Bab Dua Puluh Enam
||BAB DUA PULUH ENAM||
"A-abang." Tergagap Hana memanggil abangnya sebelum tubuh Taehyung ditolak menjauhinya.
"A-abang." Hana terus bangun untuk ergi ke abangnya. Taehyung pula sudah berdiri lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.
"Maafkan saya, Tuan Hoseok. Saya tak berniat-"
"Apa dah jadi ni? Abang? Adik?" Soal Tuan Jung pelik apabila melihat Hana sedang menangis sambil melutut di hadapan Hoseok manakala Taehyung sedang terunduk seperti telah melakukan kesilapan yang besar.
"Abang. Tolong kangan bagitau ayah. Tolong, bang." Pujuk Hana sambil menangis.
"Maaf dik. Tapi ayah patut tahu." Jawab Hoseok lalu dia mengetap bibirnya. Hana memgesot ke arah ayahnya.
"Ayah. A-adik minta maaf. A-adik-" Kata-kata Hana tergantung apabila tangiaannya lebih menguasai dirinya. Takit. Itu yang dia rasai sekarang. Taehyung terus berjalan ke arah Tuan Jung lalu melutut bersama Hana di hadapan Tuan Jung.
"Tuan Jung. Saya yang bersalah dalam soal ini. Pecatlah saya. Saya sanggup selagi tuan tidak mengapa-apakan Cik Hana." Ujar Taehyung sebak. Hana semakin kiat menangis.
Riak mereka berdua terus berubah apabila Hoseok ketawa bagaikan ada sesuatu yang lawak dalam stuasi kereka tika itu.
Lagi pelik apabila Tuan Jung iaitu ayah kepada Hana sendiri juga ketawa sebaik sahaja Taehyung mengutarkan kata-katanya.
Hana dan Taehyung pelik. Masih tidak faham dengan situasi yang berlaku.
"A-apa yang-"
"Adik ingat abang dengan ayah tak tahu ke pasal hubungan rahsia adik dengan Taehyung, huh?"
"Hah?" Hana dan Taehyung serentak mengeluarkan suara. Lagi tergelak Hoseok dan Tuan Jung memandang wajah mereka.
"Abang dan ayah dah lama dah tahu. Alamak. Nak rahsiaka hubungan tapi dating secara terang-terangan buat apa? Dalam rumah pulak tu." Tergelak besar Hoseok dan Tuan Jung sehingga hampir menangis mereka berdua gelakkan Hana dan Taehyung itu. Terhibur dengan Hana dan Taehyung.
Hana yang sembab mukanya itu memandang lama abang dan ayahnya yang sedang galak mentertawakannya sebelum dia menarik lengan Taehyung berdiri bersamanya.
"Jomlah, Encik Kim. Kita dating." Terus dia menarik lengan Taehyung keluar dari rumahnya. Geram dipermainkan oleh abang dan ayahnya. Ingat orang tak kecut perut ke?!
"Cik Hana-"
"Diam."
---
Hoseok dan Tuan Jung hanya memandang Hana dan Taehyung yang kini sudah hilang di sebalik pintu. Mereka berdua tergelak kecil, terhibur dengan kelakuan Hana.
"Biarlah dia. Nanti dia okaylah tu. Dia tak puas hati sebab kita kenakan dia je." Ujar Tuan Jung dan Hoseok hanya mengangguk. Sebab hal ini jugalah mereka boleh bercakap berdua, membincangkan cara untuk memerangkap mereka berdua dating di rumah.
Kemudian, mereka berdua mula memasuki bilik masing-masing, penat bekerja sepanjang hari.
---
Jung Hoseok:
Tae, nanti pujuk adik aku balik tau. Haha. Jangan risau. Aku dengan ayah aku restu hubungan korang. Bawa balik dia je sekarang. Kita bincang lain kali pasal korang berdua. Okay?
Muka Hana masih tegang. Dia menyisip sedikit demi sedikit air jus oren yang dipesannya tadi. Taehyung pula hanya memandang ke arah Hana sambil menongkat dagunya.
"Cik Hana tak nak balik lagi?"
"Tak nak." Laju sahaja Hana menjawab persoalan Taehyung membuatkan Taehyung mengeluh kecil. Alahai. Merajuk lagi Cik Hana kesaynagnnya ini.
"Takkanlah Cik Hana nak duduk sini sampai malam? Nanti kena balik jugak."
"Hotel." Sepatah Hana menjawab pernyataan Taehyung. Sekali lagi Taehyung terdiam. Otaknya ligat memikirkan cara untuk memujuk Hana pulang ke rumah. Dia menggigit bibirnya.
"Tak elojlah Cik Gana duduk seorang diri kat hotel. Balik eh?" Pujuk Taehyung lagi.
"Encik Kim duduk dengan saya kat hotel. Ha, ataupun, saya ikut Encik Kim balik rumah Encik Kim. Saya tak pernah melawat rumah Encik Kim. Boleh?" Ujar Hana dengan mata yang bersinar memandang Taehyung.
"No. Kita belum berkahwin lagi. Tak elok orang tengok saya bawa ke huku ke hilir anak dara macam Cik Hana ni." Ujar Taehyung. Halah, nak pujuk pun payah buah hatinya seorang ni.
"Alah, Encik Kim. Tulah, saya dah ajak bagitau awal-awal dulu, tapi Encik Kim tak nak. Bila dah pecah rahsia, diorang mesti terkejut waktu diorang tahu sebelum ni. Kalau kita bagitau sendiri, mesti semua ni tak terjadi." Ujar Hana perlahan. Tak suka dengan apa yang terjadi.
"Halah, Cik Hana. Diorang tak bagitau lagi keputusan dioeang. Jadi, kita balik rumah dan pujuk diorang. Nak?" Sekali lagi, Taehyung mencuba nasibnya memujuk Hana.
"Rasanya, diorang boleh restui kita tak? Saya betul-betul sayangkan Encik Kim. Saya tak nak sesiapa pun pisahkan kita." Ujar Hana sayu. Taehyung hanay tersennyum sebelum tanagn Hana digapai lalu dikucup perlahan.
"Bak kata Cik Hana, belum cuba belum tau. Jom?"
Hana tersenyum hambar sebelum menganggukkan kepalanya perlahan.
---
Kaila duduk di sofa berdekatan dengan sebuha katil seorang pesakit yang sedang memandang ke luar tingkap.
Dia bangun lalu berjalan ke arah pesakit itu. Dia duduk di sebelahnya sebelum dia menggapai tangan pesakit itu.
"K-kau siapa?" Soal pesakit itu sebelum menarik tangannya keluar dari pegangan tangan Kaila. Kaila tersenyum pahit.
"Ni akulah, Jaemin. Kaila. Kenapa kau masih macam ni? Kau tak sayang aku ke? Aku sayang kau tau tak? Tapi kwnapa kau pergi ke Jirae?"
Terus Jaemin memandang ke arah Kaila sebaik sahaja mulutnya menyebut nama Jirae.
"Jirae aku. A-apa kau dah buat dekat Jirae aku?! Mana Jirae aku?!" Jerit Jaemin sebelum tubuh Kaila ditolaknya kasar lalu dia hilang kawalan dan ingin membaling kesemua benda yang digapainya ke arah Kaila.
"Doktor! Doktor! Argh!" Kaila menjerit memanggil bantuan dan kemudiannya doktor yang bertugas datang lalu membantunya menenangkan Jaemin.
"Jirae aku..."
Nafas Kaila turun naik. Sesak nafas dibuatnya.
'Kau dah ingat pasal Jirae?'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro