Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1

Beberapa tahun berlalu, dan Namjoon memasuki wad bersalin sebanyak tiga kali lagi selepas kelahiran Jin: untuk kelahiran anak keduanya, Yoongi, anak ketiga Hoseok dan akhir sekali kembar tiga iaitu Jimin, Taehyung dan Jungkook. Jungkook merupakan anak bongsu, memandangkan dia dilahirkan paling lambat.

Namjoon mendukung Jimin, kemudian Taehyung dan akhirnya Jungkook. Dia memeluk ketiga-tiganya dengan penuh kasih sayang. "Kita namakan mereka, Chimchim, Alien dan Seagull."

Isterinya memandang dengan geram. "Tak boleh."

"Apa? Kenapa pulak?"

"Haih, sebab inilah saya yang kena bagi nama." Isterinya mengeluh, mengurut dahi. "Jimin, Taehyung, Jungkook. Nama diorang."

Namjoon teragak-agak namun mengangguk juga akhirnya. "Okay, sedap juga nama-nama tu." Namjoon mengacah-acah kembar tiga itu. "Dengar tak tu? Nama kamu Jungkook mulai sekarang."

Jimin mula merengek kerana tidak diberikan perhatian, dan Namjoon terus mendukungnya di lengan kirinya. Kedudukan Jungkook yang berada di lengan kanannya dibetulkan, cuba mengimbangi berat kedua-kedua bayi itu.

"Shh.. shh.. Jangan menangis Jiminie.. Papa sayang sangat dekat kamu!"

Jimin mula bertenang seketika, namun isteri Namjoon mengerutkan kening. "Janganlah pegang dua-dua sekaligus! Awak mungkin jatuhkan salah seorang, dan diorang pun dapat kepala bentuk telur macam awak."

"Ish! Tapi saya tak cuai, okay."

"Namjoon, perlu ke saya ingatkan balik berapa banyak barang awak dah rosakkan?"

Namjoon cepat-cepat menghantar Jungkook ke arah Jin yang sedang duduk diam di sebuah kerusi, memanding adik-adik barunya dengan penuh minat. "Nak pegang adik tak, Jin?"

Jin mengangguk, membiarkan Namjoon meletakkan Jungkook di atas ribanya. Jungkook memandang Jin dengan mata bulatnya. Yoongi mendekati Jin dan duduk bersebelahan abangnya itu. Dia menjelir lidah ke arah Jungkook, dan bayi itu tidak tunggu lama dan terus menangis.

Nasib baik Hoseok ada, dia tersenyum kepada Jungkook. "Adik! Ada adik baru!" Dia membuat beberapa muka kelakar dan Jungkook akhirnya berhenti menangis. Dia mengekek ketawa melihat abangnya.

"Sayang, biar saya pegang Jimin. Nah, ambil Tae ni." Isteri Namjoon berkata sebelum dia dan suaminya bertukar bayi yang berada di dalam pegangan masing-masing.

Namjoon mendukung Taehyung, agak pelik dengan tingkah laku bayi itu, "Urm, sayang. Saya rasa dia marah sayalah. Memang patutnya macam ni ke? Saya rosakkan dia ke? Saya tak sengaja, sumpah!"

Isterinya menggulingkan mata. "Tak apa, mungkin dia yang pelik."

"Oh.." Namjoon terus mendukung Taehyung, yang asyik membuat bunyi pelik dan menakutkan sebelum akhirnya terlena.

Apabila ketiga-tiga bayi itu sudah dibuai mimpi, Namjoon mencium dahi mereka lembut. Dia tersenyum dan berbisik, "Welcome to the family."

Dalam cerita yang original, authornya tak letak nama untuk isteri namjoon, tapi dalam malay version ni kita akan letak, nama isteri namjoon ialah Hazel. Barulah tak pening huhu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro