Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27

helo nak cakap. tak lama lagi nak raya hihi

-----

Jungkook berdecit perlahan. Mindanya masih lagi bermain dengan suara-suara Yoongi yang menceritakan sesuatu yang dia tidak jangka.



"Maksud kau? P-pasal mesej tu ke?"

"Bukan setakat tu je. Sekarang ni, Minju dah berpindah di SNU ni. And wait, kau tak dapat ke video yang tersebar meluas dekat media sekolah pasal dia selamatkan Hayeon dari dibuli?"



Perasaan dia kini bercampur baur. Marah, sedih, kecewa dan serba salah bergaul menjadi satu perasaan celaru.

Sesekali hatinya memarahi Hayeon yang bertindak merahsiakan pasal pembulian yang dia terima.

Sesekali hatinya menangis sebab diserang satu perasaan serba salah.

Dia mengusutkan rambutnya sebelum dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam makmal ICT itu dan cuba berlagak tenang.

Namun, sebaik sahaja dia membuka tombol pintu, nyaris sahaja dia terlanggar dengan seorang gadis yang ingin keluar dari makmal tersebut.

Wajah gadis itu tidak kelihatan. Jadi, jungkook tidak mengetahui siapa dirinya.

"Maaf. Aku tak perasan--" lidah milik Jungkook tiba-tiba terkaku apabila wajah gadis itu tiba-tiba dinaikkan.

Wajah yang membuatkan hidupnya dihimpit rasa bersalah. Rasa bersalah yang amat.

"K-kim Minju?"

Damn. Semua kata-kata Yoongi tadi, memang benar.

Dia sememangnya sudah kembali.

Gadis itu hanya tersenyum manis ke arahnya sebelum kakinya mula melangkah pergi.

Jungkook menghantar pemergian Minju melalui matanya. Dia menggigit bawah bibirnya.

Secara tidak sengaja, kenangan manis dan pahit bersama gadis itu mula menerjah akal memoirnya.

"Yah, Jungkook-ssi! Lambatnya kau!" pekikan dari Jaehyun mematikan lamunan Jungkook.

Dia terus menoleh ke arah Jaehyun dan hanya tersenyum pendek apabila matanya terserempak dengan Hayeon.

Jungkook cuba untuk berlagak tenang dan mula melangkah masuk. Beg sandang berisi laptopnya diletakkan di atas meja berhampiran dengan mesin pemancar.

"Korang bincang sampai mana je?" soalnya sambil mengeluarkan laptopnya.

"Kitorang ingat nak buat drama lah. Tapi tak tahulah kau setuju ke tidak." jawab Jaehyun. Dia menghulurkan sekeping kertas yang telah dicatatkan apa yang telah dibincangkan sebentar tadi.

"Drama pasal apa?"

"Drama ala ala beauty and the beast. Tapi kita tukar, handsome and the shrek lah baru gempak sikit." Jelas Jaehyun, teruja.

Jungkook mengangguk perlahan.

"Menarik. " Jungkook memujinya seraya matanya fokus membaca catatan perbincangan tadi.

"Btw kook.." Jungkook mengangkat wajah dan memandang ke arah Jaehyun dengan kening sebelah diangkat tinggi.

"Kau tak cakap pun yang kelab kita akan ada pelajar secantik dia tu!"

Jungkook mengerutkan dahi. Dia tidak mengerti apa yang telah disampaikan oleh Jaehyun.

"Siapa pula ni?"

"Alaaa Kim Minju tulah!"

Dang!

Jungkook terkelu.

"Pandai eh kau. Mentang-mentang dia selamatkan awek kau dari telur, terus kau ajak dia masuk sini." sakat Jaehyun. Dia ketawa perlahan kerana memikirkan itu kelakar buatnya.

Tapi tidak buat Jungkook.

Jungkook terus melangkah menghampiri Hayeon yang sedang bercakap dengan Joohyun.

"Hayeon-aa. I have a bone to pick with you,"

-------


"Kau nak cakap apa? sampai bawa aku keluar sini lagi." soal aku sebaik sahaja kami keluar dari makmal ICT.

Jungkook hanya diam dan merenung ke arah aku. Itu membuatkan aku kehairanan.

Dah kenapa tiba-tiba lelaki ini nampak seperti moody je?

"Sampai hati kau sorokkan rahsia dari aku. Aku boyfriend kau kan? Apa salahnya kau kongsi rahsia dan masalah kau dekat aku,"

"Tak, Jungkook. Aku tak faham kau nak cakap apa sebenarnya ni?"

Jungkook memejamkan mata sebelum menghela nafas berat.

"Kenapa kau tak bagitahu yang kau kena buli dengan Yeri budak tak sedar diri tu? Kau sepatutnya bagitahu aku. At least, aku boleh bagi amaran supaya dia tak ganggu kau lagi." suara Jungkook kedengaran sedikit bergeletar.

Aku menggigit bawah bibir aku.

Ye, sepatutnya aku beritahu dia apa yang jadi haritu. Tapi entahlah, aku malas nak hebahkan cerita ni.

"Aku minta maaf. Ye, aku tahu aku sepatutnya cerita semua ni dekat kau. Tapi, kau jangan risaulah. Aku okay. Lagipun, terima kasih dekat Minju sebab dialah yang selamatkan aku masatu."

Jungkook tiba-tiba melemparkan reaksi yang tidak boleh dijangka.

"k-kau dah kenal Minju?" Aku mengangguk.

"Kenapa? Kau ni kook, kau nampak macam kena sangat dengan dia. Dia tu kawan lama kau juga ke?"

Baru sahaja Jungkook ingin membalas, kata-katanya dipotong oleh seseorang.

"Ye. Kami kawan lama." serentak dengan itu, mata aku dan Jungkook mula memandang ke arahnya.

-------


Jungkook hanya duduk mendiamkan diri disebelah kanan aku. Manakala, Minju sedang rancak berbual dengan Eunbi.

Aku yang ditengah ini sedang memikirkan kenapa Jungkook dengan tiba-tiba menjadi pendiam selepas berjumpa dengan Minju.

Something fishy betul dekat mereka berdua ni.

"Weh, Kook. Aku rasa dah boleh dah buat pemilihan watak." suara Jaehyun membuatkan Jungkook tersedar dari lamunannya sendiri.

"Huh? Hmmm okay." Dia mula berdiri dan mula berjalan ke arah papan putih. Dia membaca watak-watak yang telah ditulis oleh Jaemin di papan putih.

" Kita mulakan dengan watak, Handsome aka main cast dalam drama Handsome and the shrek ini." Ujaran dari Jaehyun membuatkan Jungkook berpusing memandang ke arah kami semua.

" Ada cadangan?" apabila cadangan dibuka, salah seorang dari kami tiba-tiba mengangkat tangan.

"Iya, Mingyu. Sila beri cadangan kau." semua mata mula memandang si tinggi itu.

Dia tersenyum lebar.

"Aku cadangkan untuk hero dia... semestinya president kelab kita, Jeon Jungkook."

kedengaran semua orang mula bersorak setuju dengan cadangannya. Jungkook kelihatan terkejut dan mula ketawa malu.

"Uuuuuu. Aku pun setuju!" Jaemin terus menulis nama Jungkook dibahagian watak Handsome.

"Ok, thank you, Mingyu. Next, watak The Shrek pula?"

Pada mulanya tiada siapa yang mengangkat tangan. Joohyun tidak habis-habis menyuruh aku bangun dan mencadangkan diri aku sendiri.

Tapi aku menolaknya. Sebab aku tidak mahu dianggap syok sendiri.

Jungkook pun, sudah memberi isyarat mata supaya aku mengangkat tangan.

Aku mengeluh perlahan.

Tak apa, Hayeon.

Ini sahaja peluang kau. Tahun ni tahun last kau pula tu.

Aku tekad.

Baru sahaja aku ingin mengangkat tangan, ada satu tangan yang terlebih dahulu mengangkatnya.

Dan orang itu adalah,

Minju.

"Saya cadangkan diri saya sendiri sebagai the shrek." dia kemudian tersenyum manis.

Aku memandang ke arah Minju dengan perasaan terkejut. Aku kemudian memandang ke arah Jungkook. Dia sedang memandang Minju dengan pandangan redup.

Matanya seakan berbicara sesuatu perasaan.

Perasaan rindu akan seseorang.

Sumpah, aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dekat sini.

------

TBC

HADAPLAH KEKELINGAN AKU DISINI DJSJNDBD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro