Bab Dua Puluh Lima
||BAB DUA PULUH LIMA||
Taehyung hanya tersentak. Terkejut dengan pernyataan yang baru sahaja diberikan oleh Hana.
"A-apa-"
"Sampai bila, Encik Kim? Sampai bila kita nak stay macam ni je? Kalau betil kita sayang antara satu sama lain, bukankah Encik Kim patut mengambil langkah seterusnya?" Soal Hana. Bukan desperate, tetapi, dia merasa hubungannya dan Taehyung amat terbatas selagi hubungan mereka tetap tidak rasmi seperti sekarang.
Taehyung menelan liurnya kesat. Dia tak sangka yang Hana terfikir sudah tentang perkara itu. Dia cuma tidak mahu keadaan bertambah buruk dengan tindakannya melamar Hana. Sudah berkali dia cuba berfikir masak-masak.
Dia buntu.
Hana mengangkat kepalanya dari terus bersandar pada bahu Taehyung sebelum membetulkan posisinya menghadap Taehyung.
"Encik Kim." Taehyung mengangkat wajahnya memandang wajah Hana. Hana meletakkan tangannya di atas belakang tapak tangan Taehyung lalu digenggam erat.
"Saya yakin, papa dan abang Hoseok akan setuju. Belum cuba belum tahu, bukan?" Pujuk Hana, cuba untuk meyakinkan Taehyung dengan cadangannya.
Taehyung mengeluh perlahan sebelum ditarik nafasnya dalam dan dilepaskan perlahan. Dia kemudiannya mengangguk perlahan sebelum tersenyum memandang ke arah Hana yang sudah lebar senyumannya terukir di bibir merah jambunya.
---
"Thanks for the information. Petang ni kau nak jumpa dengan dia, bukan? Jangan hancurkan plan kita. Aku bunuh kau kalau benda tu jadi." Hoseok mengacah ingin menumbuk rakannya yang berada di hadapannya.
"Yelah, Seok. Aku tahu kerja aku. Relaks lah. Ni, peguam terkemuka Kim Namjoonlah. Tak pernah tak jadi lakonan aku." Mereka berdua tergelak sebaik sahaja Namjoon melemparkan kata-kata riaknya.
"Kau tak habis lagi, kan? Riak je manjang." Ujar Hoseok agak menyampah. Namjoon tergelak kecil.
"Kau ni, buat macam tak kenal aku je. Ha, by the way, Taehyung macam mana? Dia okay ke sekarang?" Soal Namjoon memandang dulu mereka merupakan satu sekolah tapi tidak satu kelas. Entah bagaimana mereka boleh rapat.
"Okay je. And, ada berita tergempar aku nak bagitau kau pasal Taehyung." Kata Hoseok dengan penuh keterujaan.
"Apa dia beb? Bawang sikit." Namjoon pula mendekatkan wajahnya yang teruja itu ke arah Hoseok untuk mendengar berita tersebut dengan lebih jelas.
Hoseok mula mencerita berita tergemparnya itu kepada Namjoon membuatkan Namjoon tergelak besar.
---
Marqcho keluar ke tempat duduk untuk bertemu dengan peguam yang dicarikan oleh Kaila untuknya. Hanya senyuman yang menghiasi bibirnya.
"Jadi, Encik... Marqcho?" Marqcho mengangguk.
"Baiklah, saya Kim Namjoon, peguam terkemuka di badar Seoul." Namjoon mula memperkenalkan dirinya.
"Kau boleh bagi aku menang kes aku ni?" Soal Marqcho sambil memandang Namjoon kosong.
"Semuanya bergantung pada nasib pihak kita sendiri." Balas Namjoon acuh tak acuh membuatkan Marqcho menggigit bibirnya.
"Takkanlah sebelum ni pun kau hanya berserah pada nasib? Kau tak da strtegi-"
"Okay, kita mulakan perbincangan kita. Dengan peguam, encik kena jujur. Kalau encik salah, encik hanya beritahu saya apa kesalahan encik. Jadi, saya boleh tutup kesalahan encik. Memandangkan wncik sudah membayar saya."
Marqcho menghembuskan nafas ke atas, meniup rambutnya yang panjang. Geram dengan peguam di hadapannya yang terus memotong kata-katanya.
---
Hana duduk di hadapan televisyen bersama Taehyung. Taehyung mengalaskan tangannya sebagai tempat Hana menyandarkan kepalanya.
"Bosanlah, Encik Kim." Kata Hana sebelum tangannya yang memegang alat kawalan jauh itu terjatuh ke pahanya. Taehyung hanya tersenyum.
"Dah tu? Cik Hana nak saya buat apa?" Soal Taehyung sebelum meletakkan hidungnya ke rambut Hana. Dihidukan bau rambut Hana yang wangi itu. Dia suka bau itu.
"Gelilah, Encik Kim. Haha. Erm, jalan-jalan, jom?" Ajak Hana sebelum wajahnya diangkat memandang wajah Taehyung yang agak tinggi daripadanya.
"Nanyi abang atau ayah Cik Hana balik tengok tak ada siapa dekat rumah macam mana?" Soal Taehyung sedkit tidak sedap hati.
"Alah, tak apa. Selagi saya ada dengan Encik Kim, mestinya diorang tak kisah. Alah, jomlah, Encik Kim. Jomlah. Emm?" Pujuk Han asebelum bibirnya dimuncungkan lalu matanya dikelip-kelipkan. Gediknya, lahai.
Taehyung tergelak sebelum dikucup bibir Hana sekilas.
"Encik Kim!" Ditampar manja lengan sasa Taehyung geram. Memerah mukanya menahan malu yang melanda dirinya setelah Taehyung bertindak sedemikian.
"Comel sangat. Tak tahan saya. Geram!" Ujar Taehyung membuatkan mereka berdua tergelak kecil.
"Encik Kim lagi comel. Saya rasa nak cubit-cubit pipi Encik Kim tu sampai tercabut. Eee!"
Dicubit pipi Taehyung geram. Taehyung mengaduh sakit sebelum ditarik manja tangan Hana dari terus mencubitnya lalu dia mencium bibir Hana dengan lebih lama bagi memberhentikan Hana dari terus mencubitnya.
Hana pula hanya membalas ciuman Taehyung. Tangannya dilingkarkan di leher Taehyung bagi mendalamkan ciuman. Peluang depan mata jangan disiakan memandang tiada siapa di rumah.
"Ehem, ehem."
Terus aksi mereka terhenti mendengarkan deheman seseorang. Taehyung menolak sedikit tubuh Hana sebelum mereka menoleh memandang gerangan yang berada di pintu rumah.
"A-abang."
•••
Ha, dah kantoi! HAHHAHAH.
Btw, gais. Okay tak tajuk baru ni? Baru sesuai sikit.
And, cerita ni lagi beberapa chapter je nak habis. Mesti dah tak sabar nak tahu ending, kan?
Sabar jap. InsyaAllah before Idae masuk kolej, Idae habiskan fanfiction ni. Wait for it, ya😉💕
Have a great Eid for this year, my fellow readers💚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro