4
Namjoon meminta maaf apabila dia terpijak kaki dan terlanggar beberapa orang dalam perjalanannya untuk pergi ke tempat duduk kosong. Tinggal satu sahaja, di belakang sekali dan tengah-tengah.
Apabila Namjoon mendapat kad jemputan dari tadika Hobi untuk persembahannya kelasnya, dia sudahpun merancang semuanya. Dia akan sampai sejam awal dengan dua kamera, duduk di depan sekali dan rakam seluruh persembahan.
Malangnya dia terlupa untuk mengambil Jin dari sekolah, yang sepatutnya tak menjadi masalah pun. Tapi Jin tiba-tiba tak mahu keluar dari kelasnya, sehinggalah cikgunya bagi sticker yang dijanjinya cikgunya. Jin mengambil masa hampir sepuluh minit memandang kertas sticker sebelum memutuskan untuk mengambil sticker lolipop merah jambu. Akhirnya, Namjoon berjaya membawanya pergi dari situ dan bergegas ke tadika secepat yang mungkin.
Walaupun mereka sampai tidak terlalu lewat, namun Namjoon terlupa untuk membawa sekali kameranya kerana terlalu rushing.
Jadi, Namjoon duduk di tempat duduk kosong terakhir dengan Jin di atas ribanya. Dia mula bersedia menyaksikan persembahan murid-murid kelas anaknya.
Tirai terbuka menunjukkan sekumpulan kanak-kanak yang memakai kostum berwarna-warni. Tapi Namjoon tak nampak Hobi pula.
"Selamat datang ke persembahan kelas 3!" Seorang budak perempuan yang comel memulakan. Dia tersenyum suka. "Please enjoy."
Kesemua ibu bapa menepuk tangan dan budak perempuan itu —yang berpakaian seperti bumblebbee — berlari semula ke arah kawan-kawannya.
Lebih kurang 15 minit persembahan mereka, Namjoon masih tak faham jalan cerita persembahan mereka. Ataupun memang tak ada plot. Tapi kesemua budak-budak itu berpakaian seperti bumblebee. Persembahan mereka berakhir, dan seterusnya sekumpulan kanak-kanak yang memakai kostum rama-rama pula menaiki pentas.
Tapi, Hobi tak ada juga.
"Papa," panggil Jin, seorang makcik di sebelah mereka menyuruhnya diam. "Papa." Jin panggil lagi dengan lebih perlahan sambil menarik tali leher Namjoon. "Kita bila boleh tengok Hobi?"
"Bila kita lah," Namjoon membetulkan ayat anaknya. "Papa tak tahu juga. Sabar, okay?"
Makcik itu menyuruh Namjoon pula diam.
Namjoon menggulingkan mata sebelum berbisik kepada Jin, "Dia mesti tak puas hati sebab anak dia pakai baju labah-labah."
Jin tertawa dan membetulkan duduknya di atas riba Namjoon.
Akhirnya, tiba giliran Hobi. Mereka memandang Hobi dengan penuh minat.
Hobi memakai baju seperti ladybug, dengan sepasang sayap palsu di belakang badannya. Namjoon tersenyum memandang anaknya yang comel itu.
Cikgu yang bertugas memasang lagu daripada CD, dan persembahan mereka bermula.
Pada mulanya, Hobi menari mengikut apa yang dia dilatih. Terdapat empat ladybug yang lain, dan Namjoon pasti mereka semua sudah berlatih walaupun sedikit kucar-kacir.
Salah seorang daripada mereka, budak perempuan dengan rambut blonde asyik berpusing setempat — kemudian hilang kawalan dan terlanggar dinding di tepi pentas. Seorang lagi tersadung dan jatuh.
Hobi dan dua orang yang tinggal kaku, tak pasti nak teruskan atau tak.
"Teruskan!" Cikgu kelas mereka menjerit perlahan dari tepi pentas.
Dua budak lain masih berdiri kaku, namun Hobi ke depan dan mula menari sendiri.
Dia menari body rolls.
"Oh tidak," salah seorang daripada ibu yang ada di situ berkata dengan sebelah tangan diletakkan di dadanya. "Apa budak tu buat?"
"Anak siapa tu?" Seorang ibu yang lain bertanya. "Buat malu mak ayah dia je!"
"Siapa ajar anak diorang menari macam tu?" tanya seorang ayah di situ.
"Papa!" Jin menjerit, dia ketawa kuat sambil menunjuk ke arah adiknya di atas pentas. "Tengok Hobi!"
Namjoon menundukkan muka, cuba menutup mulut Jin namun sudah terlambat.
Semua ibu bapa yang berada di situ memandang Namjoon yang mungkin dianugerahkan Worst Parent of The Year Award.
Namjoon tersengih malu, "Mungkin... mak dia yang ajar dia?"
Hobi menjerit riang apabila ternampak ayahnya di belakang sekali. "Papa!"
Lagu itu akhirnya habis. Seluruh dewan itu terdiam.
Namjoon menepuk tangan untuk anaknya. Sebenarnya hanya dia seorang sahaja yang menepuk tangan.
Hobi tersenyum walaupun dia tahu betapa awkward dewan ni sekarang, dia menunduk hormat. "Me is your hope, me is your angel, me is Hobi!" Hobi berkata sebelum dia turun dari pentas.
Apabila majlis tersebut berakhir, Namjoon mendukung Hobi dan cepat-cepat memandu pergi sebelum ibu bapa tadi memandangnya dengan pandangan membunuh.
"Hm, papa suka tak persembahan tadi?" Hobi bertanya, dia melompat-lompat di tempat duduknya.
"Papa suka. Cuma.." Namjoon berhenti seketika.
"Apa dia Pa?"
"I'm your hope, I'm your angel, I'm Hobi, bukan me. Faham?"
"Faham!"
Namjoon tersenyum sebelum kembali fokus memandu. Dia terfikir untuk tidak bercerita tentang persembahan body rolls Hobi kepada isterinya, Hazel. Unik betul tarian anaknya.
"Papa?"
"Ya, Hobi?"
"Papa tak ambil Yoongi dekat tadika tadi."
—
please understand ni bukan direct translation ya huhuhu
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro