7
—
"Papa, sejuknya," rengek Hobi, lantas Namjoon mengangkat Hobi ke dukungannya. Dia mendodoi Hobi dengan lembut, ke atas, ke bawah.
"Dah, semua okey," bisiknya. Hobi menyelitkan kepalanya ke leher Namjoon sebelum tertidur.
Dalam masa yang sama, Yoongi juga sudah tertidur, di atas peha Jin yang masih menangis diam-diam.
Namjoon tunduk, masih memegang Hobi pada sebelah tangannya dia menggosok kepala Jin. "Hei sayang, jangan menangis. Bukan salah—ya, memang salah kamu, tapi ini semua akan jadi pengalaman, okey? Tak ada masalah, tak ada salah."
Jin tersedu-sedu. "T—tapi, saya yang buat penggera kebakaran berbunyi, Papa."
"Tapi ni baru kali pertama kamu nak belajar memasak, kan? Semua orang buat kesilapan untuk kali pertama mereka. Mungkin, telur tadi boleh jadi sedap. Maksud Papa, sebelum telur tu hangus dan penggera berbunyi."
Jin mengukir senyum kecil. "Papa rasa macam tu?"
Namjoon mengangguk, tersenyum pada anak sulungnya itu. "Papa tak rasa, papa yakin."
"Jadi Papa akan makan apa-apa saja yang saya masak? Betul? Janji?" Jin bertanya dengan teruja.
Namjoon berdecit tapi mengangguk. "Betul, Jin."
Bomba yang bertugas menghampiri mereka. "Semuanya dah dipadam, encik. Bertuah awak sebab tak ada kerosakan teruk. Cuma banyak asap. Rumah mungkin akan berbau pelik untuk beberapa hari ni, jadi saya cadangkan tingkap dibiarkan terbuka dan sistem pengudaraan terpasang."
Namjoon senyum sebelum bangun, masih dengan Hobi. "Terima kasih banyak-banyak."
Bomba tersebut mengangguk, membetulkan helmetnya sebelum kereta bomba itu berlalu pergi dari situ.
"Namjoon."
Namjoon menoleh pada isterinya, namun Yoongi yang tergolek, tertiarap. Dia cepat-cepat membetulkan posisi tidur Yoongi agar dia tak menghadap bawah, membolehkan Yoongi bernafas seperti biasa.
"Namjoon," kata Hazel lagi. Namjoon pun menoleh sekali lagi. Tapi dia ternampak Jin pula yang hampir memanjat Yoongi.
"Tak, tak, tak," kata Namjoon, menarik Jin agar terlepas dari Yoongi.
"Namjoon."
Namjoon akhirnya menoleh lagi, mukanya serba salah. "Maaf, sayang. Apa dia?"
"Saya nak pergi," kata Hazel.
"Pergi mana?" tanya Namjoon, memandang ke arah Hobi dengan senyuman, melihat Hobi yang comel bila tertidur. "Oh, kalau awak nak keluar, boleh awak belikan barang dapur sikit? Kalau semua makanan berbau asap, mungkin budak-budak ni tak dapat makan—"
"Saya nak pergi. For good."
Namjoon menjegilkan mata pada isterinya. "Apa?" Kemudian matanya memandang ke arah anak-anaknya. "Boleh kita bercakap di tempat lain? Saya tak nak anak-anak dengar."
Hazel mendengus, mengabaikan usul Namjoon sebelum melihat Hobi, Yoongi dan Jin, yang dia agak dah tertidur lena.
"Saya nak tinggalkan awak, Namjoon. Saya tak boleh buat lagi."
"Buat apa?" tanya Namjoon, tersenyum pahit. "Jadi seorang ibu? Seorang isteri?"
"Dua-dua," jawab Hazel. "Saya memang nak ada anak. Tapi ni ramai sangat, asyik lari ke sana sini, rosakkan barang, takutkan babysitter mereka dan hampir bakar dapur. Semua ni gila, Namjoon. Awak tak sedar ke?"
Namjoon menunduk memandang anak-anaknya, tapi dia tak nampak apa-apa yang gila. Dia cuma nampak kasih sayang.
"Dan saya tak boleh jadi isteri awak lagi sebab awak pun tak boleh jadi suami saya."
"Apa?" Namjoon berpaling, menghadap Hazel. "Apa awak cakap ni? Saya tak pernah tengok, sentuh perempuan lain—"
"Awak tak pernah tengok dan sentuh saya pun, Namjoon! Asyik-asyik anak, anak dan anak! Awak tak ada masa dengan saya sebab awak terlalu fokus pada mereka!" Hazel mengetap bibir. "Saya tak maksudkan yang saya perlukan semua masa awak, tapi awak tak bagi saya sikit pun."
Namjoon mengangguk perlahan pada dirinya sendiri sebelum memandang Hazel. "Siapa dia?"
"Apa?"
"Lelaki baru awak. Siapa dia?"
Hazel mengetap bibirnya lagi. "Selamat tinggal, Namjoon."
Namjoon tergelak tidak ikhlas. "Awak tak nak kemas barang?"
"Saya dah kemas semuanya. Beg dah ada dalam kereta, berminggu lamanya. Awak tak perasan pun walaupun semasa kita keluar hari tu."
Hazel masuk ke dalam keretanya dan menghempas pintu. Kemudian, dia memandu pergi dari situ.
Jin memandang Hazel yang pergi sebelum memandang Namjoon. "Papa? Mama nak pergi mana tu?"
Namjoon meneguk air liur sebelum tersenyum. "Dia pergi beli barang sikit, Jin."
"Oh." Jin memandang Namjoon lagi. "Papa?"
"Ya, Jin?"
"Mana Jiminie, Taehyungie dan Jungkookie?"
"Shit," carut Namjoon, menyerahkan Hobi pada Jin sebelum berlari masuk ke dalam, mencari tiga lagi anaknya.
—
lama sangat tak update, reader pun dah lari agaknya. ada lagi ke reader?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro