Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

29

bello. rindu ff ni tak? ❤❤❤

HAPPY 13K VIEWS AND 4K VOTES❤❤❤❤

--------

"Aku dah agak, kau mesti ada dekat sini." suara garau itu mematikan lamunan pendek aku.

Aku memandang ke arahnya dan tersenyum pendek. Nampak terlalu cliche ke kalau aku cakap yang aku sekarang ini berada di atas bumbung rumah keluarga aku?

Taehyung melangkah menghampir aku dan mula melabuhkan punggungnya disebelah aku. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket hoodienya.

"Terima kasih sebab datang," ujar aku sambil melihat ke arah pemandangan waktu senja.

"Kau okay?"

"Entahlah Tae. Aku rasa aku ni terlalu cengeng sebab hati aku ni mudah betul terasa. Dengan benda kecil je kot." aku berdecit perlahan sambil bermain dengan jari-jemari aku.

"Jungkook buat apa sampai kau rasa macam tu?"

Aku memandangnya sekilas sebelum mengeluh perlahan.

"Kau mesti tahu. Tahun ni kelab musik yang akan buat drama tahunan. Jadi, tadi ada pemilihan watak. Jungkook jadi hero dan untuk heroin, Jungkook kena pilih sama ada aku ataupun.. Minju. At last, Jungkook pilih.. Minju." hujung kata aku kedengaran sedikit sayu.

Hati aku masih terasa dengan perbuatan remeh Jungkook itu.

Taehyung ketawa perlahan.

"Jadi, sebab itu kau rasa sedih dan panggil aku?"

"T-tak. B-bukan maksud aku nak gunakan kau bila aku sedih je. a-aku--"

"Tak apalah, Hay. Aku faham. Kita memang layak berkawan je. Lagipun, apa guna aku jadi silent knight kau kalau aku tak ada bila kau susahkan?" Senyuman dari Taehyung buatkan aku senyum dengan perasaan serba salah.

Serba salah sebab buatkan Taehyung seperti itu. Aku hanya cari dia bila aku ada masalah atau bersedih dengan Jungkook aje.

Aku mengerling ke arah Taehyung yang sedang menatap pemandangan waktu senja ini.

Aku mengeluh perlahan dan mengalihkan pandangan aku ke arah langit kejinggaan itu.

"Minju.... tak sangka aku akan dengar lagi nama gadis itu setelah sekian lamanya gadis itu menghilang."

Aku menoleh ke arah Taehyung dan mengerutkan dahi.

"Kau.. kenal Minju?"

Taehyung memandang ke arah aku dan tersenyum.

"Lebih dari kenal." Aku menggigit bawah bibir aku. Pengakuan Taehyung membuatkan aku makin sangsi dengan hubungan Jungkook dan Minju.

Nampak gayanya, mereka bukan sekadar kawan lama.

"Apa hubungan dia dengan kau dan... Jungkook?"

"Hmmm kau memang tak tahu pasal ini?" Aku menggelengkan kepala.

Macam mana nak tahu kalau tiada siapa pun pernah bercerita pasal dia pada aku? Sungguh, Kim Minju punya aura yang penuh misteri.

"Nampak gayanya, kau tak pernah tahu akan pencintaan malang dari Jungkook ye?"

"M-maksud kau?"

Taehyung memandang aku lama sebelum mendengus sinis.

"Kim Minju.. Jungkook's EX girlfriend."

Aku tergamam. Seakan menerima tamparan yang hebat, aku betul-betul terkejut.

No wonder lah, mereka kelihatan seakan ada sesuatu.

"Kalau kau nak tahu, mereka putus dulu pun bukan sebab apa pun. Mereka putus sebab mak Jungkook tentang habis-habisan hubungan mereka itu. Jadi, memang tak mustahillah kalau....

Jungkook masih ada perasaan cinta pada Minju."

-----------

Aku mengetap bibir. Kata-kata Taehyung semalam masih berlegar-legar di akal fikiran aku.


"Jadi, memang tidak mustahillah, kalau Jungkook masih ada perasaan cinta pada Minju."


"Shit."  aku mencarut perlahan sambil menolak rambut aku kebelakang. Aku memarakan langkah aku.

Sepanjang aku melangkah, banyak mata-mata memandang ke arah aku dan mula berbisik sesama sendiri.

"Dengar cerita, Jungkook tidak pilih perempuan itu sebagai Heroin."

"Aku sokong tindakan Jungkook itu. Minju 1000 kali ganda cantik dari Hayeon."

"Aku lebih rela kalau Minju yang couple dengan Jungkook dari perempuan itu."

Aku abaikan dan terus melangkah. Nampak gayanya, cerita semalam sudah menjadi topik hangat buat pelajar-pelajar di SNU ini.

Aku terus melangkah menghampiri bilik lukisan. Hari ini, aku perlu luahkan perasaan aku melalui lukisan. Boleh jugalah aku tenangkan diri untuk seketika.

"Hayeon-ssi!" langkah aku terhenti apabila seseorang memanggilku. Aku menoleh ke arah seorang figura yang memanggil aku.

Aku berdecit perlahan apabila melihat Minju sedang berlari anak menghampiri aku.

Sempat lagi aku mendoakan dia jatuh semasa berlari.

Aku memeluk tubuh aku dan mula memandangnya dengan pandangan dingin.

Dia tersenyum ke arah aku dan cuba memeluk lengan aku, namun cepat-cepat aku tepis.

"Kau nak apa?" soal aku, dingin.

Wajahnya berpura-pura terkejut dengan kekasaran aku. Dasar munafake.

" Petang ni, kita ada latihan untuk drama itu nanti,"

Aku ketawa sinis.

"Buat apa aku nak datang kalau aku bukan sebahagian watak dalam drama itu?" provok aku dengan kening sebelah diangkat tinggi.

"Walaupun awak tak dapat jadi heroin.... tapi awak dapat jadi watak antagonis. Jadi, awak kena datang petang ini untuk latihan." sengaja, Minju menekankan dua perkataan itu untuk menyakitkan hati aku.

Aku berdecit geram.

Pandangan sinisnya membuatkan aku makin menyampah.

"Okaylah, Hay sayang. Saya pergi dulu. Jungkook sudah tunggu untuk sarapan dengan saya. Saya minta diri dulu."

Aku mencarut perlahan sambil memandang pemergian Minju dengan hati yang membara.

Kim Minju.

Kau kena sedar, kau yang sebenarnya watak antagonis dalam kisah hidup aku dan Jungkook.

Dan aku, hanya aku sorang sahaja yang akan kekal menjadi heroin buat Jungkook.

-------

TBC

JSJJSJS HANAT APA YANG AKU TYPE NI DJSJJXBSH

jangan lupa baca ff baru saya heheh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro