2
"Nak pergi dah ke?' Hazel bertanya dari bilik sebelah. Dia sedang menyuap kembar tiganya makan. Sambil itu, dia juga melipat baju-baju yang baru dibasuh.
"Ya! Sekejap!" Jerit Namjoon, dia berlari di sekeliling ruang tamu. Hoseok berada di peha kirinya, memeluk erat peha ayahnya agar tidak terjatuh. "Jin? Jin!"
"Saya dekat sini, pa." Jin menjawab, dia berada di tepi pintu. Kedua-dua tangannya menggenggam erat tali beg galasnya yang berwarna merah jambu.
"Bagus, bagus, apa lagi yang kita tertinggal?" Namjoon bertanya, berpusing dan memerhati segenap ruang tamu.
"Yoongi."
"Betul tu! Yoongi, Yoongi! Di mana kamu?!"
"Dia tidur."
"Tak bangun lagi?!" Namjoon mengeluh, cuba bertenang. "Jin, boleh pergi kejutkan adik kamu dan suruh dia cepat sikit? Papa nak pergi start kereta ni."
"Kita dah lambat ke papa?"
"Tak, mestilah tak!"
"Sayang, tak pergi lagi ke?" Jerit Hazel. "Nanti lambat pulak."
"Shit," Namjoon menggumam. Dia cepat-cepat menggapai kunci keretanya dari rak sebelum terlepas dan kunci itu terjatuh. Jin memandang ayahnya dengan mata membulat.
"Mama, papa mencarut!"
"Namjoon!"
"Maaf!" Namjoon mengutip kunci dan berlari keluar. "Panggil Yoongi, Jin." Kemudian dia terus berlari ke arah kereta Sedan kelabunya dan membuka pintu sebelah kiri. Dia terus meletakkan Hoseok di tempat duduk.
Sementara itu Jin masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Yoongi dan Hoseok. Dia terus menepuk bahu Hoseok.
Yoongi menggumam kasar dan berpaling ke arah lain. "Penatlah. Jangan kacau."
Jin berpeluk tubuh. Matanya berair. "Yoongi, hari ni hari pertama kita ke sekolah. Kita akan terlambat kalau kau tak nak bangun."
"Penat."
"Yoongi! Kita akan terlambat!"Jin mula menangis.
Yoongi masih tak bergerak, Jin memeluk Yoongi dan cuba menarik dia keluar dari katil.
"Jangan! Penat!"
Namjoon berlari masuk. "Jin, apa yang lama sangat?" Namjoon memahami keadaan dan dia mendukung Yoongi dan mengangguk ke arah Jin. "Pergi masuk dalam kereta, sayang. Jangan risau, kita takkan terlambat."
Jin mengangguk sambil menyeka air matanya. Dia kemudian berlari anak ke arah kereta. Namjoon mengekori dari belakang bersama Yoongi yang tidak henti-henti menyepaknya, kuat walaupun baru berusia tiga tahun.
Akhirnya, Namjoon berjaya memasukkan Yoongi ke dalam kereta, walaupun budak itu terus tertidur sebaik sahaja tali pinggang kereta dipakaikan.
"Boleh tak saya nak duduk depan, papa?"Jin bertanya sambil melompat-lompat. "Pleath?"
"Jin, ikut papa sebut: please."
"Pleath?"
"Please."
"Pweath?"
Namjoon terdiam. "Okay, duduklah depan. Hari ni je, jangan bagitahu mama sebab dia boleh bunuh papa tau?"
Jin mengangguk, matanya membulat dengan teruja. Namjoon membuka pintu kereta untuk Jin. Kemudian dia mendukung Jin dan meletakkan anaknya itu di tempat duduk sebelum menutup pintu dan masuk ke tempat duduk sebelah Jin.
"Semua dah ada?" Namjoon bertanya.
"Ya!" Jin menjawab, gembira kerana dapat duduk di depan.
"Mmmm~" Hoseok menjawab juga sambil menyanyi kecil.
Yoongi masih tertidur.
"Baiklah, kita gerak sekarang!" Namjoon mula memandu dan baru sahaja mereka keluar dari kawasan perumahan, dia menarik brek secara tiba-tiba. "Jin, mana beg kamu?"
"Dalam bilik," Jin menjawab. "Saya buka beg sebab nak kejut Yoongi." Matanya membulat lagi dan dia mula mahu menangis. "Saya tak bawa beg!"
Namjoon cepat-cepat memusingkan keretanya, berpatah balik ke rumah mereka. Dia turun dan berlari mengambil beg Jin. Dia meriba beg itu dan terus memandu pergi sekali lagi.
"Papa! Papa tak pakai tali pinggang keledar!" Jin menegur dengan air mata yang sudah kering.
Namjoon menarik tali pinggang tersebut dan memakainya dan memandu selaju yang boleh. Dia rasa lega yang Jin baru sahaja memasuki alam tadika dan masih belum belajar mengenai nombor, kalau tak mesti dia akan bertanya mengapa papan tanda menunjukkan nombor 35 tetapi Namjoon memandu pada had laju 50.
Entah bagaimana, mereka berjaya tiba di tadika dengan selamat (salah seorang dari mereka tidur sepanjang perjalanan).
Namjoon memarkir keretanya dan membantu Jin keluar.
"Saya tak terlambat, kan?" Jin bertanya dengan cuak, tetapi Namjoon tertawa sambil menggeleng kepala.
"Kamu sampai awal! Tengok, semua orang lain pun baru je sampai."
Jin mengangguk setuju dan memandang Hoseok. "Hobi takleh ikut saya ke?" Dia bertanya, melemparkan pandangan sayu ke arah adiknya itu. "Saya taknak pergi seorang. Saya taknak pergi kalau Hobi tak ikut!"
"Sorry, Jin. Tapi kamu kena berseorangan sebab kamu paling besar, okay?" Namjoon memujuk Jin namun dia menangis sekali lagi. Jin ternampak seorang budak yang memakai baju berwarna merah jambu dan budak itu baik-baik sahaja.
"Saya kena pergi, papa. Jumpa nanti!" Kata Jin, dia berlari ke arah pintu masuk dengan laju.
"Kejap, Jin!" Namjoon berteriak. "Goodbye kiss?"
Jin mencebik. "Tapi nanti orang lain gelakkan saya.."
"Tak, tengok tu. Budak lain pun cium ibu bapa mereka jugak, jadi kamu pun kenalah."
"... Yelah." Jin berlari ke arah Namjoon semula. Namjoon melutut agar ketinggiannya sama paras dengan anak sulungnya itu. Jin terus mencium pipi Namjoon sebelum berlalu pergi dari situ.
Namjoon tertawa melihat Jin yang tersadung dan hampir jatuh namun dia berjaya mengimbangi dirinya.
Namjoon masuk semula ke dalam kereta. Dia memerhati kelibat Jin sehinggalah dia masuk ke dalam tadika sebelum kereta di belakang menekan hon. Namjoon membuka tingkap dan menjenguk keluar. "Kenapa?!"
"Awak menghalang jalan!" Pemandu tersebut menengking.
"Diamlah!" Kata Namjoon. "Anak saya lagi cantik daripada anak awak!" Dia menjerit sebelum memandu pergi.
"Papa?" Hoseok memanggil.
"Apa dia, Hoseok?"
"Nak duduk depan, boleh?"
"Tak boleh, sayang."
"Tapi Jin boleh pula?"
"Papa tak percaya kamu."
"Kalau macam tu saya bagitahu mama yang papa menjerit pada pemandu lain."
"Okay, tunggu papa cari tempat berhenti dan kamu boleh tukar tempat."
—
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro