Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20

Yoongi mengambil tempatnya yang terletak di belakang dan hujung sekali. Dia suka duduk di situ kerana dia takkan rasa tertekan dengan pandangan dari semua orang. Sebaliknya, dia yang dapat melihat sekeliling kelas, tapi tak ada yang boleh lihat dia.

Gurunya pun membenarkan dia duduk di situ dengan senang hati sebab di situ, "lebih kurang kerosakan yang akan berlaku". Entah apa maksudnya.

Yoongi tak peduli langsung. Kebanyakan rakan sekelasnya dikategorikan sebagai membosankan atau bodoh. Mereka semua tak cukup menarik untuk menangkap perhatiannya.

Dia tak ambil tahu pun nama rakan-rakan sekelasnya. Walaupun sebenarnya penyebab utama ialah sikap suka tidurnya dan bukan sikap tak ambil tahunya.

"Tak! Merah yang terbaik!"

"Hitam!"

"Merah!"

Dua orang budak lelaki itu berpaling ke arah Yoongi secara tiba-tiba, dan Yoongi terkelip-kelip, terlepas isi perbualan mereka.

"Kau rasa? Yang mana satu?" tanya mereka berdua serentak.

"Mana satu apa?" tanya Yoongi keliru.

Budak lelaki yang duduk berhadapannya melepaskan sebuah keluhan. "Warna apa yang terbaik. Merah kan? Jawablah, merah."

"Tak, warna yang terbaik mestilah hitam. Beritahu dia, Yoongi!"

Yoongi mengangkat bahu. "Hitam?"

"Haha! Aku menang, Kihyun!"

"Diamlah, Wonho! Itu baru satu pendapat!"

"Yang dekat belakang tu!" jerit guru mereka dan mereka spontan terdiam. "Lebih baik kamu senyap dan jaga tingkah laku atau kamu boleh keluar dan berdiri dekat luar kelas."

Kihyun dan Wonho menunduk sedikit. Mereka berdua diiktiraf sebagai "budak nakal" budak tahun satu oleh mereka sendiri (hanya kerana mereka minum air kotak tanpa straw), hakikatnya mereka berdua masih takut didenda.

Seketika kemudian, budak yang duduk di hadapan Yoongi – Kihyun? – mula menyanyi kecil, sebelum Wonho mula mengikut rentaknya dan ikut menyanyi sekali.

Yoongi tersentak.

Bukan kerana mereka menyanyi kecil, tapi kerana nyanyian mereka, lagu mereka sebenarnya agak sedap didengar.

Mereka berhenti menyanyi apabila cikgu mereka menjegil kepada mereka namun menyambung semula bila dia dah tak menoleh ke arah mereka.

Akhirnya, cikgu yang sudah geram itu mengeluarkan baham mewarna. "Kamu semua ada satu jam untuk melukis dan mewarna. Kemudian, kita akan undi dan gambar terbaik, kita gantung dekat papan kenyataan."

Yoongi menatap helaian kertasnya yang masih belum berwarna. Sememangnya dia suka mewarna. Tapi dia kebiasaannya mewarna dengan lima adik beradiknya yang lain iaitu Jin, Hobi, Jimin, Tae dan Kookie. Dia tidak berapa berminat untuk mewarna apabila tiada lima pasang tangan lain yang asyik menyambar krayonnya.

Dan satu lagi. Kertas yang cikgunya edarkan dan ada gambar. Semua orang mendapat gambar yang sama iaitu sebiji labu.

Yoongi tak suka jika dia perlu mewarna mengikut kehendak orang lain. Dia mahu lukis gambar sendiri, bukan mewarna sebuah labu yang bodoh. Dia sendiri tidak sukakan labu.

Sebaik saja cikgu mereka agihkan krayon, masing-masing menggenggam erat krayon mereka agar Yoongi tidak dapat merampas daripada mereka (sebagaimana yang dia selalu lakukan.)

Yoongi menatap gambar itu. Dia tahu labu sepatutnya berwarna oren. Daun pula hijau. Mata dan mulut labu itu hitam.

Tapi dia tak mahu buat apa yang dia patut buat. Bosanlah begitu.

Jadi Yoongi mengambil krayon hitamnya – satu-satunya warna krayon yang diberi kepadanya kerana cikgunya tahu warna itu sahaja yang dia gunakan – dan mula menulis lirik lagu, betul-betul di atas gambar labu.

Kemudian cikgunya datang dan mengambil kertas itu, memberinya kertas baru dan menyuruhnya mewarna dengan lebih serius.

Yoongi menggulingkan matanya dan mula semula, mewarna mengikut permintaan cikgu tapi dia rasakan sangat bodoh. Dia siap mewarna seluruh gambar itu dengan warna hitam, menyebabkan labu itu kelihatan seperti sebuah bayang-bayang berbanding sebuah labu sebenar.

Cikgunya pun mula mengutip semua kertas dan berhenti di meja Yoongi. "Salah awak punya ni."

"Apa?" tanya Yoongi, dahinya berkerut. Dia tahu cikgunya kurang gemar akannya (dengan sebab yang munasabah), tapi dia betul-betul tak faham apa maksud cikgunya yang dia salah. Selalunya, dia tahu. Paling tak pun, dia dapat teka.

"Kamu tak mewarna ikut garisan. Tengok ni. Kamu warna terlebih dari garisan." Cikgunya pun berlalu dan mengutip kertas Kihyun dan Wonho pula.

"Tak apa," kata Wonho, menoleh ke arah Yoongi. "Dia cuma tak nak kau punya yang menang, sebab memang nampak bergaya gambar kau!"

"Okey," jawab Yoongi, walaupun dia tak rasa okey. Dia nak disukai. Kalau boleh. Dia tak peduli jika labu dia menang. Tapi hanya sebab dia tikam seseorang dengan pen hanya sekali dan hanya sebab dia akan ugut kawan sekelasnya beberapa kali dan hanya sebab dia mencarut atau rap dalam kelas sekali atau dua kali

Huh, sekurang-kurangnya Yoongi faham kenapa dia dipinggirkan.

Cikgu mereka menggantung semua kertas di papan putih dan tersenyum, membenarkan setiap pelajar mengundi.

"Semua orang dapat satu peluang saja untuk undi," katanya.

Yoongi tak mengambil perhatian. Wonho dan Kihyun sedang berbual tentang muzik dan dia mencuri dengar tanpa disedari.

Kemudian semua pelajar mula bangun dan melekatkan sebiji bintang di gambar yang mereka pilih. Yoongi tak berniat langsung untuk bangun sebelum Wonho berpaling kepadanya.

"Undilah aku punya!" kata Wonho dengan teruja. "Yang ada tatu tu!"

"Tak! Undi aku punya!" sampuk Kihyun. "Aku punya ada ekor."

Yoongi mengangkat bahu dan pergi mengundi kedua-dua mereka.

Kemudian, cikgunya menegurnya yang dia buat salah lagi dan memadam undinya.

Yoongi mengeluh dan balik semula ke tempatnya. Dia dah penat jadi 'salah'.

Dia meletakkan kepala ke atas meja.

Bilalah nak habis kelas ni?

Yoongi terjaga apabila loceng berbunyi. Dia bergerak dengan lambat dan malas, sebelum teringat yang Jin menunggu. Kemudian dia bergegas menyumbat semua bukunya ke dalam beg dan keluar dari kelas dengan pantas tanpa melihat ke belakang lagi.

Sebaik saja dia keluar dari kelas, Yoongi dapat rasakan sebuah lengan melingkari lengannya dan dia berpaling melihat abangnya yang sedang tersenyum.

"Okey tak hari ni?" tanya Jin, masih tersenyum pada adiknya yang sedang menunduk dan menyeret kasut pada lantai.

"Tak okey. Budak-budak lain tak nak bercakap dengan saya sebab diorang takut saya tikam mereka guna pen atau ambil krayon mereka." Tapi bersebab. Diorang yang kacau saya dulu.

Jin berdecit. "Yoongi, mana boleh macam tu! Awak kena cari kawan!" Dia berpusing sedikit. "Hyung kawan dengan semua orang tau! Barulah sekolah jadi lebih seronok! Janji dengan hyung, esok awak akan cari kawan?"

Yoongi mengeluh lagi, menunduk sebelum menghadap Jin semula. Dia tahu Jin sangat popular, sebab dia hampir sempurna manakala Yoongi selalu salah. "Yalah. Saya akan cuba esok." Dia teragak-agak. "Ada dua orang budak lelaki yang duduk di sebelah saya, Kihyun dan Wonho. Diorang bersembang pasal muzik. Saya nak bersembang dengan diorang tapi saya takut. Esoklah saya cuba bersembang dengan diorang." Atau mungkin saya patut cakap dekat Jin hyung yang dia patut beredar ke dunia sempurnanya di mana semua orang sukakan dia dan saya cuma adiknya yang membuat masalah.

Jin tersenyum seolah-olah dia bangga dengan Yoongi. Kenapa? Kenapa hyung bangga dengan saya? Saya rosakkan semuanya. Saya buat masalah. Saya selalu buat salah. "Bagus! Mesti diorang boleh jadi kawan awak sekelip mata. Awak boleh cuba rap untuk mereka!"

Supaya mereka boleh gelakkan saya? Yoongi terkelu. Dia berfikir apa patut dijawab agar abangnya tak marah atau geram dengannya. "Hyung rasa... diorang suka ke?"

Jin mengangguk laju. Sekali lagi, kenapa hyung risaukan saya? Bukan ke hyung patut fikirkan kawan-kawan hyung? Kenapa bazirkan masa dengan orang macam saya? Saya bukan siapa-siapa pun. "Mestilah! Kalau diorang tak suka, awak tak perlukan diorang sebagai kawan."

Yoongi tersenyum sedikit. Kalau itu yang buat hyung gembira. Tapi hyung bukan satu kelas dengan saya pun. Hyung tak patut risaukan saya sepanjang masa. Bila hyung tak ada, macam mana hyung nak harapkan saya jadi sempurna macam hyung? Bila hyung tak ada, saya akan keseorangan juga. "Betul tu. Esok saya akan bercakap dengan diorang."

Jin senyum, dia percayakan Yoongi. Dia sentiasa percayakan Yoongi, dia tak ada sebab untuk tak percayakan adiknya.

Bukannya Yoongi tak mahu Jin bangga dengannya, dia memang nak. Dia cuma... cuma nak ikut caranya sendiri.

"Oh ya! Hyung lupa nak beritahu! Hyung buat masalah lagi hari ni," kata Jin, tergelak dan Yoongi menggulingkan matanya. Sedikit bersyukur ada sesuatu yang boleh menghilangkan tekanan di situ.

"Hyung ambik air kotak orang lagi ke?"

"Diorang yang bagi! Sumpah! Perisa mangga, tau."

"Oh. Kalau mangga, saya pun tak nak." Hyung tahu? Saya pun buat masalah juga. Saya selalu buat.

"Itulah!"

"Macam mana sekolah? Dapat kawan tak?" tanya Namjoon,  berpaling dan tersenyum kepada Yoongi. Yoongi mengalihkan pandangan.

Jin tersenyum ceria. "Seronok! Saya dapat ramai kawan!"

Yoongi mengangkat bahu. "Okey je, rasanya."

"Kamu berdua ada kena denda tak?" tanya Namjoon, mengangkat keningnya sedikit dan melihat Yoongi dan Jin secara bergilir-gilir.

Jin tergelak. "Mestilah tak!" Dia berpaling ke belakang dan mengenyit matanya pada Yoongi, yang cuba membalas dengan kenyitan mata juga tapi tak berjaya. Matanya tertutup kedua-dua belah.

"Mestilah tak," ulang Yoongi. Macam manalah saya nak dapat kawan? Tak ada siapa yang sudi. Saya terlalu banyak beban. Saya terlalu pelik. Saya terlalu bermasalah.

Namjoon tersenyum. "Bagus." Kemudian dia pun mula memandu pergi.

Yoongi menatap karpet dari pagi tadi yang masih ada di tempat letak kaki kereta.

Kenapa saya tak bawa je tadi?

Saya boleh guna jadi alas tidur.

Atau dia boleh teman saya.

Yoongi menoleh ke arah Jin, yang tersenyum semula ke arahnya.

Saya akan cari kawan.

Untuk Jin hyung.

Untuk buat dia bangga dengan saya.

Lepas tu saya curi makanan dia jadi dia tak syak apa-apa.

sorry for the late update, these past few weeks has been hell. result spm wisya dah dapat, and kena uruskan segala permohonan untuk ke ipt. wish me luck guys, doakan wisya dapat course yang wisya nak 🥰

kalau tak ada apa-apa inn shaa Allah wisya cuba update sebaik mungkin, terima kasih sudi tunggu ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro