33
-------
Jimin memasuki ke dalam keretanya. Dia tergesa-gesa mahu pulang ke rumah.
Kalau bukan disebabkan dia tertinggal laptopnya, tak adanya dia nak berpatah balik.
Sudahlah pagi ini kelihatan muram je sebab nak hujan. Ditambah dia tertinggal laptopnya... sumpah muram betul hidup.
Baru sahaja dia ingin menekan pedal minyak, pintu disebelah kerusi duduk sebelah dibuka dan seorang gadis dengan selambanya masuk.
"Y-yah!" Jimin terkejut akan kehadiran gadis itu. Gadis itu tidak memandang ke arah Jimin, sebaliknya dia memandang tajam ke hadapan.
"A-awak nak apa lagi, Ryuri?"
"I nak tahu lebih laju tentang apa yang jadi sebenarnya." kata gadis itu, mendatar.
Jimin mendiamkan diri. Dia memejamkan mata dan menelan air liur dengan perit. Kisah silam itu membuatkan hati Jimin tidak tenang.
Bodohnya dia sebab berbuat sebegitu demi melihat Minju jadi miliknya. Tapi itulah, tindakan itu membuatkan Minju bertambah benci kepadanya.
Jimin mengeluh perlahan..
"Kalau nak diikutkan, eomma Jungkook ni dikira kategori tak kisah pun Jungkook tu couple dengan siapa. Apa yang kita ingat tu, sama sekali salah. Dia tak penting harta pun. Cuma...
Saya yang tabur fitnah, kata Minju cuba untuk rampas harta Jungkook depan eomma Jungkook sebab...
saya sukakan Minju."
Ryuri cuba untuk berlagak tenang. walaupun sebenarnya, hatinya rasa sakit yang amat.
"Then?"
" Then, sebab itulah eomma dia paksa Jungkook putuskan hubungan dengan Minju."
Lama mereka mendiamkan diri sebelum Ryuri menghela nafas berat.
"I t-tak sangka y-you sanggup buat macam ni." bergetar nada suara Ryuri akibat dia begitu tidak sangka, lelaki yang luaran kelihatan seperti bidadara rupanya....
Ryuri menundukkan wajahnya dan memandang ke arah jemarinya.
"Sebab cinta... saya sanggup, Ryu. Saya sanggup khianat kawan baik saya sendiri. Bodohkan saya?"
Ryuri diam. matanya sudah mula terasa panas dek air mata mula bertakung dan tunggu masa sahaja untuk gugur.
"Saya sanggup buat macam-macam asalkan dia jadi milik saya. saya tunjukkan kasih sayang saya pada dia. Saya jaga dia selepas mak dia halau dia. Saya jaga dia time dia sakit lepas keguguran... but pengakhirnya, dia tetap mahukan Jungkook," Jimin tersenyum lemah.
Ryuri memejamkan matanya. Dia cuba untuk menelan setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang dicintainya.
"D-dia keguguran a-anak j-jungkook ke?" soal Ryuri dengan teragak-agak. Dia memandang Jimin dengan mata yang bergetar.
Jimin menundukkan wajah dan menggelengkan kepalanya, perlahan.
"To be very honest, mereka tak pernah terlanjur pun. D-dia keguguran anak......
saya."
------
Sekarang ni, seperti yang telah dimaklumkan... kami akan berbincang pasal drama itu di pentas teater pada hari ini.
Suasana didalam pentas ini terasa janggal dan hening apabila aku dan Jungkook langsung tak bertegur sapa.
Bukan setakat tak bertegur sapa, dia nak pandang aku pun.. taknak.
Aku mengeluh perlahan. Bukan salah dia pun kalau dia nak bencikan aku. Aku penyebab utama dia jadi macam ni.
Minju pula, tak habis-habis menyindir aku. Ye aku tahu, kau dah menang. Aku tak kisah pun. jdjsjdjs.
"Hay.." suara Taehyung mematikan lamunan pendek aku. Aku memandang ke arahnya dan tersenyum pendek.
Dia menghulurkan aku skrip drama kami. Aku menyambutnya dan mula membelek skrip tersebut.
Terkejut juga aku bila watak yang dilakonkan oleh aku iaitu watak antagonis bernama bella terlalu banyak. Terlalu banyak pula tu dengan watak Jungkook. Watak bersama dengan Taehyung, tak sebanyak dengan Jungkook.
jdjsjdjsjdjej.
"Ok, jom mulakan perbincangan." kata Jaehyun sebaik sahaja Taehyung selesai memberikan kami skrip drama kepada semua barisan pelakon.
Aku ingat Taehyung akan duduk sebelah aku, sebaliknya dia mula duduk disebelah Jungkook. Wah, sungguh menempah perang dunia betul Kim Taehyung ni.
Jungkook pun, terkejut habis bila dengan selamba je Taehyung duduk sebelah dia. Muka tak puas hati tu, tak payah cakaplah.
"So, kalau semua dah tengok skrip, ada bantahan ke?"
"Ada," Taehyung dengan pantas menjawab persoalan Jaehyun.
"Scene mana yang kau tak puas hati?"
"Semua. Aku rasa drama yang korang buat ni terlalu kebudak-budakkan. Dan terlalu lapuk." kritik Taehyung, selamba.
"Amboi sedap kau cakap. Kau ingat mudah ke nak buat drama?" soal, Jungkook tidak berpuas hati.
Dia sememangnya tidak berpuas hati disebabkan dia yang reka drama ini dan semudah itu je Taehyung membantah dan mengkritik hasilnya.
"Sebab tak mudahlah, aku cakap drama kau macam sampah. Mana ada drama, hero lebih banyak masa bersama dengan watak antagonis berbanding watak heroin." provok Taehyung.
Jungkook terdiam. Dia memandang ke arah Taehyung dengan pandangan tidak berpuas hati.
Apa yang dicakapkan oleh Taehyung sememangnya betul. Aku mengetap bibir dan memandang ke arah Jungkook.
Bukan aku je, Minju dan yang lain pun mula memandang ke arah Jungkook dengan persoalan yang menebal.
"A-aku--"
"Jungkook, kau tu prince charming untuk Minju. Dan aku pula, silent knight untuk Hayeon. Kau kena terima kenyataan itu, Jungkook."
------
TBC
baik tak aku harini? 3 chapter aku updated untuk hari ni HAHHAHA DJSJS
btw, HAPPY 16K VIEWS UWUUU.
jdjsjs silent readers tu silalah munculkan diriiiiii tahulah ni cerita silent couple😤😤😤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro