11
"Papa?"
"Ya, Ji—maksud Papa Yoon—maksud Papa Hob—maksud Papa, ergh." Namjoon mengerang, mengurut pelipisnya menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. "Ya, Jimin?"
"Saya Taehyung."
"Ya, Taehyung. Apa dia?"
"Siapa anak kegemaran Papa?" tanya Taehyung, tersengih dan Namjoon tergelak.
"Mestilah, kam—" Namjoon baru saja ingin menjawab, tapi semua anaknya yang lain yang terdengar soalan tadi pun berlari ke mari.
"Saya anak kegemaran Papa kan?" jerit Hobi, berpusing-pusing dan nyaris tersadung karpet.
"Saya paling cantik jadi mestilah saya," sampuk Jin dengan logik akalnya, mengangguk perlahan.
"Saya kegemaran semua orang," celah Yoongi. "Semua orang suka saya."
"Saya... saya nak jadi kegemaran seseorang," bisik Jimin, menunduk memandang kakinya sendiri yang tersarung stoking berwarna jingga.
"Kegemaran?" gumam Jungkook sebelum menunjuk pada diri sendiri. "Saya?"
Namjoon ketawa gementar. "Kamu semua keg—"
"Mana boleh semua," kata Jin, mengelipkan mata dan menyengetkan kepala. "Kegemaran patutnya satu jasa."
"Satu saja," Namjoon membetulkan.
"Satu saja." Jin cepat-cepat mengikut, masih mengangguk. "Maksudnya ada seorang saja. Bukannya banyak. Bukannya enam. Kalau tak, akan jadi kegemaran-kegemaran. Itu barulah lebih dari satu. Jadi, siapa kegemaran Papa?" tanya Jin, mencuba sebaik mungkin menerangkan apa yang dipelajari di prasekolahnya dan untuk membuat Namjoon bangga dengannya.
Namjoon tersenyum dan mengusap kepala Jin kerana usahanya dan Jin memeluk kaki panjang Namjoon.
"Main tipu!" laung Taehyung, menuding jari ke arah Jin. "Cheater, cheater pumpkin eater!"
"Tak," kata Hobi, memandang Taehyung dengan tangan pada pehanya. "Cheater, cheater potato eater."
"Kenapa asyik potato?" soal Namjoon dengan kuat.
"Mana ada! Pumpkin!"
"Potato!"
"Pumpkin!"
"Apa masalahnya?" tanya Yoongi, mengerutkan dahi dan menoleh ke arah Jin. "Hyung main tipu."
Mereka semua pun menoleh ke arah Jin semula.
"Tak adil!" jerit Taehyung, menghentak kakinya kuat.
Jimin masih menunduk, menggumam perlahan. "Kegemaran? Boleh ke saya jadi kegemaran sesiapa? Ada tak orang jadikan saya kegemaran? Saya nak jadi kegemaran sesiapa juga..."
Namjoon rasa bersalah dan mendukung Jimin, meletakkan Jimin ke atas ribanya. "Jangan risau," bisiknya pada telinga Jimin. "Papa sayang kamu sangat, sangat, sangat."
Kini mata yang lain memandang Jimin pula.
"Papa sayang saya sangat, sangat, sangat tak?" tanya Hobi, matanya membesar.
"Papa mesti sayang saya sangat, sangat, sangat, sangat," kata Jin. "Ada lebih banyak perkataan sangat, jadi mesti jadi sayang-sayang."
"Ya, Jin. Tapi bukan macam tu. Agak, mengelirukan..."
"Tapi, kalau Papa sayang Jin hyung sangat, sangat, sangat, sangat," Yoongi memulakan, "Papa paling sayang saya. Papa sayang saya dengan semua sangat tu."
"Tak adil!"
Dan mereka pun mula bertengkar, kecuali Jimin yang berada di atas riba Namjoon. Tiba-tiba saja, Taehyung dan Hobi sudah bercakar di atas lantai, Yoongi menunduk untuk mengelak cengkaman Jin pada rambutnya, dan Jungkook yang cuba menjatuhkan Yoongi dengan menjulur kaki agar Yoongi tersadung.
"Semua!" jerit Namjoon.
Mereka mengabaikan panggilan Namjoon.
"SEMUA!"
Masih tiada jawapan.
"Hentikan semua ni sekarang sebelum Jin, Papa rampas beg merah jambu kamu dan Yoongi, kamu nak Papa ambil balik CD kegemaran kamu dan Hobi, Papa tak akan hantar kamu ke kelas tarian dan Tae, Papa tak akan beri kamu tonton TV malam-malam dan Jungkook, kamu nak Papa lukis telinga arnab dalam semua gambar kamu."
Mereka semua terkaku dan diam, seolah-olah magis.
Kemudian, "Rampas tu apa?" tanya Jin. "Benda tu hidup dalam air kan?"
"Maksudnya, diambil semula."
"Oh, saya akan berhenti."
"Bagus. Semua, duduk."
Kelima-lima mereka pun menurut, duduk di atas lantai dalam satu barisan menghadap Namjoon.
Jimin mendongak ke arah Namjoon. "Saya pun kena berhenti ke?"
Namjoon tersenyum pada rambut serabai Jimin dan menggeleng. "Taklah, kamu sambung apa kamu buat tadi." Maka Jimin pun menyembamkan mukanya pada dada Namjoon lagi.
"Sekarang kamu semua dengar ni," kata Namjoon, cuba kedengaran tegas namun agak sukar melihat kecomelan kanak-kanak yang tercomel di dunia itu. "Papa sayang kamu semua sama rata okey? Kamu semua kegemaran Papa."
"Tapi—"
"Ya, Jin. Kegemaran-kegemaran. Sekarang, biar Papa habis cakap dulu."
"Okey. Maaf, Papa." Jin menunduk, menurunkan semula tangannya yang diangkat tadi.
"Kamu dimaafkan." Namjoon menatap mata mereka semua. "Faham? Papa sayang setiap seorang daripada kamu jadi tak ada yang dapat tempat pertama atau tempat kedua atau tempat keenam—"
"Apa jadi pada tempat ketiga, keempat dan kelima?" sampuk Taehyung, mengelipkan mata.
"Ya, sama jugak tu," balas Namjoon, mengangkat keningnya.
"Oh, maaf. Saya terlupa." Taehyung menggunakan jarinya dan membuat aksi zip mulut.
"Kamu pun dimaafkan. Apa yang Papa cuba cakap sekarang ni ialah Papa sayang kamu semua jadi tak boleh ada tempat. Tak ada pertandingan untuk jadi kegemaran Papa sebab kamu semua sangat berharga bagi Papa. Faham?"
Mereka mengangguk.
"Okey, sekarang kamu semua boleh sambung main," arah Namjoon sedikit letih.
"Papa?" bisik Jimin, satu-satunya yang masih ada di situ.
"Ya, Jiminie?"
"Papa kegemaran saya," kata Jimin sebelum menyembamkan mukanya lagi dan tertidur.
Namjoon tersenyum, menggosok kepala Jimin sebelum mengucup dahinya dan membetulkan rambut anaknya itu.
—
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro