Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab Empat

||BAB EMPAT||

"E-encik Kim?" Hana mula gugup. Matanya yang sembab dan suara yang serak akibat menangis melemahkan lagi tubuhnya untuk menolak tubuh kekasih hati itu menjauh darinya.

"A-apa awak buat ni, Encik Kim?" Tergagap Hana cuba untuk menuturkan kata-katanya.

"Erm. Saya tengok drama lepastu, lelaki selalu buat macam ni kat perempuan kalau perempuan nangis. Jadi, saya buatlah kat cik supaya berhenti nangis." Jawab Taehyung selamba.

'Dia gila drama rupanya.'

"So, stay." Ujar Taehyung lagi sebelum mengusap perlahan belakang tubuh Hana. Hana hanya berdiam diri sambil menahan air matanya dari tumpah.

'Tak jadi nak ikut ibu. Nanti tak dapat jumpa Encik Kim. Mati kerinduan aku. Eh? Aku dah mati kalau aku ikut ibu. Ahh, apa-apa jelah.'

Taehyung dengan perlahan menolak tubuh Hana perlahan keluar dari dakapannya sebelum dia mengesat aur mata pada wajah polos Hana.

"Dalam satu drama ni, lelaki akan kesat air mata perempuan tu dan..." Kata-katanya terhenti sebelum wajah Hana dipandang.

'Dia nak cium aku ke? Dalam drama selalu ada babak berciuman.'

Hana tersenyum lebar sebelum dia memejamkan matanya.

"Perempuan akan senyum. Jadi, saya buat sebab nak tengok cik senyum." Sambung Taehyung lagi. Terus terbuka luas mata Hana memandang Taehyung tidak percaya.

'Jap. Aku tengah memalukan diri je tadi? Weyh! Malunya.'

Hana tilik muka Taehyung lama. Mukanya masih sama, tiada riak.

'Dia dah sweet. Tapi, muka dia sumpah spoil. Senyumlah sikit. Aku koyak bibir tu macam joker baru tau.'

"Dahlah, cik Hana. Cik Hana selimuti badan cik Hana sebab takut nanti demam pula. Saya nak balik dulu. Nanti bos nampak, saya pula yang kena pecat." Terus Taehyung bangun sebelum dia menunduk hormat dan berjalan turun dari tangga untuk keluar dari perkarangan rumah agam itu.

Hana memandang Taehyung tidak berkelip dengan hati yang berbunga-bunga.

'At least, dia dah buat hati aku senang dari sebelum ni. Comelnya dia!'

---

"Hana. Kau okay tak ni? Kau nampak...pucat." Jessica menegur kawan baiknya yang masih meletakkan kepalanya ke atas lengannya sambil muka memandang ke arah dinding kelas.

"Erm." Hana membalas lemah. Sesekali, dia bersin dan batuk berkali-kali. Dia memejamkan matanya rapat, cuba menghilangkan rasa pening.

'Aish. Ni mesti pasal kes semalam kena tidur luar sampai pagi. Tapi, aku sedar-sedar dah ada dalam bilik. Abang selalu ambil berat pasal aku walaupun ayah nampak sangat pilih kasih dengan melebihkan segala keperluan aku dari abang. Sayang abang Hoseok.'

"Hana. Bangunlah. Nanti cikgu datang, kau yang kena marah." Hana dengan lemah mengangkat kepalanya dari terus diletakkan di atas meja sebelum dia memeicit pelipisnya bagi mengurangkan rasa denyutan di kepala.

Tiba sahaja waktu rehat, Hana menyuruh yang lain keluar dahulu. Dia akan menyusul kerana ingin pergi ke tandas untuk menyegarkan diri yang lemah itu.

Sungguh hari tu dri pagi, dia merasa pening. Lemah sahaja badannya mengorak langkah ke tandas.

"Jung Hana!" Panggilan yang dapat dia dengari sebelum dia rebah menyembah bumi.

---

"Macam mana dengan keadaan Hana, doktor?" Soal Hoseok kepada doktor peribadi mereka. Nasib sahaja Hansung terus membawa Hana ke bilik rawatan sekolah.

Pihak sekolah Hana juga telah biasa menelefon Hoseok jika ada sesuatu berlaku kepada Hana memandangkan mereka tahu keadaan Hana yang tidak menentu itu.

Tertekan.

"Dia stabil. Bagi dia makan ubat seperti biasa. Jangan terlalu memberi tekanan kepada dia dan biarkam dia rehat secukupnya. Takut juga, kalau kita terpaksa menghantarnya lagi ke tempat itu tiap minggu bagi merawatnya." Ujar doktor peribadi keluarga Jung itu.

Hoseok meramas rambutnya kasar sebelum melepaskan keluhan berat. Ini mesti kes semalam pasal ayahnya itu.

Dia faham ayahnya penat bekerja siang dan malam bagi menanggung mereka berdua, tetapi, ayahnya juga tahu tentang keadaan Hana. Jadi, ayahnya perlulah mengawal rasa marah itu.

Biarlah ayahnya ingin memarahinya bagi pihak adiknya, dia sanggup daripada adiknya terus hidup dalam tekanan dan jatuh sakit lagi.

'Ayah tak pernah serik.'

"Okaylah. Terima kasih doktor. Doktor boleh balik. Nanti, saya bagi Hana makan ubatnya sperti biasa." Doktor itu mengangguk selepas mendengarkan kata-kata Hoseok sebelum beliau mengorak langkah turun ke ruang tamu bersama Hoseok.

Baru sahaja mereka ingin menuju ke pibtu utama rumah itu, terdengar bunyi seperti kaca pecah dan jeritan seseirang. Dan, mereka pasti bunyi itu dari bilik Hana.

Terus mereka bergegas naik ke bilik Hana sebelum pintu bilik Hana dibuka kasar.

"Argh!" Hana menjerit kuat sebelum cawan kaca di meja sisinya yang hanya tinggal dua daripada empat itu dibaling ke dinding berhadapan dengan katilnya.

"Adik!" Terus Hoseok bergegas ke katil adiknya sebelum dia duduk di sebelah adiknya lalu adiknya ditarik ke dalam dakapan.

Hana masih menangis teresak-esak di dalam dakapan abangnya. Dia memeluk abangnya erat.

"Adik tak nak hidup lagi. Adik nak ikut ibu. Nak ikut ibu!" Dada bidang Hoseok ditampar-tampar oleh Hana sambil menangis.

Hoseok memberi arahan kepada doktor peribadi keluarga mereka itu supaya pulang dahulu. Biar dia memujuk Hana kerana Hana hanya dapat menerima dirinya apabila keadaannya tidak stabil seperti sekarang. Sebaik sahaja pintu ditutup oleh doktor itu, Hoseok mula bersuara bagi memujuk adiknya.

"Shuhh. Dah adik. Jangan nangis. Abang ada kat sini dengan adik. Janganlah cakap nak ikut ibu. Nanti abang tak ada sesiapa kat sini." Pujuk Hoseok perlahan.

"Adik tak nak hidup lagi. Adik perlu mati. Semua tak terima adik kat dunia ni. Adik nak mati!" Jerit Hana sebelum tubuh Hoseok ditolak dan terus dia meluru ke arah cawan kaca yang sudah pecah berderai itu.

Dia mengambil satu serpihan yang agak besar dan tajam sebelum dia ingin menikam dirinya di dadanya.

Tetapi, tindakannya terhenti apabila kaca itu dirampas seseorang lalu dibaling jauh dari Hana. Tangan Hana sudah berdarah banyak sebelum dia menangis dengan lebih kuat.

Hana terus ditarik ke dalam dakapan dengan erat bagi menenangkan Hana yang masih tidak stabil.

"Shuhh. Don't cry. I'm here for you. Everyone love you, Hana. No one hate you even your dad loves you so much. Don't ever leave us, Hana. We love you."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro