32
--------
"J-jangan main-main, Jimin."
Gadis itu terlalu terkejut mendengar pengakuan yang dibuat oleh Jimin. Matanya mula bergetar sambil memandang ke arah Jimin.
Jimin melepaskan pegangan pada bahu Ryuri. Jimin mula mencampai buku dan begnya sambil mengeluh perlahan.
"Fikirkan balik, Ryu. Fikirkan balik fasal perasaan awak pada saya. Saya taknak, hati awak disakiti disebabkan saya."
Lepas itu, lelaki itu mula berlalu meninggalkannya.
Ryuri terpanasaran.
------
Aku memasuki dewan teater itu dengan perasaan kosong. Semua orang yang ada dalam tu, mula memandang ke arah aku.
Mungkin mereka terkejut melihat wajah aku yang sedikit merah dan mata aku sedikit bengkak disebabkan terlalu banyak menangis.
Ah. Cengeng.
Lepas je hubungan kami berakhir disebabkan ketidakrelaan aku, aku terus berkurung didalam tandas dan menangis.
Menangis dan menangis.
Macam orang bodoh pun ada.
Ting!
Aku mengeluarkan telefon pintar aku apabila bunyi pesanan ringkas, masuk.
Taehyung
kau dekat mana?
Hayeon
dekat dewan teater
Taehyung
kejap lagi aku datang
Aku tersenyum nipis. Bagus juga Taehyung datang sini. At least, hilang sikit rasa sakit hati bila nampak Jungkook dengan Minju nanti.
"Hay..." aku menoleh ke arah insan yang memanggil aku. dia memandang aku cukup risau.
"Kau okay tak ni?"
aku mengangguk perlahan.
"Aku okay je, joohyun." ujarku lalu mengukirkan senyuman manis. manis yang dibuat-buat.
Joohyun mengeluh perlahan. Dia meraih tangan aku dan memandang ke arah aku seakan kakak yang risaukan adiknya.
"Hay.. aku dah dengar pasal... hubungan korang sudah berakhir."
Aku diam.
"Aku terbaca dekat story instagram Jungkook. Sumpah aku terkejut."
"Kami tak ada jodoh. Nak buat macam mana kan?" aku cuba untuk ketawa cuba berlagak tenang.
walaupun sebenarnya hati aku sudah menangis seteruk yang mungkin.
"hay, stay strong tau."
"Thanks, Joohyun."
dia mengangguk perlahan. selepas itu, dia mengajak aku untuk menghampiri sekumpulan ahli yang bakal berlakon dalam drama ini, yang sedang berbincang di hujung pentas teater.
Mata aku mula melirik ke arah Jungkook. Aku mengetap bibir. Wajah tenang itu-- ugh.
Dia tak rasa apa-apa ke?
" Habis macam mana ni?" suara Jaehyun kedengaran resah. Mata aku yang tadinya memandang ke arah Jungkook, kini berubah arah kepada Jaehyun.
"Habis kalau Jaemin takde, siapa pula nak jadi pelakun gantian ni? Aduh." rungut Jaehyun lagi lalu memicit pelipisnya.
Aku mengerutkan dahi. Aku menoleh ke arah Joohyun untuk mengetahui apa yang terjadi.
"Jaemin. Semalam dia jatuh tangga. Kaki dia patah then dia terpaksa ditahan di hospital untuk 2 minggu. So, sekarang ni semua mula resahlah sebab takde watak knight dalam drama kita." jelas Joohyun.
Aku mengangguk perlahan. "Kesiannya dia."
"Ye memang kesian dekat dia. Kesian juga dekat kita yang terpaksa cari pelakun gantian," Jaehyun mula menyampuk. aku memandang ke arahnya yang sudah mencebik itu.
"K-kita ambil jelah sesiapa yang nak join drama ini." cadang aku.
"Masalahnya, semua taknak." aku memandang ke arah beberapa orang yang ada dekat situ.
Semua mengangguk tanda setuju dengan penyataan Jaehyun.
Aku mengeluh perlahan. Susah juga kalau macam ni. Lama kami mendiamkan diri sebelum ada satu suara garau mula menegur kami.
"Tak apa lah. Kalau tak ada siapa yang nak , biar aku yang jadi watak Knight itu,"
Semua mata mula memandang ke arah insan tersebut.
Dan ye, mungkin semua dah boleh teka siapa dia itu.
Kim Taehyung. Lelaki itulah yang bersuara tadi.
Taehyung mula berjalan menghampiri aku sambil tangannya diseluk ke dalam poket hoodienya.
"No! Aku tak setuju!" Jungkook mula membantah. Semua mata memandang ke arah Jungkook termasuk aku dan Taehyung.
Sumpah.
Wajah Jungkook kelihatan tidak berpuas hati. Minju disebelahnya, cuba menenangkannya. Ey sakit mata!
Dapat aku tangkap, Taehyung mula ketawa sinis.
"Kenapa? Kau takut aku jadi makin rapat dengan EX girlfriend kau, hm Jeon Jungkook?" sengaja dia menekankan perkataan ex girlfriend dan mula memeluk bahu aku untuk menyakitkan hatinya.
Tapi masalahnya, aku yang sakit hati sekarang ni.
Jungkook memandang tajam ke arah aku dan Taehyung, silih berganti.
"Ugh! Aku tak kisah apa kau nak cakap, but seriously... AKU TAK SETUJU!"
"Come on lah, kook. Korang sekarang ni tengah terdesak kot, tak akan masih nak ego? Hey, jangan fikirkan perasaan sendiri lah!"
"Kook.. betul lah apa yang Taehyung cakapkan itu. Kita sememangnya tengah terdesak ni..." Jaehyun cuba memujuk Jungkook.
"Ye, Kook. Lagipun okay apa kalau Taehyung jadi knight. Dia sememangnya sesuai dengan Hayeon." kali ini, Minju pula yang bersuara.
Dia memandang ke arah aku dengan pandangan menyindir. Aku mengetap bibir.
Oh jadi, watak knight akan berdamping dengan aku?
Itu sebab Jungkook membantah?
"See, dorang pun nakkan aku jadi watak tu. So, Jungkook nak taknak watak ini, aku akan lakukan juga."
"Ugh!" Jungkook mendengus tidak puas hati. Dia kemudian mula melangkah meninggalkan kami.
"Jung--" aku berhenti dari terus menyebutnya bila teringat balik yang aku dengan dia baru sahaja putus...
pagi tadi.
"Jungkook!" Minju mula mengejar Jungkook. Hm biarlah.
Jaehyun mula ketawa janggal. Dia mula menghampiri Taehyung dan menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Thanks weh. Akhirnya kitaorang tak payah pening-pening fikirkan siapa bakal ganti Jaemin."
Taehyung tersenyum lalu memandang ke arah aku.
"Aku buat semua ini... sebab taknak my princess rasa kesepian diatas pentas."
Jaehyun berdehem untuk menghilangkan rasa janggal.
"Aa aku rasa, kita postpone dulu latihan kita untuk esok hari. Esok, kita bincang balik pasal watak kau dengan hayeon okay?"
Aku mengangguk perlahan. Apabila Jaehyun sudah beredar, Taehyung tiba-tiba menarik aku pergi ke belakang pentas.
Dia membawa aku ditempat tersorok sedikit.
"Kau kenapa?" soal aku sambil memandangnya hairan.
Taehyung tidak membalas. Wajah dinginnya memandang aku lama sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukkan story instagram milik Jungkook. Story pasal pengumuman putusnya hubungan kami berdua.
"Post ni, sumpah buat aku terkejut." aku mengetap gigi.
"Anggaplah kami tak ada jodoh."
"Tapi kau tak rasa terlalu awak ke untuk mengalah? Kau tahu tak, kau buatkan Minju rasakan diri dia dah menang! Kau ni.."
Taehyung mengeluh perlahan.
"Biarlah, Tae. Aku dah penat. Aku dah malas nak sakitkan hati aku lagi. Biarlah dia rasa dia dah menang."
"Tak akanlah semudah itu je watak heroin mengalah? "
"Tak apalah, Tae. Kalau aku tak boleh jadi heroin untuk Jungkook, aku jadi heroin untuk kau je, Taehyung."
----
TBC
hmmm dikira plot twist tak? HHAHAHAHA
btw thanks to ParkKpopperz sebab kasi idea jdjssjs THANKS ARAAAAAAA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro