37
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN! SIS JANJI SIS ABISKAN SECEPAT YANG MUNGKIN HEHE. Dan ending, saya akan ikut kemahuan anda since saya pun tkde idea hueheh.
nah hadiah untuk korang.
taeyeon (taehyung+hayeon) moment❤
------
"Pakai ni," Taehyung menghulurkan penutup mata kepada arah aku.
Aku mengerutkan dahi sambil memandang ke arahnya pelik.
"For what?"
"Pakai jelah. Nanti lepas turun dari kereta, aku nak suprise something dekat kau." kata Taehyung sambil tersenyum ke arah aku. Dia sudah mula membuka pintu keretanya dan keluar.
Dia menghampiri pintu disebalik aku dan mula membukanya.
"Perlu ke pakai?" soal aku lagi sekali.
"Perlu, sayang. Kau kena pakai juga!"
Aku masih lagi ragu-ragu untuk memakai penutup mata itu. Dia nak ajak aku pergi dinner ke nak ajak buat mission impossible dekat pantai ni? Adumak.
"Pakai Hay. Ppalliwaa!"
"Eyyy yelaaa!" aku menyarungnya pada kepala aku dan menutup mata aku. Aku mencebikkan bibir.
"Dah."
"Okay, Jom." Taehyung memegang tangan aku dan bawa aku keluar dari kereta. Terkial-kial jugalah aku berjalan walaupun sudah dipimpin oleh Taehyung.
Takut beb. Tutup mata lepastu tak nampak apa-apa kat depan, sumpah seram. Seram dia bukan seram nampak hantu, tapi seram kalau-kalau ada lubang kat depan jdjsjd. Jatuh memang malu beb.
"Tae.. kalau ada lubang, kasi tahu aku!" kataku sambil mengemaskan lagi pegangan tangan kami.
Taehyung ketawa kecil.
"Ye Hayeon. Percayakan aku lah." Taehyung menghabiskan sisa baki tawanya.
"Ha hayeon, lompat! Ada lubang!"
"Ha? Lompat?" aku terus melompat apabila Taehyung memberi amaran apabila ada lubang.
"Lompat lagi Hay lompat! Ada lubang lagi!"
"Ha? okay okay!" kali ini aku lompat dengan perasaan was-was. Macam ada something fishy je ni.
"Lompat lagi hay, lompat! Lompat si katak lompat!"
"ISH KAU KENAKAN AKU KE?"
Taehyung mula ketawa terbahak-bahak apabila aku memarahinya.
biadap betul anak Kim ni sorang. BOLEH PULA DIA KENAKAN AKU.
"Kau ini eyyy!"
"a-ADUH SAKIT HAYY ! JANGAN CUBIT AKU!" Taehyung mengadu kesakitan apabila menerima penangan cubitan ketam dari aku.
"Kau ni. Badan je kecil. Tapi berbisa macam ketam!" rungut Taehyung.
"Baru kau tahu ke? Ey! Jauh lagi ke weh?"
"Sebenarnya dah sampai lama dah. Saja je nak kenakan kau haha. Comel weh kau melompat tadi. Macam katak!"
"Ish kAu--" baru je aku nak buka penutup mata itu, Taehyung terlebih dahulu melarang.
"Jangan! Jangan buka selagi aku tak kasi arahan apa-apa."
"Kau kata dah sampai kan? Then?"
"Sabar, princess. Sabar. Kau tunggu sini jap. Aku nak ambil something." Taehyung mula melonggarkan pegangan tangan kami.
Namun, cepat-cepat aku kemaskan genggaman kami semua.
"K-kau nak pergi mana?"
"Tak pergi jauh punlah. Kau jangan risau." dia mula mengusap kepala aku lembut dan mula melonggarkan pergelangan tangan aku.
"J-jangan tinggalkan aku lama sangat! A-aku takut"
"Jangan risau, princess. Kau selamat disamping aku." suara garau yang penuh kejujuran itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan rasa takut dalam diri aku.
"Jangan lama-lama tau!"
"Iya princess."
Selepas je Taehyung pergi, suasana tiba-tiba jadi sunyi dan seram yang amat. Aku memeluk tubuh aku yang mula rasa sejuk akibat angin malam dipantai ini mula menyapa tubuh aku.
Lama juga, Taehyung tinggalkan aku. Dan sekarang ini fikiran aku sudah bermain pelbagai jenis musibah yang bakal terjadi.
"Tae? Kau kat mana?"
Diam.
"Tae aku takut. Janganlah memain!"
Diam.
"Kim Taehyung!"
Masih diam.
Aku mengambil keputusan untuk membuka penutup mata itu. Dan serentak dengan itu, bunyi alunam piano mula dimainkan. Lagu apa pun, aku tidak tahu. Tapi amat romantik. Aku ternganga apabila melihat sesuatu yang sememangnya aku tak jangka.
Sebuah meja dihias dengan cantik sekali diletakkan dibawa sebuah pokok yang sudah dihias dengan pelbagai jenis lampu yang cantik. Suasana disini menjadi lebih romantik disebabkan bunyi piano tersebut.
"Tae..." sumpah aku terharu sekarang ini. Aku menekup mulut aku. Aku tak tahu kenapa, tetapi aku tersentuh dengan apa yang dia buat.
A-aku suka.
Aku mula berjalan menghampiri meja tersebut. Aku tersenyum sendiri apabila terlihat beberapa keping gambar digantungkan pada dahan pokok. Dan semua itu gambar aku bersama Taehyung.
"Jung Hayeon.." laju sahaja aku menoleh apabila suara garau yang amat aku kenali itu memanggil nama aku.
Dia tersenyum lebar ke arah aku sambil memegang sejambak bunga yang sangat cantik.
"Yah, Kim Taehyung.. A-apa kau cuba buat ni?" soalku sambil cuba mengawal dari senyum.
Dia mula berjalan menghampiri aku. "Kau suka?"
Aku mengangguk perlahan. Siapa sahaja yang tak suka? Aku terlalu suka. Walaupun aku selalu berangan yang Jungkook akan buat semua ini untuk aku, tapi itulah. Taehyung yang lakukan dulu.
"This is for you, my princess." Taehyung menghulurkan sejambak bunga ros itu kepada aku. Aku mengambilnya dan mula menghidu bau haruman segar dari bunga itu.
Sempat juga aku mengira kuntuman bunga tersebut. Ada 66 kuntum kesemuanya.
Apabila kami sudah duduk, beberapa orang pelayan mula datang dan meletakkan makanan mewah dihadapan kami.
"T-tae. A-aku tak except pun kau akan bawa aku dinner macam ini sekali. T-tak perlu kot kau buat semua ini."
"No. Aku nak buat malam dinner kita ini, dinner paling special sampai kau sendiri taknak lupa akan hal ini." Taehyung tersenyum.
"Dah, jom makan.. my princess."
Aku mengangguk perlahan dan mula menjamah makanan. Sedang aku menikmati makanan, baru aku teringat akan rentak irama piano yang dimainkan tadi. Disebabkan terlalu menarik untuk didengari, aku menjadi tertanya-tanya tajuk lagu tersebut.
"Tae.."
"Yes, princess?" dia memandang ke arah aku sambil mengunyah makanannya perlahan.
"Piano tadi tu.. lagu apa?"
Dia tersenyum dan mula meletakkan ke tepi sudu dan garfunya. Dia menghabiskan makanannya yang masih ada didalam mulutnya.
" I still wonder, wonder~ beautiful story~~
still wonder, wonder.. best part~"
Taehyung mula menyanyikan satu bait lirik lagu yang aku tidak tahu tajuknya. Namun, aku memuji suara garau itu tersangatlah merdu apabila menyanyikan lagu tersebut.
" Tae.. aku tanya tajuk lagu, bukannya suruh kau menyanyi."
Dia ketawa halus dan mula meneguk perlahan wain putih didalam gelasnya.
"Itu lagu aku tulis sendiri. Scenery . Itu tajuknya."
"Wah! Seriuslah kau yang tulis sendiri?"
Taehyung mengangguk sambil tersenyum lebar.
" nanti aku bagilah kau dengar full version punya."
"Janji eh?"
"Ye, aku janji."
Aku kemudian menjatuhkan pandangan pada 66 kuntum bunga ros.
"Do you know what is meaning of 66 roses, my princess?" aku mengangkat wajah aku dan memandang ke arah Taehyung dengan mengerutkan dahi.
"Ada maksud ke?" dia mengangguk.
"Setiap satu kuntuman bunga rose, melambangkan maksud yang sangat istimewa."
"Then, apa maksud 66 kuntum bunga?"
" my love for you will never change " Aku terkelu seketika. Aku memandang ke arah wajah Taehyung dengan penuh tanda tanya.
Dia yang tadinya tersenyum kini memandang ke arah aku dengan wajah yang serius.
"Tae--"
"I love you, Hay. I love you sooo much. Aku sukakan kau, Hay. Since kita pertama kali terserempak dengan library lagi. Aku sememangnya dah jatuh cinta dekat kau, hay. Aku selalu nampak kau dekat sana. Aku selalu nampak kau tengah sedih. So, that's why aku decide nak jadi silent knight untuk kau. Untuk sentiasa pastikan kau gembira dan selamat. Aku betul-betul cintakan kau, Hay. "
Pengakuan dari Taehyung membuatkan aku jadi serba salah. Aku mengeluh perlahan.
"Tae.. aku--"
"Tak apalah, Hay. Aku taknak dengar lagi jawapan dari kau. A-aku tahu. jawapannya akan menyakitkan hati aku but still.. kau fikirkan dulu, Hay. Aku taknak paksa kau,"
Aku mengetap bibir. Aku bukan taknak terima cinta Taehyung itu, cuma.. seperti mana aku pernah cakap, dalam hati aku hanya ada Jungkook.
Susah untuk aku melupakan Jungkook dan menerima orang lain didalam hati aku.
"Tae--"
"No. Tak apa. Jangan bagitahu aku sekarang." Taehyung mengukirkan senyuman nipis kearah aku.
"Aku akan tunggu kau, Hay. Walaupun apa yang terjadi, aku akan tetap cintakan kau."
-------
TBC
SORRY MENGARUT DIPAGI HARI RAYA NI DJSJSJ
btw, baju raya korang warna apa?
baju raya sis warna grey hehehe.
#EidWithLuv
and jangan lupa dengar this night by jin🤘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro