25
------
"Eyyyy jangan larilaaaaa"
ah mampus lah.
lelaki itu tetap meneruskan langkah. makin laju dia melangkah. sesekali dia menoleh ke belakang. apabila terlihat kelibat gadis itu setia mengejarnya, dia mengeluh menyampah dan mula berlari anak.
"Jangan ikut saya lah!" lelaki itu mula bersuara, melarang gadis itu dari terus mengikutinya.
makin lama, makin laju pula lariannya. dah macam kena kejar zombie pun ada. tapi itulah, realitinya bukan dikejar zombie tapi dikerja oleh seorang wanita cantik yang kurang siuman sedikit.
sedang dia sibuk melarikan diri, entah mana silapnya, dirinya hampir sahaja tersadung akibat terlanggar kaki sendiri. Nasib baik dirinya tidak jatuh terhempas akibat seseorang menahannya dengan cars menarik bajunya.
Inilah padahnya jikalau kaki ini terlalu pendek. hmm.
"Ish you ni! nasib baik I sempat tangkap. Kalau tak mesti you dah jatuh macam nangka busuk." gadis yang mengejarnya mula merungut geram.
Tangannya yang memegang erat belakang baju milik lelaki itu, lepaskan dan ditepuk perlahan untuk menghilangkan kedutan pada baju lelaki itu.
"Eh apa awak tepuk-tepuk belakang saya ni?" lelaki itu mula memusingkan badan dan memandang ke arah gadis itu dengan wajah tidak puas hati.
Suka-suka hati sahaja gadis itu memegangnya!
"Hello, Park Jimin. I cuma nak tolong you kemaskan kedutan dekat baju you je, itu pun nak marah." gadis itu mula mencebik.
"Takpayah. Dekat dorm saya tu dah ada dah iron untuk hilangkan kedutan baju saya. Awak, Ryuri jangan kacau saya lagi!" Jimin mula melontarkan amaran keras.
Tapi siapa Ryuri untuk kisah pasal segala larangan Jimin? Gadis itu mula ketawa perlahan.
"Jimin-ssi. I tak akan berhenti kacau you selagi You tak terima cinta I. Apa you ingat you retis ke taknak terima cinta I huh?"
Jimin mula mendengus menyampah. Dia membetulkan beg galas belakangnya sebelum memusingkan badan dan mula beredar.
"Yah Jimin!" jeritan dari gadis itu sekali lagi diabaikan oleh Jimin.
Dalam hatinya sumpah menyumpah seranah gadis itu. Elok sahaja, tadi mereka berjumpa dan berbual mesra. Selepas gadis itu meluahkan perasaannya, semuanya bertukar huru-hara.
Dia tidak pasti kenapa dirinya jadi begini. Dia jadi tidak suka apabila gadis itu menyatakan cintanya pada aku.
Dia merasakan dirinya juga tidak begitu sesuai untuk gadis secantik Ryuri itu.
Lagipun, semua ini gila.
Dia sudah mengenali gadis itu sejak dibangku sekolah menengah. Jimin sudah menganggap gadis itu seperti adiknya, mustahil untuk dia menerima cinta gadis itu.
Lebih-lebih lagi dia pernah mempunyai kisah percintaan yang memeritkan. Tiada siapa yang pernah tahu dirinya pernah mencintai seseorang gadis suatu ketika dahulu.
Jungkook dan juga Taehyung yang sememangnya rapat dengan dia pun, tidak mengetahuinya.
Silent Couple?
Yup. Boleh dikatakan kisahnya boleh di related kan dengan Jungkook dan Hayeon. Cuma bezanya, kisahnya lebih memeritkan dan menyakitkan.
Pemergian lelaki itu dipandangan gadis itu dengan cebikkan dibibir. Dia tidak berpuas hati dengan reaksi yang Jimin lemparkan kepadanya selepas mengetahui isi hatinya.
"It's okay, Jimin. I yakin, suatu hari nanti you akan tergila-gilakan I ibarat mengejar permata dunia yang tinggi nilainya. Soon, Jimin. Soon."
-----
Minju meneliti namanya didalam sebuah list kertas yang ditampalkan dipapan notis. Apa yang dia sedang lihat itu merupakan nama-nama ahli unit, kelab dan permaianan semasa kokurikulum nanti.
Apabila dia terjumpa namanya, dia tersenyum sendiri. Dia tersenyum bukan kerana dia minat dengan unit tersebut.
Tapi,
setiap unit dan kelab yang dia ada, pasti mempunyai nama kekasih lamanya yang terlalu dia rindui.
Jeon Jungkook.
Nama itu diusap perlahan.
"Akhirnya, kita akan bertemu kembali...sayang." dia mula tersenyum dengan penuh makna.
Matanya boleh menampakkan betapa dia menyimpan satu rahsia besar.
Rahsia tentang tujuan utama dia berpindah ke Universiti ini.
-------
TBC
siapa yang teka Ryuri suka Taehyung tu.. maaf sebab menghancurkan perasaan anda. hehe. aku memang dah terfikir nak buat Ryuri sukakan Jimin pun.
Kalau Taehyung tu, mungkin lambat lagi heroin dia akan keluar ataupun, dia sememangnya tak ada heroin hehe.
tunggu jelah ye🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro