Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 8

✨Hope You Guys Enjoy✨
~~~~~~

Sambungan.....

Harini adalah hari terakhir mereka di Kampung Telaga Biru. Mereka berdua bersiap-siap untuk pergi ke Kuala Lumpur

"Semua dah ada Alif? Beg semua dah kemas dah?" Tanya Fattah mahukan kepastian. Takut ada pulak barang yang tertinggal.

"Ye semua dah sedia. Erm Uncle, kita nak naik kereta mana ni?" Tanya Alif pulak.

"Naik kereta aku lah. Kereta kau kan penuh dengan cat merah kerja budak-budak penyamun tu." Fattah berkata.

"Oh ye tak ye lah." Muka Alif berubah bila teringat kereta dia yang dipenuhi cat merah dan ditutup dengan kain di bawah rumah.

"Alah kau ni! Kau jangan risau. Habis misi kau bawak kereta kau pergi kedai cat lain. Pakai duit aku kau jangan risau!" Fattah berkata untuk menenangkan hati Alif.

"Baiklah Uncle."

"Dah jom kita bertolak." Kata Fattah yang sudah masuk ke dalam kereta.

"Eh nanti dulu Uncle! Erm orang kampung tak syak apa-apa ke Uncle tiba-tiba nak pergi dari kampung ni?" Tanya Alif.

"Alah kau jangan risau. Aku dah cakap kat diorang semua yang aku pergi umrah." Fattah berkata.

"Oh ye ke. Eh lagi satu! Macammana dengan budak-budak samseng tu? Diaorang tu kan selalu cari pasal dengan Uncle." Alif bertanya lagi.

"Kau ni dah seminggu duduk dengan aku pun kau tak tau lagi ke? Sekeliling rumah aku dengan kebun-kebun aku tu semua dah ada sensor dan perangkap dah! Kau jangan risau! Diorang masuk sana maksudnya diaorang gali kubur sendiri lah! Kalau sensor tu berbunyi terus dia hantar isyarat ke balai polis. Kan senang tu!" Fattah menerangkan.

"Oh...ok faham!" Alif mengangguk faham.

"Dah jom kita bertolak!" Fattah berkata dan disahut oleh Alif.

"Jom!"

Kereta yang dipandu Fattah meluncur keluar dari kawasan rumah dan seterusnya keluar dari kawasan kampung. Dan seterusnya keluar dari kawasan Pulau Pinang. Dengan itu, selamat tinggallah Negeri Pulau Pinang....

Tanpa mereka sedari, kereta mereka diekori seseorang yang tidak dikenali.

"Oh...jadi Agent tua dengan Agent muda bodoh tu dah mula bergerak eh. Baik aku takkan biarkan korang sampai ke Kuala Lumpur!" Orang misteri tu sepertinya sudah merancang sesuatu yang buruk.

Kemudian orang misteri tu berkata. "Billy! Aku nak kau arahkan orang-orang kau, suruh diaorang jalankan rancangan tu! Aku nak diorang berdua dibunuh!"

"Baik boss!" Billy berkata.















Semasa Memandu....

Sudah beberapa jam Fattah memandu. Nak sampai ke Kuala Lumpur bukanlah sekejap. Memakan masa sehingga sehari atau lebih. Dari siang menginjak ke malam.... Alif dari tadi lagi sudah menahan dirinya dari tertidur. Fattah yang perasan dengan kelakuan Alif pun menegur.

"Alif? Kalau kau mengantuk kau tidur je lah." Fattah berkata.

"Hmm...tapi nanti Uncle bawak sorang-sorang.." kata Alif tersengguk-sengguk. Sepertinya dia akan tertidur bila-bila masa sahaja.

"Alah kau rilek je. Aku boleh je bawak sorang." Fattah memberi jaminan. Sambil membuat tanda 'bagus'.

"Hmm ok Uncle.." Alif meletakkan kepala dan terus terlena.

"Haih penat sangat lah anak buah aku ni...Alif Alif." Fattah meneruskan memandu.

Secara tiba-tiba ada sebuah kereta memotong dari dari belakang dan memaksa Fattah untuk berhenti di tepi jalan.

Ada kereta, suruh berhenti, dekat jalan raya, tengah malam takde orang tandanya apa? Mestilah perompak!

"Ni kereta mana pulak dah ni! Suruh orang berhenti pulak!" Fattah merungut geram. 5 orang lelaki keluar dengan memegang pisau dan pistol memakai topeng.

"Hah aku dah agak dah perompak! Nak cari pasal dengan aku ni! Takpe meh aku nak test skill acting aku ni hehehe!" Lakonan Fattah pun bermula.

"Alif! Kau duduk je dalam kereta ni biar aku settlekan diaorang." Dia bercakap dengan Alif walaupun Alif tidur.

Perompak-perompak tu menyuruh Fattah untuk keluar dari kereta. Nampaknya bukan Fattah yang masuk perangkap, perompak-perompak tu yang masuk perangkap!

"Oi orang tua! Keluar dari kereta sekarang!!" Perompak-perompak tu menyuruh.

"Ah! K-korang nak apa ni?" Lakonan Fattah berjalan dengan lancar sekali.

"Aku nak duit!! Kau tak bagi kau mati!!" Jerkah Perompak tu sambil mengacukan pistol ke arah kepala Fattah. Keadaan ni tak ubah seperti....siri pertama Episode akhir...

Tapi korang jangan risau! Fattah tu dah boleh bertenang dah bila menghadapi perkara ni. Siap boleh test skill acting lagi. Habis lah perompak-perompak tu kejap lagi!

"B-boleh! Korang ambillah semua duit! Tapi jangan apa-apakan aku dengan anak aku!" Wah hebat Fattah ni!

"Mana duit kau!" Tanya perompak tu ganas.

"A-ada dalam poket aku!" Kata Fattah sambil mengangkat tangan.

Perompak tu pun memasukkan tangan ke dalam poket baju Fattah dan....wajah mencemaskan Fattah bertukar menjadi senyuman sinis yang seram...

Pap! (Bunyi perangkap tikus)

"Adoi!! Tangan aku!!"

Perompak tu mengeluarkan tangan dan mereka melihat tangan perompak tu terkena perangkap tikus yang macam dalam citer Tom and Jerry tu.

Fattah pun apa lagi, dia tendang muka perompak tu jatuh terlentang! Yang pegang pistol dan pisau tadi cuba menyerang tapi semuanya ditepis dengan tangkas oleh Fattah.

"Tak adil lah pakai parang dengan pistol kan! Tak gentle lah! Meh lawan dengan tangan!" Fattah mencabar perompak-perompak itu.

Perompak tu cuba menyerang lagi tapi di tepis dan ditumbuk oleh Fattah. Seorang demi seorang tersungkur sehinggalah tinggal perompak yang terakhir. Di cekik perompak tadi dengan kuat. Sehingga kawan tu tak dapat bernafas langsung dan kemudian Fattah lepaskan.

"Ampun Tuan! Ampun! T-tolong jangan bunuh saya tolong!" Perompak tadi merayu sambil melutut.

"Hahaha well! Sekarang ni nampaknya keadaan dah bertukar..." Kata Fattah dalam nada sinis sambil membelek pistol milik perompak tadi.

"Agak-agak lah kan...kalau aku tembak kepala kau ni mati tak?" Tanya Fattah sambil mengacukan pistol kepada perompak yang mula-mula ugut dia tadi. Nampaknya keadaan sudah terbalik!

Bila dengan je apa yang dicakapkan Fattah tadi terus mengigil perompak tu! Fattah yang pada mulanya disangkakan hanya seorang lelaki tua yang lemah rupanya bekas Agent rahsia yang terhebat pada suatu masa dahulu!

"Ha! Baru kau tau sape aku yang sebenarnya! Tangan aku ni dah lama tak belasah orang sampai lunyai tau!! Jangan sampai korang semua ni aku belasah!!" Fattah berkata dalam nada sinis dan mengugut.

"J-jangan! K-kami mintak ampun Tuan! Kami janji tak buat lagi dah kerja ni!" Kata perompak-perompak tersebut sambil melutut dan merayu supaya Fattah tidak membunuh mereka semua.

"Sudah!! Tak payah nak melutut merayu bagai kat sini! Sepatutnya korang mintak ampun dengan Tuhan atas segala kesalahan yang korang dah buat ni!! Bukan mintak ampun dengan aku!" Jerkah Fattah.

"Sekarang ni korang bagitau aku!! Siapa yang hantar korang ni!!" Soal Fattah lebih ganas.

Perompak-perompak tu mendiamkan diri. Nampaknya mereka baru sahaja gali kubur sendiri.

Bang! (Bunyi tembakan)

Fattah menembak tiang lampu yang sedia terpasang di jalan raya. Gelap terus kawasan tu! Yang ada hanya lampu kereta Fattah sahaja. Kebetulan masa tu tak ada kereta apa pun. Fattah memang dah betul-betul marah sekarang ni.

"Kalau korang tak nak kepala korang pecah macam lampu tu baik kau bagitau...sementara aku boleh bercakap baik-baik ni.."

"Se-sebenarnya kami dihantar oleh Billy! Dia tu salah seorang dari anggotapengganas yang meletupkan beberapa negeri di Malaysia!" Kata salah seorang perompak tu.

"Oh jadi dia lah punya angkara! Tak guna!" Fattah mengeluh.

"Err b-boleh lepaskan kami Tuan?" Tanya perompak tu takut-takut.

"Heh buat apa aku nak lepaskan korang! Korang kan penjenayah! Berbahaya pulak tu!" Fattah berkata sinis.

Perompak-perompak tu sekali lagi menggigil. Takut dibunuh oleh Fattah. Dah lah dua2 pistol Fattah pegang. Bila-bila masa je boleh kena kepala!

"Heh anyway, aku tau apa nak buat dengan korang ni hehehe..." Fattah berkata dalam nada yang sangat sinis.













"Yeah semoga korang berseronoklah ye dekat jalan raya yang sunyi ni! Ikatan tu aku dah ikat mati jadi kalau korang nak lepaskan diri memang tak lah kot hahaha!" Gelak puas Fattah.

Rupanya dia ikat perompak-perompak tu dekat pokok tepi jalan raya.Dah lah gelap sebab lampu jalan tadi dah kena tembak dengan Fattah memang gelap sangat lah! Tinggal lampu kereta Fattah je yang menyala sekarang ni.

"So korang semua duduk lah elok-elok ye...nanti kalau ada polis lalu diorang lepaskan lah korang ye. Tapi jangan risau aku memang dah call polis pun! Nanti diaorang akan sampai ye!" Kata Fattah.

"Gua caw dulu!! Adios!!" Fattah masuk ke kereta dan tinggalkan perompak-perompak yang masih menjerit menyuruh untuk melepaskannya.











"Fuh settle pun! Geram pulak bila teringat balik! Hmm..jadi ketua pengganas tu memang nak sangat bunuh aku dengan Alif ni eh." Fattah berfikir seketika.

"Dia belum kenal aku siapa! Tunggu je lah tinggal aku nak pergi ibu pejabat I.S.S laporkan diri dan ambik informasi terus aku jalan kerja!" Fattah berkata tegas.

"Haih nyenyak betul kau tidur Alif..." Fattah berkata sambil tersenyum melihat Alif yang masih lagi tidur nyenyak.

"Nasib baik lah dia tak dengar apa yang aku sembang dengan perompak tu!" Fattah berkata dalam nada lega.

Fattah pun meneruskan pemanduannya menelusuri lebuh raya yang sunyi tanpa sebarang kereta.
















Keesokan Harinya.....

Fattah memberhentikan kereta di hentian rehat dan rawat. Dia tinggalkan Alif sekejap yang masih nyenyak tidur untuk ke surah menunaikan solat subuh. Setelah solat, dia balik semula ke kereta dan mengejutkan Alif.

"Alif! Alif! Bangun!"

"Hmm...dah sampai ke Uncle?" Tanya Alif sambil menggosok-gosok matanya.

"Belum lagi. Ni kau pulak ambik alih pemanduan. Aku nak tidur pulak!" Kata Fattah sambil menyuruh Alif.

"Hmm... oh okay Uncle!" Kata Alif yang masih lagi mamai.

"Haish kau ni! Pergi basuh muka dulu! Dah macam takde rupa dah aku tengok kau ni! Jangan lupa pergi solat subuh sekali! Kalau kau nak buang apa-apa ke pergi buang dulu! Aku nak tidur kejap." Arah Fattah dan terus tidur.

Alif pun pergi basuh muka dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai, dia balik semula ke kereta.

"Haih pelik! Sepatutnya kalau diikutkan, dah sampai dah Kuala Lumpur sekarang ni. Tapi masih lagi belum sampai lagi! Hmm pelik pelik... Ah fikir positif. Mungkin Uncle bawak kereta perlahan kot semalam." Kata Alif. Dia pun meneruskan pemanduannya selama beberapa jam dan sampai lah ke Kuala Lumpur.

Korang yang tukang komen tu tak payah lah kecam Alif tu. Dia kan tidur semalam jadi memang dia tak tau lah apa yang berlaku.
















Sampai Sahaja Di Rumah Alif...

Alif memarkir kereta dikawasan rumah Alif dan terus mengejutkan Fattah yang masih terlena itu.

"Uncle! Uncle bangun! Kita dah sampai rumah kat saya ni." Dengan dua kali kejut je Fattah terus terbangun.

"Oh dah sampai eh? Ha jom masuk. Aku nak mandi sebenarnya ni." Fattah berkata.

Mereka berdua pun membawa masuk beg dan jugak barang lain ke dalam rumah.

"Okay bilik Uncle sebelah kiri kat tingkat atas." Alif menunjukkan jalan.

"Oh okay terima kasih. Kejap lagi kita mandi lepas tu siap-siap sarapan semua terus pergi sana." Fattah memberi arahan.

"Baiklah Uncle." Alif terus masuk ke bilik. Begitu jugak Fattah.

Mereka bersiap-siap mandi dan sarapan. Selepas itu mereka terus bergerak ke ibu pejabat I.S.S.
















Di Ibu Pejabat I.S.S....

"Nampaknya tempat ni masih sama macam 16 tahun yang dulu!" Kata Fattah.

Mereka pun masuk ke dalam pejabat. Dalam perjalanan ke pejabat, Fattah terjumpa dengan Encik Razi.

"Razi? Awak masih kerja dekat sini lagi ke?" Tanya Fattah.

"Eh Tuan Fattah! Ye Tuan saya selagi tak pencen selagi tu lah saya kerja dekat sini." Kata Razi dengan nada teruja kerana dapat berjumpa dengan Fattah.

"Err Tuan ada kat dalam tak?" Tanya Alif.

"Oh Tuan ada dekat dalam. Silakan lah!" Kata Razi.

"Oh terima kasih!" Kata Alif dan Fattah.

Semasa Fattah membuka pintu. "Yeah sudah lama kita tak berjumpa Tuan Ismail- Eh! Kau ni siapa?" Fattah terkejut kerana yang dia nampak duduk di kerusi itu bukanlah Tuan Ismail tapi seorang yang lebih muda dari Fattah dan lebih tua dari Alif.

"Uncle Fattah! Lama tak berjumpa dengan Uncle! Uncle dah lupa saya ke? Saya Aziz! Cucu Tuan Ismail." Tuan Aziz menerangkan.

"Oh! Kau ke cucu Tuan Ismail! Ya Allah lama tak jumpa kau! Last aku jumpa kau 16 tahun lepas kan? Masa tu kalau tak silap...umur kau 12 tahun!" Fattah cuba mengingati siapakah Aziz ni.

16 tahun yang lepas, sebelum Fattah berpindah dari Taman Perumahan dan berhijrah ke Kampung Telaga Biru, dia sempat singgah sebentar di rumah Tuan Ismail untuk mengucapkan selamat tinggal. Dekat situ lah Fattah kenal dengan Aziz. Masa tu Aziz berumur 12 tahun.

"Wah! Dah makin hensem lah kau Aziz!" Kata Fattah sambil bersalaman dengan Tuan Aziz.

"Err Uncle kenal ke dengan Tuan Aziz ni?" Tanya Alif. Mereka berdua seperti dah lama sangat kenal.

"Eh mana pulak tak kenal! Kalau kau nak tahu, dia ni lah cucu Tuan Ismail Presiden I.S.S yang dulu!" Fattah menerangkan.

"Oh macamtu.." Alif hanya mengiakan sahaja.

"Err Aziz, mana Tuan Ismail? Aku dah lama tak dengar khabar dia? Dia sihat ke?" Tanya Fattah.

"Oh Atuk saya tu sihat je. Dia sekarang ni dah bersara. Dia duduk dekat rumah je dan dijaga oleh keluarga saya." Aziz berkata.

"Lah ye ke...kalau macamtu kau kirim salam je dekat dia nanti!" Kata Fattah.

"Ok sekarang ni kita back to the topic." Aziz sudah kembali ke mood serius.

"Baiklah sila terangkan secara terperinci..." Fattah juga sudah mula mood serius.

"Baiklah Uncle, Alif. Seperti yang korang berdua tahu, negara kita sekarang ni sedang menghadapi situasi yang sangat kritikal." Aziz mengambil nafas seketika sebelum menyambung.

"Beberapa negeri di Malaysia telah diserang oleh pengganas dengan menggunakan bom. Beberapa buah bom yang diletakkan di tempat-tempat yang banyak orang berkunjung meletup dan mengakibatkan banyak rakyat terkorban....angka terkini sekarang ni adalah  30,000 orang. Termasuklah agent-agent rahsia kami." Tuan Aziz berhenti menerangkan.

"Agent rahsia kita pun terkorban! Haih kalau macamtu, pengganas ni memang kita tak boleh main-main.." Fattah berkata serius.

"Memang betul tu Uncle." Kata Alif.

"Hmm...ada apa-apa information tentang pengganas ni?" Tanya Fattah.

"Hanya satu je info yang kami dapat. Nama dia adalah Waiz. Itu sahaja yang kami dapat dari agent perisik yang kami tugaskan untuk intip pergerakan pengganas tu...selepas itu kami dapat tahu yang agent perisik tu telah dibunuh...." Tuan Aziz berkata.

"Liciknya ketua pengganas tu! Dia dah boleh tahu dah ada orang yang mengintip pergerakan mereka!" Kata Alif.

"Takpe kau jangan risau Alif! Kau ada aku. Aku akan lindungi kau! Jangan risau!" Fattah berkata dengan yakin.

"Hehehe baiklah Uncle." Kata Alif sambil tersenyum senang. Dia berasa bersyukur sebab dapat Uncle yang macamni.

"Anyway, di mana lokasi terakhir agent perisik kau tu sebelum dia dibunuh?" Tanya Fattah.

"Oh lokasi tu nanti saya akan send." Kata Tuan Aziz.

"Baiklah kalau macamtu kami pergi dulu lah. Ada urusan yang kami nak selesaikan." Kata Fattah sambil bangun dari duduknya.

"Baiklah kalau macamtu saya ucapkan selamat maju jaya!" Tuan Aziz bersalaman dengan Fattah dan Alif tanda kerjasama.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro