Bab Sebelas
||BAB SEBELAS||
"Hai, Hana!" Satu suara menegur Hana yang sedang tersengih seorang diri, memikirkan tentang perubahan drastik Taehyung pagi itu. Sungguh hatinya berbunga-bunga apabila diperlakukan sebegitu.
Hana mengalihkan pandangannya ke arah gerangan yang sudah mula duduk di hadapannya. Hana mengangkat keningnya lalu dia melemparkan pandangan ke arah Jisoo.
"Ouh. Hai, Hansung. Ada apa?" Hana menegur agak gugup.
'Aduh. Kenapa dia perlu datang masa Jisoo ada kat sini? Hope Jisoo tak anggap apa-apalah.'
"Laa. Nak makan sekalilah. Boleh kan aku join korang berempat makan?" Soal Hansung sebelum memandang ke arah kawan-kawan Hana yang lain. Hansung kemudiannya memandang ke arah Hana semula dengan senyuman manis.
Mereka hanya tersengih sebelum menganggukkan kepala mereka tanda membenarkan Hansung terus duduk di situ manakala Jisoo sudah bangun dari duduknya.
"Aku tak ada selera. Korang makanlah. Jumpa dalam kelas." Jisoo terus meninggalkan mereka berempat yang terkebil-kebil dengan tindak-tanduk Jisoo itu.
Hana sudah menelan liurnya kesat sebelum dia memejamkan matanya rapat. Dia terus bangun lalu mengejar Jisoo.
"Jisoo! Jisoo! Tunggulah!" Hana menggapai tangan Jisoo tetapi lebih awal direntap oleh Jisoo kasar.
"Tepilah." Jisoo berkata perlahan. Hana sudah rasa ingin menangis.
"Jisoo. Kau...kau salah faham je. Dia nak kawan dengan aku. Aku pun malaslah nak layan sangat pasal khabar angin tu. So, aku pun-"
"Dahlah, Hana. Aku tak nak dengar apa-apa dari kau." Ujar Jisoo perlahan sebelum dia ingin meninggalkan Hana tetapj Hana menahan Jisoo kembali dengan menggenggam kemas tanan Jisoo.
Jisoo mengemam bibirnya geram sebelum dia menoleh ke arah Hana lalu dia menolak Hana kuat.
"Tepilah! Kau tak faham bahasa ke? Betullah apa yang orang lain cakap! Kau tu playgirl! Semua kau nak kebas! Kenapa kau sanggup tikam belakang kawan kau sendiri. Kenapa, Hana?! Kau tak jaga hati aku langsung bila kau senang-senang rapat dengan dia padahal kau tahu aku suka dia!"
Jisoo menghentikan kata-katanya lalu dia cuba mengawal amarahnya. Hana yang sudah tersungkur akibat ditolak oleh Jisoo tadi itu sudah tertunduk sebak.
"Kau bukan kawan aku. Aku tak ada kawan yang tikam belakang kawan sendiri macam kau." Ujar Jisoo bagaikan menusuk sembilu di hati Hana lalu Jisoo terus melangkah pergi meninggalkan Hana yang sudah menangis teresak-esak di atas lantai itu.
Hansung, Nami dan Jessica sudah emnerpa ke arah Hana yang sedang menangis itu. Hansung ingin membantu Hana bangun tetapi ditolak kasar oleh Hana.
"Tepi! Sebab kau Jisoo salah faham! Dia suka kau! Kenapa kau suka aku?! Aku suka abang kau! Kenapa perlu kau buat aku macam ni, Hansung?! Kenapa? Kenapa..."
Dan akhirnya, Hana rebah.
"Hana!"
---
Taehyung berdiri di hadapan katil Hana, memandang Hana penuh risau. Hoseok sudah duduk di sebelah Hana sambil menggenggam tangan Hana erat. Tuan Jung pula berada di tempat bertentangan dengan Hoseok sambil mengusap wajah polos Hana.
Kawan-kawan Hana, Nami dan Jessica sudah pulang ke rumah sebaik sahaja mereka melawat Hana tadi setelah tamat waktu sekolah.
Taehyung juga rasa ingin memegag tangan gadis itu. Dia juga menginginkan tangannya mendarat pada wajah mulus gadis itu. Tetapi, dia tahu dia tak mampu untuk melekukan semua itu memandang dia bukanlah siapa-siapa nak dibandingkan dengan Hoseok dan Tuan Jung.
"Adik. Bangunlah. Abang ada kat sini, dik. Kenapa adik kena pengsan lagi, dik? Tak kasihan kat abang dengan ayah ke? Bangunlah." Hoseok sudah menitiskan air mata jantannya sambil merayu meminta adiknya itu menyedarkan diri.
Dia masih tidak tahu punca adiknya pengsan tapi dia tahu yang itu disebabkan oleh tekanan yang masih belum diketahui sebabnya.
Bebola mata Hana mula bergerak sebelum jarinya bergerak kecil. Hoseok yang sedang menggenggam tangan Hana dapat merasai sesuatu bergerak di dalam genggamannya itu terus memandang wajah adiknya.
"Adik?"
Taehyung pula sudah mengangkat wajahnya memandang Hana. Hatinya juga berharap perkara yang sama dengan Hoseok dan Tuan Jung. Berharap agar Hana akan bangun.
Hana mula membuka matanya perlahan-lahan. Matanya bertembung dengan mata Taehyung. Taehyung tersenyum nipis memandang ke arah Hana. Lega hatinya melihat gadis itu akhirnya menyedarkan diri.
"Adik? Adik dah betul-betul sedar ke?" Hoseok bertanya, begitu juga dengan Tuan Jung.
"Erm. Adik kat mana ni?" Soal Hana. Dia betul-betul tak ingat macam mana dia boleh akhirnya berada di situ.
"Adik kat dalam bilik adik. Adik. Macam mana adik boleh pengsan ni? Siapa yang buat adik tertekan, huh? Siapa dik? Kawan adik ke? Ke-"
"Abang..." Tuan Jung memanggil Hoseok meleret membuatkan hOseok terhenti daripada terus menyerang Hana dengan soalan-soalan dari benak pemikirannya. Dia meraup mukanya kasar kerana sedar dia akan lebih membuatkan pemikiran adiknya serabut.
"Erm. Adik okay. Cuma pening sikit." Ujar Hana perlahan.
"Erm. Mana kawan-kawan adik?" Soal Hana kepada Hoseok.
"Ouh. Kawan-kawan adik dah balik tadi sebelum adik sedarkan diri. Sekarang adik rehat dulu. Abang dengan ayah kena pergi pejabat balik. Ada kerja lagi. Adik duduk dengan Taehyung ye? Taehyung akan jaga adik." Ujar Hoseok sebelumdia dengan Tuan Jung bangun dari duduk mereka.
Hana sudah menganggukkan kepalanya sebelum pandangan dilemparkan ke arah lain. Yang pasti bukan ke arah Hoseok, ayahnya mahupun Taehyung. Dia tiba-tiba terfikir kembali tentang kejadian dia bergaduh dengan Jisoo.
"Cik Hana betul ni okay?" Soal Taehyung tiba-tiba yang sudah duduk di tempat Hoseok tadi tetapi Hana masih di dalam dunia ciptaanya sendiri. Taehyung menggeleng kepalanya perlahan.
"Cik Hana. Ooo. Cik Hana." Panggil Taehyung sambil memetik jarinya di hadapan muka Hana membuatkan Hana tersentak lalu dia memandang ke arah Taehyung yang berada di arah bertentangan dengan tempat dia melemparkan pandangannya tadi.
"Ye? Kenapa?" Soal Hana. Taehyung tersenyum nipis.
"Cik Hana ada masalah ke?" Soal Taehyung kepada Hana lalu Hana mengeluh perlahan.
"Jisoo..." Dia menyebut nama kawannya itu sebelum dia menangis teresak-esak. Taehyung terkejut melihat Hana yang sudah menangis itu sebelum dia bangun lalu duduk di birai katil.
Tubuh Hana perlahan-lahan dia tarik masuk ke dalam dakapannya. Hana menyembamkan wajahnya pada dada bidang Taehyung dan menangis dengan lebih kuat.
Taehyung hanya membiarkan Hana kerana dia tahu Hana sedang serabut sekarang ni. Dia mengusap belakang Hana berkali-kali untuk menenangkan Hana yang masih setia di dalam dakapannya itu.
"Shuhh. Don't cry. Saya ada dengan Cik Hana. Jangan nangis, eh?" Pujuk Taehyung perlahan walaupun dia tahu Hana tidak akan berhenti menangis dengan begitu mudah.
Makin lama, tangisan Hana mula mengendur. Mungkin juga kerana faktor penat. Taehyung mula menolak Hana perlahan-lahan keluar dari dalam dakapannya sebelum air mata Hana yabg masih setia menglir di pipi polos Hana itu dengan ibu jarinya.
"Jangan nangis ye? Sekarang Cik Hana kena rehat. Jangan serabutkan fikiran Cik Hana lagi dengan perkara-perkara ni." Pujuk Taehyung lagi dengan senyuman yang masih terukir elok di bibirnya.
Hana masih tersedu-sedu menahan tangis. Matanya sudah bengkak manakla mukanya sudah memerah, sembab.
"Tidur ye? Nanti saya kejut Cik Hana makan, baru Cik Hana bangun ye?" Taehyung menolong Hana baring semula ke atas katilnya sebelum dia mebgelus wajah Hana perlahan. Dia menepis rambut Hana yang menutupi hampir separuh wajah gadis itu lalu diselitkan ke belakang telinga gadis itu.
Hana hanya memandang Taehyung yang sudah mula meninggalkan biliknya itu kosong. Dia kemudian baring mengiring ke kiri sambil kedua-dua tangannya diletakkan di bawah kepalanya.
"Jisoo..."
◇◇◇
Double update? Want or not?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro