Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 5

✨Hope You Guys Enjoy✨
~~~~~~~

Sambungan.....

Keesokan harinya selepas kejadian itu, Alif sudah tidak tinggal solat subuh lagi. Takut disuruh tidur dalam lubang kubur pulak nanti. Fattah yang baru sahaja bersiap terlihat Alif sedang menonton tv.

"Ha! Kan bagus kau bangun awal macamni. Tak payah susah-susah aku nak angkat kau letak dalam reban ayam macam semalam." Fattah berkata.

"Hehehe trauma Uncle. Tak nak lah kena tidur dalam reban ayam macam semalam lagi dah." Alif jadi trauma bila dia teringat peristiwa tu semalam.

"Sudah kau pergi ambik wudhuk. Lepas tu kita pergi solat berjemaah dekat surau cepat." Arah Fattah.

"T-tapi Uncle." Alif tidak selesa nak pergi surau.

"Ye aku tau lah pasal tabiat 'tak biasa' kau tu! Sebab tu lah aku ajak kau pergi surau. Berkenal kenalan sikit dengan orang surah tu." Fattah berkata.

"T-tapi."

"Tapi tapi! Tapi apa lagi! Cepatlah!" Fattah sedikit menjerit.

Melompat si Alif tu berlari pergi bilik air. Dah lah jalan nak pergi bilik air tu ada tangga. Dilangkah 5 anak tangga. Takut sangat gayanya tu.

"Dah siap ke? Cepat sikit!" Laung Fattah.

"Ye dah siap ni. Kita pergi naik apa Uncle?" Tanya Alif.

"Mestilah naik motor. Takkan lah nak naik kereta. Lagipun kereta tu aku pakai buat pergi kebun dengan pergi bandar je. Kalau kawasan dekat ni aku naik motor je." Terang Fattah.

"Apa lagi tercegat tu! Cepatlah naik!" Fattah menyuruh.

"Y-ye b-baik." Alif punya takut sampaikan dia nak duduk dalam bakul motor 🤣.

"Haih...kau ni kalau aku tampar pun bagus jugak. Naik motor duduk belakang!" Fattah mula lah nak naik marah.

Lepas je Alif ubah kedudukan duduk di belakang, Fattah pun menghidup kan enjin motor, dia pulas throttle motor bergerak laju meninggalkan kawasan rumah. Dia punya laju bawak motor sampaikan nak terangkat tayar motor. Alif kat belakang dari tadi lagi suruh Fattah bawak slow.

"Uncle! Bawak slow sikit! Laju ni!" Alif menjerit dari belakang.

"Alah rilek dulu! Ni baru sikit je ni! Meh aku tunjuk skill lagi!" Kata Fattah teruja.

Dipulasnya throttle sampai kelajuan mencapai 100 km perjam. Memang terangkat lah tayar depan motor.

"Uncle!! Slow sikit!!" Jerit Alif sudah cemas.

"Rilek dulu!!  Woohoo!!" Fattah dari tadi dah teruja.

"Uncle!!" Suara Alif semakin lama semakin menghilang dibawa angin lalu.

Sementara itu tanpa Fattah dan Alif sedari, ada 3 orang budak samseng kampung yang dijerkah haritu sedang bersembunyi di sebalik semak berdekatan rumah Fattah.

"Wei! Hang nampak dak tu! Fuh hebat lah Pakcik Fattah tu bawak motor! Siap terangkat tayar depan!" Ajib yang dari tadi menonton berasa teruja.

"Hish! Hang ni kita bukan nak tengok Pakcik Fattah tu! Yang penting sekarang ni, misi utama kita tu! Berani betul Pakcik Fattah tu jerkah aku! Aku mesti balas dendam!" Seman, ketua samseng menggengam penumbuk.

"Eleh sembang ja lebih. Buat dak pun!" Meon, penolong Seman bersuara.

"Memang lah tak berani sebab masa tu Pakcik Fattah tengah pegang parang. Hang gila ka nak melawan masa tu! Mau kena tetak dah tak pasal hilang nyawa." Seman berkata.

"Habis tu apa plan kita ni?" Tanya Ajib yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Macamni kita buat..." Seman menerangkan tentang rancangan jahat dia tu.















Sementara Itu Di Surau......

"Fattah, huish sedap betul lah bacaan hang tadi." Kata salah seorang jemaah masjid yang datang.

"Halah! Aku baca bukan sedap mana pun. Dah kebetulan imam tak mai (datang). Aku gantikan lah." Fattah berkata.

"Huish kalau macamni lah bacaan Pakcik, memang saya yakin lah ramai orang mai surau nanti." Kata salah seorang pemuda kampung.

"Ish toksah (tak payah) nak puji lebih-lebih lah! Aku ganti bila imam tak mai ja." Kata Fattah.

"Hmm tak apa lah. Kami pun nak balik dah ni. Assalamualaikum." Semua jemaah masjid tadi pun berjalan pulang ke rumah. Ada juga yang datang naik motor.

"Ha Alif! Apa yang kau termenung tu. Sudah mari balik." Ajak Fattah setelah melihat Alif duduk termenung di sudut surau.

"Hebat lah Uncle! Jadi imam tu!" Alif berkata dalam nada teruja.

"Alah kau ni! Aku jadi imam ganti je. Dah kebetulan imam tak datang. Waktu pun dah nak habis jadi aku gantikan lah." Kata Fattah.

Mereka pun bersembang kosong di atas motor.















Sesampai Mereka Di Rumah....

Apabila mereka sampai di rumah, mereka berdua terlihat ada asap di belakang rumah.

"Eh asap apa pulak tu? Setahu aku tadi, masa aku jerang air aku dah tutup api." Fattah berada pelik.

"Hmm Uncle ada bakar sampah kot." Teka Alif.

Mereka berdua pun pergi memeriksa belakang rumah. Mereka melihat....

"Astaghfirullahal'azim! Sape yang buat benda ni!" Jerit Fattah.

Macammana Fattah tak terkejut! Jamban yang ada kat belakang rumah tu hancur habis!

(Macamnilah jamban tu)

"Patutlah aku dengar ada bunyi letupan tadi! Ingatkan budak-budak main mercun! Rupanya jamban ni meletup! Hmph aku tau ni kerja siapa!" Fattah masuk ke dalam sekejap. Selepas beberapa minit Fattah pun keluar.

"Err Uncle nak pergi mana ni? Siap dengan parang lagi ni." Tanya Alif.

"Aku nak pergi masuk hutan kejap. Kau duduk kat rumah sekejap. Aku pergi tak lama kejap lagi aku balik." Fattah pun terus melangkah masuk ke dalam hutan getah yang ada di belakang rumah.

"Err Uncle! Halah dia ni pergi macamtu je tinggal aku! Dah lah gelap lagi ni! Baik aku masuk dalam dulu." Alif segera masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.















30 Minit Kemudian....

Setelah 30 minit menunggu, Alif terdengar suara Fattah sayup-sayup berkata....

"Oh ni kerja hampa! Amboi bukan main lagi hampa! Ni tak puas hati dengan kes aku jerkah hampa ka apa ni!" Benda ni yang Alif terdengar tu.

Makin lama makin dekat. Alif keluar untuk melihat. Bila dia keluar je, dia ternampak Fattah sedang menarik telinga dua orang budak samseng. Siapa lagi kalau bukan Seman dengan Meon.

"Adoi sakit Pakcik lepas lah!" Meon merayu.

"Ha! Tau pulak hampa sakit! Habis tu yang hampa pi letupkan jamban aku tu tak sakit hati aku ni! Kalau nak diikutkan ka aku biar ja hampa terikat kat dalam hutan tu! Biar kena makan harimau!" Fattah berkata dalam nada marah.






<><><><><><><><><>
(Flashback 30 Minit Lepas)

"Heh korang ingat korang boleh terlepas ke! Diaorang ingat kawasan rumah aku ni biasa-biasa ke!" Monolog Fattah sendirian.

Setelah sampai di tempat itu, dia melihat Seman dan Meon berada di dalam jaring yang digantung di atas pokok. Macam perangkap lah.

"Hehehe hampa ingat, hampa dah bom jamban aku hampa boleh terlepas ka? Banyak lagi benda yang hampa tak tau dekat kawasan rumah aku ni." Fattah berkata dalam nada sinis dekat Seman dan Meon yang dari tadi menjerit mintak tolong.

Rupa-rupanya, kawasan rumah Fattah ni dipenuhi dengan perangkap-perangkap yang canggih. Siap ada sensor lagi yang boleh kesan penceroboh! Wow hebat amazing!!

"Pakcik! Tolong lah Pakcik! Kami janji tak buat dah! Tolonglah Pakcik!" Rayu Seman dan Meon.

"Ok nak aku lepaskan hampa? Boleh boleh tapi ada benda yang aku nak buat dengan hampa." Kata Fattah sinis.

"Dah! La ni hampa ikut aku balik!" Fattah pun melepaskan mereka berdua dan terus tarik telinga Seman dan Meon sampai lah ke rumah.

(Flashback End)
<><><><><><><><><>






"Oh macamtu cerita dia." Kata Alif sudah mula faham dengan penerangan Fattah.

"Hmm jadi nak buat apa dengan diaorang berdua ni?" Tanya Alif setelah melihat dua orang tu hanya mendiamkan diri.

"Hehehe tau lah aku nak buat apa dengan diaorang ni." Sinis betul gaya Fattah ni. Wajah Seman dan Meon berubah menjadi takut setelah melihat renungan itu.















2 Jam Kemudian....

"Hampa ni buat kerja macammana! Buat laju sikit!" Arah Fattah separuh menjerit sambil duduk di kerusi malas di belakang rumah.

"Baik Pakcik..." Kata budak-budak samseng kampung tu pasrah.

"Ha! Lain kali suruh lah ketua penyamun hampa tu cari pasal dengan aku lagi! Hahaha!" Fattah gelak puas.

"Ni semua hang punya pasal lah ni Seman, Meon! Hampa yang cari pasal kami yang kena!" Marah salah seorang budak samseng kampung.

Sebagai hukuman atas kesalahan diaorang, Fattah menyuruh semua ahli-ahli geng samseng kampung termasuk lah ketua penyamun membina semula jamban yang dihancurkan 'ketua penyamun' tadi tanpa dibayar gaji. Kalau diaorang tak ikut cakap, Fattah akan report perbuatan diorang dekat mak bapak masing-masing.

"Ha! Tu bertengkar apa tu! Buat kerja!" Arah Fattah apabila melihat mereka saling bertengkar.

"Baik...." Kata diaorang semua hanya pasrah.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro