Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ℂℝ𝕌𝕊ℍ | CJH

-storyline originally from kimtaehyo_ , Don't copy paste my story Line .and Don't claim this all storyline as your . -







Seminggu berlalu , selepas habis shooting drama come to the witch restaurant .
Chae jong hyeop menilik lama phonenya .
Entah kenapa hatinya berbelah bahagi .

" Patut ke tak eh aku chat Jihyo noona ? "

Gumamnya sendiri .
Berperang dengan kehendak sendiri yang tak kesudah .

" Ah taknak lah malu "

Muka ditekup dengan tangan .
Phone entah dicampak kemana .

" Kau dah kenapa malu sorang -sorang ? Sawan ? Buang tabiat? nak mampos ? "

Tegur satu suara iaitu rakan nya , nam joo hyuk .
Dengan selambanya lelaki itu mengunyah snack dihadapan Chae jong hyeop .

Jong hyeop berdehem kecil .
" Kau ni buat rumah sendiri nampak "

Teguran Jong hyeop mampu buatkan nam joo hyuk tersengih kerang busuk .
Snack yang habis dimakan dibuang kedalam tong sampah .

" Hehe kau saja kan tukar topik , aku tanya ni kau malu sorang -sorang tadi kenapa ? Ops biar aku teka "

Tangan mengusap dagu , mata dipandang keatas , lagak seperti berfikir .

" Ke kau teringat dekat Jihyo noona ? Cieee "

Usiknya sambil menucuk nucuk pipi Chae jong hyeop yang dimana terletaknya lesung pipit lelaki itu .

Jong hyeop menepis kuat tangan nam joo hyuk dengan senyuman malu-malunya yang masih tersisa .

" Ish! mana kau tau ? "

" C'mon lah , kita kawan dah lama kot .aku tau lah kau malu -malu ni lepas je korang habis shooting together. Aku dah dapat agak yang kau mula sukakan Jihyo noona .aku kan kawan sejati kau "

Ujar nam joo hyuk berbangga diri .
Jong hyeop Mendecit menyampah .

" Aku suka dia .. aku taknak lepas habis shooting terus tak jumpa dia , kalau boleh aku nak jumpa dia hari -hari "

Luah Jong hyeop , joo hyuk tersengih kerang busuk

" Ceh , gatal jugak kau ni an "
Usik nam joo hyuk , bukan senang nak tengok kawannya itu jatuh cinta .

Kalau pernah bercinta pun , dikecewakan .kesian ..

Jong hyeop mengumam kecil ,
Kepala direhatkan di atas meja .
Mukanya jelas cemberut , sedih .

Joo hyuk mengelengkan kepalanya beberapa kali .
Teruk dah rasanya kawannya sorang ni .
Dah macam orang putus cinta je .

" Kau confess jelah Chae , manatau dia sukakan kau jugak ? Kalau kena reject pun takpe try lagi hahahah "

Ujar joo hyuk berserta tawa besarnya .
Drastik jong hyeop mengangkat kepalanya seraya memandang joo hyuk dengan mata yang membulat .

" Kau rasa dia terima ke weh wehhhhhh "

Tangan joo hyuk digoncang goncang nya .
Serius annoying .

" Ish kau ni ! Try jelah , laki an ? Kena la berani "

Ujar joo hyuk menyakinkan .
Jong hyeop mengumam kecil .

" Okay! Esok aku call jihyo noona and ajak dia jumpa!!! " Ujar jong hyeop bertenaga .
Phonenya yang tercampak diambil semula .
Kaki mula ligat berlari masuk kedalam bilik meninggalkan kawannya joo hyuk yang termangu seorang diri .

Tergeleng-geleng kepala melihat bertapa angaunya kawannya dengan artis yang sudah tentu jauh perbezaan umur mereka .
Tapi .. nak buat macam mana kan ? Cinta tak mengenal angka umur .
Kalau dah suka takkan nak menindakkan pula ?

" Hm lantak kau lah jong hyeop asalkan kau bahagia aku pun turut tumpang senang hohoho " ujarnya sendiri sambil tangan mengambil lagi stock keropok dirumah jong hyeop .











Seperti yang dijanjikan , selepas sahaja pelawaannya diterima oleh cik crush dia pun siap sedia dihadapan cermin sambil bergayakan baju yang dipakai .

Baju shirt di tuck in dengan seluar panjang selesa dipakai .
Tidak lupa juga aset paling berharga lelaki iaitu rambut diperkemaskan lagi menggunakan pomade najib yang sudah lama dibelinya ketika dimalaysia tempoh hari .

Setelah puas dengan gayanya dia mula bergerak keluar dari rumah .
Kereta Porsche kesayangannya dipandu laju menuju ke lokasi yang dia tetapkan .











Taman bunga rosmah


Setelah 5 minit menunggu , badannya yang tadi tak bermaya kini tegak semula tatkala figura yang dikenalinya sudah sampai .

Jihyo dengan senyuman mesra melambai ceria kepada jong hyeop .
Antara artis yang baru dia bergandingan disebuah drama .

Keduanya mula menyapa satu sama lain sebelum mula ke topik yang lebih serius .

" Nae jong hyeop awak cakap awak ada benda penting nak cakap dengan saya "

Ujar jihyo memulakan perbualan yang agak kekok .
Jong hyeop mengigit bibir resah .

" Aa— sebenarnya .. "

Terjungkit kening gadis itu menunggu butir bicara jong hyeop yang tergagap-gagap menyusun kata .

" Saya sebenarnya .. suka ..cik jihyo "
Luah chae jong hyeop yang tadinya menunduk kini memandang tepat anak mata jihyo .
Cuba untuk tunjuk berani walhal tak .

Angin sepoi-sepoi bahasa , hening mula muncul diantara keduanya .
Jihyo tersenyum kecil .
Tangannya naik mengserabaikan rambut jong hyeop yang sudah diletak pomade najib sebentar tadi sebelum memberi jawapan yang sudah dapat dijangka .

" Mianhae jong hyeop ah—noona anggap awak ni dah macam dongsaeng noona , and noona mengaku yang noona rasa selesa berkawan  dengan jong hyeop selama shooting ni .. tapi ..maafkan noona ye ? Noona tak dapat nak balas cinta jong hyeop "

Balasnya lembut . Jong hyeop terdiam lama , walaupun kecewa tapi dia rasa lega selepas meluahkan .

" Gwaenchana noona .. " ujar chae jong hyeop dengan senyuman , cuba untuk menutup kekecewaan di muka .

Jihyo tergelak kecil .
" Lupakan noona okay ? Banyak lagi perempuan yang sempurna untuk awak jong hyeop "

Ujar jihyo sebulat suara .
Sakitnya cinta bertepuk sebelah tangan , tapi lebih sakit suka seseorang tu tapi tak berani nak luahkan .

Selepas sahaja sesi luahan perasaan , jihyo meminta diri pulang terlebih dahulu kerana gadis itu mulai sibuk dengan acara RunningMan.


Jong hyeop mengeluh lemah .
Ini kali pertama baginya dia ditolak cinta oleh seorang gadis .


" She's just only crush but not mine .. "




End

[ —maaf agak sedikit bodo ye ending dia , 😂 btw part ni dh lama buat tapi sy simpan buat pekasam.. ]
Lama sangat saya hiatus  , apa khabar readers saya semua ? 😘]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro