Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 3

✨Hope You Guys Enjoy✨
~~~~~~

Sambungan.....

Tanpa Alif sedari, seorang misteri datang semakin dekat dan semakin dekat dan....

"Kau buat apa kat rumah aku ni..." Kata seseorang tersebut sambil mengacukan senapang.

"S-saya s-saya." Percakapan Alif dipotong.

"Saya saya! Cakap lah cepat! Kau gagap ke apa!" Seseorang tu masih lagi mengacukan senapang.

"S-saya datang nak tengok-tengok je." Jawab Alif takut. Ye lah kalau ada orang acukan senapang ada peluru kat kepala takkan tak takut!

"Dari riak muka kau lagi aku dah tahu yang kau ni penipu! Bagitau betul-betul! Kalau tak aku tembak kau!" Kata seseorang itu.

"B-baik saya sebenarnya nak mencari seseorang yang bernama Fattah. P-pakcik kenal dia tak?" Tanya Alif tergagap-gagap.

"Hmph ada apa kau cari dia?" Tanya orang tu kasar.

"S-saya ni anak saudara dia." Alif berkata.

"Hmph sudah mari masuk!" Seseorang itu mengarah.

"T-tapi-"

Bang! (Bunyi tembakan)

Prak! Boom! (Bunyi pokok tumbang)

"Kalau kau tak nak jadi macam pokok getah tu baik kau masuk.... masuk!" Kata Seseorang dalam nada tegas.

"B-baik." terus Alif berlari naik ke atas.

(Ni lah dalaman rumah kayu tu)

Bila Alif masuk, seseorang tu menyuruh dia untuk duduk di kerusi. Dan kemudian dia berkata....

"Aku Fattah....kau cakap tadi kau anak saudara aku?" Tanya Fattah.

"Ye sayalah anak saudara Uncle. Izzul Alif Bin Muhammad Azman..." Alif berkata.

"Macammana kau masih hidup?" Tanya Fattah tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ni.

"Saya pada mulanya tak tahu pun siapa mak dan ayah saya yang sebenarnya...saya dari kecil lagi dijaga oleh Mak Nah. Kehidupan kami bahagia saja sehinggalah Mak Nab sakit tenat dan meninggal dunia.... sebelum meninggal dia dah beritahu semuanya."




<><><><><><><><><><><>
(Flashback 7 Tahun Lepas)

"Alif...mak sebenarnya ada benda nak beritahu kamu nak." Kata Mak Nah yang sudah tenat.

"Ye mak nak beritahu apa?" Tanya Alif risau dengan keadaan Mak Nah yang sudah tenat.

"K-kamu b-bukan anak kandung mak...." Mak Nah berkata dalam nada tersekat-sekat.

"Hah! Apa yang mak cakap ni! Mak tak buat lawak kan?" Soal Alif tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Ye Alif, kamu bukan anak kandung mak...mak sebenarnya hanya lah pengasuh kamu sahaja." Mak Nah berkata sebelum dia menyambung lagi.

"18 tahun lepas, keluarga kamu hidup dengan aman dan bahagia. Mak dan ayah kamu bernama Azman dan Kamariah. Cantik dan handsome orangnya. Selepas kamu lahir, menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil kamu. Tapi disebabkan mereka berdua terlalu sibuk bekerja, mereka mengupah mak untuk menjaga kamu. Satu haritu, mak dalam perjalanan nak ke rumah kamu. Bila nak hampir sampai ke rumah kamu, mak ternampak mak dan ayah kamu bergegas seperti dikejar orang. Mereka menaiki kereta dan terus menghilang kan diri membiarkan pintu rumah terbuka. Mak cuba untuk melihat ke dalam dan mak dengar suara kamu menangis. Mak cuba menunggu mak dan ayah kamu pulang tapi...mereka masih tak datang semula dan akhirnya, mak mengambil keputusan untuk menjaga kamu." Jelas Mak Nah.

"J-jadi selama ni Alif bukan anak kandung mak?" Tanya Alif dengan air mata yang sudah turun.

"Ye nak...mak mintak maaf sebab rahsiakan perkara ni dari kamu. Mak fikir sekarang lah masa yang sesuai untuk beritahu perkara yang sebenarnya." Kata Mak Nah.

"Jadi...macammana saya nak cari keluarga saya semula?" Tanya Alif.

"Mak dan ayah kamu, ada berikan mak alamat. Katanya, ni alamat rumah adik dia. Fattah namanya. Dia cakap kalau mak tak boleh jaga kamu. Mak hantar je dekat rumah adik dia. Tapi nak tak pernah pun pergi sana. Cuba kamu cari mungkin kamu akan tahu dimana keluarga kamu tu." Kata Mak Nah sambil menghulurkan kertas yang bertulis alamat rumah.

(Flashback End)
<><><><><><><><><><><>




"Selepas je Mak Nah cakap macamtu...dia meninggal dunia. Alamat yang diberikan tu tak jelas dan sudah kabur memang tak boleh nak cari. Tapi saya tak pernah putus asa! Saya terus jugak mencari dan mencari, bertanya orang sana bertanya orang sini dan akhirnya saya dapat tahu yang Uncle kerja dekat Agensi I.S.S. Saya cuba untuk masuk ke Agensi tu dan cari Pakcik tapi terpaksa dihentikan seketika sebab saya nak menyambung pelajaran ke luar negara. Lepas 7 tahun saya kembali ke Agensi dan terus kan misi mencari Uncle. Tapi malangnya, Tuan Aziz cakap Uncle dah bersara 16 tahun dulu. Dan sekarang saya diberi tugas untuk mempelawa Uncle masuk semula ke Agensi untuk menyelesaikan kes pengganas yang tengah viral sekarang ni."

Kroh...kroh....kroh....(bunyi berdengkur)

"Ish! Tidur pulak orang tua ni!" Alif merungut.

"Uncle! Uncle dengar tak ni!" Alif sedikit menjerit.

"Hah! Apa! Oh aku dengar apa yang kau cakap tadi." Fattah terbangun dan agak sedikit mamai.

"Hmm jadi betullah kau anak Azman?" Tanya Fattah.

"Ye sayalah orangnya. Boleh saya tahu tentang keluarga saya dimana sekarang?" Alif kembali bertanya.

"Hmm berat untuk aku ceritakan...tapi sebab dah kau mintak aku ceritakan jugaklah." Kata Fattah dalam nada muram.

"Ayah kau tu sebenarnya...adik aku. Kalau kau nak tahu, 25 tahun dulu dia tu pun adalah Agent jugak di Agensi I.S.S bersama dengan aku. Dia memang agak terkenal dulu sebab dia berjaya selesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Tapi...ada satu kes tu yang dia tak dapat selesaikan. Kes pembunuh bersiri yang masa tu hangat diperkatakan di Kuala Lumpur. Ayah kau cuba selesaikan kes tu tapi dia tak berjaya sebab... pembunuh bersiri tu ada anak-anak buah. Dan pada masa tu pembunuh tu memburu ayah dan mak kau. Malam tu ayah kau ada jumpa dengan aku...."




<><><><><><><><><><><>
(Flashback 25 Tahun Lepas)


"Azman? Kenapa kau nak jumpa aku ni? Kenapa tak aku je yang pergi rumah kau?" Tanya Fattah pelik apabila melihat Azman dan isterinya datang ke rumah Fattah.

"A-aku sebenarnya diburu oleh pembunuh bersiri! Dia ada ramai anak buah dan sekarang ni aku dengan Kamariah nak larikan diri dari sini!" Kata Azman dengan nada cemas

"Habis, anak kau macammana?" Tanya Fattah.

"Fattah, aku nak kau janji dengan aku....kalau ada apa-apa terjadi pada aku, kau katakan Alif!" Azman berkata.

"T-tapi."

"Janji dengan aku Fattah!" Azman memotong cakap Fattah.

"B-baik baiklah aku berjanji dengan kau! Mana anak kau?" Fattah bertanya semula.

"Alif aku tinggalkan di rumah aku. Kalau dalam masa 2 jam aku tak datang semula ke sini, kau pergi rumah aku. Ambik Alif dan jagalah dia macam anak sendiri!" Azman menerangkan.

"Baiklah.." Fattah berkata.

(Flashback End)
<><><><><><><><><><><>




"Aku tunggu selama 2 jam dan...mak dan ayah kau tak datang semula. Jadi aku pun pergi ke rumah kau untuk ambik kau. Tapi, bila aku pergi kau dah tak ada. Hilang tanpa jejak. Lepas tu esoknya, pihak polis ada hubungi aku....kereta yang dipandu ayah dan mak kau kemalangan dan terjunam ke dalam sungai. Aku sendiri melihat kereta mak dan ayah kau diangkat menggunakan kren. Yang paling aku sedih sangat...mayat mak dan ayah kau ada di dalam kereta tu!" Air mata sudah mula bergenang. Fattah mengelap air mata sebelum menyambung.

"Bila aku tanya pihak polis, diaorang cakap kereta mak dan ayah kau dilanggar seseorang dsn tergelincir terus terjunam dalam sungai....sejak dari haritu aku berdendam dengan pembunuh bersiri tu. Selama sembilan tahun aku menjejak pembunuh tu. Bila aku dapat, aku terus tembak kepala pembunuh tu. Selepas kejadian itu, aku diberhentikan dari I.S.S...." Jelas Fattah.

Alif yang sudah lama menangis mengelap air matanya.

"Jadi sekarang kau dah tau kan keluarga kau yang sebenarnya...dan aku mintak maaf sebab..tak berjaya nak lindungi mak dan ayah kau..." Kata Fattah dalam nada sayu.

"Tak apa lah Uncle. Ni dah takdir Tuhan kan." Alif berkata.

"Hmm dah alang-alang kau dah datang ni. Tumpang lah rumah aku ni dua tiga hari. Tentang tawaran tu...nanti aku fikirkan." Ujar Fattah.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro