42
-------
Serta merta aku berdiri apabila dia mula melangkah menghampiri aku. Aku mengetap bibir.
"A-awak buat apa dekat sini?" soalku, gugup.
Jungkook hanya melemparkan pandangan bekuny sebelum kakinya mula melangkah mendekati aku.
Apabila dia berdiri betul-betul dihadapan aku, dia merapatkan wajahnya pada wajah aku.
Bau maskulin minyak wanginya mula menusuk ke rongga hidung aku begitu membuatkan aku mula tersungkur dalam dunia godaan miliknya.
"Jung...kook"
Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir aku dan mula menatap mata aku lama.
"Dalam masa yang singkat ini... please let me hayati wajah kau sepuas yang aku mahu," suara garau milik Jungkook membuatkan aku terhilang kata.
Aku menggigit bawah bibir aku.
Degupan jantung dan nafas aku mula tidak teratur.
Lama kami dalam keadaan sebegitu sebelum Jungkook mula menjarakkan tubuhnya.
Dia tersenyum ke arah aku. Tersenyum dengan mata kelihatan begitu menyedihkan.
"Jung Hayeon..."
Aku memandang ke arahnya.
"Aku minta maaf. Aku terpaksa mungkiri janji yang telah terjalin diantara kita berdua. L-lupakan semua pasal kita. Dan... lupakan aku. "
Ddang!
Aku terkedu. Aku memandangnya dengan pandangan sayu.
"Jungkook---"
"I'm gonna miss you, sayang. Jaga diri kau untuk aku." dia tersenyum ke arah aku sebelum melangkah keluar meninggalkan aku.
Dan selepas sahaja Jungkook berlalu pergi, dengan secara tidak sengaja, air mata mula mengalir membasahi pipi aku dengan perasaan yang keliru.
Lutut aku mula terasa lembik seperti sayur. Aku mula terduduk diatas kerusi dan masih lagi menangis dalam kekeliruan.
"Hay, dah siap-- are you crying?" Suara Hanbyul hanya aku abaikan.
Aku memejamkan mata dan mula memicit perlahan pelipis aku.
"Hay, kenapa menangis ni?"
Aku menggelengkan kepala perlahan.
"Mata masuk habuk. Ey dahlah. Dah lambat ni. Better, awak make up saya cepat. Kang, Jaehyun marah pula."
Hanbyul mengeluh perlahan. "Okay... but please, stop crying."
"hm."
-------
"Minju."
Suara yang menegurnya itu membuatkan dia begitu meluat.
"Kau nak apa lagi, Jimin?"
"Aku nak selesaikan apa yang patut." tiada lagi saya-awak dari Jimin. Wajahnya begitu serius sekarang ini. Minju mengerutkan dahi.
"A-apa maksud kau?"
"Aku akan pastikan semua orang tahu apa yang berlaku sebenarnya."
"NO WAY! langkah mayat aku dulu, Park Jimin! Kau jangan nak rosakkan plan aku!"
Jimin mengeluh berat.
"Stop sakitkan hati semua orang, Minju. Kau tak kesian ke dekat mereka semua? apa yang jadi ini semuanya takdir!"
"Habistu, sakit hati aku.. ada orang kesian ke? sudahlah Jimin. Disebabkan kau, jantan tak guna... hidup aku musnah! Kau punca utama aku jadi macam ni!"
"Aku tahu! aku tahu semua ini salah aku. Dan berdirinya aku dekat sini untuk betulkan segalanya. Aku taknak Jungkook jadi mangsa. Dia tak salah, tapi aku yang salah!"
Minju menggulingkan biji matanya.
"Sekali aku dah mulakan rancangan aku, bukan mudah untuk aku berhenti. jikalau kau berani dedahkan dekat semua orang, i will make sure korang jumpa mayat Hayeon! Jangan cabar aku, Jimin!"
Jimin mengeluh berat melihat pemergian Minju. Gadis itu begitu tekad.
"Maaf, Minju. Aku terpaksa. cukuplah ramai hati terseksa disebabkan aku. aku dah tak sanggup lagi."
------
Jimin memasuki dewan kuliah dimana terdapatnya Ryuri disitu. Seperti apa yang kawan buat Ryuri katakan, dia sememangnya berada di dalam itu.
Jimin memandang ke arah Ryuri yang sedang sibuk membuat kerjanya. Dia kelihatan begitu sibuk.
Jimin menggelengkan kepalanya perlahan.
Orang lain sibuk bergembira di festival ini, dia boleh pula sibukkan diri dengan kerja.
Jimin mula melangkah menghampiri Ryuri dengan langkah yang teratur. Apabila dia berada dihadapan meja yang diduduki oleh Ryuri, dia berdehem perlahan.
Ryuri mula mengangkat wajahnya. Terbutang luas matanya apabila terlihat Jimin sedang berdiri dihadapannya.
"Y-you buat apa dekat sini?"
Jimin tersenyum ke arah Ryuri dengan senyuman manis hingga ternampak eyesmile nya.
"Saya rindu awak."
Ryuri ketawa penuh sarkastik.
"Bukan you pernah cakap dekat I, yang you hanya sayangkan dan rindukan Minju je ke?" soal Ryuri penuh sindiran.
Senyuman Jimin mula kendur.
"Ryu, saya tahu saya salah. But--"
"Jangan kacau saya, Jimin. Saya dah tak berminat dengan awak. You can go now." Ryuri mula menyibukkan semula dirinya.
"No. Saya tak akan pergi selagi kita tak selesaikan apa yang terjadi diantara kita."
"Tak ada apa-apa yang terjadi di antara kita, Jimin. you can go now." Kata Ryuri dengan dingin. Jari jemarinya mula lincah diatas keypad komputer ribanya.
"Taknak." Jimin sengaja menguji kesabaran milik Ryuri. Ryuri mula memandang tajam ke arah Jimin.
" You annoyed me. Pergilah, Jimin." Halau Ryuri lagi.
"Tak selagi awak tak kata yang awak akan bantu saya lupakan Minju. i beg you, Ryuri. please help me."
--------
"Jungkook, you look so damn handsome!" puji Minju dengan teruja. Dia mula menghampiri Jungkook yang baru sahaja siap bersolek.
Lagi 20 minit, mereka akan mulakan pementasan.
Baru sahaja Minju ingin merangkul lengan milik Jungkook, Jungkook terlebih dahulu berjalan melepasinya.
"Yah! Jeon Jungkook! Awak dah kenapa ni?!"
"Tolonglah, Min. Jangan mulakan pergaduhan. Better you get ready now. Less than 20 minute, kita akan mulakan pementasan." ujar Jungkook, dingin. Dia membetulkan baju tuxedo yang dipakai olehnya.
"Awak dah kenapa tiba-tiba nak dingin dengan saya ni? Lepas je awak jumpa Hayeon, terus awak dingin dengan saya!"
Jungkook terkedu. Dia menoleh ke arah Minju dengan pandangan tidak percaya.
"Terkejut? I know it lah Kook. Saya bukan buta lagi yang tak nampak awak masuk bilik persalinan milik Hayeon tadi!"
"Can you stop sebut nama Hayeon? You are the winner! Kau dah dapat aku sepenuhnya dah pun. Dan aku tak rasa Hayeon boleh jadi point untuk kau sekarang ni!"
Minju menggigit bawah bibirnya.
"Dahlah, Min. Aku malas nak dengar bebelan kau lagi. Dah jom, get ready atas pentas."
Minju menghentakkan kaki tanda protes. Dia begitu geram dengan sikap Jungkook semakin hari semakin berubah itu.
--------
TBC
❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro