Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

Tahun 2014...

TERGOCOH-GOCOH Nada berlari sambil membetulkan kedudukan tudung atas kepala bila kedengaran bunyi petikan hon motor posmen di luar.

   "Ainin Nada binti Ahmad Najmi." Sekilas abang posmen itu membaca sepotong nama Nada pada atas sampul putih.

   "Ya saya." Tersenyum Nada saat namanya disebut.

   "Terima kasih!" tutur nada sebelum abang posmen membonceng motorsikalnya pergi. Nada tunduk memandang sampul surat di tangan. Bertambah debar di dadanya bila mana matanya terpandangkan logo yang cukup dikenalinya itu.

Nada koyak hujung sampul, lantas sehelai kertas berlipat itu dibukanya. Mata dipejam sambil bibir terkumat-kamit.

   "Bismillahirrahmanirrahim..."

   Mata dicelik perlahan-lahan.

   Tawaran Kemasukan Ke Program Ijazah Muda Pendidikan Syariah & Undang-Undang, Universiti Al-Azhar, Mesir.

   Sesaat...

   Dua saat...

   Tiga saat...

   "Aaaarhhhh! Umi! Abah!" laju Nada berlari masuk ke dalam rumah. Selipar pun dah terpelanting entah ke mana. Sekarang ni dia betul-betul teruja! Puan Karisma tergocoh-gocoh keluar daripada dapur manakala Encik Najmi kalut keluar dari pintu bilik air. Nampak saja tubuh Puan Karisma, Nada peluk erat dengan surat di tangan.

   "Umi! Akhirnya!"

   "Akhirnya apa ni, Nada?" soal Puan Karisma, pelik. Lagi pelik bila anak bongsunya ini tiba-tiba datang peluk sambil menjerit.

   "Ni kenapa ni?" Encik Najmi mencelah.

   "Nada... Nada dapat tawaran belajar dekat Mesir! Ni, Nada baru dapat surat!" bukan main seronok lagi Nada hulur surat dalam pegangannya. Serentak Encik Najmi menempel di sisi isterinya, lantas bebola matanya bergerak-gerak memandang kertas bercetak itu. Sesaat, bibir kedua-duanya dah tercuit satu senyuman melebar.

   "Alhamdulillah, anak umi. Tahniah sayang!" dahi Nada, Puan Karisma cium lembut.

   "Tahniah, anak abah. Abah tumpang seronok dan bangga dengan Nada!" tubuh Nada, Encik Najmi peluk kejap. Nada kesat hujung mata yang berair. Tiba-tiba rasa syahdu dan sebak. Sungguh, penantiannya selepas tamat peperiksaan STAM tidak sia-sia. Dengan keputusan peperiksaan Mumtaz Sufi yang dia perolehi, melayakkan dia untuk menyambung pelajaran ke Mesir. Terima kasih, Ya Allah!

   "Esok, kita buat kenduri kesyukuran sikit ya?" cadang Puan Karisma. Nada angguk. Sungguh dia sangat seronok!


"DAFFA, nak pergi mana tu?"

   Langkah Daffa di muka pintu mati terus. Tubuh dia pusing memandang Puan Aishah yang melenggang menghampirinya.

   "Keluar kejap. Nak jumpa dengan Yusri. Kenapa?"

   "Takde apa lah. Jangan balik lewat sangat tau."

   "Kenapa?"

   Tersenyum-senyum Puan Aishah.

   "Takde la, petang karang rumah Cik Ma ada buat kenduri sikit. Jom lah kita pergi eh?  Lagipun, dah lama kau tak pergi tunjuk muka kat dia orang. Dia orang pulak asyik tanya pasal kau aje." Tutur Puan Aishah.

   "Kenduri? Kenduri apa? Kahwin ke? Siapa kahwin? Kak Nadira? Nadim? Atau..."

   "Hesy, tak lah. Bukan kenduri kahwin. Nada tu, dia dapat tawaran sambung belajar dekat Mesir. Jadi, dia orang buat lah kenduri kesyukuran sikit. Kita pergi sama-sama eh petang nanti?"

Lambat-lambat Daffa angguk kepala meskipun jauh di sudut hati dia begitu malas nak hadir mana-mana kenduri dekat kampung ni. Tapi bila mengenangkan yang dia membesar di hadapan Puan Karisma dan Encik Najmi, maka dia turutkan juga.

   "Baik, mak."

   "Hati-hati bawak motor tu."

   "Ye lah."


DAFFA kacau minuman sejuk di dalam gelas menggunakan straw. Mata dia liarkan ke sekeliling. Lama betul dia tak datang lepak dekat restoran siam Pak Ya ni.

   "Bila konvo?" soal Yusri, kawan baik Daffa sejak di bangku sekolah menengah lagi.

   "Bulan depan." Dia menjawab.

   "Sekarang ni kau buat apa aje?"

   "Buat apa? Duduk rumah, melukis. Lately ni, ramai juga yang ambil tempahan melukis dari aku. Lukis itu, lukis ini ikut permintaan customer."

   "Okey lah tu. At least, masuk juga duit poket kau walaupun tak kerja luar."

   "Haah itu lah. Kau pulak macam mana?"

   "Tengah cuti semester. Tahun depan baru habis." Balas Yusri. Sekarang ni dia menuntut di salah satu universiti awam di Kelantan. Daffa lepas habis SPM, terus apply masuk kolej. Dia pulak, kerja dulu cari duit untuk sambung belajar. Sebab itu lah, Daffa habis belajar awal berbanding dia yang masih merangkak.

   "Eh, Nada macam mana?" soalan Yusri mengundang kerutan di dahi Daffa. Apa ni? Dekat rumah Puan Karisma selalu sebut nama Nada, kat sini Yusri pulak?

   "Kenapa tanya aku pasal dia? Mana lah aku tahu," terjuih-juih bibir Daffa membalas.

   "Hesy, dia kan jiran sekampung kau. Bukan setakat jiran, dari kecil kau orang membesar bersama kut. Selalu juga aku nampak dia kalau datang rumah kau dulu. Apa khabar dia sekarang eh?" soal Yusri, lagak berminat. Daffa jeling dengan hujung mata.

   "Sihat lah kut. Aku tengok dia okey je."

   Yusri tersengih-sengih.

   "Kau dah kenapa ni, Yus? Tersengih-sengih macam orang angau." Tegur Daffa, pelik.

   "Aku rasa aku suka lah dekat budak Nada tu. Hari tu, aku tengok Facebook dia tau. Tengok gambar-gambar dia. Fuh, lawa dowh dia. Pakai baju longgar, tudung labuh... senyum pun manis je. Aku dah follow request dekat instagram dia, tapi sampai sekarang dia tak approve lagi." Ada nada sedih di hujung ayat Yusri. Terangkat kening Daffa mendengarkan itu. Serius lah Yusri minat dengan budak 'ustazah' tu?

   "Kau sejak bila lah minat perempuan alim-alim ni?"

   "Sejak aku terpandangkan Nada. Lagipun, Nada tu sebaik-baik contoh perempuan yang layak dibuat isteri kau tahu tak? Tertutup itu kan indah,"

Daffa jeling. Macam lah dia tak kenal si Yusri ni. Masa zaman sekolah dulu, banyak kali tukar-tukar makwe. Playboy!

   "Kalau kau nak tahu, tak lama lagi dia dah nak terbang pergi Mesir. Dia dapat sambung belajar kat sana."

   "Hah?! Serius lah?!"

   "Nampak muka aku macam tengah menipu ke, Muhammad Yusri?"

   Muram habis muka Yusri. Alah, dia baru aje nak masuk meminang si Nada tu lepas dia habis study tahun depan. Tapi, si Nada tu pula nak terbang pergi Mesir. Mahu tak makan masa tiga empat tahun kat sana. Harus kah dia menunggu lagi? Uhuk!

Daffa jeling jam yang terlilit di pergelangan tangannya. Hampir pukul empat petang. Dia dah janji nak ikut Puan Aishah pergi rumah Puan Karisma untuk kenduri kesyukuran kejap lagi. Daffa jeling Yusri pula. Perlu tak aku bagitahu yang petang ni ada kenduri kesyukuran dekat rumah Puan Karisma?

   Tak! Yusri tak dijemput pun!

   "Weh, aku balik dulu lah. Aku ada hal petang ni dengan mak aku." Daffa habiskan minuman dalam gelas sebelum bangun dari duduk.

   "Hmm ye lah."

   "Ni air, kau belanja kan?"

   "Iyeeee!"

   Daffa sengih.

   "Jumpa lagi. Assalamualaikum,"

   "Waalaikumussalam."

   Daffa melangkah menuju ke arah parking motorsikal. Elok dia sarung helmet atas kepala, matanya terpandangkan sebuah butik pakaian muslimah tidak jauh dari situ. Dahinya berkerut. Sejak bila ada butik pakaian muslimah kat sini? Baru bukak ke?

   Tak tahu apa yang merasukinya, Daffa bawa langkah ke arah butik tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro