001
PERLAHAN-LAHAN matanya dibuka sambil tangan menahan cahaya matahari terus menyucuk pandangan matanya. Tubuhnya yang terbaring itu berubah posisi dan duduk tegak sambil mengeliat tubuh yang terasa sengal-sengal itu.
Sudah lima hari Hanania terlantar di atas katil putih yang sangat membosankan ini. Belakang badan dan tengkuknya terasa lenguh. Tetapi tuada sesiapa pun yang melawatnya sepanjang dia terlantar sakit. Termasuk ibu bapanya yang lebih mementingkan kerja daripada anak sendiri.
Bunyi roda yang kedengaran semakin menghampiri katilnya itu mendatangkan keluhan dari bibir kecil gadis itu.
Kain langsir yang menutupi sebahagian katil itu diselak, sebelum muncul wajah jururawat perempuan yang datang bersama tray makanan tengah hari.
"Hanania, awak baru bangun ke?" sapa jururawat itu sambil mengangkat tray makanan ke meja di hujung katil pesakit.
Hanania hanya menggumam, cukup untuk buat jururawat itu mengerti.
Jururawat yang memakai tag nama Hasnah itu sekadar tersenyum tipis. Baru dua hari menjaga gadis itu namun dia sudah biasa dengan perangai Hanania yang acuh tak acuh apabila berbual dengannya.
"Hari ni awak boleh balik. Kaki awak dah semakin membaik. Tapi awak kena lebih berhati-hati ya selepas ni?" ujar jururawat itu sebelum menyelak langsir dan pergi daripada katil Hanania.
"Terima kasih." ucap Hanania, membuatkan jururawat itu mengukir senyum.
Hanania berganjak ke hujung katil untuk menjamah makanan tengah harinya. Perut mula terasa lapar. Tetapi Hanania berasa sedikit hampa apabila melihat lauk yang disediakan.
Sup ikan! Macam a big no aje seorang Hanania ni nak makan lauk macam ni. Apa yang kau demand sangat? Lauk hospital memang macam ni kan?
Nak tak nak, Hanania jamah juga makanan itu. Nama pun lapar, kena melantak jugalah!
Ting!
Telefon Hanania yang menyala ditepi katil itu dikerlingnya. Tubuhnya digerakkan sedikit untuk mencapai telefon itu. Ada satu mesej daripada papa.
Papa
Nia nanti petang keluar papa hantar driver kau balik dengan dia ya? Nanti dia pergi dekat katil kau kemas-kemas barang.
Baca sahaja pesanan itu, telefonnya diletak tepi.
"Baik aku tinggal dekat hospital hari-hari pun bagus! Ada mak bapak macam tak ada." rungut Hanania sambil mencengkam ayam dengan kasar menggunakan garfu.
•••
PUAN NAJIHA yang sedang tersangkut dalam jammed itu mengeluh kasar. Matanya sekejap-sekejap menoleh memandang jam tangan. Lagi 15 minit sahaja lagi untuk Puan Najiha bertemu dengan client pentingnya. Projek ini menguntungkan, jadi Puan Najiha tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.
Tapi alam seakan tidak mengizinkan. Wajah wanita itu mula memerah menahan geram dan amarah.
"Kalau bukan sebab si Hanania tu, aku tak akan stuck dalam jammedlah! Yang bapaknya pun satu hal. Kau pergilah tengok anak kau sendiri. Anak dengan bapak sama. Menyusahkan!" omel Puan Najiha sambil menghentak stereng keretanya.
Hon kereta ditekan beberapa kali sebelum dia turun dari kereta. Puan Najiha akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan keretanya yang berada dalam kesesakan jalan raya itu.
Biarlah, nanti-nanti suruh driver ambilkan. Putus Puan Najiha tanpa berfikir panjang.
•••
BEG pakaian Hanania diturunkan oleh pembantu rumah daripada kereta. Seorang lagi pembantu pula membantu memapahnya untuk masuk ke dalam rumah. Melihat kondisi Hanania yang masih lagi tidak stabil membuatkan Mak Cik Saleha ngilu pula.
"Nia nak mak dukung tak? Macam tak boleh jalan betul je ni." kata Mak Cik Saleha sambil berura-ura hendak mendukung Hanania.
"Eh, tak payah mak. Nia ni berat, nanti mak pula yang masuk hospital. Nia boleh jalan lagi." ucap Hanania sambil mengukir senyum tawar.
Hanania yang masih tidak ada mood itu terus berjalan meninggalkan Mak Cik Saleha di belakang. Sayat hatinya masih terasa dengan kedua ibu bapanya yang langsung tidak menjenguknya ketika dia berada di hospital.
Sampai sahaja di bilik, terus Hanania merebahkan badannya ke atas tilam yang empuk itu. Nikmatnya Allah sahaja yang tahu. Sudah lama dia baring di atas katil yang tidak empuk di hospital. Rindunya pada katil kepunyaannya akhirnya terubat.
Tuk tuk tuk!
Hanania pandang ke arah pintu bilik. Kemudian Encik Harif, papa Hanania menjengulkan kepalanya sebelum masuk ke bilik anak gadisnya itu.
"Macam mana? Dah rasa baik?" soal Encik Harif memandang Hanania yang turut memandangnya.
Hanania menggumam sambil mengangguk acuh tak acuh. Tumpuannya beralih kepada telefon bimbit pula. Ego Hanania semakin bertambah dan menggunung. Soalan Encik Harif itu membuatkan dia menginginkan lebih perhatian daripada papanya itu.
"Esok kau kena sekolah. Kalau rasa tak larat, rehat je dekat sekolah. Yang penting, jangan ponteng. Aku penat nak hadap pengetua kau tu." itu ucapan Encik Harif yang terakhir sebelum lelaki itu keluar daripada bilik Hanania.
Setelah mendengar pintu bilik terkatup, Hanania menyembamkan wajahnya ke bantal. Hatinya sudah merintis menangis, tetapi air matanya dihalang supaya tidak tumpah dari tubir.
Hanania mengeluh sejenak sebelum membuka telefonnya kembali dan bermain permainan video untuk melupakan sahaja rasa terkilannya.
Bunyi opening permainan video Clash of Clans mulai kedengaran. Hanania bermain-main dengan rambutnya sambil menunggu permainan itu memuat masuk.
Ruangan chat di dalam clan itu bertanda merah menandakan ada mesej baru di dalam clan yang hanya menempatkan dia dan seorang sahabat online gadis itu.
XYZkex
Han, aku nak naga.
Han, lamanya kau tak on.
Hannnn, where are uuu???
Aku left kejap cari troops nanti ko invite aku ye...
Hanania tersenyum membaca mesej itu. Memang dalam clan itu ada mereka berdua sahaja walaupun jumlah ahli di dalamnya terdapat enam orang. Yang lain itu semuanya backup account Kex, yang entah siapa pun Hanania tidak kenal. Mereka hanya berkenalan dalam permainan video itu sahaja.
Kalau nak dikira dengan jari, memang keluar satu jari sahaja boleh dapat tahu siapa saja yang mengambil berat tentangan Hanania. Kex orangnya.
Walaupun mereka hanya saling mengenal nama, tapi masing-masing tidak jemu mendengar masalah dan memberi nasihat. Entah Kex tahu dia perempuan ke tidak pun Hanania tak tahu.
Terlintas dalam fikiran Hanania, kalau Kex kenal Hanania di dunia nyata, mungkin Kex akan menjauhinya juga seperti yang lain?
•••
HARI-HARI persekolahan berjalan seperti biasa. Sama. Kelas seperti biasa. Rehat sendiri di perpustakaan seperti biasa. Kerja berkumpulan seperti berkerja sendiri. Biasa. Tak ada yang berubah.
Ada jugalah cikgu-cikgu yang mengambil berat bertanya dengan kesihatannya. Hanania membalasnya dengan jujur. Kakinya sudah pulih. Ternyata ramai guru-guru yang risau akan keadaanya. Hal sekecil itu membuatkan hati Hanania berbunga.
Penyebab Hanania masuk hospital haritu adalah disebabkan kesalahan pihak sekolah juga. Kononnya hendak pasang mini chandelier dalam dewan sekolah untuk meraikan majlis perpisahan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah dengan meriah.
Hanania terkorban apabila orang-orang yang membantu dengan tidak sengaja melanggar wayar mikrofon. Terus sahaja dihantar ke hospital berdekatan.
Mengingatkan semula hari itu, Hanania jadi malu sendiri. Dalam banyak-banyak orang, kenapalah dia yang perempuan boleh terkena? Padahal yang membantu angkat mini chandelier itu semuanya lelaki. Macam mana- macam mana dia yang perempuan boleh ada dekat situ.
Aduh, memalukan!
"Hanania. Cikgu Safwan minta MC."
Suara pelajar lelaki itu mengejutkannya dari lamunan. Wan, selaku ketua kelas mula menjalankan tanggungjawabnya dengan meminta MC pada setiap pelajar yang tidak hadir sesi persekolahan.
Hanania tanpa bercakap banyak terus mengeluarkan surat cuti sakit itu dari kotak pensil dan menyerahkannya kepada lelaki itu.
Setelah mendapat kertas itu, sempat Wan membeleknya sambil berjalan meninggalkan tempat duduk Hanania. Hanania pula mengambil kesempatan meletakkan kepala ke atas meja untuk melelapkan mata sebentar sementara cikgu belum masuk ke kelas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro