Bab 4: Sistem 'Ranking' Orang Sasa
"Sekolah kau macam mana hari ini, bang?"
Hampir setiap hari—atau sememangnya setiap kali pulang daripada sekolah, soalan itulah yang akan terpacul daripada ibunya. Tentang pelajaran, tentang kawan-kawan, tentang sekolah.
Julien pula membalas, "Macam biasa."
Itu sahaja balasannya, sewaktu mengangkat ibunya yang kudung kedua-dua belah kaki, masuk ke dalam rumah. Tikar dan sisa buah mangga (yang tidak habis dijual) di dalam bakul, tidak terasa beratnya jika kepala terlalu berserabut. Fikirannya melayang.
Sampai bila dia mesti hidup begini?
Sehinggalah suatu hari, Tuhan menghantarkan seseorang kepadanya. Seorang pelajar baharu, kelihatan membosankan, dengan tag nama 'Rayyan'.
Lelaki yang tidak ubah seperti pelajar skema yang lurus bendul ini, rupa-rupanya luar biasa. Dia boleh menundukkan kedua-dua samseng sekali gus!
Mata Julien pun bersinar. Senyuman ditarik tidak tertahan.
Adakah ini perubahan baru bagi sekolah mereka?
. . .
"Aku tak berminat."
Mendengar jawapan Rayyan, Julien terpana, "Eh?"
Mereka berdua duduk di meja taman. Beberapa pelajar lain tekun mengulangkaji di beberapa tempat. Nampaknya, kawasan ini sahaja yang dianggap Zon Bebas Samseng. Walaupun panas di bawah payung meja, tetapi di mana lagi tempat yang aman? Perpustakaan pun tidak selamat sekarang.
"Kau suruh aku terlibat dengan samseng itu, 'kan?" kata Rayyan sambil menggosok-gosok kaca mata yang retak, dengan sapu tangan. "Maaf, tak berminat."
"Kau dengar dulu bah apa aku mau cakap ni!" Julien bersungguh memberitahu, "Belum lagi aku cerita pasal sistem di sini sekolah."
Rayyan akhirnya mendongak. "Sistem?"
Entah bagaimana, awan gelap berarak menutupi langit. Buat seketika, suasana berubah mendung. Rasa panas yang mencengkam digantikan dengan rasa dingin. Juga, berat.
"Kau ada nampak juga 'kan, Geng Gajah sama Geng Harimau tadi?" Julien mula bercerita. "Mereka antara kumpulan samseng di sekolah!"
Julien mengeluarkan telefon, dan menunjukkan sesuatu.
"Ada satu sistem baini di sini," katanya, seraya menekan aplikasi telefon. "Sistem 'Ranking' Orang Sasa."
Baini = bah ini
Terpapar senarai nombor keseluruhan pelajar di dalam aplikasi Sistem 'Ranking'. 10 tempat pertama, nama mereka diberi medal emas. 50 tempat kedua, nama mereka diberi medal perak. 100 tempat seterusnya, nama mereka diberi medal gangsa.
Sekolah ini, mempunyai 3000 lebih pelajar sekolah menengah. Kurang 300 pelajar sahaja yang tidak berminat mahu masuk ke dalam gelanggang. Sementara yang lain, memilih untuk bersilat atau terlibat di dalam 'ranking' yang kejam.
"Lama sudah ada ni sistem," terang Julien. "Cikgu-cikgu pun penat sudah bah mengatur. Polis lagi kah. Aku pun ndak tahu kenapa diorang diam ja. Pelajar 'ranking' tinggi seja yang berkuasa di sini."
Rakannya menyambung, "Kau nampak juga, 'kan, Si Jumbo sama Si Zack? Mereka berdua itulah ketua Geng Gajah dan Geng Harimau. Ranking mereka pun boleh tahan tinggi juga itu."
Julien melihat ke sekitar, sebelum memberi isyarat agar Rayyan mendekatinya. Lelaki itu berkerut tidak memahami, tetapi akur sahaja.
Julien berbisik, "Hati-hatilah kau sama itu dua orang."
"Siapa? Samseng?"
"Itu yang ketiga," balas Julien, "Tetapi yang pertama--"
"Beri laluan! Beri laluan!"
Mereka berdua tersentak, segera menoleh.
Bulu roma Rayyan tiba-tiba menegak. Lantas dia menggosok lengannya yang meremang. Entah mengapa, suatu aura yang dahsyat, bergelora di setiap hembusan nafas mereka.
Para pelajar yang melalui kawasan pejalan kaki bergegas ke sisi. Semua pelajar di taman pula lekas-lekas berdiri.
Julien terlalu panik, terjatuhkan buku dan alat tulis. Wajahnya membiru. Pucat. Dia seperti tersedar, segera menunduk seperti pelajar yang lain.
Terkejut Rayyan apabila kepalanya ditolak ke bawah.
"Tunduk ...!" bisik Julien dengan keras.
Tidak sampai beberapa lama, gelombang itu semakin dahsyat. Seperti ada kuasa yang menekan-nekan dengan kuat. Baju Julien dan pelajar yang lain basah lencun dengan rasa cemas. Nyaris sahaja Julien terjatuh kerana menggigil.
Mereka sudah tiba.
Sekumpulan pelajar berves hijau bergegas melintasi laluan yang dicipta para pelajar. Hanya derapan kasut yang kedengaran. Senyap. Dingin. Tatapan mereka tajam, membuatkan semua pelajar tidak berani untuk bernafas.
Rayyan terus mendongak, tertanya-tanya gerangan yang mencipta suasana mengerikan ini. Keningnya terjongket apabila seseorang yang sedikit berbeza--dengan kot lengan panjang, berjalan melepasinya. Tiada senyuman di wajahnya. Langsung.
Sebelum Rayyan sempat melihat wajah lelaki iti lebih jelas, kepalanya ditolak lebih bawah.
Julien berbisik keras, "Kasi tunduk kepala mu bah! Kau minta mati kaini?"
Kaini = kah ini
Selepas kumpulan pelajar itu pergi, barulah pelajar lain mengangkat kepala. Julien terduduk dengan tubuh yang menggeletar. Salah seorang pelajar tiba-tiba terjatuh diserang sakit dada. Rakan-rakannya bergegas mengangkat lelaki itu ke bilik kesihatan.
Rayyan menggosok belakang lehernya yang meremang. Tidak sangka sehebat ini kesan yang dibawa kumpulan tadi.
"Siapa," soal Rayyan, "mereka?"
"Pengawas tandas," terang Julien sambil meneguk air mineral. "Ada, 'kan, lelaki pakai kot hijau tadi? Itu laitu ketua diorang."
Laitu = lah itu
"Kenapa kau takut sangat dengan pengawas tandas?"
Julien menarik nafas, sebelum berkata, "Sebab diorang pengawas. Geng paling bahaya itu pengawas di sini."
Rayyan nyaris tergelak, "Pengawas pun jadi samseng? Sistem mengarut apa ni?"
"Sekolah kita," Julien menekan suaranya.
"Kau belum lagi tengok pengawas lain."
P/s: struggle utak sa mau mengasi translate ini sarita. Terima kasih kepada kawan saya yang tidak mahu disebut namanya—malulah itu—yang tolong betulkan banyak 'error' dalam slang Sabah Julien🤣Maaf, Sabah bukan bahasa ibunda saya🥲
Saya enjoy tulis chapter ini, sejujurnya. Saya dah lama nak tulis fasal pengawas tandas🤣So, yah~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro