Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"KARISMA."

   Tertoleh kepala Puan Karisma memandang Puan Aishah yang duduk di atas pondok kayu. Puan Karisma bergerak ke arah pili lalu kepala pili ditutup. Dihampiri sahabat baiknya itu yang berwajah sedikit sugul.

   "Kau dah kenapa, Cah? Hari ni nampak macam tak happy aje. Ada masalah ke? Kalau ada masalah, meh la share dengan aku. Kita kan kawan baik dunia dan akhirat," tegur Puan Karisma mengambil tempat di sisi Puan Aishah.

   "Daffa..."

   "Kenapa dengan Daffa?"

   "Malam tadi dia bagitahu aku dengan Bazli. Dia dapat tawaran sambung belajar dekat Melbourne. Awal Januari tahun depan."

   "Lah, bagus lah tu. Alhamdulillah. Tercapai juga impian anak teruna kau tu nak belajar dekat sana. Tahniah, Cah!" Puan Karisma menyengih. Namun sengihannya perlahan-lahan beransur pergi bila kawan baiknya itu masih berwajah monyok.

   "Eh, Cah. Kau kenapa? Anak kau dapat belajar sampai luar negara pun tak happy ke?"

   "Aku bukan tak happy, Ma. Aku happy. Cuma aku... aku risau aje. Kau tahu tak, malam tadi tak tidur lena aku dibuatnya. Macam-macam benda aku fikir pasal Daffa tu. Dah la nak sambung belajar jauh pulak tu. Tiga tahun kut!"

   "Kau fikir pasal apa pulak ni, Cah? Kau ni kan..."

   Puan Aishah hela nafas berat.

   "Risau pulak aku nak lepaskan dia pergi negara barat. Kau tahu aje lah, sana komuniti islam kita tak ramai. Aku risau aje kalau si Daffa tu mudah terpengaruh dengan budaya barat kat sana. Lain lah si Nada tu. Mesir tu dah sah-sah komuniti islam ramai. Aku takut sangat nanti kalau..."

   "Kalau Daffa pergi bercinta dengan minah saleh kat sana?"

   Laju saja Puan Aishah angguk kepala. Puan Karisma hela nafas.

   "Kau tak payah la fikir sangat pasal tu. Si Daffa tu dah besar panjang, tahu lah dia jaga diri dia kat tempat orang. Lagipun, untung apa kalau Daffa bercinta dengan orang sana. Kau dapat menantu mat saleh. Cucu kau, mesti mata biru!"

Puan Aishah jeling.

   "Hesy, tak nak lah aku! Aku kalau boleh, nak menantu macam anak kau tu. Macam si Nada tu. Sejuk mata memandang."

Puan Karisma gelak. Puan Aishah bukan orang pertama yang cuba 'merisik' anak dara bongsunya itu. Dah ramai orang berkias-kias mahu jadikan Nada sebagai menantu mereka. Tapi, dia sebagai seorang ibu... menolak sopan. Nada masih muda. Tahun ni, usianya baru menginjak ke angka sembilan belas tahun. Lagipula, takkan lah Nada nak langkah bendul. Si sulung Nadirah masih belum berkahwin lagi.

   "Ma, kau tak risau ke Nada pergi Mesir tu? Kut-kut Nada kena kacau pak-pak arab kat sana tu. Nada tu, lawa Ma oi!" Puan Aishah tepuk paha Puan Karisma. Lama juga Puan Karisma diam memikir.

   "Tipu lah kalau aku tak risau, Cah. Nada tu perempuan. Tapi, nak buat macam mana lagi? Nak aku halang Nada tu ke luar negara, aku tak sanggup. Memang itu impian dia dari dulu lagi." Keluh Puan Karisma.

Diam mengambil alih untuk beberapa minit. Bermacam-macam perkara sedang bermain di dalam fikiran dua sahabat itu. Seorang tengah fikir pasal Daffa. Seorang lagi tengah fikir pasal Nada.

   "Kecuali... kalau dia orang berdua tu dah ada ikatan. Contohnya, berkahwin. Nanti kalau dia orang pergi luar negara tu, terjaga la sikit sebab masing-masing dah ada pasangan. Boleh pakai tak idea aku ni, Ma?" Puan Aishah menyinggung bahu Puan Karisma.

   "Hmmm boleh pakai jugak tu. Tapi masalahnya, aku nak kahwinkan anak aku dengan siapa? Hesy, Nada tu muda lagi lah Cah. Aku tak nak la kacau masa depan anak aku tu." Puan Karisma garu kepalanya.

   "Ye lah. Daffa pun muda lagi. Baru dua puluh dua umur dia,"

   Diam kembali.

   "Kalau ikat dengan pertunangan aje dulu, kau rasa okey tak? Sekurang-kurangnya kalau bertunang, dia orang ada lah asbab-asbab untuk tak cari orang lain. Hah, kali ni aku rasa idea aku bernas!" Puan Aishah petik jari. Terangguk-angguk kepala Puan Karisma. Sesungguhnya dia juga bersetuju.

   "Bertunang eh? Okey jugak tu. Tapi... aku nak tunangkan Nada dengan siapa?"

   "Haah. Aku nak tunangkan si Daffa tu dengan siapa pulak eh?"

   Masing-masing dah mendongak pandang langit. Untuk beberapa minit, perlahan-lahan kepala masing-masing terteleng berpandangan sesama sendiri. Ada senyuman penuh makna meniti di bibir mereka. Ada mentol tengah menyala atas kepala.


"PUFFFFTTTTT!"

   Terbatuk-batuk si Daffa dek tersedak nasi. Laju dia capai gelas berisi air kosong lalu diteguk rakus. Meleleh-leleh air putih itu keluar dari hujung bibir. Encik Bazli pandang Puan Aishah di sebelah dengan pandangan penuh makna. Puan Aishah sengih sambil bibir bawah diketapnya.

   "Mak... apa mak merepek ni? Orang tengah makan lah!" dengus Daffa. Mahu tak tersedak dia bila Puan Aishah mahu tunangkan dia dengan budak seorang tu. Tiberrrr!

   "Mak serius lah, Daffa. Untuk kebaikan bersama jugak."

   "Kebaikan bersama apa maksud mak ni? Daffa tak faham lah."

   Puan Aishah jeling Encik Bazli lewat ekor mata.

   "Mak risau Daffa duduk luar negara tu sorang-sorang. Mak risau kalau nanti Daffa mudah terpengaruh dengan budaya kat sana. Mak tak nak Daffa berkawan dan bergaul dengan orang yang entah apa-apa nanti. Mak tak nak menantu minah saleh!"

Terbatuk kecil Daffa dibuatnya. Berkerut dia pandang Puan Aishah berselang-seli dengan wajah berkerut Encik Bazli.

   "Ya Allah, mak. Daffa pergi sana untuk belajar lah. Bukan berjoli pun,"

   "Itu mak tahu lah. Tapi hati mak tak sedap bila fikirkan Daffa sorang-sorang kat sana."

   "Daffa ni lelaki, mak. Bukan perempuan. Lagipun, kat sana tu ada je pelajar Malaysia yang lain. Nak risau apanya?" jeling Daffa.

   "Ah! Mak tetap risau! Daffa tu anak mak!"

   "Ye, Daffa tahu mak. Tapi... takkan lah sampai Daffa kena bertunang dengan dia tu? Hanya disebabkan kita orang nak pergi belajar luar negara aje? Mengarut lah mak." Daffa geleng kepala berkali-kali. Baki nasi dalam pinggan cepat-cepat dia habiskan. Panas punggung dia berlama-lama kat sini.

   "Kalau tak nak bertunang dengan Nada, mak tak izinkan Daffa pergi Melbourne tu!"

   "Mak!"

   Tak pedulikan panggilan Daffa, menonong Puan Aishah masuk ke ruangan dapur basah. Daffa pandang Encik Bazli dengan pandangan penuh simpati.

   "Ayah..."

   "Kejap lagi ayah cakap dengan mak kau tu."


KETUKAN pada daun pintu menyentakkan Nada yang baru habis membaca Al-Quran. Sambil menanggalkan telekung di tubuh, Nada memberi izin manusia di luar masuk. Terjengul kepala Puan Karisma di balik kayu pintu.

   "Umi..."

   "Boleh umi masuk?"

   "Hesy, masuk aje lah umi. Tak payah minta izin pun," Nada henyak punggung atas katil. Puan Karisma mendekat sebelum dia turut duduk atas katil anak daranya itu. Mata dia tebarkan ke sekeliling. Ada sebuah beg bagasi besar di tepi almari baju.

   "Dah kemas barang ke?"

   "Kemas sikit-sikit aje dulu, umi. Lagipun bulan depan baru nak pergi sana. Sempat lagi lah nak kemas barang apa semua. Umi ada nak cakap sesuatu dengan Nada ke?" soal Nada, lembut. Puan Karisma angguk kepala. Nafas dia tarik lantas dihela panjang.

   "Berat hati umi nak lepaskan Nada pergi sana. Tapi, umi tak boleh halang Nada."

   "Kenapa pulak umi nak berat hati? Kat sana Nada ada ramai kawan. Senior-senior sekolah Nada pun ramai kat sana yang boleh tengok-tengokkan Nada. Tolong Nada. Umi jangan lah risau sangat." Tangan Puan Karisma, Nada pegang lalu digenggamnya.

   "Mahunya umi tak risau. Nada anak manja umi."

   "Umi jangan lah buat Nada sedih." Tercebik-cebik bibir Nada sebelum dia peluk tubuh wanita itu. Puan Karisma senyum nipis sambil tangan membelai lembut rambut panjang anak gadisnya itu.

   "Nada."

   "Ya umi?"

   "Sebelum Nada pergi Mesir, umi ada satu permintaan. Umi harap... Nada boleh terima dan setuju dengan permintaan umi ni." Sebaik sahaja Puan Karisma menuturkan baris ayat itu, Nada rungkaikan pelukan. Berkerut-kerut wajahnya memandang wajah Puan Karisma yang sedang tersenyum nipis.

   "Permintaan apa umi?"

   Puan Karisma tarik nafas lantas dihelanya panjang. Bismillah...

   "Nada bertunang... boleh?" soalan Puan Karisma buat Nada rasa dunia ini berhenti berputar untuk beberapa saat.

   "Ber... bertunang? Dengan siapa?"

   "Daffa."

   "Hah?! Abang Daffa?!"

   "Iya, sayang."

   "Ta... tapi kenapa? Kenapa umi nak Nada bertunang dengan dia? Kenapa umi?"

   Puan Karisma sentuh wajah Nada, dibelainya lembut.

   "Umi nak anak umi ni terjaga. Umi tak nak kalau ada lelaki-lelaki kat sana kacau anak umi. At least, kalau Nada ada tunang... dia orang takkan berani kacau Nada lebih-lebih. Bukan umi tak nak Nada berkawan atau bertemu jodoh kat sana, tapi umi tak harap. Umi risau lagi-lagi Nada duduk jauh dari umi. Sebab itu lah, umi nak tunangkan Nada dengan Daffa sebelum kau orang berdua berangkat ke luar negara." Jelas Puan Karisma.

   "Hah? Abang Daffa nak pergi luar negara jugak ke?" soal Nada.

   "Iya. Dia dapat sambung belajar dekat Melbourne awal tahun depan. Mak Cah risau kalau nanti Daffa terpengaruh dengan budaya barat lepastu bercinta dengan minah saleh kat sana. Jadi, Mak Cah nak tunangkan Daffa dengan Nada. Paling kurang, Daffa tak kan melebih-lebih dekat sana nanti bila dah ada tunang. Nada faham kan maksud umi?"

Lambat-lambat Nada jatuhkan kepala tanda mengerti.

   "Tapi... Nada tak ada apa-apa perasaan dekat Abang Daffa. Abang Daffa pun macam tak sukakan Nada."

   "Jangan risau. Tunang aje, bukan kahwin lagi pun. Anak umi ni baru sembilan belas tahun, tak sanggup lah umi nak kahwinkan kau orang berdua. Tunang aje, Nada. Hanya keluarga kita dan keluarga Mak Cah aje yang tahu pasal ni. Lepas kau orang berdua dah balik Malaysia, baru kita fikir perancangan. Sama ada nak putuskan pertunangan atau... kahwin." Lembut bicara Puan Karisma buat Nada tak tergamak mahu membantah. Dari dulu lagi dia memang tak pernah membangkang apa kata Puan Karisma dan Encik Najmi. Semua permintaan dan kata-kata mereka, dia turuti tanpa banyak songeh.

Kahwin? Dengan Abang Daffa? Nada teguk liur dulu. Eei, tak boleh nak bayangkan kalau dia dan Daffa berkahwin! Seram!

   "Nada?"

   "Kalau umi rasa itu yang terbaik untuk Nada, Nada okey je. Tapi... Abang Daffa macam mana? Dia boleh terima ke?"

Puan Karisma senyum dulu.

   "Insya-Allah. Dia mesti terima."

   Nada alih wajah ke arah lain. Macam mustahil aje kalau si Daffa tu setuju nak bertunang dengan dia. Dia kenal sangat perangai Muhammad Daffa tu. Kalau A kata dia, A lah. Tak boleh B!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro