paras bahunya. DIA menuju ke arah katil yang terletak di hujung dinding. Di sebalik perasaan yang dikuasai syaitan itu masih terselindung satu rasa di dalam hatinya. Berpatah balik mungkin? Ah, tidak! Sabarnya tidak mampu untuk menandingi dendamnya yang kini telah membuak- buak.

Darah merecik ke merata tempat. Tangannya bertindak mengelar leher mangsanya sambil tangan kirinya menekup mulut rakannya itu bagi memastikan tiada bunyi yang dikeluarkan. Lelaki malang itu menggelupur kesakitan sejenak sebelum nyawanya direnggut keluar daripada badan. Isi perutnya dicungkil keluar. 

DIA masih lagi tidak berhenti menyempurnakan ‘kerja’nya itu. DIA bertindak menikam kawannya itu berulang kali. Puas hatinya. DIA membuang pisau lipatnya ke luar jendela.

DIA berjalan ibarat tidak melakukan apa-apa. DIA menuju ke tandas dormnya. Kepala paip dipulas perlahan. DIA membasuh tangannya penuh selamba. Seolah tiada apa-apa yang berlaku malam ini. Sedangkan DIA baru sahaja membunuh temannya sendiri tadi.

Matanya merenung ke arah refleksinya pada cermin besar di hadapannya. Pantulan dirinya itu kelihatan sugul. DIA mengukir senyuman lebar. Matanya dibesarkan. Wajah DIA tampak begitu menyeramkan. Ketawa kosong meletus dari bibirnya.

====

AKU bangun dari tidur dan duduk berlunjur. Wajahku yang dibasahi keringat diraup perlahan. AKU beristighfar perlahan. Mimpi AKU tadi mengganggu fikiranku. AKU sedikit keliru. Apakah mimpi itu sekadar fantasi malam atau sebuah realiti?

Bagaimana jikalau AKU telah ‘membunuh’ kawanku itu? AKU segera menjauhkan fikiran negatif itu tadi. AKU berfikir sejenak. Hendak memeriksa kawanKU itu atau tidak? Bagaimana kalau mimpi itu satu realiti?

Akhirnya, AKU membuat keputusan untuk menganggapnya sekadar mimpi. AKU memilih untuk menyambung lenaKU kembali. Biar sahajalah. Kalau terjadi apa-apa, AKU akan mengetahuinya esok hari. Buat masa ini, anggap ini semua sebagai permainan tidur sahaja.

====

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: