Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45



-----

3 days later

"Hayeon." aku menoleh ke arah pintu dan berhenti mengunyah. Aku memandang ke arah wajahnya lama sebelum memandang  ke arah Eomma.

"Eomma keluar dulu ye. Kamu selesaikan masalah kamu berdua dengan cara yang elok. Jangan bergaduh lagi." eomma tersenyum nipis sambil mengusap lembut rambut aku.

Aku mengetap bibir. Dan menundukkan wajah ; memandang ke arah jemari aku.

Aku terdengar bisikan eomma kepadanya.

"Pujuk dia, Jungkook."

Sebaik sahaja eomma keluar dari bilik sakit aku ini, derapan kakinya mula melangkah menghampiri aku.

"H-hai." aku masih menundukkan wajah. Entah kenapa, hati aku jadi sayu apabila mendengar alunan suaranya.

Mungkin sudah tiga hari aku tidak berjumpa dengan dia membuatkan aku menjadi rindu kepadanya.

Dalam masa tiga hari aku ditahan di hospital ini, aku selalu berharap dia akan datang dan melawat aku. Tapi setiap kali aku menunggunya datang, setiap kali itu jugalah Taehyung dan Jimin sahaja yang datang.

Mulut aku mahu sahaja bertanya kepada mereka dimana keberadaan Jungkook, namun bila difikirkan semula. Mereka semestinya hairan kenapa aku mencarinya.

"Kau dah okay?" aku hanya mengangguk perlahan.

"Hay sayang. Pandang aku bila aku sedant bercakap dengan kau."

Automatik aku mengangkat wajah aku. Lama betul aku tidak mendengar perkataan sayang itu keluar dari mulutnya.

Rindu!

Mata kami bertembung. Aku tidak dapat melarikan pandangan aku selain dari memandang ke arah mata milik Jungkook.

Jungkook tersenyum lebar.

"Kau makin cantik."

Aku tidak membalas malah hanya mendiamkan diri. Walaupun ada perasaan rindu tapi aku masih lagi berasa kekok.

"Kau tahukan apa yang jadi ni semuanya bukan sala--"

"Aku tahu. Jimin dah cerita semuanya dekat aku, haritu. Mian."

"No. Sepatutnya aku yang minta maaf dekat kau. Aku minta maaf. Sebab keegoan aku dan kebodohan aku, aku kehilangan kau. Aku minta maaf sebab rahsiakan hubungan kita sampai kau menderita Hay. Maafkan aku sebab sentiasa tiada bila kau susah. Maafkan aku sebab selalu lukakan hati kau. Maafkan aku. Maaf."

Aku mengetap bibir dan cuba menahan air mata dari mengalir. Ah, aku terlalu emo.

"Aku minta maaf sebab tak dapat jadi namjachingu terbaik kau. Aku minta maaf sebab aku tidak boleh jadi seperti Taehyung." ujarnya lagi.

"Kau tak perlu jadi orang lain, Kook. It's okay to be you. You're perfect enough and please.. stop blaming yourself for not being the best for me. You're always the best. You're always the best boyfriend for me." aku tersenyum ke arahnya dengan senyuman sayu.

" I'm sorry, sayang... I couldn't make it.. aku harap kau selalu bahagia bersama Taehyung. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kau. Kau boleh lupakan aku. Dan.. a-aku akan cuba lupakan kau."

Mulut aku seakan mahu mengatakan sesuatu dan cuba untuk menghalang Jungkook dari pergi.

Namun, ianya terlalu berat untuk aku luahkannya. Aku hanya memandang pemergiannya dengan perasaan kesal dan hiba.

Air mata yang dari tadi aku tahan akhirnya mengalir jua. Aku menangis sepuas-puas hatinya di dalam bilik ini .

Berseorangan.

-----

"Semua sudah selesai?" soal Ryuri sebaik sahaja Jimin memasuki keretanya semula.

Sekarang ini, mereka berada dihadapan sebuah balai polis untuk menyelesaikan kes Minju.

"Kalau kita menang kes ini, dia akan dipenjarakan selama 10 tahun. Tapi saya yakin, kita akan menang punya."

Ryuri mengangguk perlahan.

"Selesai sahaja perbicaraan nanti, maka selesai juga pertemuan kita, Jimin." Jimin mengerutkan dahi. Dia memandang ke arah gadis itu dengan hairan.

"Apa maksud awak?"

"I akan berpindah ke China. Duduk sana buat selamanya."

-----

"Hay, makanlah. Kalau kau tak makan, macam mana nak sihat, hm?" Taehyung cuba untuk menyuap bubur ke dalam mulut Aku.

Namun aku menolaknya perlahan.

"Aku dah kenyang, Tae. Jangan paksa aku." kata aku, perlahan.

Lapar. Tapi aku tak terasa mahu makan sekarang ini. Hati aku masih sedih mengenangkan apa yang terjadi pagi tadi.

Taehyung mengeluh perlahan.

"Kenapa ni, hm?" Soal Taehyung sambil meletakkan semangkuk bubur itu diatas meja lampu yang tersedia.

Aku hanya menggeleng perlahan.

"Just tired."

"Ada apa-apa yang terjadi ke pagi tadi?" soal Taehyung, cuba meneka.

"Tak."

"Betul ni? ada apa-apa yang berlaku antara kau dengan Jungkook ke?"

Aku memandang ke arahnya. Baru je aku nak tanya macam mana dia tahu yang Jungkook datang jumpa aku, Taehyung terlebih dahulu memotong kata-kata aku.

"Aku dengan Jimin tahu dia datang jumpa kau. Dia bagitahu Jimin. Dan jimin bagitahu aku."

Aku hanya mendiamkan diri.

"Kau masih sayangkan dia?"

Aku mendiamkan diri dan menundukkan wajah.

"Kau masih--"

"Sudah, Tae. Aku malas nak fikirkan pasal dia lagi. Aku penat, nak tidur." potong aku dan mula baring membelakangi Taehyung.

Sebaik sahaja aku pejamkan mata, terus air mata aku mengalir.

Dapat aku dengar Taehyung mengeluh berat sebelum berkata sesuatu.

"Belum terlambat lagi untuk kau orang bersama."

"Selamat malam, princess." Taehyung mengucup lembut dahi aku sebelum dia keluar meninggalkan aku.

"Maafkan aku Taehyung. Maaf."

-------

TBC

1 chap + epilog heheh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro