EPISOD 1
✨Hope You Guys Enjoy✨
~~~~~~
Pada malam jumaat tahun 2018 yang gelap itu, kelihatan sekumpulan orang bergerak secara senyap memasuki sempadan Malaysia dan Thailand. Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu untuk mengambil barang yang diseludup.
"Bro! Barang dah sampai nak letak mana ni?" Tanya salah seorang penyeludup.
"Bagus! Kau letakkan barang tu dekat atas lori." Arah salah seorang pengganas.
"Okey terima kasih sebab dah 'bawak masuk' barang ni eh." Ucap pengganas tersebut.
"Eh! Takkan terima kasih je kot! Ganjarannya mana?" Tanya salah seorang penyeludup.
"Halah kau ni aku bergurau je lah! Nah seperti yang telah dijanjikan." Pengganas itu memberikan sebuah beg berisi duit yang sangat banyak.
"Macamnilah bagus! Okey bro kalau kau perlukan apa-apa lagi roger je aku." Ujar salah seorang penyeludup itu.
"Okey gua chow dulu!" Kata salah seorang pengganas. Mereka semua memasuki lori dan terus bergerak pulang ke markas.
Di Sebuah Bangunan.....
Kelihatan semua Agent rahsia I.S.S sedang bermesyuarat berbincang tentang situasi masing-masing di negara luar dan jugak di dalam negara.
"Baiklah bagaimana dengan awak Agent 019?" Tanya Agent 011 yang mengetuai mesyuarat itu.
"Yes setakat ni operasi saya di negara China berjalan dengan lancar dan semuanya telah selesai." Jelas Agent 019
"Baiklah macammana dengan awak pulak Agent 059?" Tanya Agent 011.
"Semuanya berjalan agak baik. Cuma itulah penjahat tu dapat lepaskan diri dan insyaallah, kami akan cuba menjejaki lokasi suspek." Jelas Agent 059.
"Eh eh korang! Korang ada dengar sesuatu tak? Macam bunyi kiraan masa!" Seorang Agent bertanya.
"Bunyi tu macam datang dari bawah meja..." Jelas seorang lagi Agent.
Lalu mereka pun memeriksa bawah meja tu dan secara tiba-tiba.....
BOOM! (bunyi letupan)
Di Agensi I.S.S.......
"Tuan Aziz! Ada berita buruk!" Kata Razi dalam nada cemas.
"Sabar dulu Pakcik Razi. Kenapa ni cuba cakap elok-elok." Tuan Aziz cuba menenangkan Razi.
"Begini Tuan! Saya mendapat berita bangunan yang menempatkan kesemua agent-agent rahsia kita diletupkan!" Sambung Razi.
"Hah macammana boleh jadi macamni!" Tanya Tuan Aziz.
"Mengikut maklumat yang saya dapat, serangan ni berpunca dari sebuah bom yang sudah lama diletakkan di dalam bangunan tersebut." Razi menerangkan tentang kronologi letupan itu.
"Saya nak Pakcik siasat siapa yang menjadi dalang disebalik semua ini! Saya mahukan bukti itu nanti." Arah Tuan Aziz.
"Baik Tuan!" Razi terus keluar dari bilik pejabat Tuan Aziz.
Sementara Itu Di Pejabat Perdana Menteri.....
Tan Sri Haji Abu Bakar sedang membelek fail-fail yang ada di atas meja. Sejak dia menjawat jawatan Perdana Menteri, semakin sibuk dia jadinya. Secara tiba-tiba.....
"Tuan! Ada berita buruk Tuan!" Kata pembantu peribadi Tan Sri Haji Abu Bakar.
"Kamu ni cuba jangan gelabah sangat. Ha ada apa ni?" Tanya Tan Sri Haji Abu Bakar pelik dengan pembantu peribadinya itu.
"Begini Tuan. Saya telah mendapat maklumat dari pihak Polis Diraja Malaysia, ada kumpulan pengganas telah melakukan serangan bom di negeri-negeri tertentu di Malaysia." Terang pembantu peribadi itu.
"Dimanakah lokasi-lokasi pengeboman tu berlaku?" Tanya Tan Sri Haji Abu Bakar dalam nada tenang.
"Antara lokasi-lokasi nya adalah, negeri Perlis Selangor, Pahang, Perak, Sarawak dan jugak negeri Terengganu." Kata pembantu peribadi.
"Hmm baiklah....disebabkan benda ni agak teruk jugak. Saya arahkan awak mintak pertolongan dari Agensi I.S.S. Mereka pernah menyelesaikan kes penggodam yang viral 16 tahun lepas jadi saya percaya mereka boleh jugak selesaikan kes ini." Balas Tan Sri Haji Abu Bakar serius.
"Baiklah Tuan saya akan beritahu mereka." Kata pembantu peribadi.
Berbalik Kepada Agensi I.S.S....
"Macammana Pakcik Razi, ada apa-apa hasil tak dari siasatan Pakcik?" Tanya Tuan Aziz.
"Baiklah Tuan, dari hasil siasatan saya mendapati yang semua serangan bom ini didalangi oleh seseorang yang bernama Waiz. Dia adalah ketua pengganas yang juga sedang hangat diburu ketika ini." Terang Razi.
"Hmm macammana dengan angka korban pulak Pakcik?" Tanya Tuan Aziz semula.
"Hmm dukacita dimaklumkan....sebanyak 200 orang yang terlibat dalam kejadian itu....hanya 50 orang sahaja yang selamat dan ada jugak yang cedera parah." Wajah Razi bertukar muram.
"Astaghfirullahal'azim macammana lah boleh jadi macamni!" Kata Tuan Aziz. Dia kelihatan sangat kesal dengan apa yang berlaku.
"Baiklah macamni...rekrut Agent-agent muda yang ada di dalam fail rahsia. Ingat! Jangan pilih yang bermasalah tapi pilih lah yang betul-betul berbakat." Arah Tuan Aziz.
"Baiklah Tuan. Saya pergi dulu." Ujar Razi terus pergi.
Beberapa Jam Kemudian Di Meja Encik Razi.....
"Baiklah ni bukan, ni pun bukan, Ha ni sesuai! Tapi dah meninggal lah pulak....Ini bukan, ini pun bukan.." Razi terus menyelongkar fail-fail agent muda yang ada di atas meja.
"Ha! Ini sesuai! Yang ini lah yang paling sesuai! Baiklah kita hantar mesej pesanan ringkas dekat dia ni...dan kita tunggu balasan dia..." Ujar Razi teruja.
Di Rumah Seseorang.....
Kelihatan seseorang sedang menonton tv yg untuk menghiburkan diri sendiri. Maklumlah, orang bujang duduk sorang-sorang kat rumah.
Ting! (Bunyi mesej masuk)
"Hmm siapa ni tak kenal pun." Kata seseorang yang bernama Alif.
"Tahniah...awak telah diterima masuk semula ke dalam Agensi I.S.S....sila datang lapor diri ke pejabat Tuan Aziz esok." Begitulah apa yang ditulis di mesej itu.
"Akhirnya dah lama aku tunggu. Dapat jugak!" Ujar Alif teruja.
"Baiklah esok adalah hari pertama aku bertugas semula yeah!" Alif berasa seronok kerana permohonan untuk masuk semula ke Agensi I.S.S telah diterima semula.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro