Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

harta.


ZURAGA menyarungkan pedangnya kembali. Dia menarik nafas panjang dan bersandar pada pintu gua itu. Pemuda yang berpakaian seperti rakyat marhaen itu mengatur kembali pernafasannya. Dia menggenggam hulu pedangnya penuh kemas. Bulan purnama mengambang indah, menerangi malam tanpa bintang itu.

Zuraga mengintai ke dalam gua.

Seekor makhluk seperti ular dengan saiz sebesar lima pemeluk lelaki dewasa sedang tidur lena. Makhluk itu mempunyai dua pasang kaki bercakar tajam pada tubuhnya. Ia melilit sebuah peti besi yang agak besar.

Zuraga mengurut dadanya. Gemuruh terasa seperti tsunami yang ganas sedang melanda. Manakan tidak, kini dia berada di gua tempat bersemayamnya seekor makhluk ganas yang digelar sebagai Nebuzar. Makhluk itu dikatakan menyimpan harta karun dengan nilai yang tidak terhitung. Untuk mendapatkannya, Nebuzar harus ditewaskan.

Yang pastinya, bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun Zuraga tekad untuk bersemuka dengan makhluk itu. Dia akan menewaskannya.

Selama ini penduduk kampung menganggapnya sebagai seorang yang gagal. Dia sering diherdik kerana tidak berbakat dalam melakukan apa-apa urusan norma penduduk lain seperti bertani, berternak, berkilang dan berniaga. Malahan, ibu bapanya juga menganggap dia sebegitu.

Oleh itu, hari ini dia akan membuktikan bahawa mereka salah.

Zuraga ini akan menewaskan Nebuzar dan menjadi orang terkaya di seluruh empayar.

Dia akan buktikan bahawa Zuraga ini juga berguna. Untuk itulah, dia berlatih mempersiapkan diri untuk melawan Nebuzar. Malahan, dia juga telah menggadai kudanya untuk mendapatkan sebilah pedang.

Zuraga menarik nafas. Dia berasa begitu gemuruh.

-TAMAT

Ye, memang cerita ni habis setakat ni aje. Entah kenapa. Mungkin sebab masa tu aku dah mula menonjolkan kemalasan aku. Apa pun, terima kasih sebab sudi jugak baca benda ni.

Sila baca karya-karya lain yang lebih baik daripada tulisan-tulisan karut ni.

Bai.

p/s: ada satu bab lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: