28
------
Semua mata mula memandang ke arah Minju. Semua memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
Terutama aku.
Diri aku rasa tercabar.
Aku mengerling ke arah Jungkook. Dia sedang merenung Jungkook dengan pandangan yang---
tipulah kalau aku cakap aku tak tahu maksud pandangan dia.
Jelas lagi nyata, matanya penuh dengan kesedihan dan kerinduan.
Aku mengetap bibir. Ini tidak boleh jadi. Aku perlu buat sesuatu.
"Okay.. Minju. Kau boleh--" belum sempat Jaehyun menghabiskan kata-katanya, aku tiba-tiba berdiri.
Dan tindakan aku itu mengundang semua mata untuk memandang ke arah aku. Jungkook juga turut memandang ke arah aku dengan riak wajah serba salah.
"y-ye hayeon?" soal Jaehyun.
Aku memandang ke arah Minju yang sedang memandang ke arah aku. Wajah penuh sucinya itu buatkan diri aku makin dicabar.
Aku memandang ke hadapan semula sebelum berjalan bergerak ke hadapan; bergerak menghampiri Jungkook.
Semasa aku melangkah, rata-rata semuanya sudah berbisik sesama sendiri.
Semasa aku melangkah juga, Jaehyun sudah saling berpandangan dengan Jaemin. Manakala aku dan Jungkook sedang memandang satu sama lain.
Apabila aku sudah berdiri disebelah Jungkook, terus aku memaut lengannya.
"S-sayang.." bisikan perlahan Jungkook hanya diendahkan oleh aku.
Semua yang memandang ke arah aku, mula menterbeliakkan wajah. Aku mencuri pandang ke arah Minju.
Aku ingat dia akan terkejut, tapi sebaliknya dia hanya memandang dengan wajah yang penuh suci.
"Jaehyun." aku memanggil nama Jaehyun tanpa memandang ke arahnya.
"Y-ye?"
"Aku mahu jadi The shrek. Aku mahu jadi heroin bersama dengan, Jungkook."
"T-tapi min-minju--" belum sempat Jaehyun menghabiskan ayatnya, Minju terlebih dahulu memotongnya.
"It's okay. Kita suruh Jungkook buat pilihan. Sama ada saya... atau Hayeon yang dia akan pilih." dia tersenyum senget ke arah aku.
Aku berdengus perlahan.
"Jadi, Jungkook. Antara saya... atau dia? choose your heroin."
Wajah Minju kelihatan begitu yakin. Dia mula memeluk tubuhnya.
Aku menoleh ke arah Jungkook. Dia sedang menggigit bawah bibirnya sambil merenung ke arah Minju, lama.
Apabila aku gerakkan sedikit tangannya, baru dia menoleh ke arah aku. Dia menghela nafas berat.
"Aku pilih......"
Aku tersenyum manis ke arahnya. Aku yakin, dia akan buat keputusan yang bijak.
"Maaf, Hayeon." Jungkook mula melonggarkan pegangan tangan aku pada lengannya.
Riak wajah aku mula berubah.
"Aku pilih, Minju sebagai heroin untuk drama kita kali ini."
Dang!
Keputusan yang dibuat oleh Jungkook betul-betul menghancurkan hati aku. Hati aku terlalu pedih dan sakit.
Aku memandang ke arah Jungkook dengan pandangan tidak percaya. Jungkook mula menggerakkan bibirnya, berkata maaf berulang kali.
"Ok jadi heroin kita kali ni-- eh Hayeon!"
aku abaikan panggilan dari Jaehyun. Aku terus melangkah keluar untuk menenangkan hati aku sendiri.
Aku masih tidak boleh terima dengan apa yang terjadi.
------
"Yah! Kau termenung apa siot?" suara milik Jimin membuatkan lamunan pendek Taehyung termati.
Dia memandang ke arah Jimin sebelum menggeleng kepala, perlahan.
Dia terus menggerakkan buah caturnya apabila diberitahu bahawa sekarang ini gilirannya pula.
"Kau fikirkan apa sebenarnya?"
"Tak ada apa. lately ni aku cuma serabut je. banyak betul masalah yang aku buat." katanya sambil melihat tangan Jimin mula menggerakkan buah caturnya.
"Sudahlah tu, Tae. Sekarang ni kita sudah masuk final year tau. Bukan masa untuk main-main lagi. Dari kau gaduh dengan Kook, better kau lebih fokuskan dengan bidang kau. Exam pun tak lama lagi."
Taehyung memandang ke arah Jimin, dengan pandangan kosong. Dia memandang wajah sahabatnya itu yang langsung tidak pernah kelihatan kecewa dihadapannya.
Jimin sentiasa tersenyum dan gembira.
Dia teringin untuk jadi seperti sahabatnya itu.
"Woi jalanlah!"
Taehyung memandang ke arah papan catur itu.
"Jimin.. aku nak tanya kau..."
"Tanyalah."
"Kau rasa.. tindakan aku salah ke?" Soalan Taehyung mengundang kerutan didahi.
"Kau nak maksudkan tindakan kau yang nak rampas Hayeon tu ke?"
Taehyung menundukkan wajah dan mengangguk perlahan.
Jimin mula mengeluh perlahan. Dia kemudian menolak papan catur itu ke tepi.
"Kalau ikutkan aku, aku nak je maki kau. tapi disebabkan sekarang ini, bulan yang mulia. jadi takpelah, aku simpan makian aku ni untuk bulan depan. Cuma satu jelah aku nasihat dekat kau, bunga bukan sekutum, Tae. Jangan cuba jadi seperti perigi cari timba boleh tak?"
Taehyung mengeluh perlahan.
"A-aku tak tahu. Aku jadi sakit hati bila Jungkook buat seperti itu pada Hayeon."
"Tae.." Jimin menghela nafas berat.
"Kau rasa macam tu sebab kau taknak mana-mana perempuan disakiti. Kau sememangnya memiliki sifat knight dalam diri kau. Aku nak, mulai sekarang kau cuba move on dan cari perempuan lain. Aku tak sukalah tengok kawan aku jadi perosak hubungan aku. Cukuplah yang dulu aku hampir jadi pero--"
kata-kata Jimin terhenti. Hampir sahaja dia membuka cerita lamanya.
Taehyung mengerutkan dahi.
"Jimin kau ada sorok apa-apa dari aku ke ni?" soal Taehyung, menduga.
"T-tak. Takde pape lah."
"Jimin--" baru sahaja dia ingin menerus bertanya, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering.
Taehyung segera mengeluarkan telefon pintarnya dan melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.
princess hayeon💜
Taehyung mengerutkan dahi. Sudah lama gadis ini tidak menghubunginya. Tiba-tiba sahaja ni.
Taehyung panggilan tersebut dan belum sempat dia bersuara, Hayeon terl
ebih dahulu bersuara.
"T-tae. Boleh kau datang sini? A-ku perlukan kau."
------
TBC
nampak macam nak habis. tapi belum ye. Watak mak jungkook dengan mak hayeon tak keluar lagi jdjsjdjd
ye target sis nak tamatkan dalam lingkungan bab 40 lebih je hehe.
btw jemput baca ff baru akuu💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro