Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab Tiga Puluh (Ending)

Enjoy!

•••

||BAB TIGA PULUH (Ending)||

"Kita boleh buat! Fighting!" Sorak Hana kepada kawan-kawannya sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.

Harini merupakan hari terakhir peperiksaan bagi pelajar tahun terakhir manakala pelajar lain sudah selamat pulang ke rumah.

"Para pelajar diminta beratur mengikut angka giliran dan boleh masuk setelah selesai beratur mengikut arahan!" Jerit salah seorang pengawas peperiksaan di hadapan muka pintu dewan peperiksaan.

Semua pelajar pun mula beratur, akur dengan arahan yang diberikan. Ada yang tegang mukanya mungkin kerana stress, ada yang gembira mukanya mungkin kerana ini peperiksaan terakhir mereka sebagai pelajar sekolah menangah tinggi.

Hana menelan liurnya kesat. Untuk pertama kalinya, dia berusaha sehabis baik, menghiraukan trauma yang bakal melanda. Tapi, dia bersyukur kerana kali ini, dirinya tidak diserang trauma itu lagi.

Tak lama kemudian, mereka mula berura masuk mengikut barisan yang telah tersusun ke dalam dewan peperiksaan.

---

"Yeay! Dah habis! Syurga buat kita!" Nami menjerit riang sambil mendepakan tangannya ditambah dengan matanya yang dipejam rapat.

"Aku dah terbayang katil kat rumah aku." Jessica berkata pula.

"Jap, jap. Aku terbayang makanan tiba-tiba. Selama sebulan ni, aku tak da selera nak makan weyh." Jisoo menyampuk pula sebelum perutnya diusap-usap.

"Nak jumpa Encik Kim! Ahh, rindu." Kata-kata Hana membuatkan rakan-rakannya memandangnya jijik.

"Apa? Tahulah dengki tak ada boyfriend kacak macam aku. Haha." Hana tergelak kecil melihat rakan-rakannya yang mual cemberut.

"Takpalah, guys. Kita ni siapa je, kan? Kita ni loner. Tak macam dia. Ada 'boyfriend kacak' macam dia. Jomlah. Kita tubuhkan kelab persatuan loner berjaya tanpa dia." Jisoo berkata dengan nada merajuk.

Jessica dan Nami hanya mengangguk setuju sebelum mereka menyilangnya bahu masing-masing bersama. Hana dibiarkan terkebil-kebil memandang mereka.

"Aloo, guys. Janganlah begini. Saya gurau saja. Jom aku belanja makan. Alang-alang ni last day kita sebagai pelajar sekolah menengah tinggi." Ajak Hana, cuba memancing perhatian kawan-kawannya dari terus dengan rajuk mereka.

"Huh. Nak pancing-"

"Nak!" Jessica dan Nami menjerit terlebih dahulu membuatkan Jisoo tercengang.

Hana, Jessica dan Nami tergelak melihat reaksi Jisoo. Hana menarik tangan Jisoo mengikuti mereka. Jisoo tergelak kecil sebelum hanya mengikuti kawan-kawannya.

"Hai, Encik Kim!" Hana berlari anak ke arah jejaka pujaan hatinya itu. Taehyung hanya tersenyum dan melambai tangan ke arah Hana.

"Encik Kim. Boleh tak harini bawa saya dengan kawan-kawan pergi makan?" Soal Hana sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Taehyung meramas rambut Hana geram sebelum dianggukkan kepalanya.

"Yeay! Jom korang!"

---

Jirae duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan cermin lut sinar yang memisahkannya dengan seseorang yang dia rindui.

"Apahal kau datang jumpa aku? Seronok aku masuk penjara lepas apa yang aku dah buat dengan boyfriend kesayangan kau tu?" Soal Kaila dingin membuatkan Jirae tersenyum kelat lalu menggeleng kepalanya perlahan.

"No, Kaila. Aku tak pernah terfikir nak raa seronok. Kau kawan baik aku, Kaila. Tapi, kenapa kau buat apa macam ni? Kenapa? Aku cuma rasa sedikit...kecewa dengan tindakan kau." Ujar Jirae sayu sebelum kepalanya tertunduk memandang lantai.

"Tsk. Kawan baik? Eh, aku tak pernah anggap kau kawan baik akulah, Jirae. Kau boleh blah. Aku muak tengok muka kau lama-lama." Ujar Kaila sebelum dia mula ingin bangkit dari duduknya.

"No, Kaila! Jangan pergi lagi! Kenapa kau buat macam ni, Kaila? Apa salah aku?!" Jirae terjerit kecil sebelum tangisannya pecah memenuhi ruangan di penjara itu.

Perbuatan Kaila terbantut sebelum mukanya memerah lalu dia berpaling semula memandang Jirae. Matanya bergetar bagai menahan amarah yang sudah lama terpendam.

"Kau nak tahu kenapa aku benci kau?" Soal Kaila sambil cuba menahan marahnya. Jirae pula masih teresak kecil.

"Kau tu, perampas. Kau tahu tak, perempuan? Dasar betina tak sedar diei! Aku dah lama sukakan Jaemin tapi kau? Sekelip mata kau dapat Jaemin dalam genggaman kau! Kau tahu apa aku rasa? Kau tahu tak?!" Jerit Kaila geram sebelum dia menumbuk-numbuk cermin yang terpisah antaranya dan Jirae.

"Aku sakit, Jirae. Aku sakit!"

Jirae menangis lagi kuat ditambah dengan Kaila yang mula terduduk lalu menangis bersama Jirae.

"Aku minta maaf, Kaila. Aku tak tahu..."

"Maaf, waktu melawat telah tamat. Mari ikut saya masuk kembali."

---

Hari sudah hampir senja. Seusai menghantar kawan-kawan Hana ke rumah mereka, Hana dan Taehyung pergi ke pinggir Sungai Han. Bak kata Taehyung, dah lama tak dating dengan Cik Hana.

Hana hanya tergelak kecil saat melihat Taehyung seperti terpegun melihat suasana di Sungai Han itu.

"Kenapa Encik Kim macam terpaku sangat ni?" Soal Hana macam tergelak. Taehyung tersedar dari lamunan sebelum wajah Hana dipandangnya.

"Tak adalah, saya...erm." Dia memandang ke arah beberapa pasangan kekasih yang berada di situ. Segelinturnya hanya memeluk bahu ke bahu, ada yang berciuman dan itu menimbulkan kejanggalan dalam diri Taehyung.

Hana semakin galak ketawa melihat reaksi Taehyung. Ya Tuhan, teman lelaki diakah ini? Kenapa comel sangat?

Taehyung pandang Hana pelik. Dahinya berkerut seribu seperti tidak memahami apa yang diketawakan oleh Hana.

"Kenapa Cik-"

Terus Hana menarik tubuh Taehyung merapati tubuhnya lalu tubuhnya dijengket bagi menyamai tinggi dengan teman lelakinya sebelum bibir lelaki itu dikucup sekilas.

Terus terbuntang mata Taehyung dengan aksi yang dilakukan oleh Hana sebentar tadi. Matanya terkebil-kebil memandang Hana yang sudah mula merah mukanya.

Hana menekup pipinya malu dengan tindakannya.

"Arhh, malunya." Terus dia meloloskan diri, berlari dari Taehyung kerana perasaan malu yang menyelubungi jiwanya. Taehyung tergelak kecil sebelum dia mengejar Hana yang semakin menjauh.

"Tunggu saya, Cik Hana!"

"Jangan kejar saya! Argh!" Tubuh Hana digendong oleh Taehyung lalu dipusingkan berkali-kali. Mereka berdua tergelak bahagia.

Sehinggalah mereka berdua penat lalu terus merebahkan tubuh ke atas rumput-rumput di pinggir Sungai Han itu.

Hana baring mengiring memandang Taehyung yang sedang memandang langit itu bersama senyuman manis di bibir.

"Jangan pandang saya macam tu, Cik Hana. Malu saya." Ujar Taehyung perlahan membuatkan Hana tergelak manja.

"Thanks for everything, En- i mean, baby." Ujar Hana agak janggal. Taehyung memandang Hana lama. Taehyung terus baring mengiring memandang Hana lalu dahi mereka bertemu. Nafas hangat mereka berdua dapat dirasai di kulit mereka masing-masing.

"Thanks for everything too, sayang." Terus dikucup lama bibir Hana sehingga mereka berdua hanyut ditemani oleh sinaran matahari terbenam.

---

Hana keluar dari perut kereta meninggalkan Taehyung yang baru sahaja mematikan enjin kereta.

Hana dan Taehyung kemudiannya berjalan bersama naik ke pintu utama rumah keluarga Jung itu.

"Thanks, baby." Ujar Hana malu-malu apabila Taehyung membukakan pintu buatnya. Taehyung hanya tersenyum manis memandang Hana yang mula menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah.

"Ha, sampai pun. Puas dah dating? Penat kami berdua tunggu kamu sampai ke rumah. Jom, duduk makan malam." Hoseok tiba-tiba menegur Hana dan Taehyung yang baru sahaja membuka kasut untuk masuk ek dalam rumah itu.

"Puas sangat. Jom, baby." Hana menyilangkan tangannya pada tangan Taehyung sebelum dibawa pergi ke meja makan di mana Tuan Jung sudah siap duduk di tempatnya.

"Wow, berbaby-baby lagi adik kita sekatang ni, pa." Tegur Hoseok membuatkan Tuan Jung tergelak sambil memandang pasangan itu duduk di tempat mereka.

"Tahulah abang dengki." Hana menjelir lidahnya pada Hoseok dan dibalas dengan jelingan abangnya itu.

"Dah, dah. Jom makan. Nanti makanan semakin sejuk, tak sedap. Jemput makan, Taehyung." Taehyung hanya mengangguk kepalanya lalu mereka berempat mula makan hidangan yang dihidangkan.

"So, bila kamu berdua nak langsungkan perkahwinan?" Soalan itu tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Tuan Jung.

"Uhuk, uhuk."

||TAMAT||


Finally, habis jua. Actually agak tergantung sebab rasa macam tak da point nak sambung tu. So, here, vote for special chapter.

Want

Or

Don't Want

Sila spam vote anda di atas. Idae akan update special chapter a week after this update which means the next weekend.

Jangan lupa promote sekali ya? Target vote Idae sebelum nak update special chapter is 1K votes for this book. Tak da due date.

I'm looking forward for you guys punya votes. Huhu. Thanks siapa yang masih setia membaca buku ini walaupun terlalu hambar dengan konflik yang tak menjadi, but at least i tried. Thank you so much. Love ya.

Lots of purple,
Idaekim♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro