35
1230 WORDS!
-------
Taehyung bawa aku diatas pentas. Jauh dari Jungkook dan Minju. Bila nampak aku mula menundukkan wajah aku, Taehyung mengangkat dagu aku untuk mengelakkan dari aku menundukkan wajah.
Secara tidak langsung, mata aku mula bertaut pada mata Taehyung. Dia tersenyum kecil dan mula mengusap lembut rambut aku.
"Aku tak suka my princess nampak lemah depan orang lain."
"T-tapi aku--"
"Aku tahu kau kuat. Kalau kau tak kuat, kau mesti tak akan lepaskan Jungkook untuk Minju."
Aku mengetapkan bibir. Taehyung terlalu baik. Tindakannya membuatkan aku selalu berasa tenang.
"Stay strong, my princess. Jangan biarkan diri kau nampak lemah depan orang lain. Aku tak suka bila kau tampak lemah. Arraseo?"
Aku mengangguk perlahan.
Tiba-tiba, Taehyung mencium dahi aku. Itu buatkan aku tersentak dengan hebat. A-aku tak tahu kenapa...
Tapi tindakannya kali ini buatkan aku sedikit tidak selesa.
Klik!
Bunyi kamera itu membuatkan aku menolak Taehyung jauh dari aku. Aku melihat ke arah punca bunyi kamera tersebut.
"Ops. Maaf tapi gambar ini sesuai untuk dijadikan topik hangat di Universiti ini." Joohyun tersenyum lebar ke arah aku.
Mulut aku ternganga mendengar penyataannya.
"Woah. Hayeon dengan Taehyung dah official ke?" kali ini, Jaehyun pula yang bersuara. Suaranya kedengaran begitu teruja.
Aku menoleh ke arah Jaehyun. Aku mahu menerangkan kenyataan sebenar, tapi lidah aku tiba-tiba kelu. Aku memandang ke arah Taehyung yang kelihatan begitu tenang itu.
Aku memberi isyarat mata supaya dia menerangkan kenyataan yang aku dan dia sememangnya tidak ada apa-apa.
Tapi Taehyung hanya mendiamkan diri.
"Both of you look cute together. ship is sailing uwu!" sorakan dari Minju membuatkan semua orang mula bersorak teruja. Aku memandang ke arahnya. Dia memandang dengan senyuman penuh sinis.
Jungkook disebelahnya mula memandang aku tidak puas hati.
Melihat aku yang makin tidak selesa, Taehyung tiba-tiba mendengus kasar hingga membuatkan semua orang terdiam.
"Dari kita terus membuang masa, better kita start sekarang juga scene terakhir ini. Lagipun, festival itu lusa kan? Ha. Habis hari ini, so habislah latihan kita." ujarnya sebelum dia berlalu turun dari pentas.
"B-baik, Taehyung."
------
Jimin keluar dari bilik musik selepas berjumpa dengan Yoongi. Yoongi memanggilnya untuk meminta dirinya menghantar lirik lagu ciptaan Jungkook kepada Jungkook.
Sebaik dia keluar, wajah Ryuri mula terpacul dihadapannya. Jimin mengetap gigi sebelum dia cuba untuk beredar. Namun, langkahnya terhenti apabila Ryuri menahan tangannya.
"Jimin...."
" We need to talk."
Jimin menoleh ke arah Ryuri dan mula mengeluh perlahan.
"Not here. Jom, kita borak dekat tempat lain."
Kata-kata dari Jimin membuatkan Ryuri tersenyum lebar.
"Jom!"
------
Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Aku memusingkan badan dan menghadap ke arah Jungkook.
Wajah mendatarnya mula merenung tajam ke arah aku. Tiada langsung secalit senyuman yang terukir dari bibirnya.
"Ready... Action!"
Jungkook menghulurkan tangannya. Seperti didalam skrip, aku perlu menari bersamanya.
Aku menyambut huluran itu dengan senyuman manis. Aku cuba untuk tidak menangis. Sudah lama tangan kami tidak bersentuhan. Sumpah aku rindu dengan genggaman hangat dari Jungkook.
Jungkook meletakkan tangan aku pada bahu bidangnya, manakala tangannya pula mula memegang pinggang aku. Kami mula menari mengikut rentak musik yang didendangkan iaitu lagu REWRITE THE STARS.
"I'm still love you.." Jungkook mula melafazkan dialognya. Walaupun hanya lakonan semata-mata, namun nada suaranya kedengaran begitu ikhlas dan sayu.
"I always love you, Prince." ujarku. Ye, hanya dialog namun aku melafaznya dengan penuh keikhlasan hati.
Apa yang dilafazkan, itulah yang aku maksudkan. Aku masih mencintai Jungkook walaupun dia sudah tidak bersama aku lagi.
Jungkook mula memperlahan gerakan kami. Dia mula merapatkan wajahnya pada aku. Dahinya mula mencecah dahi aku. Secara automatik mata aku dan dia, terpejam.
Wajah aku mula terasa bahang.
"I know, honey. I know...." Jungkook melafazkan ia dengan nada suara kedengaran sedikit serak.
Dia seakan sedang menahan tangis.
"Can you.. can you love me till forever?"
Jungkook menjarakkan wajahnya pada aku. Aku membuka mata aku dan menatap matanya. Matanya mula merah. Betul tekaan aku, dia sedang menahan dari menangis.
Dapat aku lihat, halkumnya mula bergerak. Dia menelan air liur dengan payah.
"Honey.. I--" aku meletakkan jari aku pada bibirnya. Aku menggelengkan kepala aku perlahan.
Entah macam mana, air mata aku mula mengalir.
"K-kiss me.. prince. It-its will be our last kiss."
ah, aku tak tahu kenapa. Aku hanya melafazkan dialog drama kami, namun kenapa apa yang dimaksudkan oleh dialog itu sama seperti perasaan kami berdua?
Jungkook mengeluh perlahan. Dia mula merapatkan wajahnya pada aku. Dan dengan perlahan, bibirnya yang lembut itu mula menyentuh permukaan bibir aku.
Jungkook mula mencium aku dengan perlahan. Dan aku.. aku mula membalasnya. Air mata aku kian mengalir dengan deras.
Jungkook mula merangkul leher aku untuk mendalamkan ciuman kami. Lebih kurang beberapa detik kami bercium, Jungkook mula meleraikan ciuman kami.
Nafas kami sama-sama tercunggap. Air mata masih tidak berhenti mengalir. Aku memandang ke arahnya dengan wajah yang sayu. Jungkook juga memandang aku dengan pandangan redupnya.
Dia mula mengesat air mata aku.
"Jungkook.. D-don't leave me.. i beg of you,"
Jungkook menggelengkan kepalanya perlahan. Dia mula menjarakkan tubuhnya pada aku.
Tangan aku secara automatik memegang tangannya.
"I'm sorry, sayang. K-kita tidak boleh bersama...
You're not my.... fated." selepas itu, Jungkook meleraikan pegangan tangan aku dan mula beredar pergi.
aku jatuh terduduk. Menangis.
Entah kenapa, walaupun hanya drama.. tapi hati aku begitu terkesan dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
"AND CUT! huaaaa nampak realistik gila korang berlakon!" puji Jaehyun. Bukan setakat Jaehyun, rata-rata pelakon drama ini berkata yang sama.
"Tahniah semua, akhirnya drama kita sudah berakhir! Yey!" mereka mula bersorak gembira.
manakala aku...
Aku masih dalam keadaan yang sama. menangis.
"Yah." aku mendongak untuk melihat insan yang menegur aku itu.
Jeon Jungkook.
Aku mengetap bibir. Dia buatkan aku rasa nak menangis lagi sekali.
Jungkook mula duduk bercangkung.
"Yah.. uljima.. k-kau lupa yang aku tak suka tengok kau menangis?"
Aku mendiamkan diri. Tak jungkook, aku tak lupa.
"Berhenti menangis. a-aku yakin.. Taehyung pun.. dia tak suka tengok kau menangis."
Aku masih mendiamkan diri.
"Berhenti menangis sebab.. aku, Hayeon. Aku tak kuat bila tengok kau menangis. Kau buatkan aku rasa teruk." Jungkook mula mengelap air mata aku.
"Kau ingat tak yang aku pernah cakap bibir kau lagi sexy dari Ryuri?" Aku memandang ke arahnya dan mula mengangguk perlahan.
Jungkook ketawa perlahan.
"Dan bibir kau.. lebih lembut, seksi dan manis dari Minju. Bibir kau selalu buatkan aku mahukan ia."
Aku mengetap bibir. Dia buatkan aku makin rasa nak menangis.
"Hay.. apa yang aku cakapkan tadi, bukan sekadar dialog semata-mata. Aku maksudkannya dan aku yakin.. kau pun maksudkannya juga kan?"
"Cuma.. dialog last tu.. tak. Aku tak maksudkan. aku yakin, you're my fated. cuma sekarang ini, bukan masa yang sesuai untuk kita bersama." katanya lagi. Kali ini, dia tersenyum nipis ke arah aku.
"I'm still love you, Hayeon. Kau sahaja perempuan teristimewa untuk aku. only you, sayang."
"I-i love you too, Jungkook.."
Jungkook ketawa perlahan dengan lemah.
"I know, Hayeon. Kalau betul, cinta kita kuat.. kita akan kembali bersama. cepat atau lambat, kita tidak tahu."
"I'll waiting you, Jungkook. Aku akan tunggu.."
"Me too, sayang. Aku juga akan tunggu my princess ini balik semula kepangkuan aku. I love you, sayang.."
Aku mengangguk perlahan. Aku pegang janji kau dan aku, kook.
"I got to go, M-minju .. dia sedang tunggu aku. Maaf sayang, a-aku cuma terpaksa bersama dengan dia. Ingat, hanya engkau sahaja yang ada dalam hati aku. bukan Minju."
Jungkook mengusap perlahan rambut aku sebelum dia muka melangkah meninggalkan aku.
Aku juga, Kook. Hanya kau yang ada dalam hati aku. Dan bukannya, Taehyung.
------
TBC
huhu jangan kecaaaam!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro