Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISOD 16

Hope You Guys Enjoy✨
~~~~~~~

Sambungan.....

"Uncle!! Apa yang Uncle buat dengan Luna ni!!" Jerkah Alif bila dia terlihat Fattah berdiri dan Luna jatuh terduduk di bawah sambil menangis.

"Alif! U-uncle awak nak perkosa saya!! Tolong saya takut Alif!" Luna tiba menjerit sambil berdiri di belakang Alif.

"Tak Alif! Dia yang nak peluk aku! Aku terus tampar dia! Tu yang jatuh terduduk! Aku tak buat semua tu Alif!!" Fattah mempertahankan dirinya.

"Ah Uncle!! Selama ni saya percayakan Uncle! Ini yang Uncle buat selama ni!"

"Ya Allah Alif! Sumpah Alif! Aku tak pernah buat benda terkutuk tu! Aku tak buat Alif!!" Fattah masih lagi mempertahankan dirinya dari dituduh. Sungguh kejam permainan Luna ni!

"Luna, awak tunggu dekat luar kejap ye. Kejap lagi saya datang balik. Tunggu kejap je." Alif memberikan duit kepada Luna.

"B-baiklah!" Luna terus berlari keluar dan menghempaskan pintu.

"Alif! Aku tak bua-"

"Saya betul-betul tak sangka.... Uncle sanggup buat perkara terkutuk ni!! Di depan mata saya pulak tu! Kejamnya Uncle!" Alif berasa sangat marah dengan Fattah.

"Alif berapa kali dah aku nak cakap dengan kau Alif! Aku tak buat langsung benda tu! Tolong lah percayakan aku Alif!"

"Saya betul-betul tak sangka....orang yang saya idolakan, orang yang banyak memberi nasihat, orang yang banyak memberi inspirasi kepada saya. Rupa-rupanya musuh dalam selimut!!"

Fattah hanya mampu terdiam.

"Sekarang baru saya tahu perangai Uncle yang sebenarnya. Kaki perempuan!! Bakal isteri saya pun nak ambik ke! Sedarlah sikit diri tu! Uncle cuma menumpang je kat rumah saya ni!!"

"Kenapalah ayah saya boleh ada abang yang berperangai macamni! Kenapalah atuk dan nenek saya boleh ada anak yang tak guna macam Uncle ni!!"

Pang! (Bunyi tamparan)

"Cukup Alif cukup!! Kau dah melampau!!" Fattah menampar Alif. Sudah cukup dia bersabar. Kalini kesabaran dia sudah hilang.

"Kau boleh herdik aku, kau boleh hina aku!! Tapi jangan sesekali kau hina arwah adik, ayah dan mak aku!! Aku walaupun anak yatim piatu sejak kecik, aku dan ayah kau diberi ajaran agama yang cukup Alif!! Aku tahu semua dosa-dosa termasuklah dosa berbuat maksiat! Aku tak sebodoh tu Alif nak buat benda terkutuk tu!" Fattah sudah tak boleh nak menahan sabar lagi.

"Oh orang kalau dah buat, memang takkan mengaku! Ada ke orang yang dah berbuat maksiat mengaku yang dia dah buat maksiat? Ada ke hah!!" Alif menjerit ke arah Fattah.

Fattah terdiam. Raut wajahnya kosong. Dia merasa kecewa dengan apa yang dilontarkan Alif. Kerana seorang perempuan, Alif sudah tidak mempercayai cakap Fattah lagi. Bak kata pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.' Kecewanya hati Fattah hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Sampai hati kau Alif...kau lebih percaya cakap orang lain berbanding cakap ayah saudara kau sendiri. Sanggup kau tuduh ayah saudara kau ni buat maksiat dengan girlfriend kau. Sanggup kau kan?"

"Habis kalau benda dah depan mata, apa lagi hah! Luna tu perempuan lah! Uncle sanggup buat macamtu dekat dia!"

"Huh....kalau aku bertegas pun kau tetap akan cakap yang aku buat jugak. Kejam kau Alif."

"Ah kau diam!! Kau tak payah nak cakap apa lagi!" Alif terus keluar dari rumah meninggalkan Fattah yang terduduk di kerusi melemparkan pandangan yang kosong.

"Haih Ya Allah...apa yang dah jadi dengan keluarga aku ni. Ujian apa yang kau beri ni Ya Allah..." Fattah meraup mukanya kasar.



































































Di Rumah Luna Batrisya.....

"Saya nak minta maaf sangat-sangat dengan awak Luna! Saya pun tak sangka yang Uncle saya perangai dia macam tu." Alif menundukkan kepalanya.

"Hiks awak cakap senang lah! Ni maruah saya ni dah hampir tergadai tau tak!! Sudah saya taknak kahwin dengan awak!" Luna memarahi Alif kerana kejadian tadi. Padahal Luna yang punca semua tu terjadi.

"Eh jangan lah Luna! Saya betul-betul cintakan awak takkan lah awak sanggup tengok saya merana macamni!" Alif merayu kepada Luna agar jangan meninggalkan Alif.

"Huh habis macammana dengan maruah saya yang hampir tergadai ni! Awak tak fikir langsung ke hah!" Luna memalingkan mukanya.

"Tolong Luna! Tolong lah jangan tinggalkan saya! S-saya sanggup buat apa saja untuk awak! Asalkan awak tak tinggalkan saya tolong lah!" Alif merayu lagi dan lagi.

Secara tiba-tiba Luna bermonolog dalam hati.

'Hmm dia cakap dia sanggup buat apa saja kan? Baiklah aku akan hancur leburkan lagi hubungan diorang sampai tinggal debu hehehe!' Luna tersenyum sinis.

"Betul awak sanggup buat apa saja ni?" Tanya Luna meminta kepastian.

"Ye ye! Saya sanggup buat apa saja asalkan jangan berpisah dengan saya!" Alif berkata dalam nada sayu. Ye lah kekasih hati dia nak berpisah takkan tak sedih. Begitu polos sekali kau Alif.

"Baiklah...kalau macamtu. Saya nak awak halau Uncle awak dari rumah!" Luna mula memberi arahan.

"Eh tapi-"

"Kalau awak taknak bersama dengan saya takpe just ignore je lah permintaan saya tu dan cari orang lain." Luna berkata selamba sambil berjalan masuk ke rumahnya. Tetapi ditahan oleh Alif.

"Ok ok! Saya akan ikut cakap awak! Jangan tinggalkan saya eh?"

"Ok~ Nanti cukup bulan kita kahwin eh. Esok kita jumpa lagi." Luna terus masuk ke dalam rumah.

"Huh nasib baik lah dia sanggup terima aku balik. Ni semua Uncle aku punya pasal! Memang aku nak halau dia pun!" Alif terus masuk ke kereta dan bertolak balik.

Luna pulak hanya memerhati di sebalik cermin tingkap.

"Hehehe habis lah kau orang tua. Kau tengok lah apa yang akan berlaku dekat kau kejap lagi hahaha!"

Ring...ring....ring...(bunyi telefon berdering)

Luna pun mengangkat telefon tersebut.

"Hello Waiz, panjang umur kau. Aku baru je nak telefon."

"Macammana dengan diorang berdua tu?" Tanya Waiz tanpa membuang masa.

"Heh...senang kerja yang kau bagi ni! Dalam masa tiga bulan je dah settle! Hubungan diorang dah retak Waiz. Lama kelamaan akan menjadi debu di awang-awangan hahaha!" Kata Luna sambil gelak jahat dan penuh kesinisan.

"Bagus hahaha! Sekarang kau cuma perlu bunuh si Alif tu. Biarkan orang tua tu berasa bersalah sepanjang hidup dia!" Waiz memberi arahan baru.

"Heh benda tu senang sangat nak buat. Ok lah 5 hari lagi kau akan dapat kepala budak Alif tu! Kau jangan risau. Aku kalau dah janji aku akan buat." Luna dengan yakinnya memberi jaminan.

"Baiklah...aku percayakan kau." Waiz menutup telefon.

"Heh nampaknya aku ada satu lagi tugas ringkas! Aku akan mula 4 hari kemudian. Aku kenalah ambik hati dia dulu sampai dia terpengaruh dengan aku dan lepas tu....zap!! Hahaha puas hati wei hahaha!" Luna bercakap sambil gelak sendirian di atas katil.















































Di Rumah Alif...

Alif melangkah masuk ke dalam rumah dan dia melihat Fattah sedang menunggu di sofa depan televisyen.

"Alif, kau pergi mana sampai tengah malam baru balik ni? Aku risau-"

"Aku nak tidur. Penat." Alif terus masuk ke bilik tidur dan menghempas kuat pintu tu.

"Haih sampai hati kau Alif..." Fattah bermonolog sendirian.

Dia kemudian menutup tv dan masuk ke bilik dan melelapkan mata.

Fattah terbangun bila dah hampir masuk waktu Subuh. Dia segera bangun dan ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Setelah dia selesai solat subuh dia terus berdoa....

"Ya Allah... sesungguhnya kau kah yang maha pengasih, kau lah yang maha mengetahui, kau lah yang maha pemurah. Kalau betul lah ni ujian untuk aku, aku sanggup terima dengan rela hati Ya Allah. Hiks....aku anggap ni sebagai penghapus dosa aku yang lama dulu Ya Allah. Amiin Ya Rabbal Alamin." Fattah mengaminkan doanya itu sambil menangis.

"Azman maafkan aku. Hiks...aku tak dapat nak tunaikan janji aku. Aku tak berjaya jaga Alif dengan baik! Aku bersalah Azman aku bersalah!" Fattah berkata sendirian sambil menangis.

Tiba-tiba ingatan dia membawa dia ke 25 tahun dahulu. Tepatnya ketika Alif dilahirkan....





















































<><><><><><><><><>
(Flashback 25 Tahun Lepas)

"Hello Azman! Kau ada dekat mana ni? Kau lupa ke harini kan bini kau bersalin!" Fattah bercakap dengan Azman, adiknya di dalam telefon.

"Kau lupa ke? Aku ada tugas yang tak dapat dielakkan dekat Australia ni! Kau tolong sambut anak aku nanti tau! Aku akan cuba balik secepat mungkin." Azman berkata. Nada suara dia nampaknya cemas.

Gila tak cemas wei! Isteri nak beranak dia takde dekat sisi isteri dia. Mestilah dia risau!

"Ha ye lah. Kau tu balik cepat sikit! Takut nanti anak kau ingat aku ni bapak dia pulak! Kan dah susah!" Fattah cuba bergurau di saat serius ni.

"Ish kau ni sempat pulak kau nak bergurau!"

"Hahaha saja nak hilangkan gugup kau tu. Ok lah aku nak gerak pergi hospital ni! Assalamualaikum." Fattah terus mematikan panggilan telefon.

Di Hospital Dahlia....

"Nurse, saya nak cari seorang pesakit nama dia Nurul Kamariah Binti Muhammad Shahrizal." Fattah bertanya kepada nurse yang bertugas di kaunter.

"Oh dia sekarang di labour room. Encik ni suami dia ke?" Tanya jururawat tu.

"Eh bukan! Saya ni abang ipar dia. Adik saya a.k.a suami dia tak dapat datang sebab ada tugas di luar negara. Jadi saya lah yang menggantikan tempat adik saya untuk sambut anak dia!" Kata Fattah teruja. Macam dia pulak yang dapat anak.

Fattah menunggu lebih kurang sejam di depan labour room. Walaupun bukan anak dia, tapi mestilah dia kena rasa resah gelisah. Beranak kot! Antara hidup dan mati wei!

Setelah sejam menunggu, kelihatan doktor keluar dari labour room. Fattah tanpa membuang masa terus bertanya kan keadaan adik iparnya itu.

"Doktor, macammana dengan keadaan Kamariah?"

"Encik ni suami dia ke?" Tanya doktor tu balik.

"Bukan saya abang ipar dia. Macammana dengan keadaan dia?"

"Alhamdulillah. Bayi dan ibunya selamat. Sekejap lagi kamu akan pindahkan dia di wad dan pada masa tu bolehlah Encik melawat dia." Jelas doktor itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih ye doktor." Fattah mengucapkan terima kasih kepada doktor perempuan itu.

Setelah selesai pemindahan wad, Fattah segera memasuki wad tempat adik iparnya itu dipindahkan.

"Tahniah! Kau dah dapat anak Kamariah!" Fattah mengucapkan tahniah.

"Terima kasih bang." Jawab Kamariah yang masih lagi dalam keadaan lemah.

"Anyway anak lelaki ke anak perempuan ni?" Tanya Fattah teruja.

"Anak lelaki."

"Wah! Anak lelaki ke! Mesti Azman suka ni. Boleh aku dukung dia?"

"Boleh je bang apa pulak yang tak bolehnya."

"Wah comelnya anak kau ni! Pipi dia sebijik macam maknya. Mata dan hidung dia ni mesti ikut bapak dia. Comelnya!" Fattah sungguh teruja bila dia dukung baby.

Sejujurnya Fattah memang sukakan budak-budak tambah lagi yang masih baby. Lagi lah dia suka. Bila dia dah dapat anak saudara ni lagi bertambah suka lah!

"Bang. Disebabkan abang Azman tak ada kat sini, kau je lah yang azankan baby ni." Kamariah berkata.

"Eh boleh tak ada masalah! Benda macamni senang sangat!" Fattah mengazankan baby tu dengan suara nya yang merdu. Fattah memang berpengalaman lah sebab sebelum ni dia pernah jadi bilal dekat surau. Jadi benda-benda camni memang senang je.

"Ok dah selesai! Kamariah, kau pegang dulu anak kau ni. Aku nak pergi telefon laki kau dulu."

Fattah mengeluarkan telefon yang jenis butang tu dan terus menelefon adiknya.

"Azman! Tahniah kau dah dapat anak lelaki!"

"Ye ke? Yahoo!! Aku dapat baby boy!!" Jerit Azman dari dalam telefon. Biasalah first time jadi bapak.

"Ha jadi kau dah ada nama tak nak bagi kat anak kau ni?" Tanya Fattah. Ye lah dah baby lahir kenalah ada nama kan.

"Mestilah ada wei! Aku sebenarnya dah lama fikirkan nama ni. Aku namakan dia.... Izzul Alif. Izzul Alif Bin Muhammad Azman."

"Amboi sedapnya nama tu! Berapa lama kau guna nak fikir nama yang sedap macamni?"

"Takde lah lama mana...dalam seminggu macamtu."

"Mak aih seminggu! Patut lah tugas kau kat sana tak selesai-selesai. Fikir nama bakal anak rupanya." Kata Fattah dengan nada sinis.

"Ish kau ni tak habis-habis nak sakat aku! Tau lah kau abang aku pun." Kedengaran orang di sana merajuk.

"Alah kau ni aku gurau je lah! Sudah lah aku nak letak telefon ni. Kau ingat eh balik dalam masa seminggu ni! Kalau kau tak balik, jangan salahkan aku kalau baby ni panggil aku papa pulak eh!"

Bila dengar macamtu lagi bertambah kalut Azman dibuatnya. Fattah pulak tak habis-habis gelakkan dia.

"Hahaha adoi lawak lah kau ni! Dah lah jumpa nanti." Fattah menutup telefon.

"Ha Kamariah, laki kau tu dah bagi aku nama untuk anak kau yang comel dan gebu ni!" Fattah mengusap pipi gebu baby tu. Eii comel!!

"Baiklah! Aku sebagai wakil dari suami kau menamakan baby ni Izzul Alif Bin Muhammad Azman!" Fattah dengan bangganya menamakan baby tersebut.

"Kamariah, kau jagalah anak ni betul-betul. Jangan sesekali sia-siakan anugerah terindah yang Allah SWT dah bagi dekat kau dan Azman. Aku tumpang gembira dengan kau sekeluarga."

Kamariah hanya tersenyum dan mengangguk kan kepala.

"Dan untuk anak buah Uncle ni! Besar nanti jadilah anak yang baik dan dengar cakap mak ayah. Jangan sesekali buat mak dan ayah terluka tau. Alolo anak buah Uncle!" Fattah tak henti-henti memeluk dan mencium kepala Alif.

(Flashback End)
<><><><><><><><><>
































"Hiks...kau lahir dulu pun aku yang sambut. Sampainya hati kau Alif....kau layan aku macam sampai hanya disebabkan fitnah yang datangnya dari orang asing! Aku mintak maaf Azman! Aku mintak maaf!" Fattah masih lagi menangis kerana terkilan dengan perangai anak saudaranya itu.

Selepas selesai berdoa dan menangis, Fattah pergi ke dapur untuk membuat sarapan. Alif pulak bangun pada pukul 8 pagi. Memang tak solat subuh lah.

"Alif, mari lah makan ni. Aku ada masakkan nasi ayam kegemaran kau ni. Marilah makan." Pelawa Fattah dengan nada suara lembut.

"Aku tak lapar." Alif masuk ke bilik Fattah dan keluar dengan sebuah beg besar yang dipenuhi dengan pakaian Fattah.

"Eh kenapa kau bawak keluar beg dengan baju aku ni?" Tanya Fattah.

"Tak faham lagi? Keluar dari rumah aku! Aku tak nak simpan orang yang jijik macam kau ni dekat rumah aku. Keluar!"

"Alif..."

"Tak faham bahasa ke? Keluar kau dari rumah ni!!" Jerit Alif sehabis kuat.

"Baiklah...kalau tu yang kau nak. Aku keluar dari rumah kau ni. Tapi cuma satu je yang aku nak cakap dengan kau. Aku tak buat langsung benda terkutuk tu Alif. Dan jangan risau....aku dah lama maafkan kau. Aku tau kau cuma tak boleh beza mana baik dan mana buruk." Nada suara Fattah sungguh sayu.

"Dah habis cakap dah? Keluar sekarang dan aku taknak tengok muka kau lagi!" Alif terus menolak Fattah keluar dari rumahnya.

"Baik baik. A-aku keluar dulu....tapi sebelum tu, bagi kunci kereta aku dulu. Kereta kau tu nanti aku suruh orang bawak balik." Kata Fattah sambil menghulurkan tangannya. Nak halau punya pasal lah. Tapi kunci kereta jangan nak buat harta eh!

"Hmph nah! Dah pergi berambus!"

Bam! (Bunyi pintu dihempas kuat)

"Walau apa sekalipun yang kau buat, kau tetap anak saudara aku Alif! Aku pergi dulu... Assalamualaikum." Fattah menghidupkan enjin kereta dan meninggalkan kawasan rumah Alif.






















Di Markas Pengganas...

"Waiz, orang tua tu dah keluar dari rumah anak saudara dia. Kita nak settle anak saudara dia dulu ke atau settle orang tua tu?" Tanya Billy dengan senyuman sinisnya.

"Hmm aku rasa tak sabar sangat nak settlekan orang tua tu. Kita settlekan dia dulu lepas tu baru kita settlekan anak saudara dia tu hahaha!" Begitu sinisnya senyuman Waiz. Sekali tengok dah macam joker.





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro