Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18

"Saya tak nak pergi."

"Kamu kena pergi."

"Tak nak."

"Nak."

"Papa tak boleh paksa saya."

Namjoon mengangkat keningnya mendengar ayat berani anaknya. "Apa kamu cakap? Papa pasti papa boleh paksa kamu."

Yoongi mengerutkan hidungnya dan bergolek sehinggalah belakang badannya saja yang menghadap Namjoon. "Tak nak."

"Oh macam ni ya? Kamu nak bertaruh dengan papa?"

"Saya dah lima tahun. Saya boleh buat apa yang saya nak."

Hampir comel kalau Namjoon tak rasa mahu meluku kepalanya sekarang juga.

Walaupun, saya dah faham kenapa Tae lukis dia sebagai penyu.

"Kamu tak nak jadi budak besar dan bangun sendiri?"

"Saya memang budak besar. Saya boleh buat keputusan sendiri."

"Budak besar pergi sekolah."

"Kalau macam tu, hari ni saya nak jadi budak kecil."

Namjoon tersengih. "Budak kecil patut... diangkat," kata Namjoon, menarik Yoongi masuk ke dalam dukungannya. Yoongi menarik karpet sekuat mungkin dan menyebabkannya terangkat.

"TAKNAK! SAYA TAK NAK PERGI SEKOLAH HARI NI!"

"Kamu akan pergi juga. Dengan atau tanpa karpet tu."


Lima minit kemudian, Yoongi telah duduk di tempatnya di dalam kereta — dengan karpet yang masih digenggam di tangannya — dan Jin berpusing sedikit untuk menoleh ke arah adiknya itu.

"Kenapa awak mengada-ngada sangat hari ni?" tanya Jin, mengerutkan dahi. "Saya abang awak jadi beritahulah!"

Yoongi menyilangkan tangan ke dada, memuncungkan bibir. "Saya penat. Saya nak tidur."

"Jadi?" tanya Jin lagi, mengelipkan matanya. "Tidurlah dekat sekolah nanti."

Yoongi berfikir sejenak. "Tapi nanti cikgu menjerit dekat saya dan suruh saya bangun."

"Jawablah awak berjaga sepanjang malam sebab belajar," bisik Jin dengan bijak, matanya berjaga-jaga memerhati Namjoon. "Lepas tu mesti dia bangga dengan awak dan benarkan awak tidur. Hyung dah cuba tau, menjadi."

"Tak, hyung guna muka comel hyung untuk mengelak dari masalah."

"Oh, ya. Yang tu pun boleh juga. Awak pernah cuba ke?"

"Kalau saya senyum, dia tenung saya dan tanya saya ada buli orang lain ke."

"Mungkin sebab ada satu kali tu awak tikam kawan sekelas guna pen."

"Dia yang asyik cuit saya dan kacau saya tidur."

"Ya tapi orang dewasa tak sukalah kalau kita tikam orang guna pen."

Yoongi berkerut, menurunkan tangan yang disilangnya tadi. "Tapi kalau semua orang tak kacau saya tidur, tak adalah saya sakitkan orang."

"Awak pernah beritahu benda tu pada cikgu awak?"

"Ya, lepas tu dia jawab... dia jawab... 'Yoongi, awak terlalu muda untuk buat kata... kata.." Yoongi tergagap, bibirnya memuncung.

"Kata dua?" potong Jin, matanya membulat.

"Haah. Mana hyung tau?" tanya Yoongi, terlupa kemarahannya tadi dan lebih tertarik pada perkataan baru yang dia dengari tadi.

"Papa pernah cakap dekat hyung. Dia kata, 'Jin, Papa ada kata dua untuk kamu. Sama ada kamu buat kerja sekolah dan masuk tidur atau..."

"Atau? Atau apa?"

"Entahlah." Jin tersengih lagak kerang busuk. "Papa tak pernah cakap sampai habis sebab hyung terlalu comel untuk kena denda."

Yoongi berdecit. "Tak adil. Semua orang layan hyung dengan lebih baik sebab hyung lagi comel."

"Taklah. Hyung yakin sebab hyung tak tikam orang guna pen."

"Baru seorang je. Sebenarnya, dia budak lagi. Dia bukan orang dewasa jadi apa masalahnya? Dia tak penting pun."

Mereka berdua mengangguk serius sebelum mata Yoongi membesar sedikit. "Hyung?"

"Hmm?"

"Apa je yang hyung buat dalam kelas? Selain tidur."

Jin menelengkan kepalanya sedikit sehinggalah anak rambutnya terletak secara sama rata di sebelah kedua-dua matanya. "Hyung buat apa dalam kelas?" Perlahan-lahan dia tersengih. "Hyung ambil air kotak budak lain."

"Hyung mencuri ke?!"

"Tak! Diorang yang bagi," jawab Jin, sebelum senyumannya bertukar lebih sinis. "Hyung minta baik-baik dan puji diorang sikit. Macam puji mata diorang cantik atau rambut diorang bergaya. Kadang-kadang sebut je nama diorang. Macam, 'Oh nama awak Apa-Apa kan?' Nanti diorang suka kalau hyung ingat nama diorang dan diorang bagilah apa-apa."

"Tak adil, hyung. Tak adil."

"Bukan tu saja tau—" Jin terhenti, berpusing ke depan semula. "Alamak! Musuh dah sampai!"

Namjoon menutup pintu setelah kembar tiganya keluar. Hoseok di depan sekali melompat-lompat ke kereta dan mereka semua akhirnya masuk ke dalam kereta. "Maaf sebab lama sikit. Kalau orang tu tak buat perangai, kita dah boleh bergerak lima minit lepas."

Yoongi membuat muka merajuk pada ayahnya sebelum dia berpaling ke arah tingkap.

Hoseok tersenyum, mencubit perlahan pipi Yoongi. "Yoongi Hyung! Senyumlah!"

Yoongi menjegil ke arah Hoseok. "Hyung takkan senyum hari ni."

Jin berpaling sedikit memandang Yoongi penuh makna. "Janganlah cakap macam tu! Awak cuma penat sebab awak belajar sepanjang malam!"

Yoongi terkebil-kebil. "Saya—haah."

Namjoon mengeluh, memandang ke belakang menggunakan cermin kereta. "Papa tak berapa suka kalau kamu tidur lambat sebab kamu akan buat perangai pagi-pagi, tapi sekurang-kurangnya sebab belajar Papa tak marah. Tapi tolonglah masuk tidur bila dah tiba waktunya ya? Kamu semua ada waktu tidur bersebab. Paling penting sebab Papa malas nak hadap kecoh pukul 7 pagi."

Yoongi mengangguk. "Okey..."

Suasana dalam kereta kekal senyap sehinggalah mereka tiba di sekolah rendah. Jin membuka tali pinggang keledarnya dan menggalas beg sebelum membuka pintu dan melompat turun. Mukanya ceria seperti selalu.

Yoongi perlahan-lahan bergerak, sebelum dia membuka pintu, Hoseok mendekat dan berbisik, "Jin hyung selamatkan hyung tadi." Dia menjauh semula dan tersengih pada Yoongi. Kemudian Yoongi pun membuka pintu.

"Kamu tak bawa pula karpet tu?" tanya Namjoon, cuba menahan gelak dan membuat muka serius. Dia mengingatkan Yoongi semula tentang karpet yang ditarik Yoongi kerana kedegilannya untuk bangun ke sekolah.

Yoongi merenung karpet itu seketika, berfikir baik dan buruk sebelum turun dari tempatnya tanpa karpet itu. "Err..."

"Papa ada kata dua untuk kamu." Namjoon tersenyum dan Yoongi mengeluh. Kenapalah saya tak ada muka comel macam Jin hyung jadi saya boleh terlepas dari semua ni?

"Sama ada kamu bawa karpet ni sekali atau... Papa geletek kamu sampai kamu tersenyum dekat sini. Tengah-tengah parkir kereta. Depan semua orang."

Yoongi cepat-cepat berlari menghampiri Jin.

Namjoon tersenyum, melihat dua anak sulungnya memasuki perkarangan sekolah dengan selamat sebelum memandu pergi.

Tapi dia tak nampak, senyuman kecil yang menguntum di bibir Yoongi setelah dia berlalu tadi.

yoongi mengada tapi omel 🥺

and wisya nak tanya, how often should i update? sekali seminggu or dua kali seminggu? tolong jawab ya hehe ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro