Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

"Berhenti telefon nombor ni."

"Saya ada tolong bayarkan telefon tu dulu. Suka hati sayalah nak telefon berapa banyak kali pun."

"Saya tak nak awak cari kami lagi."

"Itu keputusan saya, Namjoon. Bukan awak punya."

"Haah, keputusan awak untuk tinggalkan enam orang anak kandung awak sebab awak nak curang dengan bos sendiri."

"Kita dah besar panjang, Namjoon. Tolonglah jadi matang."

"Saya tak kesah."

"Perkahwinan kita memang takkan bertahan pun dengan anak yang ramai macam tu. Kita dah macam babysitter sepenuh masa. Kita tak ada masa pun nak bercinta."

"Kalau namanya cinta, tak perlu ada jadual pun. Cinta tu boleh wujud macam biasa."

"Eh, tapi saya tak setuju."

"..."

"Awak benci saya ke, Namjoon?"

"Adalah masanya memang benci."

"Kalau masa yang tak benci tu?"

"Saya benci diri saya sebab tak benci awak."

"Awak menyesal ke kahwin dengan saya?"

"Taklah."

"Oh?"

"Sebab kahwin dengan awaklah saya dapat enam orang anak yang comel untuk dibesarkan, benda ni takkan berlaku kalau saya tak letak cincin dekat jari awak."

"Tengok? Asyik cakap pasal anak-anak je."

"Memang. Ada ke saya minta maaf?"

"Macam budak-budak lah awak ni."

"Mungkin. Maklumlah, saya habiskan banyak masa layan budak-budak."

"Macam ni, saya—"

"Kalau awak nak cakap pasal Jin lagi, jawapan saya masih tak boleh. Tak boleh sampai bila-bila. Tak boleh yang bermaksud boleh tak awak berhenti telefon sebab saya benci tengok nama awak muncul pada skrin."

"Bukan pasal Jin."

"Okey, Yoongi pun awak tak boleh ambil. Atau Hobi, Jimin, Tae—"

"Saya tak nak pun lah!"

"Pertama, awak tak pandai menipu dan kedua, awak masih tak boleh ambil mereka."

"Maksud saya saya tak nak mereka secara tetap."

"Biar saya ulang sekali lagi—"

"Saya cuma nak mereka waktu hujung minggu."

"Tetap tak boleh."

"Boleh."

"Tak boleh."

"Ini bukan hak awak, Namjoon. Ini hak penjagaan anak secara sah."

"Macamlah saya ambil kira."

"Papa?" panggil Taehyung, menolak pintu bilik. "Papa, masa untuk makan mal—"

"Bukan sekarang, Tae," Namjoon menengking separa kasar, memandang Taehyung dengan sebelah tangannya memegang telefon.

Mata Taehyung membulat sebelum berkaca-kaca kerana ditengking sebegitu. "Maaf, Papa. Sa—saya takkan buat la—lagi."

"Oh, sh—oot," gumam Namjoon sebelum melekapkan telefon ke telinga sekali lagi. "Jawapan saya masih tak boleh. Jangan telefon lagi," kata Namjoon dengan cepat sebelum meletakkan panggilan dan berlari pantas ke arah Taehyung. "Papa minta maaf, okey? Papa tercakap kasar. Salah Papa. Maafkan Papa, ya?"

Taehyung teragak-agak sebelum menggeleng. "Tak dimaafkan."

Namjoon menarik nafas panjang, meraup rambut lembut Taehyung ke belakang. "Tolonglah, sayang. Papa tak bermaksud pun. Papa cuma, kecewa dengan—dengan seseorang. Okay? Boleh? Maafkan Papa?"

Taehyung memuncungkan bibir bawahnya dan menggosok matanya. Dalam ramai-ramai anak-anak comel Namjoon, Taehyung merupakan salah seorang anak yang paling sukar untuk menangis di hadapannya, mungkin dia rasa dia perlu jadi kuat untuk Jungkook si bongsu atau Jimin, yang lebih sensitif. Hobi menangis kalau dia sakit, Jin menangis kalau dibuli, Yoongi menangis kalau dia beremosi tapi Taehyung jarang menangis langsung. Sebaliknya, dia yang akan ada sewaktu mereka menangis, membuat muka kelakar yang akan menceriakan adik beradiknya yang lain. Namjoon gembira sebab itu, tapi dia risau juga. Namjoon ingin Taehyung rasa lebih terbuka untuk menunjukkan perasaan sebenarnya.

Jadi pada masa itu, dia rasa agak bersyukur yang Taehyung menitiskan air mata. Namjoon rasa semua orang perlu menangis juga sekali-sekala.

Dia memeluk Taehyung sehingga muka Taehyung terbenam di bajunya. "Papa minta maaf, sayang," bisiknya. "Papa tahu ini salah Papa tapi kamu boleh menangis, okey? Papa takkan beritahu siapa-siapa, jadi mereka takkan usik kamu. Okay?"

Taehyung menganggukkan kepala beberapa kali dan hanya kekal di dalam pelukan itu selama hampir lima minit sebelum dia meleraikan dengan mata sembab. "Papa?"

"Ya, sayang?"

"Saya maafkan Papa."

Namjoon tersenyum, bermain dengan rambut Taehyung kerana terlalu lembut dan sedap dipegang. "Terima kasih, Tae."

"Papa?"

"Iya, sayangku?"

"Tadi Papa cakap dengan Mama ke dekat telefon?"

Tangan Namjoon yang berada di atas kepala Taehyung terkaku seketika.

"Mama takkan datang balik kan?" tanya Taehyung, perlahan saja suaranya.

Namjoon mengeluh dan mengusutkan rambut Taehyung. "Tak, sayang, dia takkan."

"Oh." Dan sekali lagi, Taehyung menyembamkan muka ke baju Namjoon untuk beberapa minit.

Akhirnya, Taehyung melepaskan, matanya dua kali ganda sembap dari tadi. "Okey, saya dah siap," katanya.

"Bagus, sayang. Kalau kamu nak menangis, Papa ada untuk kamu, okey?"

"Mana ada saya menangis," Taehyung menafikan.

"Yalah tu," Namjoon cuba menyembunyikan senyuman namun dia teringat sesuatu. "Tae?"

"Ya, Papa?"

"Jangan... beritahu adik beradik kamu yang lain lagi, okey?"

Taehyung terkedu sebelum mengangguk. "Baik, Papa."

Namjoon mengeluh sebelum bangun. "Baiklah. Makaroni keju untuk makan malam kita."

Muka Taehyung bertukar girang. "Yang ada bentuk menarik tu ke?"

"Kamu rasa?"

Taehyung memecut keluar dari bilik manakala Namjoon mengambil masa untuk bertenang, duduk di atas katil.

Sampai bila nak sembunyikan benda ni dari pengetahuan mereka? Yang saya cuma buat apa yang termampu, yang saya pun tak pasti apa saya tengah buat?

Yang Mama mereka takkan kembali?

hi semua! wisya is back ❤️

sebenarnya spm wisya belum habis, tapi tinggal satu subject je which is economy. 24hb nanti baru exam economy tu, jauh benor gapnya dengan paper last wisya ambik, akaun haritu 8/3. so yeah technically wisya akan active semula dengan update!

stay tuned for more updates <333

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro