22
Jimin mengambil tempat duduknya. Dia, Taehyung dan Jungkook berada di dalam satu kelas yang sama, cuma Taehyung diarah duduk di baris hadapan supaya memudahkan cikgu mereka memerhatikannya manakala Jungkook suka duduk di sebelah tingkap untuk melihat ke luar kelas.
Dan, disebabkan hanya kelas tadika, mereka semua tidak disediakan meja dan kerusi. Mereka cuma duduk berselang seli di atas karpet besar, di mana setiap tempat duduk mempunyai warna dan apa-apa objek atau haiwan.
Jimin selalu duduk di atas empat segi biru di belakang dengan not muzik di atasnya.
Tae duduk di atas empat segi merah dengan gambar UFO manakala Jungkook duduk di atas empat segi ungu dengan gambar burung di atasnya. Dia berkeras bahawa itu gambar burung seagull, walaupun Jimin dan Taehyung dan semua orang tahu bahawa itu gambar burung pelikan, tapi Jungkook bukan dengar pun.
"Baiklah, kelas! Saya akan ambil kehadiran kamu semua," kata cikgu mereka. Dia muda dan sangat cantik, mengingatkan Jimin kepada ibu mereka.
"Jisoo?"
"Saya!"
"Jongup?"
"Saya."
"Yunhyeong?"
"Saya."
"Taeyong?"
"Saya."
"Hyukk?"
"Ya."
"Tolong jawab 'saya' bila cikgu sebut nama kamu. Kita cuba lagi sekali ya. Hyukk?"
"Saya."
"Nayeon."
"Saya!"
"Yuta?"
"Saya."
"Joshua?"
"Saya."
"Si kembar tiga?"
"Saya," mula Taehyung.
"Saya," sambung Jungkook.
"Saya," akhiri Jimin.
Cikgu itu tersenyum. "Baiklah, itu saja yang hadir hari ni. Ada beberapa orang tak dapat hadir, tapi nanti ibu mereka akan singgah untuk ambil kerja sekolah mereka. Kita dah habis ambil kehadiran, kamu semua boleh mula bermain."
Jimin tersenyum sendirian. Dia suka bermain dengan permainan yang ada di dalam kelas. Dia paling suka main blok mainan, tapi ramai yang suka juga, kadang-kadang sukar untuk dapat blok mainan itu kerana ada sesetengah budak (Hyukk dan Jongup) yang tak suka berkongsi.
Tapi, Jimin pun tak suka berkongsi jadi dia faham.
Pun begitu, Jimin bangun dan berlari mendapatkan blok mainan sebelum orang lain dan meletakkan blok mainan di tempatnya. Hyukk dan Jongup mendekatinya, dan Jimin menarik blok-blok itu lebih dekat dengannya agar dia dapat main.
Kemudian, dia mula membina sebuah bangunan menggunakan blok mainan itu, dan saat bangunan itu mencecah lututnya, Hyukk meruntuhkan semuanya. Jongup pula ketawa.
Jimin mengetap bibirnya, cuba menghentikan rasa marahnya. Dia tak suka, dia terlebih sensitif dan semua budak lelaki kelasnya selalu mengusiknya apabila dia menangis. Budak perempuan akan kata dia comel, dan budak lelaki yang lain akan mula mengusiknya lagi.
Jimin mula membina bangunan sekali lagi, tapi kali ini Jongup pula yang runtuhkan. Hyukk tergelak.
Jimin menelan air liurnya apabila dia rasa air matanya mula bertakung. Tak! Saya takkan menangis! Bukan hari ni! Saya dah besar. Saya akan masuk prasekolah tahun depan. Saya tak boleh asyik menangis. Buat malu adik-adik kembar saya. Nanti mereka tak mahu sesiapa tahu kami kembar.
Fikirannya itu membuatkan Jimin sedikit panik, dan dia menarik nafas dalam beberapa kali untuk menenangkan dirinya.
"Maaf," kata Jongup, tersenyum. "Saya takkan runtuhkan lagi kali ni."
Jimin teragak-agak, melihat Hyukk pula yang juga tersenyum.
"Saya pun takkan runtuhkan."
Jimin tidak percaya sangat pada mereka, tapi dia tak nak main permainan lain jadi dia pun mula membina blok bangunan yang baru.
Jongup dan Hyukk menolak Jimin agar dia hilang keseimbangan dan melanggar bloknya sendiri, namun tangan seseorang yang memegang lengannya erat menghentikan semuanya.
"Oh tidak!" kata Taehyung kuat, membulatkan mata. "Awak okey, Jimin? Awak hampir jatuh atas bangunan awak. Kemudian mesti runtuh," katanya, merenung tajam ke arah dua budak lelaki lain. "Dan mesti akan jadi sangat teruk, sebab saya akan jadi sangat marah."
Hyukk dan Jongup terkedu.
Taehyung merupakan seorang budak yang sangat misteri jadi budak-budak yang lain tak berapa pasti apa yang dia boleh buat.
"Oh, Jimin," kata Taehyung, masih bercakap menggunakan suara yang kuat saat dia menunjuk ke arah blok mainan yang digunakan Hyukk. "Ada blok mainan lagi. Kita boleh bina bangunan awak lebih tinggi." Dia tersenyum ketat kepada Hyukk. "Boleh saya guna blok awak?"
Hyukk meneguk air liurnya. "Mestilah."
Taehyung tersenyum lebar. "Terima kasih banyak-banyak," katanya sambil membuat muka yang comel kepada Hyukk yang membuatkan Hyukk lebih resah. Kemudian dia pura-pura terkejut. "Tengoklah! Ada banyak lagi blok yang kita boleh guna!" Dia tersenyum kepada Jongup kali ini.
"Aw–awak nak guna?" tanya Jongup dengan pantas dan sebelum sempat Taehyung membalas dia menambah, "Awak punya. Ambillah."
"Aww, baiknya korang," kata Taehyung, tersenyum. "Saya suka betul dua orang budak yang baik macam korang yang boleh jaga Jimin dan baik dengan dia dan kongsi dengan dia dan main dengan dia."
"K–kan," balas Hyukk sebelum melihat Jongup. "Jom kita main benda lain dulu."
Taehyung tersenyum. "Bagus idea awak."
Sebaik saja dua orang budak itu berlalu pergi, dia membantu Jimin membina semula blok bangunan.
Jimin tersenyum malu kepada Taehyung. "Terima kasih, Tae–"
Taehyung tersenyum, sebelum dia menumbuk blok bangunan itu dan meruntuhkannya.
Jimin tak dapat tahan lagi. Dia terus menangis. "Kenapa buat macam tu, Tae... jahat betul... jahatlah awak ni..."
Taehyung tersenyum lembut kepada Jimin. "Saya adik kembar awak. Saya je yang boleh usik awak." Dia mengusap rambut lembut Jimin. "Lagipun, awak comel sangat bila awak menangis."
Taehyung membiarkan Jimin menangis beberapa saat lagi dan apabila Jimin berhenti dia menolong Jimin membina semula blok bangunan itu.
Jimin teragak-agak sebelum tersenyum kepada Taehyung, dan dia meruntuhkan bangunannya sendiri.
Bila tiba waktu untuk balik, mereka terpaksa mengheret Jungkook dari kawan-kawan yang lain (sebab dia sentiasa popular) sebelum mereka diambil oleh Namjoon yang masuk ke kelas mereka dan menunggu tiga budak kecil yang pasti berlari ke arahnya dan memeluk kaki besarnya.
Kemudian dia akan membawa mereka ke kereta, mendukung Jimin dengan tangan kanannya, memimpin tangan Taehyung dengan tangan kirinya dan memerhati Jungkook agar dia tidak berlari dengan laju dan membahayakan diri.
Kemudian mereka semua masuk ke dalam kereta dan balik ke rumah.
Jimin suka berada di dalam kereta kerana dia dikelilingi semua adik beradiknya dan ayahnya, dan dia rasa selamat.
—
vmin <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro