Bab Dua
||BAB DUA||
SPLASH!
'Oh, fuck.'
Hana menggigit bibir bawahnya sebelum dia mengangkat wajahnya memandang ke arah gerangan yang dilanggarnya tadi. Terus tersentak dengan wajah dingin Hansung yang menerjah penglihatannya.
"A-aku minta maaf. Aku tak sengaja." Ujar Hana perlahan. Argh! Malunya! Takkanlah Jung Hana kecut perut tiba-tiba. Tak pernah lagi dia rasa begitu pancit selama ini.
"Kau tak rasa macam kau kena melutut kat aku ke, perempuan?" Soalan yang menerjah masuk ke rongga pendengaran Hana mengejutkan semua di sekeliling mereka termasuk Hana.
Kawan-kawan Hana sudah mula mendekati Hana dan Hansung yang sudah menjadi tarikan para pelajar di kantin itu.
Hana menghembuskan nafas ke atas bagi menolak rambutnya yang menutupi wajahnya sebelum matanya dicerlung je arah Hansung.
"Banyak cantik mak nenek kau. Kau fikir kau siapa nak suruh aku melutut kat kau? Haha." Ayat Hana dihabiskan dengan ketawa besar sebelum dia kembali serius.
"Laa. Baru tahu ke? Mak nenek aku memang cantik. Tengoklah betapa kacaknya aku. Genetik aku semua lawa dan kacak." Hansung berkata penuh angkuh sebelum rambutnya dikuak ke belekang.
Terus Hana melepaskan pegangannya pada dulang air yang dipegangnya tadi bersama air yang tumpah memenuhi dulang itu ke atas lantai dan menghasilkan bunyi yang kuat.
Semua mata sudah memerhatikan gerak-geri Hana. Muka Hana sudah memerah menahan marah. Pantang dicabar betul.
"Kau jangan nak cabar aku, budak baru. Kalau tak, nasib kau akan sama macam budak-budak baru sebelum ni." Hana menolak-nolak bahu Hansung dengan jari telunjuknya berkali-kali sebelum dia meludah ke atas kesan air yang tumpah di baju Hansung.
Hansung tersentak lalu memandang ke arah bajunya yang diludah oleh Hana itu sebelum dia memandang kembali ek arah Hana.
"Eh, korang ni kenapa tengok-tengok ke sini? Dah pergi makan! Aku belanja semua harini kalau korang palau budak baru ni selama seminggu sebab cari pasal dengan aku!"
Terus bunyi sorokan kuat bergema di seluruh ruang kantin itu. Hansung tercengan sebelum menghantar Hana yang sudah pergi ke tempat duduknya bersama rakan-rakannya dengan pandangan matanya.
Hansung mengetap giginya geram sebelum dia berlalu pergi dari kawasan kantin itu.
---
Hana melambaikan tangannya kepada rakan-rakannya yang sudah berlalu pergi bersama basikal mereka. Dia pula menunggu di perhentian bas di hadapan sekolahnya. Menunggu encik bodyguard kacak datang mengambilnya.
Tiba-tiba, sedang dia menguis tanah dengan kakinya sambil menyanyi, ada seseorang berdiri di hadapannya membuatkan dia terhenti daripada terus menguis tanah itu.
Dia mengangkat wajahnya lalu dia menjeling gerangan di hadapannya itu, menyampah.
"Tengok apa kau dah buat kat baju aku?" Soal Hansung geram. Hana hanya menghiraukan sahaja persoalan Hansung. Malas mahu berbalah lagi. Dia sambung menguis tanah di hadapannya itu.
Dengan pantas, Hansung menarik kolar baju seragam sekolah Hana supaya Hana berdiri di hadapannya. Terus dia menjegilkan matanya ke arah wajah Hana.
"Bro. Jangan main kasar. Tak baik buat macam ni kat perempuan, bro." Tenang sahaja Hana cuba melawan. Hansung mengetap giginya geram. Hana ni cukup menipiskan tahap kesabarannya.
Terus dia tolak Hana sehingga tersungkur ke tanah. Hana mengaduh kesakitan. Kelihatan sikunya sedikit luka lalu dia menendang kaki Hansung kuat sehingga Hansung menjerit kesakitan.
"Bodohlah perempuan ni. Ee-" Baru sahaja tangannya ingin menampar pipi Hana, tangannya tiba-tiba ditahan seseorang. Hana memandang ke arah gerangan yang tiba-tiba muncul dengan matanya yang bergetar menahan perit di siku yang luka itu.
"Encik Kim." Panggil Hana perlahan sebelum dia menangis perlahan. Taehyung terus merentap pegangan tangannya pada tangan Hansung lalu terus meluru ke arah Hana.
"Shuh. Kau okay tak ni?" Soal Taehyung sebelum dia mencerrlung tajam ke arah Hansung. Tetapi, dia sendiri terkedu.
"Kim Hansung?" Panggil Taehyung perlahan sebelum Hansung juga terkedu.
"Eh, abang?"
Hana terus mengangkat wajahnya memandang ke arah mereka berdua.
'Abang?'
"Ish, kau ni. Kalau ye pun, tak perlulah kau nak tolong adik bos aku sampai jatuh, Han. Ish." Ujar Taehyung sebelum menolong Hana bangun.
Hana masih tidak faham. Jadi, Hansung ni adik Encik Kim kesayangannya? Macam mana boleh jadi macam ni?
"Dia yang cari pasal dengan Han dulu, bang! Ish, abang ni! Adik bos abang lagi penting dari adik sendiri ke?!" Bentak Hansung geram.
"Han, behave. Aku tak ajar kau jadi macam ni. Kau balik rumah Mak Cik Yejun. Aku balik malam ni macam biasa." Terus Taehyung menutup pintu bahagian penumpang belakang sebaik sahaja Hana memasuki perut kereta.
Taehyung memandang Hansung sekilas sebelum dia pula masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu. Kereta terus dipecut laju.
Hansung haya memandang kereta yang dipandu abangnya itu berlalu pergi sebelum dia mengeluh.
"Patutlah boleh belanja satu sekolah untuk palau aku. Anak president rupanya." Hansung berkata sebelum dia terus melangkah ke bahu jalan untuk ke rumah Mak Cik Yejun.
Sementara itu, Hana sedang berkira adakah doa mahu berkata tentang perkara tadi kepada Encik Kim atau tidak. Tak sangka yang Encik Kim ni ada adik. Patutlah nampak bertanggungjawab nak menggalas beban sebagai suami. Eh-
---
"Abang! Abang! Abang! Keluarlah abang! Ab-"
"Woi! Adik dah kenapa?! Melalak macam ada perompak masuk! Apahal?!" Soal Hoseok dengan muka yang ketat. Sungguh bingit telinga mendengar pekikan adiknya itu.
"Hehe. Memang pun. Ada orang rompak hati adik." Balas Hana sambil tersenyum girang.
Pap!
"Sakitlah, bangang!" Jerit Hana mengusap kepalanya yang diketuk abangnya tadi.
"Adik jangan nak main-main dengan abang. Abang suruh ayah denda adik tidur luar baru tahu." Kata Hoseok geram.
"Suruhlah. Ayah sayang adik. Nanti, silap-silap, abang yang kena tidur luar." Perli Hana membuatkan Hoseok mengetap giginya geram.
"Dahlah! Malas abang nak cakap dengan adik!" Baru sahaja Hoseok ingin menutup pintu biliknya, terus Hana menjerit kuat.
"Kejaplah! Adik gurau je!" Hoseok memberhentikan perbuatannya itu sebelum membuka kembali pintu biliknya. Dia bersandar pada bingkai pintu sebelum menyilangkan tangannya ke dada.
"Apahal?"
"Hehe. Adik nak tanya ni. Betul ke Encik Kim ada adik?" Soal Hana dengan muka yang sungguh tertanya-tanya.
Hoseok mengerutkan dahinya pelik elihat kelakuan adiknya itambah dengan soalan tentang latar belakang pengawal peribadinya itu.
"Kenapa kau nak tahu, dik?"
"Erm. Saja. Cepatlah, bang. Betul ke?" Digoncang tubuh abangnya berkali-kali sehingga membuatkan Hoseok menolak tubuh Hana jauh dari dirinya.
"Ish, kau ni. Ye. Dia ada adik. Adik kembar je. Kembar tak seiras. Dah. Aku nak rehat. Bye!" Terus ditutup pintu biliknya di hadapan muka Hana membuatkan Han atersentak.
'Aik. Adik kembar? Tapi, Hansung sama umur dengan aku? Setahu aku, Encik Kim 22 tahun. Hm. Adik angkat kut Hansung tu.'
Terus Hana mengangkat bahunya bersama cebikan di bibir sebelum dia turun ke bawah semula untuk ke biliknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro