9
—
"PAPA!"
Namjoon mengeluh, membuka semula matanya. Dia sedang tidur — pembetulan; cuba untuk tidur, lalu Jin mengejutkan dia semula dengan jeritan kuat tadi. Sebelum Jin, ada Yoongi yang menuduhnya membuang lukisannya yang penuh dengan warna hitam. Ada juga lingkaran hitam yang nampak macam tornado, tapi Yoongi kata itu merupakan pokok. Sebelum Yoongi, ada Hobi, yang ingin menunjukkan tarian barunya kepada Namjoon, yang menyebabkan kopi Namjoon hampir tumpah. Sebelum Hobi, kembar tiganya sudah mengganggunya, dengan tangisan nyaring mereka yang Namjoon gagal kenal pasti mengapa.
Sekarang, dia membuka matanya dan melihat Jin yang sedang menangis.
"Ada apa, sayang?" tanya Namjoon, menahan menguapnya dengan tangan sendiri. Dia masih memerlukan tidur yang panjang. Pada waktu malam, dia akan bekerja dan dia tak boleh membawa anak-anaknya bersama atau tinggalkan mereka sendirian semasa siang. Cuma masalahnya sekarang waktu tidurnya diganggu dengan kerenah anak-anaknya semasa dia perlu tidur siang.
"Lala mati," kata Jin, menangis dan menggosok matanya sehingga bertukar merah.
"Oh." Namjoon terdiam. Dia tak tahu cara menerangkan kematian kepada seorang budak berusia lima tahun. Eh, bukankah Jin sudah lima tahun? Namjoon rasa bersalah seketika, dia sudah terlupa usia mereka ketika mereka sibuk membesar. Dia cuba mengira dalam kepala, namun Jin menarik lengan bajunya.
"Macam mana saya nak buat Lala hidup semula?" tanya Jin, tersedu-sedu.
"Oh, Jin. Sayang... tak boleh... kamu cuma tak boleh..." Namjoon meneguk air liur. "Bila seseorang pergi, mereka takkan kembali semula. Kamu tak boleh buat mereka kembali. Mereka cuma pergi, okey?"
"Macam Mama?"
Namjoon terpaku. Dia tahu dia bukanlah seorang ayah yang baik (lagi sekali, dia rasa dia pasti ada tersalah cara), tapi dia masih belum menerangkan apa-apa kepada anak-anaknya yang mereka sudah tidak ada Mama lagi, yang Mama mereka sudah jumpa Papa baru dan tak perlukan Papa yang lama lagi atau anak lamanya lagi.
Dia tak tahu bagaimana untuk menerangkan cerita klise setiausaha jatuh cinta dengan bosnya kerana isterinya itu memang seorang setiausaha.
Dia tak tahu bagaimana nak terangkan yang dia kepenatan kerana tiada orang lain untuk menjaga mereka tanpa bantuan seorang dewasa yang lain untuk membantunya memasak nuget dinosaur atau mengemas krayon 24 warna. Apatah lagi, bajet membesarkan mereka.
Dia tak tahu bagaimana nak terangkan yang Mama mereka takkan kembali, sekalipun untuk dirinya sendiri ataupun untuk keenam-enam anak mereka.
"Mama cuma..." Namjoon berhenti dan menarik nafas panjang sebelum menyambung ayat. Jin ditarik ke atas ribanya. "Mama cuma sangat sibuk, okey? Jadi kita tak dapat jumpa dia. Mama macam pari-pari gigi dan Santa. Kalau kita asyik tunggu dan cuba tangkap mereka, mereka takkan datang, okey? Jadi... kita cuma teruskan hidup macam biasa, okey? Kita akan baik-baik saja, okey?"
Setiap kali perkataan okey disebut, setiap kali itulah hati Namjoon patah, tapi Jin semestinya tidak menyedari, dan Namjoon pun okey saja, kalau Jin tak tahu. Kalau kegembiraan Jin tak terhapus, kalau zaman kanak-kanak Jin masih dapat dilanjutkan sedikit lagi.
Namjoon menggigit bibir. "Tapi Mama bukan macam Lala, okey? Mama masih hidup, cuma dia sibuk. Sangat sibuk."
Jin menunduk, cuba memahami ayat Namjoon. Kemudian dia mendongak semula. "Jadi, saya tak boleh buat Lala kembali?"
Namjoon menggeleng.
"Tapi, Mama boleh kembali?"
Namjoon menarik nafas. "Bukan macam tu, Jin."
Jin tunduk lagi, keliru.
Namjoon mengusap belakang badan Jin. "Jin? Kamu nak bercerita pada Papa tentang budak perempuan tu?"
"Tentang siapa?" Jin bertanya, mendongak.
Budak ni memang susah nak ingat apa-apa. "Lala. Nak cerita tentang budak perempuan tu? Dia budak kelas kamu ke?"
Jin memberi pandangan pelik kepada Namjoon. "Tak? Kenapa pula Lala nak ada dalam kelas saya?"
Bertenang, Namjoon. Kau masih boleh bersabar untuk semua ni. "Kalau macam tu ceritalah, siapa Lala?" tanya Namjoon dengan lembut.
Jin menggulingkan mata, memuncungkan bibirnya. "Lala tu pokok bunga saya. Cikgu yang bagi pada saya. Dia kata, bunga untuk sekuntum bunga. Sebab saya cantik dan bunga tu cantik, cuma saya lagi cantik. Tapi..." Mata Jin berair semula. "Tapi saya suapkan terlalu banyak air pada Lala, dan dia bertukar dari hijau kepada coklat. Saya rasa dia tak gembira."
Namjoon mengurut dahinya. Semua ini, hanya untuk sekuntum bunga.
Dia penat.
Dia sakit kepala teruk.
Dia dijadualkan bertugas pada pukul 11 dan sekarang dah nak masuk pukul 4 dan walaupun anak-anaknya makan malam tanpa banyak soal dan membuat perangai, walaupun dia berjaya pujuk mereka memberus gigi tanpa membantah, dan walaupun mereka masuk tidur tanpa menangis untuk lima minit selepas dia mendodoi mereka, dia cuma akan dapat maksimum 2 jam tidur.
Benda yang paling dia tak perlukan sekarang ialah sekuntum bunga yang hampir mati.
Namjoon mengambil masa yang lama untuk menarik nafas sebelum tersenyum paksa dan menggosok kepala Jin, mengelus lembut rambut Jin dan agak terkedu melihat luas tangannya hampir sama dengan satu kepala Jin.
"Mana Lala sekarang?"
"Tepi tingkap dekat dapur sebelah krayon."
"Jom kita letak budak perempuan tu di tingkap yang lebih cerah, okey? Dan biarkan dia minum air yang dia ada, jangan bagi lagi. Papa rasa dia takkan dahaga buat beberapa hari ni."
"Tapi kalau Lala lapar macam mana?" soal Jin dengan gementar, bermain dengan jemari kecilnya dan mendongak ke arah Namjoon dengan mata yang besar dan terbias kerisauan.
Namjoon mengusap kepala Jin. "Nanti Papa akan bagi dia makan bila Papa dah balik kerja. Jangan risau, okey?"
Jin mengangguk sebelum mengerutkan dahi.
"Kenapa?" tanya Namjoon, cuba untuk tidak melepaskan keluhan, tapi dia juga tak pasti sejauh mana dia boleh hadap masalah bunga Jin.
"Yelah, Papa tak patut bercakap tentang Lala macam tu," gumam Jin perlahan.
"Kenapa?"
"Sebab Lala bunga lelaki, bukan perempuan."
—
so, wisya rasa nak siapkan
buku ni secepat mungkin!
wait yaa, maybe update setiap
selang sehari. naikkan vote dan
share la dgn kengkawan untuk bagi
wisya semangat menaip ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro