Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

Melihat abang-abangnya turun kereta untuk ke sekolah selalu membuatkan Hobi sedih.

Seronoknya, mereka dapat pergi sama-sama tapi saya kena berseorangan.

Hobi melompat turun dari kereta dan melambai kepada Namjoon, Jimin, Taehyung dan Jungkook sebelum berjalan masuk ke kelasnya.

Hobi ada ramai kawan dalam kelasnya, tapi dia rasa dia tak ada mana-mana kawan yang boleh dianggap rapat dengannya. Dia selalu dilanda masalah kerana ketawa di dalam kelas, tapi dia tidak didenda kerana personalitinya yang ceria.

"Satu tambah satu jawapannya dua. Satu tambah dua jawapannya tiga. Satu tambah tiga jawapannya empat. Satu tambah empat jawapannya lima. Satu tambah lima jawapannya enam. Satu tambah enam jawapannya tujuh. Satu tambah tujuh jawapannya lapan. Satu tambah lapan jawapannya sembilan," ajar cikgunya, dan seisi kelasnya menyebut semula. Kemudian dia menulis kesemua ayat matematik itu di papan putih.

1+1=2

1+2=3

1+3=4

1+4=5

1+5=6

1+6=7

1+7=8

1+8=9

"Hoseok, boleh awak cuba selesaikan soalan seterusnya?" panggil cikgunya, tersenyum kepada Hobi dan Hobi membalas senyumannya, mengambil pen marker dan merenung soalan itu.

1+9=?

Hobi meneguk air liur dan tersenyum ketat, menggenggam pen marker di tangan kecilnya.

Oh tidak!

Cikgu dah tukar cara permainannya dengan saya!

Apakah?

Saya dah kehabisan nombor!

Kenapalah matematik?!

Kenapa saya?

Kenapa sekarang?

"Hoseok? Jawapannya?"

Hobi terkaku, mengetap giginya. "Um... jawapannya..."

1+9

1

+

9

Satu

tambah

sembilan

1+9=19, tulisnya di papan putih itu dan dia bulatkan jawapannya sebelum berpaling ke arah cikgunya dengan resah. "Satu sembilan," katanya, memulangkan semula pen marker kepada cikgu itu.

Dia mengambil semula dengan pantas. "Bagus, Hobi."

Ah?! Jawapan saya betul?!

"–tapi salah."

Oh. Yalah.

Cikgunya memadam jawapan Hobi dengan berhati-hati dan menulis 10.

Apa. Benda. Ni.

1 ialah 1.

0 maksudnya tak ada.

Macam mana awak tambah 1 dan 9, yang lebih besar dari satu...

Dan dapat 1 dan tiada apa-apa?

Bukankah itu lebih sikit dari 1 dan 9?

Kenapa?

Matematik?

Saya?

Tak faham?

Hobi balik semula ke tempatnya dan meletakkan kepala di atas meja.

1+10=? ialah soalan seterusnya yang ditulis cikgu itu.

Okay, kalau 1+9=10, maksudnya 1+10 sepatutnya 20.

Seorang pelajar lain mengambil pen marker sambil tersenyum dan menulis 20–eh, 11.

Apakah...

Hobi berharap salah seorang dari abangnya ada di dalam kelasnya jadi dia boleh minta mereka terangkan kepadanya. Dia takut untuk menganggu kelas mereka dengan bertanya kepada cikgu kerana dia akan nampak kurang cerdik, dan dia juga takut kawan-kawannya akan mengetawakannya.

Semua orang macam faham je kecuali saya. Kenapa saya tak faham? Kenapa susah sangat?

Hobi berjaya bertahan sepanjang kelas sebelum rehat tiba, dan dia mengambil tempat di sebelah salah sekumpulan kawan lelaki sekelasnya.

"Hobi! Bertuahnya awak! Mak awak bekalkan awak pretzel!" salah seorang dari mereka berteriak.

Hobi tersenyum tapi tidak betulkan kata-kata itu. Dia tak mahu kawan-kawannya menganggap ayahnya pelik kerana membuat bekal untuknya padahal budak lain, mak mereka yang akan buat bekal untuk mereka. "Kan, bertuahnya saya," jawab Hobi, tergelak dan menyembunyikan rasa bersalah. Maaf, Papa. Saya bukan malu dengan Papa tapi saya cuma tak nak mereka ketawakan Papa.

"Boleh saya nak sikit pretzel?"

"Boleh," balas Hobi, tersenyum dan mula berkongsi. Oops, saya terlupa simpan untuk diri sendiri...

"Hobi! Sandwic awak pun nampak sedap!"

"Awak nak rasa?!" tanya Hobi, gembira. Sangat penting untuk kita jadi baik, barulah boleh dapat kawan.

"Boleh ke?! Terima kasih!"

Hobi asyik berkongsi bekalnya sehinggalah masa rehat telah tamat dan dia terkebil-kebil, tersedar dia belum menjamah apa-apa pun, tapi bila dia melihat semula ke dalam beg bekalnya, semuanya dah kosong.

Oops, saya lupa nak makan lagi...

Tapi bukankah penting untuk kita jadi baik, barulah kawan-kawan suka saya?

Saya kena jadi baik dan pemurah dan juga sopan jadi mereka nak berkawan saya.

Hobi tersenyum, menggosok perlahan beg kertas makanan yang tertulis namanya dengan pen berwarna hitam. Kemudian, dia melipatnya dan memasukkan semula ke dalam beg bekalnya, mengabaikan perutnya yang berkeroncong dan tersenyum saat dia bangun.

Berkongsi sedikit makanan untuk persahabatan. Bagus kan?

Dia berjalan semula ke kelas.

Perutnya berkeroncong lagi dengan kuat dan semua orang tergelak, tapi Hobi hanya mengikut gelak sekali.

Mereka ketawa dengan saya, bukan ketawa kan saya.

Hobi tersenyum.

Mungkin satu hari nanti mereka akan berkongsi bekal mereka dengan saya pula.

Hobi tersenyum.

Tak sabarnya nak tunggu satu hari tu.

Loceng pun berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan dan Hobi berlari keluar dari kelasnya, meninggalkan kelas matematik sepantas yang boleh, mencari kereta yang dia kenali dan tersenyum sebelum melompat naik.

"HAIIII!" jeritnya, dan semua adik beradiknya menggulingkan mata sementara Taehyung membalas, "HAIIII!" semula.

Namjoon tersenyum. "Tali pinggang keledar, Hobi."

"Ya, ya," balas Hobi, memakai tali pinggang keledarnya dan tersenyum sebelum menunjukkan ibu jari kepada Namjoon. "Saya dah pakai, Papa!"

Namjoon tersenyum. "Macam mana hari ni? Bagus?"

Hobi tersenyum, menganggukkan kepalanya. "Saya dapat ramai kawan!"

Saya rasa mereka kawan saya.

Kan?

Perut Hobi berkeroncong lagi.

"Saya dengar bunyi dinosaur!" jerit Taehyung.

"Aish, Tae. Rilekslah. Budak yang nak membesar memang selalu lapar," gumam Namjoon sebelum mengenyitkan mata kepada Hobi melalui cermin pandang  belakang. "Tak apa, tu tandanya kamu nak membesar."

Hobi tersenyum semula sebelum melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dia rasa bersalah lagi. Dia teringat Namjoon bangun awal semata-mata untuk menyiapkan bekal mereka semua dan menulis nama mereka supaya tidak tertukar, kadang-kadang ada lukisan comel di sebelah nama mereka.

Dan dia tak makan bekalnya sedikit pun sebaliknya mengagihkan kepada kawan-kawannya.

Esok, saya akan makan bekal saya.

Saya janji.

Tapi...

Saya rasa... saya kena berkongsi pretzel saya... kalau ada yang nak... saya tak boleh cakap saya tak mahu beri mereka sikit kalau mereka nak sandwic saya... dan...

hobi kita :(((

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro