10
—
"Tak."
"Yoongi, bolehlah. Pakai—"
"TAK."
"Yoong—"
"TAKNAK TAKNAK TAKNAK. SAYA TAKNAK PAKAI!" Yoongi berlari di sekeliling rumah, dengan kaki yang tersarung stokin, yang tak sesuai dengan lantai kayu. Beberapa saat kemudian, Namjoon menanti dengan debaran saat Yoongi tergelincir.
Bunyi terhantuk.
Namjoon membulatkan mata.
"Huwa!" Yoongi mula menangis, dahinya lebam kerana terhantuk pada kaki meja.
Namjoon mengeluh dan menghampiri Yoongi, menggosok tempat lebamnya tadi. "Dah, dah. Tak apa. Kamu okey. Terhantuk sikit saja."
Yoongi menangis lebih kuat.
"Yoong—"
"Yoongi hyung, ni." Hobi muncul, berlari dengan sebuah patung kegemaran Yoongi. "Ni Kumamon! Dia akan cium boo-boo hyung." Hobi mengangkat Kumamon ke arah dahi Yoongi dan meniru aksi mencium dahi. "Tengok tu! Okey?"
Tangisan Yoongi semakin perlahan sehinggalah dia menarik Kumamon ke dalam pelukan. "Terima kasih, Hobi," bisik Yoongi pada perut Kumamon.
Hobi tersenyum dan menggosok rambut Yoongi. "No potato, hyung."
Namjoon tersenyum paksa. Dia membuka mulut untuk membetulkan ayat Hobi, tapi dia terhenti. Dia akan betulkan, nanti. Dan sehinggalah nanti itu tiba, biarkan saja no potato bukannya no problem.
Apabila Yoongi sudah bertenang, Namjoon pun masuk semula ke topik asal. "Yoongi. Papa tahu kamu tak nak pakai benda ni, tapi tolonglah pakai saja jadi kita boleh tangkap gambar dan habiskan semua ni."
Yoongi memasamkan muka. "Saya tak suka."
"Papa tahu sayang, tapi—"
"Kenapa Jin hyung yang dapat pilihkan baju?" gumam Yoongi. "Pabo."
"Kamu cakap apa tadi?"
"...Taco."
Namjoon mengeluh. "Jin dapat pilih baju sebab dia yang paling besar. Tahun depan, kamu dapat pilih okey?"
"Lepas tu, saya?" tanya Hobi, melompat-lompat ceria.
Namjoon tersenyum pada anak ketiganya, memeluk Hobi agar dia berhenti melompat. "Lepas tu kamu."
"Saya!"
"Ya, kamu. Sekarang, bertenanglah si matahari."
Hobi melepaskan pelukan dan mula berlari di sekeliling rumah.
Namjoon mengeluh dan menepuk dahi. Takkan lagi sekali?
Bunyi terhantuk.
"Huwaaaa!"
***
Selepas memujuk anak ketiganya, Namjoon berjaya membuatkan mereka semua mengenakan baju yang Jin sudah pilihkan, baju merah jambu yang tertulis I'M A FLOWER di atasnya. Cuma Namjoon punya saja yang tertulis I'M DADDY FLOWER.
Tak perlu beritahu pun, bukan Namjoon yang mereka baju itu.
Kemudian mereka sekeluarga keluar dan pergi ke arah sebuah pokok yang rendang dan memanggil seorang jiran untuk mengambil gambar mereka.
Selepas itu, Namjoon mencetak berpuluh-puluh keping gambar itu.
Kemudian, Namjoon mengalihkan semua gambar yang ada isterinya dan menggantikan dengan gambar yang baru diambil tadi.
Gambar baru keluarga mereka.
Cuma tiada isterinya.
Sebab isterinya sudah ada keluarga baru.
Hazel sendiri yang menarik diri dari keluarga ini.
Namjoon mengutip semua gambar lama dan memasukkan ke dalam sebuah kotak yang takkan dibuka lagi. Sehinggalah anak-anaknya sendiri sudah besar panjang dan mereka yang bertanya sendiri apa yang berlaku pada wanita yang bersusah payah mengandungkan dan melahirkan mereka berenam, memberi mereka sebuah kehidupan.
Wanita yang memutuskan yang melahirkan mereka sudah cukup, tugasnya sudah berakhir.
Tapi tugas Namjoon baru saja bermula.
—
sedih sikitla, sikit. bila dah masuk
chapter atas-atas pergh, berlinang
ayaq mata hampa nanti!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro