39
i think, my penulisan dah makin serabut dan terabur. hm sorry!
-------
"Kau okay ke memandu sorang ni? Kalau tak okay, biar aku jelah hantar kau balik."
Jungkook menggelengkan kepala.
"It's okay, hyung. Aku tak mabuk pun."
Yoongi memandang ke arah Jungkook dengan penuh kerisauan. Dia mengeluh perlahan.
"Kalau macam tu, tak apa lah. Hati-hati bawa kereta. Dan esok jangan lupa, jumpa aku dekat bilik aku dulu."
"Hmm."
Jungkook mula memasuki ke dalam keretanya. Sebaik sahaja dia selesai menghidupkan enjin kereta, telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.
Eomma
Kook dekat mana?
Jungkook
Dekat luar. Kenapa?
Eomma
Datang rumah Eomma
Eomma
Now.
Jungkook mengerutkan dahi. Dah kenapa pula eommanya itu tiba-tiba suruh dia balik? Selama ini tidak pernah pula mesej suruh balik. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap.
malas nak fikir panjang, keretanya mula meluncur laju menuju ke rumah Eommanya.
-------
Aku merebahkan diri diatas katil milikku. Aku mengeluh perlahan sambil memandang ke arah siling bilik. Kata-kata Taehyung mula bermain didalam minda aku semula.
"Hay... a-aku taknak kau terima aku sedangkan hati kau masih ada nama dia. a-aku taknak kedua-dua hati kita terluka. Jadi, tak apa lah. bila kau dah bersedia, baru kau beritahu aku jawapannya. Selamat malam."
Aku memejamkan mata aku dengan perasaan resah dan gunsar. Betul lah, aku sememangnya dalam perasaan berbelah bahagi. Aku tidak tahu sama ada aku patut menunggu Jungkook ataupun menerima sahaja Taehyung dan move on.
"Wahai hati... kenapa susah sangat kau nak buat pilihan?"
Buk!
Mata aku serta-merta terbuka apabila terdengar sesuatu terjatuh diruang tamu. Dahi aku mula berkerut.
Benda apa pula yang jatuh ni?
siapa yang jatuhkan?
Tak akan kucing? Rumah ni mana ada kucing.
Aku menggigit bawah bibir aku. Aku cuba beranikan diri dan mula menghampiri ruang tamu dengan perlahan-lahan dan senyap. Sebelum sampai ke ruang tamu, aku sempat mengambil kayu besball untuk dijadikan senjata.
Apabila aku sampai di ruang tamu, kelihatan sekujur tubuh figura yang sedang berdiri diruang tamu itu. Dengan pantas, aku terus membuka suis lampu dan menghalakan kayu besball ke arah figura misteri tersebut.
Baru sahaja aku ingin memukulnya, tindakan aku terhenti apabila dia memberitahu aku sesuatu.
"Hayeon, ini eomma!"
"Eo-eomma?"
"Eomma buat apa dekat sini?"
-------
Jungkook memasuki rumah agam tu dengan wajah tidak berpuas hati. Dia paling tidak suka sebenarnya balik kerumah ini. Mungkin masih merajuk dengan sikap ibu dan bapanya yang terlalu mementingkan diri.
Jungkook terus melangkah menuju ke ruang tamu apabila dia diberitahu oleh bibik rumah ini yang Eomma dan appa serta seorang tetamu sedang menunggu mereka diruang tamu.
"Eomma nak jumpa kook seba--" kata-kata Jungkook terhenti apabila matanya tertangkap sekujur figura yang amat dia kenal. Matanya terbutang luas.
"Hi, sayang." Minju melambai tangannya ke arah Jungkook dengan senyuman manisnya.
"M-minju. K-kau buat apa dekat sini?"
"Dia datang untuk beritahu kami tentang cerita sebenar apa yang terjadi diantara kamu berdua. Tergamak ye kamu Jungkook tidak beritahu eomma pun yang Minju tu mengandungkan anak kamu dulu. Kalau eomma tahu dia mengandung, tak adanya eomma suruh kamu berdua putus."
Ye, sekali lagi. Jungkook terbutang luas matanya. Dia memandang ke arah Minju. Minju sedang tersenyum ke arahnya.
"Eomma--"
"Duduk, Kook. Dan kita bincangkan tentang perkahwinan kamu berdua. Eomma taknak kamu lari dari tanggungjawab kamu dan jadi lelaki tak guna seperti Alif aziz."
------
"Hay... Eomma nak minta maaf."
aku diam. Masih menunduk memandang ke arah minuman panas yang aku buatkan tadi.
"Eomma tahu, eomma banyak silap dengan Hay. Eomma minta maaf."
Aku mengeluh perlahan.
" Eomma jangan risau, hay dah lama maafkan eomma."
Eomma tersenyum sayu ke arah aku. "Betul ni?"
aku mengangguk dan tersenyum ke arah eomma.
"Terima kasih, Hay. mulai sekarang, eomma harap kita dapat tinggal bersama-sama semula."
"Tapi bukan ke eomma kerja--"
Eomma tersenyum nipis. Dia mencicip perlaham minumannya.
"Eomma dah tak kerja ditempat itu lagi. Eomma rasa, eomma terlalu banyak kejahatan yang eomma lakukan. Jadi, eomma ambil keputusan untuk berhenti dan kembali semula ke pangkuan kamu, sayang."
Kesayuan nada suara eomma membuatkan hati aku terusik.
"Eomma...Hay ri-rindu eomma." serta merta, air mata aku mengalir. Eomma terus menarik aku dalam dakapannya.
"Eomma pun rindu Hay. Maafkan eomma sayang. Maafkan eomma sebab selama ini selalu menyusahkan kamu. Eomma janji, mulai sekarang, kita akan tinggal bersama-sama semula. Eomma akan menjaga kamu sebaik yang mungkin."
--------
TBC
ye hambar. Maaf! hsjwkdksj
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro