Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

"Kejap, awak serius ke?"

Bos Namjoon mengerutkan kening. "Ya?" dia mengeluh. "Ya, saya faham jadi pengawal keselamatan untuk waktu malam memang tak berapa menarik, dan memang ambil masa bersama keluarga kita pada waktu malam. Sebab tulah kita cuma adakan sekali setahun. Seronok, tau? Awak kenal Mark kan? Dia pun selalu bawa anak-anak dia, Kunpimook dan Yugyeom. Tapi mereka kecil lagi. Xiumin pun, bawak anak dia. Sehun namanya. Yang lain belum ada anak lagi, tapi mereka semua boleh bergembira juga. Jadi, apa pendapat awak?"

Namjoon meneguk air liur.

"Jadi, namanya Hari Bawa Anak ke Tempat Kerja," Namjoon menjelaskan kepada enam orang budak yang duduk secara bersilang dengan satu lain. "Pada waktu malam, sebab Papa kerja waktu malam."

"Jadi kita boleh ikut Papa?" tanya Jin, mukanya ceria. "Papa, pilihlah saya! Pilih saya!"

"Saya nak pergi!" teriak Hoseok manakala Yoongi menarik muka masam. "Saya cuma nak berjaga sepanjang malam."

"Boleh saya pergi?" tanya Jimin, matanya membulat sambil berkelip-kelip.

"Tak, Papa akan bawa saya," kata Taehyung, berdiri dan terus ditarik ke bawah oleh si bongsu.

"Tak, saya yang akan pergi!" kata Jungkook pula.

Namjoon berkerut. "Sebenarnya, Papa akan bawa kamu semua."

Suasana hening seketika sebelum mereka semua bersorak.

"YEAY! KITA AKAN PERGI TEMPAT KERJA PAPA!"

"SAYA AKAN PERGI!"

"SAYA PUN!"

Namjoon mengeluh. Memang dia cakap dia akan bawa anak-anaknya ke sana, tapi dia tak beritahu bosnya berapa ramai anak-anak yang dia ada.

Ini akan jadi seronok.

"...Dan ini Jin, Yoongi, tu Hobi, ini Jimin, yang itu Taehyung, dan itu Jungkook," Namjoon memperkenalkan mereka semua dengan pantas, menoleh semula ke arah bosnya sebelum cepat-cepat menambah, "Semua anak saya, sumpah!" katanya, berlaga pandangan dengan salah seorang pegawai polis yang memandangnya dengan curiga. "Saya tak culik atau apa-apa."

Bos Namjoon hanya memandangnya kagum sebelum mengangguk. "Ya—yalah..." Selepas pulih dari kejutan itu, dia tersenyum kepada anak-anak Namjoon dan menunduk sedikit. "Hai, semua. Saya bos ayah kamu. Kamu semua boleh panggil saya PD-nim. Kamu semua tahu apa yang kami semua buat dekat sini?"

Jin menggeleng. "Tak. Buat sticker?  Yang warna-warni dan bersinar?"

"Tak, bodoh," balas Yoongi. "Mereka buat krayon."

"Tak! Potatoes!" sampuk Hoseok.

"Umm..." Baru saja Jimin ingin menjawab, Taehyung menekup mulutnya.

"Lambat! Giliran saya! Jawapannya kapal angkasa!"

"Taklah, mereka jual seagull! Kan, Papa?"

Enam pasang mata melirik dari bos Namjoon ke arah Namjoon pula. "Um... sebenarnya, semua bukan."

Bos Namjoon ketawa, dan mata-mata tadi kembali memandangnya. "Kami tak jual apa-apa. Itu kedai yang buat. Ayah kamu dan saya bertugas untuk keselamatan. Kami cuma jaga kawasan pada waktu malam dan pastikan tak ada pencuri."

"Oh." Mata Taehyung membulat. "Macam Yoongi curi krayon hitam saya bila saya perlukannya?"

Bos Namjoon tergelak lagi. "Lebih kuranglah, cuma kami melindungi lebih dari krayon."

Yoongi mengecilkan matanya, memberi pandangan sangsi kepada PD-nim. "Tipulah. Mana ada benda yang lebih penting dari krayon."

"Stickers!"

"Potatoes!"

"Umm..."

"Kapal angkasa!"

"Seagulls? Ada seagulls kan? Tolonglah?"

PD-nim tertawa kekok sebelum bangun dan menghadap Namjoon. "Saya tak tahu pula awak ada anak seramai ni. Mana isteri awak? Dia datang tak malam ni?"

Mata Jin bersinar. "Mama? Mama datang?"

"Mama datang!" jerit Hoseok, tersengih-sengih.

Semua anak-anaknya bersorak riang.

Hanya Taehyung yang terdiam.

Namjoon terbatuk-batuk sebelum menarik bosnya ke tepi. "Kami dah berpisah," bisiknya dan mata bosnya membesar.

"Oh, tidak. Maafkan saya... Saya tak tahu pula. Kejap..." kata bosnya, nampak serba-salah sebelum keliru. "Anak-anak awak tak tahu?"

"Tak, sebenarnya."

"Macam mana awak boleh sembunyikan dari mereka?"

"...Banyak saya reka cerita. Macam ni, tolong jangan beritahu mereka. Saya akan beritahu... nanti. Cuma bukan sekarang. Saya rasa mereka belum bersedia, dan saya tak nak rosakkan zaman kanak-kanak mereka. Mereka tak sepatutnya memikirkan benda macam ni masa mereka kecil lagi."

PD-nim mengeluh sebelum mengangguk. "Yalah, saya takkan beritahu. Maaf sebab buat masalah. Sekarang mereka semua teruja tanpa tahu apa-apa. Tak pasal-pasal dapat fake hope."

Namjoon tergelak pahit. "Tak apalah." Dia meninggikan suara sedikit. "Sayanglah mereka semua macam tak nak sertai pertandingan mewarna."

"PERTANDINGAN MEWARNA?!"

"MANA?"

"SAYA NAK MEWARNA!"

"TAK, SAYA YANG NAK MEWARNA!"

"AWAK SUKA CURI KRAYON!"

"SAYA LEBIH PERLUKAN DARI AWAK!"

"AWAK PANGGIL ITU SENI ?!"

"APA? APA JE YANG AWAK TAHU TENTANG SENI?"

"Okey, semua, kamu semua boleh mewarna," sampuk Namjoon tenang. "Tempat mewarna dekat sana." Dia menghalau manja anak-anaknya ke sana dan menunjukkan ibu jari tanda bagus kepada bosnya.

Apabila mereka sampai di sana, ada tiga orang budak lain yang sudah tiba, dua orang duduk di sebelah kanan dan seorang lagi duduk di sebelah kiri. Namjoon menolak mereka duduk di sebuah meja yang ada.

"Saya Jin," Jin memperkenalkan diri, tahu tugasnya sebagai anak sulung untuk bertindak dahulu dan memastikan mereka tak mencari gaduh dengan adik-adiknya. "Saya sekuntum bunga, tapi yang paling kuat pernah wujud."

"Saya penat," Yoongi menggumam.

"Gembira jumpa awak, Penat," kata anak sulung di sebelah kanan, Kunpimook. "Saya—"

Yoongi menjelingnya tajam, memotong. "Saya akan ambil semua krayon awak kalau awak tak simpan elok-elok."

Kunpimook terdiam.

"Saya Hobi!" kata Hobi, tersenyum ceria. "Jomlah jadi kawan!"

"Janganlah kawan diorang," gumam Yoongi. "Awak ada kami semua. Kenapa perlukan diorang?"

"Sebab awak selalu buat saya tersadung masa saya berlari dekat ruang tamu," gumam Hoseok semula.

"Sebab bila kepala awak terhantuk, kelakar bunyinya."

"Sa—saya Jimin," kata Jimin, mengangkat tangannya sedikit sambil bergerak ke belakang Jin.

"Manusia panggil saya Taehyung," Taehyung memperkenalkan diri dengan wajah pelik. "Tapi dalam bahasa ibunda saya, mereka panggil saya—"

"Si bodoh yang rosakkan pembakar roti," sampuk Yoongi.

"Itu sekali je! Manalah saya tahu sekeping roti saja yang muat?!"

"Saya Jungkook," kata si bongsu, menarik-narik hujung lengan baju Jin. "Hyung?"

"Ya, Kookie?"

"Boleh saya mula mewarna sekarang?"

"Haah."

Jungkook tersenyum dan perlahan-lahan mengambil tempat di sebelah seorang budak yang masih belum membuka mulut. "Saya Kookie."

"Saya Yugyeom," kata budak itu, tersenyum malu. Dia sebaya dengan Jungkook tapi lebih tinggi. "Awak boleh panggil saya oppa."

"Um... Jin hyung?"

"Ya, Kookie?"

"Apa maksud oppa?"

Sementara itu, Hobi duduk di sebelah seorang lagi budak. "Saya Hobi!"

"..."

"Marilah berkawan!"

"..."

"AWAK TAK SUKA SAYA KE?!" tanya Hoseok, matanya berkaca-kaca.

"Bukan tak suka, awak bising sangat," jawab Sehun, memandang Hoseok sekilas. "Jangan menangislah, geli."

Sehun memandang semula ke arah kertasnya. Perlukan hijau, putusnya sebelum cuba mencapai krayon hijau, tapi ada orang dah capai dahulu. Dia berkerut. Takpa, saya guna biru jelah. Namun benda yang sama terjadi lagi. Dia mendongak ke atas dan melihat Yoongi memegang kedua-dua krayon tadi.

"Minta maaf pada Hobi," arah Yoongi garang.

"Untuk apa? Saya tak buat apa-apa."

"Sebab awak hampir buat dia menangis."

"Apakah? Tak." Sehun teragak-agak sebelum menoleh, cuba melihat adakah Hobi masih kecewa dengannya tapi dia hanya tersenyum ceria pada Yoongi.

"Yoongi hyung! Jom kita menyanyi!" jerit Hobi.

"Taknaklah, saya—"

"Hyung tak suka saya juga?" tanya Hobi, matanya berkaca sekali lagi.

"Okey, kita nak nyanyi apa?"

"Oh, korang boleh menyanyi?" tanya Kunpimook, masih belum memperkenalkan diri dengan elok.

Dan Yoongi dan Hoseok mula menyanyi atau secara tepatnya, berteriak.


"Anak-anak awak okey ke?" tanya PD-nim, memandang Namjoon dengan risau.

Namjoon menghela nafas. "Percayalah, mereka sangat okey lebih dari yang sepatutnya."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro