14
"Baiklah, dah enam jam kita ada kat sini. Jom balik," kata Namjoon, mengeluh dan cuba mengumpul seluruh tenaga yang masih tinggal untuk membawa anak-anaknya ke kereta.
Sebelum Taehyung mengucapkan sesuatu yang mengejutkannya.
"Mana Jimin?"
"Shit."
"Apa tu shi—"
"Jangan sebutnya, Tae," Namjoon terus menghalang lalu Taehyung menggelengkan kepala.
"Tapi Yoongi hyung ada sebut kadang-kadang? Saya nak tahu apa benda tu?"
Namjoon berpaling kepada Yoongi dan menjeling budak itu sementara Yoongi turut menjeling Taehyung kerana mendedahkan perbuatannya.
"Tengoklah nanti siapa yang takkan belikan awak apa-apa jenama Gucci masa Krismas," ugut Yoongi.
"Jangan! Okey, saya tarik balik! Yoongi hyung tak pernah—"
"Tae."
"Saya minta maaf."
Namjoon mengeluh, cuba mengira buat kali kesejuta pada hari itu.
Jin, mulut penuh dengan gula sebab makan gula-gula kapas yang besar, 1.
Yoongi, mood tak berapa elok walaupun saya dah dapatkan dia patung Kumamon, 2.
Hobi, peluk Yoongi dan menjerit di telinganya, 3.
Taehyung, cuba menyebut perkataan yang kesat, 4.
Jungkook, penat dan sedia untuk masuk tidur, 5.
5.
Bukan 6.
Oh tidak.
Namjoon menghela nafas panjang. "Baiklah. Kita kehilangan Jimin." Namjoon diam seketika, menunggu kalau-kalau mereka semua panik namun mereka hanya berpandangan sesama sendiri dan mengangkat bahu.
"Lima pun cukup, kan?" tanya Yoongi tanpa riak.
"Tak! Okey, cuba ingat balik dekat mana kali terakhir kamu semua nampak Jimin?" tanya Namjoon. Jantungnya berdetak laju.
Jimin mungkin di luar sana, keseorangan, mungkin menangis dan ketakutan...
Jimin, anak saya yang comel dan berharga, keseorangan tanpa saya di sisi...
Jimin mungkin diculik.
Namjoon mengalami saat yang sukar untuk berfikir dengan betul. Dia yakin yang dia boleh buat sesuatu dalam situasi begini, seseorang yang boleh dia hubungi untuk meminta bantuan tapi pada masa sekarang, dia hanya mampu memikirkan pipi tembam Jimin dan juga rambutnya yang serabai sewaktu bangun tidur dan cara Jimin menyeka matanya dengan tangan kecilnya semasa dia mengantuk. Namjoon takut yang dia takkan melihat semua itu lagi dan dia juga takut—
"Dia ada naik kuda dengan kami," ujar Taehyung, sedikit berkerut saat dia menoleh ke arah karousel.
Tanpa berlengah, Namjoon mendukung Jungkook dan menarik tangan Taehyung menuju ke arah karousel dengan mata yang tertancap kemas pada Jin, Yoongi dan Hoseok. "Perhati abang kamu."
"Perhati? Perhati macam berhati-hati?"
"Tak, Papa—cuma—cari Jimin."
"Tak jumpa, Papa."
Namjoon berdebar. Dia tahu semakin lama Jimin tiada dengannya, semakin rendah peluang untuk menjumpainya. Seseorang mungkin akan mengambil Jimin dan terus menariknya pergi, atau memasukkan Jimin ke dalam beg dan keluar dari situ. Namjoon sukar untuk bernafas. Apa yang patut dibuat tanpa Jimin?
Perbualan bersama isterinya bermain kembali di fikiran Namjoon.
Saya ingat awak tak nak diganggu dengan anak-anak.
Saya cuma tak nak kesemua enam-enam. Satu bolehlah.
Tapi Namjoon tak mahu kehilangan satu pun di antara mereka. Kalau dia tak jumpa Jimin...
Entah apa yang akan terjadi. Jimin mungkin diperdagangkan atau dipaksa membuat sesuatu yang teruk.
"Bukankah Papa selalu pesan kalau kita terpisah, cari orang besar yang boleh tolong kita?" tanya Taehyung, kepalanya disengetkan.
Ya, tapi kalau dia tak ada, Papa takut yang kita takkan jumpa dia lagi—
"Tengok tu! Jimin."
"APA? MANA?"
Taehyung agak ketakutan kerana suara Namjoon yang kuat namun dia masih menuding jari ke arah sebuah patung haiwan yang besar, di mana seorang pegawai polis sedang,
berbual dengan seorang budak kecil.
Namjoon tidak membazirkan masa dan terus meluru ke arah anak-anaknya yang lain dan mengheret sebanyak yang boleh ke arah budak lelaki tadi. Tolonglah, Jimin. Tolonglah jadi Jimin!
"Papa!" teriak Jimin, menoleh ke arah Namjoon dan menggawangkan tangannya ke udara. Namjoon menyambut dan mendukung Jimin erat ke dada, takut jika dia lepaskan, Jimin akan hilang lagi.
"Papa takut sangat, sayang," bisik Namjoon, matanya tertutup kerana dia cuba untuk mengelak air matanya dari keluar. "Sangat takut," bisiknya lagi.
"Ini anak awak ke?" tanya wanita itu, berdiri dengan tegak dan melirik ke arah Namjoon penuh curiga. "Semua ni anak-anak awak?"
Namjoon membuka mata dan berkerut. "Ya, cik. Sebab tulah saya boleh terlepas jejak yang ini."
"Okey, siapa nama mereka semua?"
"Jin, Yoongi, Hobi—tapi nama sebenarnya Hoseok, kami panggil dia Hobi, Taehyung, Jungkook dan yang saya tengah peluk ni, Jimin." Namjoon tersenyum ceria. "Jin? Boleh ambilkan dompet papa dekat poket belakang kiri Papa?"
Jin mengangguk dan berbuat seperti yang dipinta. "Lepas tu, Papa?"
"Buka dan tunjuklah apa yang ada dekat dalam tu pada wanita yang baik tu."
Jin menurut dan di dalam poket itu terletak berpuluh gambar-gambar mereka. Gambar sekolah setiap tahun, termasuk Hoseok dalam kostum ladybug dan gambar mereka semua tidur bersama. Di belakang sekali, gambar yang paling baru diambil bersama, tanpa Hazel.
"Oh," balas wanita itu. "Maaf ya, saya tersilap tentang awak."
Namjoon tersenyum biarpun masih trauma atas kehilangan Jimin. "Tak apa, awak cuma jalankan tugas awak. Saya cuma terlebih takut kalau tak dapat jumpa dia."
"Maaflah, saya cuba tanya dia beberapa soalan tentang dengan siapa di ke sini, tapi dia asyik jawab yang "Papa akan cari saya."." Wanita itu tersenyum pada Jimin. "Comel budaknya. Semua comel-comel."
"Terima kasih," kata Namjoon, tersenyum pada anak-anaknya.
"Mak mereka pun hilang ke? Atau—"
"Saya tahu dia kat mana," kata Namjoon, senyumannya hilang. "Dia tak hilang."
Jin meletakkan semula dompet tadi ke dalam poket Namjoon dan menoleh semula ke arah pegawai polis itu. "Mama cuma sangat sibuk jadi dia tak boleh balik rumah."
"Oh..." Dia melihat Namjoon dengan pandangan simpati namun memahami. "Saya bersimpati sebab dia sangat... sibuk."
Namjoon mengangkat bahu. "Apa boleh buat?" Namjoon mengeluh. "Baiklah semua, jom balik sebelum ada yang hilang lagi."
"Papa?"
"Apa dia, Taehyung?"
"Mana Jungkook?"
—
Dua puluh minit kemudian, kesemua enam budak-budak itu selamat masuk ke dalam kereta dengan bantuan pegawai polis wanita itu yang cepat-cepat mengejar Jungkook. Jungkook cuba untuk berlari semula ke arah karousel. Kemudian dia membantu Namjoon membawa mereka semua ke kereta.
"Terima kasih banyak-banyak, saya minta maaf sebab banyak menyusahkan," ucap Namjoon dan dibalas dengan senyuman oleh pegawai polis wanita itu.
"Tak ada masalah. Saya suka budak-budak." Dia tersenyum pada budak-budak itu sebelum memandang Namjoon semula. "Dan saya pun tak kesah dengan lelaki macam awak," katanya penuh makna sebelum berjabat tangan dengan Namjoon dan melangkah pergi.
Namjoon terpaku seketika sebelum masuk ke dalam kereta.
"Papa? Tak pakai tali pinggang keledar ke?"
Namjoon berbuat sedemikian sebelum memulakan enjin, dan dia melihat tangannya yang digenggam dari tadi dan melihat sehelai kertas kecil yang ditulis dengan nombor telefon.
Dia mengedipkan mata sebelum menyimpan kertas itu ke dalam poket dan menoleh ke belakang melihat anak-anaknya. Taehyung sedang menendang-nendang kaki dengan gembira manakala yang lain telah terlelap.
"Bila dah sampai rumah, boleh kita tengok cerita seram?" bisik Taehyung dan Namjoon tersengih.
"Boleh, sayang."
Kemudian mereka memandu pergi dari situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro