EPISOD 12
✨Hope You Guys Enjoy✨
~~~~~~
Sambungan.....
Pada pagi itu kelihatan Fattah memandu kereta 4x4 dia menuju ke arah hutan di hujung bandar. Dia melepaskan orang-orang suruhan Billy di situ.
"Ni aku lepaskan korang kat sini. Ikatan tu pandai lah korang bukak sendiri. Masa aku ikat korang mula-mula dulu pandai lepaskan diri kan. Jadi bukak sendiri!" Fattah nampaknya sedang dalam mood serius.
"Kaki kawan kau tu pun aku dah rawat. Nanti elok lah tu. Dan satu lagi.... cakap dekat Waiz dan Billy. Aku ada perhitungan dengan dia. Kalau korang tak sampaikan, jangan tanya kenapa depan rumah ketua korang ada mayat korang yang takde kepala. Faham!" Fattah memberi amaran.
"F-faham!" Kesemua orang suruhan tu muka takde darah. Takut sangat lah tu. Padahal Fattah takde lah sampai nak bunuh. Dia pun masih manusia okay!
Fattah memecut kereta dan meninggalkan orang-orang suruhan yang dalam keadaan terikat di atas tanah di dalam hutan itu.
Di Rumah Alif.....
Fattah siap memarkir kan kereta di halaman rumah. Dia baru sahaja nak melangkah masuk ke dalam rumah tetapi satu panggilan telefon membatalkan niat Fattah untuk masuk. Fattah mengangkat telefon.
Setelah selesai bercakap dengan kawannya di telefon, dia pun menyimpan semula telefonnya dan terus masuk ke dalam rumah.
Bila Fattah masuk ke dalam rumah, dia melihat Alif yang sudah sedarkan diri dan sedang makan masakan yang di masak Fattah tadi sebelum dia keluar untuk bebaskan penyamun tadi. Fattah memang tak nak bagitau pun pasal penyamun-penyamun tu dekat Alif. Takut budak tu risau makin sakit pulak.
"Hah Alif! Sedar pun kau. Macammana dengan keadaan kau sekarang ni?" Tanya Fattah perihatin.
"Eh Uncle bila balik? Bagi salam pun tak." Sindir Alif. Amboi sejak dah sedar lain perangai ni.
"Hahaha aku terkejut tiba-tiba je kau dah tercongok kat meja makan tu. Assalammualaikum." Fattah memberi salam.
"Waalaikumsalam. Alhamdulillah lah Uncle sihat tu tak lah sangat tapi ok sikit lah. Macam biasa Uncle kalau jaga memang cepat lah saya sembuh!" Alif berkata dalam nada semangat. Seolah-olah dah dapat semangat baru lepas terlantar selama 2 hari ni.
"Bagus lah kalau kau cakap macamtu. Tapi kalau kau sakit cepat-cepat bagitau. Tak payah kau nak pura-pura kuat! Macam sekarang ni lah. Muka kau tu dah pucat macam dah takde darah dah dalam badan kau lagi kau cakap dah ok ke." Fattah sindir balik si Alif.
Ye lah baru je baik dah pergi hentam makan nasi lemak yang dibuat Fattah. Tau la sedap pun tapi perut kau tu baru je baik wei tak pasal je dah sakit balik. Tu muka dah pucat memang sah lah tengah tahan sakit tu.
"Hehehe macammana Uncle tahu ni?" Tanya Alif. Niatnya nak bergurau. Dah sakit pun nak bergurau apa lah kau Alif.
"Ceh kau cakap dengan aku ni macam aku baru umur budak-budak sekolah. Hei aku ni dah dekat setengah abad dah hidup tau! Tapi muka still muda eh. Dah bermacam manusia dah aku pernah tengok reaksi muka. Dari reaksi takut sampai lah muka pucat takde darah macam kau ni. Aku dah biasa sangat dah. Jadi tak usah le nak menipu ye." Fattah menerangkan.
Memang betul apa yang dicakap tu. Dah banyak kali orang-orang sakit yang pernah cakap dengan Fattah cuba sorok kesakitan diaorang. Padahal muka dia dah pucat macam orang sapu bedak sekilo.
"Dah aku dah paham sangat tengok muka kau berkerut seribu tu. Perut kau sakit balik kan? Pergi bilik air sana. Ada hati nak cover muka tu. Ceh!" Fattah memerli Alif dengan lebih pedas lagi.
"B-baik Uncle. Saya memang dah tak tahan dah ni pergi dulu!" Alif berlari menuju ke bilik air.
"Haih macam-macam lah. Nasib baik lah tu sekadar saki baki julap yang masih ada kat dalam badan dia. Takde lah aku nak risau. Bukan macam haritu, satu jam ulang alik hahahaha!" Contoh seorang Uncle yang kuat menyakat dan baik hati. Inilah dia.
Telan julap satu botol wei. Takkan lah lepas bangun terus sembuh. Mestilah ada sikit-sikit lagi tu hahaha.
Di Markas Pengganas.....
"Bodoh! Aku punyalah berharap yang korang buat kerja selesai! Tapi tengok lah. Korang kena ikat! Terdampar kat hutan sana tu! Nasib baik aku datang kutip korang ni! Kalau tak entah-entah korang dah kena baham dengan harimau kat hutan tu!" Billy memarahi orang-orang suruhannya.
Mana tak marah kawan tu. Diaorang janji bawak mayat lah apa lah sekarang ni habuk pun tarak! (Bahagian ni tak ditunjukkan sebab ni adalah perbincangan rahsia)
"Maaf Tuan kami memang nak buat yang terbaik dah. Sikit je lagi saya dah nak racun anak saudara dia tu tapi dia dah sampai dulu. Ni kaki dia ni habis kena tembak dengan dia." Kata masterplan cemas dengan muka Billy yang kalau disamakan dengan gorila jadian memang takde beza.
"Ah tu semua alasan! Korang semua dah janji dengan aku tapi korang tak tepati! Habis tu orang tua tu ada tanya apa-apa tak pasal operasi kita ni?" Tanya Billy.
"Err ada Tuan. Saya terpaksa bagitau lokasi markas kita ni sebab dia ugut nak bunuh kami semua." Kata masterplan takut-takut.
"Tak guna punya orang suruhan! Takpe....aku akan ambik nyawa korang macam yang orang tua tu cakap!" Billy mengambil senapang gajah dan terus diacukan ke arah orang-orang suruhan tadi. (Kalau nak tau senapang gajah tu macammana boleh tengok cerita Alibaba Bujang Lapok)
Rasanya kalau aku lah yang jadi orang suruhan baik aku mati di tangan Fattah je dari mati di tangan Billy. Dia tu kejam wei. Sekali dia tembak mau berkecai kepala!
"Sabar Billy. Kalau mati orang suruhan kau ni, sape yang tolong buat kerja-kerja kita yang yang lain. Selain orang tua tu, banyak lagi orang yang kita nak kena bunuh. Kawal sikit diri kau tu!" Waiz menasihati Billy. Betul jugak apa yang dicakap Waiz tu. Memang banyak lagi orang-orang yang diorang nak kena settlekan.
"Haih...habis sekarang macammana ni? Kalau kita terus macamni, habis lah semua operasi dan perniagaan kita ni! Aku tak nak kena tangkap!" Billy meraup muka dia kasar. Nampak dari riak mukanya cemas.
"Tenang Billy tenang...aku ada satu cara. Kita akan rosakkan hubungan diorang hahaha!" Waiz ketawa jahat.
"Tapi macammana? Bukan senang nak rosakkan hubungan diorang. Kau sendiri tengok lah hubungan diorang macammana. Rapat macam belangkas." Billy berkata.
"Heh jangan risau Billy. Aku dah panggil seseorang yang boleh merosakkan hubungan diorang secara halus hehehe." Begitu sinis sekali nada Waiz bercakap.
"Hmm kalau begitulah kata kau. Aku pun ikut aje lah hahahah!" Billy ketawa jahat.
"Ok macamni plan dia..." Waiz dan Billy berbincang tentang rancangan jahat yang bakal merosakkan hubungan di antara ayah saudara dan anak saudara.
Sesuatu yang bakal membuatkan Fattah dan Alif bergaduh dan akhirnya berpecah belah.....
Beberapa Hari Kemudian Di Rumah Alif......
"Uncle! Saya nak keluar kejap. Nak beli barang dapur. Uncle nak ikut tak?" Tanya Alif dia nak keluar ke kedai runcit beli barang-barang keperluan harian. Semua barang dapur di rumah tu dah habis dah.
"Takpe lah aku duduk rumah je. Ada kerja sikit aku nak selesaikan. Nanti kalau kau pergi kedai, belikan aku aiskrim eh." Fattah berkata.
"Amboi Uncle. Aiskrim eh! Tak padan dengan umur dah nak dekat 5 series." Alif memerli.
"Aip! Tang umur tu slow sikit. Aku ni walaupun dah nak dekat 50 aku still steady tau! Lagipun sekali sekala makan aiskrim apa salahnya." Fattah memang dah lama tak makan aiskrim. Last dia makan 16 tahun lepas. Nak jaga badan kan.
"Ye lah Uncle ok saya pergi dulu. Assalamualaikum." Alif menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke kedai runcit.
Di Kedai....
"Ni berapa harga semua ni Makcik?" Tanya Alif setelah kesemua barang diletakkan ke dalam plastik.
"Semuanya 18 ringgit je nak." Balas Makcik pemilik kedai tu.
"Nah makcik ni duitnya. Baki dia simpan." Alif kemudian berjalan keluar dari kedai.
Masa dia keluar dari kedai, dia terlanggar seseorang sehingga menyebabkan barang yang dipegang terjatuh.
"Eh cik tak apa-apa ke ni? Sorry saya tadi saya tengah tengok phone tadi. Jadi saya tak nampak cik. Takpe meh saya tolong." Alif dengan rela hati tolong kutip barang yang jatuh.
"Eh takpe! Saya boleh ambil sendiri!"
Dan secara tak sengaja tangan mereka berdua bertemu. Alif mengambil barang tersebut lalu diserahkan ke gadis itu.
Jantung masing-masing tak payah cakap lah. Memang berdegup kencang macam jantung tu dah nak terkeluar dari dada.
'Masyallah! Cantiknya cik ni. Aku rasa...jodoh aku dah sampai lah!' hati kecik Alif bersorak keriangan dek kerana cantiknya wajah cik itu.
"Err boleh saya tahu siapa nama cik?" Tanya Alif dengan nada yang sengaja di machokan.
"N-nama saya Luna Batrisya." Cik Luna nampaknya gugup bila nampak lelaki hesmes ni.
Makin bertambah ceria lah muka kawan tu.
"Oh cantiknya nama itu. Sama macam orangnya jugak lah! Ish apa kau merepek ni! Ehem maaf Cik. Saya terlepas cakap. Anyway ini kad saya, kalau ada masa roger saya dan kita boleh keluar...dating?" Fulamak! Gentleman siot Alif ni!
"T-terima kasih. Saya nak panggil apa ni ye?" Tanya Luna kembali.
"Oh ye terlupa pulak saya hahaha! Nama saya Izzul Alif. Cik boleh panggil saya Alif dan kalau nak manja sikit, panggil Abang Alif!" Cis licik jugak kau Alif. Ingatkan tak pandai pikat perempuan.
"Ok saya tak boleh lama-lama ni! Saya nak kena balik. Nanti kita jumpa. Jangan lupa hubungi saya! Bye." Alif dengan rasa terujanya berlari menuju ke kereta.
Punya lah teruja si Alif tu sampaikan dia salah masuk kereta. Dihentam masuk dalam kereta aunty mana entah.
"Sorry aunty! My bad!" Alif meminta maaf dan kemudian dia masuk ke dalam kereta dia yang sebenar.
Luna yang dari tadi memandang Alif tergelak bila dia melihat tingkah laku Alif yang nampaknya dah di landa penyakit angau.
'Hensemnya mamat tu! Dah lah macho, hensem pulak tu! Beruntungnya aku!!" Hati kecik Luna menjerit riang. Tak boleh nak tunjuk melalui perbuatan takut nanti dia dilabel gila oleh orang ramai.
Sampai Di Rumah Alif.....
Sambil Alif berjalan masuk ke dalam rumah dia bercakap sorang-sorang. Maklumlah angau kan.
"Selama ni aku tak pernah berminat dengan mana-mana perempuan tapi bila aku ternampak Cik Luna tadi, terus hati aku terpaut dengan kecantikan wajahnya. Oh Luna, akan ku masuk meminang kau nanti! Yahoo!!" Tanpa disedari Alif, Fattah dari tadi memerhati dari dapur.
"Oi! Buang tabiat ke apa! Tiba-tiba je jerit Yahoo apahal?" Fattah menegur Alif kasar sambil memotong bawang. Tengah masak kan biasalah.
"Eh eh Uncle. Hehehe takde apa-apa lah! Saja je jerit tadi tu. Seronok dapat beli barang yang saya nak hehehe." Alif tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Haih macam-macam lah kau ni! Jangan nak pelik sangat perangai tu." Fattah mengeluh. Ye lah perangai kawan tu dah macam dengan apa lagi.
"Heheh sorry Uncle." Alif masih lagi tersengih sendirian.
"Lailahaillallah....Alif!! Bawak mai lah barang tu! Aku nak masak macammana kalau hang duk tercegat kat situ dengan sengih lagi! Haish." Kan dah terkeluar loghat utara.
"Err ye ye Uncle kejap!" Alif menghulurkan plastik ke Fattah dan terus duduk di ruang tamu sambil melihat handphone.
"Haih macam-macam lah Alif ni!" Rungut Fattah dalam nada perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro