Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPISODE 6

✨Hope You Guys Enjoy✨
[][][][][][][][][][][][][][][]

Sambungan......

"Okay Isaac, apa aktiviti dia yang seterusnya?" Tanya Fattah.

"Okay Tuan, lepas Encik Malek akan keluar dinner dengan girlfriend dia." Kata Isaac.

"Aik? Sejak bila pulak dia ada girlfriend ni. Setahu aku, dia tak pernah ada girlfriend." Ujar Fattah sambil berfikir.

"Diorang baru je kenal Tuan. Itu yang Encik Malek nak bawa dia keluar makan malam esok." Terang Isaac.

"Hmm macamtu cerita dia.....Okay macamni, malam esok kita pun gerak ke sana jugak." Kata Fattah.

"Baiklah, Tuan nak saya booking meja ke?" Tanya Isaac.

"Eh tak payah. Kita akan lakukan benda ni senyap-senyap. Dan kau jangan memandai-mandai booking meja tanpa aku suruh faham?" Tanya Fattah.

"Baiklah Tuan." Kata Isaac mengiakan sahaja.

Dan Fattah terus berlalu pergi ke biliknya untuk membuat kajian tentang kod bernombor yang masih belum menjumpai jalan penyelesaian itu.

Di Dalam Bilik Fattah.......

"Hmm apa maksud nombor-nombor pelik ni? Haish punya lah banyak nama dalam dunia ni nak jugak pakai kod nombor. Kan aku dah susah nak teka siapa kau. Menyusahkan betul!" Gumam Fattah sendirian.

(Author : Bukan penggodam tu yang salah. Kau sendiri yang malas 🤣.

Fattah : Eh kau diam boleh tak! Aku dah lah tengah serabut sekarang ni. Baik kau sambung cerita ni. Kalau tak-

Author : Kalau tak apa? Kalau berani try lah lawan dengan aku. Aku matikan watak kau baru tahu. *Sambil tangan ready nak menulis di apps note phone. Nak?
Fattah : Eh eh tak nak lah author. Jangan lah macamtu ✨✨ author kan bijak dan hensem 🥺.

Author : Ha tau takpe. Lain kali jangan buat lagi atau aku akan.....biar Isaac jadi watak utama....*serius.

Isaac : Hehehe boleh jugak tu. Penat jugak asyik nak ikut cakap Tuan Fattah je.

Fattah : Isaac! Kau pergi masuk dalam dunia buku sekarang!

Isaac : B-baik Tuan *terus menghilang

Fattah : Okay Author boleh sambung ye *menghilang jugak)

(Jangan hiraukan drama komedi di atas 🤣. Okay sambung ✨✨)

"Hmm selama beberapa harini, tak ada pulak aku dengar berita tentang kekacauan penggodam ni. Atau mungkin dia berehat sementara lepas tu sambung balik buat kejahatan dia tu..." Monolog Fattah dalam hati.

"Haih kalau fikir macamni, sampai bila-bila pun takkan habis. Baik aku tidur. Lagipun malam esok ada misi pemantauan." Kata Fattah dan terus baring kat atas katilnya.

Keesokan Harinya Pada Pukul 7:40 Malam....

"Semua dah siap ke Isaac?" Tanya Fattah.

"Semuanya complete Tuan." Balas Isaac.

"Pukul berapa dia akan sampai ke sana?" Tanya Fattah sekali lagi.

"Hmm dalam pukul 8 kejap lagi." Balas Isaac.

"Okay kita gerak sekarang jugak. Jom." Arah Fattah.

Mereka pun memasuki kereta, menghidupkan enjin kereta dan terus bergerak menuju ke sebuah restoran mewah yang berkonsepkan restoran di tepi laut. Setelah beberapa minit, mereka pun sampai ke restoran tersebut.

"Okay jom kita masuk dalam menggunakan pintu belakang dan tukar pakaian kat bilik persalinan disana." Arah Fattah kepada.

"Okay baik Tuan." Kata Isaac.

Beberapa minit kemudian, mereka keluar dari bilik persalinan dengan pakaian ala-ala pelayan di kedai itu

(Ha macamni lah rupa pakaian ala-ala pelayan tu. Korang kena faham restoran ni 5 star. Jadi tak pelik lah kalau diaorang pakai macamni)

"Okay tugas kita sekarang adalah untuk ambil handphone milik si Malek tu. Berkemungkinan besar, dalam phone tu mungkin ada maklumat penting tentang penggodam yang kita cari." Terang Fattah.

"Baiklah Tuan saya faham." Kata Isaac.

"Dan satu lagi. Dekat sini, kita tak boleh gunakan bahasa Melayu. Sebab ni restoran berasaskan makanan barat dan semua pelayan-pelayan kat sini cakap bahasa inggeris. And now, we will speak english when we serving customers. Do you understand?" Tanya Fattah.

"Yes Sir. I understand." Kata Isaac.

"Good, now we start the mission." Kata Fattah.

Dan mereka terus bergerak dari meja ke meja untuk mengambil order sehinggalah Fattah sampai di meja Encik Malek dan mengambil pesanan makanan.

"Hello Sir, what do you want to order? Makan minum- No i mean eat or drink?" Tanya Fattah dan cuba untuk menutup kesalahan sebutan tadi.

(Sebenarnya Fattah tak lah pandai sangat berbahasa Inggeris biasa-biasa je. Itu yang tersasul tu 🤣)

"Okay I want to order, stick and fresh orange. make sure it's not too dry." Kata Encik Malek yang sangat fasih berbahasa Inggeris.

"Err sure sure. In a second, your order will arrive okay." Kata Fattah dan terus berlalu pergi ke arah Isaac.

(Sebenarnya Fattah langsung tak faham apa yang si Malek tu cakap 🤣. Tapi macam biasa dia just berlagak tenang je)

"Ni Isaac, aku nak kau perhatikan Malek. Time diaorang leka kau ambil phone dia secara senyap-senyap. Ingat, jangan sampai kantoi. Faham?" Tanya Fattah.

"Faham Tuan. Tadi dia order apa Tuan?" Tanya Isaac.

"Dia order stick dengan air oren. Aku pun tak tau apa benda stick tu. Aku makan nasi dengan lauk kampung je. Tak tahu lauk-lauk orang putih ni. Dah lah nama pelik-pelik bla bla bla bla bla."kata Fattah yang sudah mula membebel. Sebelum dia jadi lagi panjang Isaac terlebih dahulu mencelah.

"Okay-okay Tuan saya dah tahu apa yang saya patut buat. Tuan patut pergi kat pelanggan sana tu. Diaorang dah panggil tu." Kata Isaac sambil menunjuk ke arah pelanggan yang sedang memanggil.

"Bagus pergi sekarang." Kata Fattah dan terus berlalu pergi ke arah pelanggan.

Isaac pun pergi ke dapur dan memberitahu tukang masak supaya masakkan stik untuk meja Encik Malek. Setelah semuanya siap Isaac pun bergerak ke meja Encik Malek.

"Okay Sir, your order is ready. Enjoy your meal." Kata Isaac. (Isaac fasih berbahasa Inggeris)

"Oh thank you." Kata Malek dan terus menjamu selera.

"Do you want a drink Sir?" Tanya Isaac sambil memegang botol air.

"Yeah sure." Kata Malek.

Sambil Isaac melayani Malek, tanpa Malek sedari telefon dia telah diambil secara senyap oleh Isaac dan terus dimasukkan ke dalam poket bajunya. Kat sini kita boleh nampak betapa tangkas dan lajunya Isaac ni buat kerja.

Sementara itu, di tempat Fattah. Dia kena buat sos perasa untuk hidangan barat yang dipesan pelanggan itu.

(Kan setiap kali kat restoran mewah ada macam dapur kecik kat meja pelanggan tu, ha macamtu lah Fattah kena masak kat situ. Macam buat persembahan kat situ. Author pun tk tau nak terang macammana sebab author tak pernah pergi sana 🤣)

Dan kenyataan yang paling perit kat sini, Fattah tak reti masak. Dia just main masuk je semua. Minyak apa semua diletaknya dan naiklah apa kat atas kuali tu. Dan Fattah pun dengan riaknya terus jugak memasak seolah-olah dia tahu nak macam macammana.

(Macamnilah keadaan api tu. Nampak hebat kan 🤣)

Namun riak Fattah tidak bertahan lama apabila benda yang dimasak Fattah tu menjadi hangus dan Fattah dengan paniknya mengambil air pelanggan dan menuangkan air itu ke atas kuali yang terbakar tu. Maka padam lah api itu.

"Fuh padam jugak.....Alamak! Ramai lah pulak orang yang tengok ni. Baik aku berundur dulu." Monolog Fattah dalam hati dan terus menuju ke arah Isaac yang hanya memerhati sahaja dari tadi.

"Okay Isaac kau dah buat apa yang aku suruh tadi?" Tanya Fattah.

"Dah Tuan. Ini dia Tuan." Kata Isaac sambil menunjukkan telefon yang berada didalam poketnya itu.

"Okay bagus. Sekarang kita lari dari sini sebelum keadaan jadi makin kecoh." Arah Fattah dan mereka terus berlari menuju ke arah semak yang berdekatan.

"Hahaha bagus Isaac. Akhirnya kita dapat jugak handphone si Malek tu. Benda ni akan jadi bahan bukti kita yang paling penting. Aku pasti kat dalam handphone tu ada maklumat-maklumat yang boleh membawa kita kepada penggodam itu." Terang Fattah.

"Bagus lah tu Tuan. Jom kita bergerak sekarang." Kata Isaac.

"Nanti dulu, kau....ada dengar macam orang ramai menjerit tak?" Tanya Fattah apabila dia terdengar bunyi orang ramai menjerit.

"Eh ya lah Tuan. Saya pun ada dengar jugak ni. Rasanya bunyi jeritan tu datang dari arah restoran." Balas Isaac.

Mereka berdua pun menoleh ke arah restoran secara perlahan-lahan dan alangkah terkejutnya mereka apabila ternampak bahagian luar restoran tadi terbakar. Fattah yang berada disitu hanya tersengih sahaja.

Cerita yang sebenarnya tadi, Fattah tengah berlari menuju ke arah Isaac. Masa tengah berlari tu lah dia terlanggar botol minyak dan terjatuh atas dapur yang api dia masih menyala lagi. Apa lagi terbakar lah tempat tu. Semua orang dalam keadaan kelam kabut. Ada yang tengah pegang baldi, ada yang lari masuk ke dapur, ada yang menyorok bawah meja, ada yang lari tinggal girlfriend. Encik Malek dah balik dari tadi lagi sebelum restoran tu terbakar masih tak perasan yang telefon dia tertinggal.

Keesokan Harinya......

"Isaac, mana handphone si Malek tu? Aku nak tengok isi dalam dia." Tanya Fattah

"Ini dia Tuan." Balas Isaac sambil mengeluarkan handphone Encik Malek yang berjenama iPhone 11.

"Huish mahalnya handphone ni. Aku sendiri pun pakai realme je. Kaya betul Malek ni." Ujar Fattah yang masih dalam keadaan agak teruja.

Fattah pun membuka handphone itu dan malangnya handphone itu mempunyai kata laluan cap jari yang hanya memerlukan Tuan punya handphone membukanya sendiri.

"Alamak! Ni yang kacau ni. Dia pakai password lah pulak. Dah lah canggih pulak tu." Ujar Fattah yang dalam keadaan agak marah.Ya lah dah susah-payah dapatkan handphone, lepastu dah kena pakai password pulak dah.

"Sabar Tuan. Tak apa, kita akan dapatkan pertolongan dari unit IT agensi kita. Tuan jangan risau." Balas Isaac cuba untuk menenangkan Fattah yang masih lagi marah tu.

"Huh nasib baik kau cakap macamtu. Aku sampai terlupa pulak yang agensi kita ada unit IT. Esok kita akan pergi sana." Kata Fattah.

"Baiklah Tuan." Balas Isaac.

Bersambung.......

Okay guys macammana part kalini? Best tak? Ataupun hambar je. Komen kat bawah tau.

Apakah yang akan terjadi nanti?

Kalau nak tahu kena lah tengok Episode selanjutnya 💖💖 ✨✨

Jangan lupa untuk vote dan komen tau ✨✨💖💖✌️😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro