40
sumpah hidup aku tak tenang selagi ff ni tak tamat😤
------
Minju tersenyum puas. Dia memasuki apartment miliknya, atau lebih tepat sebenarnya apartment ini milik Jimin.
Baru sahaja dia melepasi kawasan ruang tamu yang gelap itu, tiba-tiba satu suara menegurnya.
"Sampai bila kita perlu jadi macam ni?"
Minju berhenti melangkah dan mengulingkan biji matanya. Dia membetulkan handbag nya sambil memusing, memandang ke arah Jimin yang muncul dari dapur.
"Boleh tak, kau berhenti sibuk hal aku?" Minju menjeling tajam ke arah Jimin dengan jelingan tidak berpuas hati.
Sesekali dia berdecit geram.
Jimin sedikit terkedu mendengar bahasa diri yang dilontarkan oleh Minju. Dia kemudian ketawa penuh sarkastik.
"Tak sangka, sejak awak dah bersama semula dengan Jungkook..bahasa diri awak dengan saya pun dah berubah ye?" sinis, Jimin menyoalnya.
"Aku benci kau, so buat apa aku perlu berlembut dengan kau lagi?"
"Don't broke your promise, Kim Minju. Lupa ke masa awak susah dulu yang awak sanggup dengar cakap saya even benci mana pun awak dengan saya? bukan susah pun guna saya awak kan?"
Minju berdecit perlahan.
"Jimin, kalau kau sekadar nak sakitkan hati aku, baik tak payah. I'm sleepy!"
Minju mendengus kasar dan mula melangkah menuju ke biliknya.
"Yah, Kim Minju!" jeritan Jimin diabaikan olehnya. Masuk sahaja dalam biliknya, dia terus mengunci pintu biliknya.
Dia mencarut perlahan atas sikap Jimin yang selalu buat dia rasa annoying.
Minju mula mencampakkan handbag miliknya di atas katil lalu merebahkan dirinya juga di atas katil. Dia memicit perlahan pelipisnya.
Sumpah dia serabut betul duduk bersama jimin ini. Rasa bencinya mula bertambah meluak-luak.
"Tak apa, Minju. Sekejap sahaja. Nanti kau dah kahwin dengan Jungkook, tak payah dah kau hadap muka manusia tak guna itu!"
-------
Jimin mengeluh perlahan.
Tingkah laku milik Minju semakin hari semakin menjadi-jadi.
Jimin menyandarkan badannya pada kepala sofa dan mula memejamkan matanya perlahan.
"You terlalu kejarkan sesuatu yang sememangnya jelas tak akan pernah dapat, Ji. Sama macam, Minju. Mengejar sesuatu yang tak akan pernah dia miliki buat selama-lamanya."
Kata-kata Ryuri dengan tiba-tiba mula berlegar didalam akal fikirannya.
Jimin mengeluh perlahan.
Hanya satu cara sahaja yang boleh dia lakukan untuk pastikan Minju akan menjadi miliknya.
Jimin mula tekad. Dia mengangguk perlahan.
"Maaf, Minju. Aku terpaksa hancurkan impian kau. A-aku perlu beritahu semua kebenaran kepada Jungkook."
------
AUTUMN'S FESTIVAL 2019 DAY
Hari ini, sudah bermulanya minggu festival seperti yang sudah dijadualkan.
Dan hari ini merupakan hari dimana kami akan melaksanakan pentas drama teater yang telah kami berlatih dua minggu lepas.
Disebabkan drama itu akan berlangsung malam ini, jadi semua sedang sibuk mempersiapkan pentas dan juga barang-barang lain seperti baju pementasan.
Aku menyelak skrip drama dan mula membaca semula bait-bait skrip milik aku. Taehyung yang berada disebelah aku sedang sibuk bermain telefonnya.
"Tak sangkakan tak lama lagi kita bakal tamatkan pengajian." aku menoleh ke arah Taehyung dan mengangguk perlahan.
"Lepas dah tamat ni, jaranglah kita berjumpa kan?" Taehyung mengerutkan dahi sambil memandang ke arah aku.
"Kenapa pula?" soalnya.
"Yelah. Kaukan nanti dah jadi doktor mesti sibuk punya. Memang tak sempatlah nak jumpa aku sebab selalu sangat on the call."
"Jangan risaulah, hay. Walaupun busy macam mana pun aku, aku ada je masa kalau nak jumpa kau." Dia mula tersenyum nakal.
"Ey. Sembang je. Sekarang bolehlah cakap macam tu. Esok lusa, entah sempat ke tak nak jumpa kawan baik kau seorang ni." Kataku lalu memuncungkan bibir.
Kawan baik? Yup. Selepas malam itu, Taehyung memutuskan bahawa kami lebih elok menjadi kawan baik dari menjadi pasangan kekasih.
Bila dia fikirkan balik, dia takut hati kami sama-sama terluka, jadi dia mengambil keputusan dengan menganggap aku ini kawan baiknya.
Aku akui dan menghormati pemintaannya. Aku tak sangka, Taehyung sanggup menepikan perasaan sukanya terhadap aku demi menjaga hati aku.
Sungguh, dia lelaki yang terlalu baik.
"Alahai budak seorang ni! Sudah. Better kau pergi bersiap. Sekarang ni dah pukul 4:30 petang dah ni." Taehyung menolak aku lembut menyuruh aku bersiap.
Aku mencebik. Aku mula bangun dan akur dengan arahannya. Sebaik sahaja aku melangkah, aku dapat dengar suara Jimin mula menegur Taehyung.
"Tae, aku ada something nak cakap dengan kau. Ini pasal aku, Jungkook dan Minju."
Aku menoleh ke arah mereka berdua. Wajah Jimin kelihatan begitu serius. Aku mengerutkan dahi.
Dah kenapa ni?
-------
TBC
dah nak habis jangan risau xjskdjns
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro